dalam hal perniagaan, umumnya,,,memang network itu penting...siapa yang punya network yang banyak..peluangnya dalam perniagaan adalah lebih besar,,,
kenapa?...
kerana jika niaga itu membabitkan pertukaran wang,,,maka yang saling menukar itulah yang dinamakan manusia...dan komunikasi dan hubungan dengan manusia amat penting..
network atau rangkaian itu juga bermakna kenalan dan hubungan dengan orang2 yang dapat membantu kita untuk memperkembangkan dan menguatkan perniagaan kita...
dengan network juga kawasan pemasaran kita akan meningkat dan menjadi luas seluas bumi ini...itulah bila kita ada network dan dan kenalan di serata dunia,,,
tapi....
tidak kesemua network itu baik...
kalau kita lihat zaman sekarang ini...jika 1 per seratus orang sahaja yang tidak memakan riba, rasuah dan sebagainya,,,bagaimana untuk kita mencari satu perseratus network yang betul amalan perniagaannya....
network, atau rangkaian hubungan kita dengan orang lain adalah penting untuk perniagaan, tapi apakah mungkin sistem perniagaan yang konvensional yang penuh dengan amalan riba dan rasuah dapat kita amalkan dalam hubungan niaga dengan rangkaian kita..
kalaulah kita ini kuat dan teguh bertakwa menjauhi perkara2 yang tidak jelas apatah lagi perkara yang jelas haram...tapi adakah network kita banyak yang mengamalkan muamalah islamiah?...
jadi bagaimana mungkin kita nak survive dalam sistem rangkaian yang caranya kafir?..
tidak semua rangkaian itu halal bagi kita sebagai peniaga islam...hanya sesetengah sahaja...dan Alhamdulillah ada peniaga yang dapat menjumpai lubuk emas yang halal...di dalam rangkaiannya...
cuba bayang kalau pekerjaan kita sendiri yang hanya makan gaji boleh terbabit dalam arena rasuah,,,apatah lagi profesion sebagai seorang peniaga,,,
jadi...ini bermakna, kalau kita punya rangkaian pun, haruslah diuji kehalalannya...
pandai2 lah memilih kawan,,,
aku pernah baca dalam satu buku muamalat islam..sistem konvensional boleh dipraktikkan oleh umat islam, sekiranya darurat,,,contohnya:
bila sesebuah negara itu mengamalkan konvensional sepenuhnya, maka, haruslah kita mempraktikkannya sekali,,,atas sebab darurat, supaya ekonomi umat islam kita dapat hidup disana.,..
tapi sekarang pun susah nak cari negara yang tidak menyediakan perniagaan yang islam...
bermakna tidak ada alasan untuk peniaga islam tidak mengamalkan islam...
memang susah jika kita nak menjadi umat muhammad yang setia pada ajaran nabinya...
sebab
"nak memegang islam pada akhir zaman ini, macam memegang bara api"
siapa yang suka?...tapi suka atau x, mengertilah
"walaupun sesuatu perkara itu kamu tidak sukai, tapi ingatlah Allah Yang mengetahui apa yang terbaik bagimu"
so tegaskan diri, dan pilih rangkaian yang islam jika nak berniaga dalam cara yang Allah redhai...
sebab inilah juga aku pilih bidang saham,,dalam arena perniagaan...(kerana tidak memerlukan banyak rangkaian)..
sebab inilah juga aku meninggalkan mlm(melayu lebih malas?) sebab networknya kebanyakannya palsu, memperdayakan naluri tamak dan nafsu manusia...dan kebanyakannya cara perniagaannya tidak sah disisi agama....
sekian...
..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Sunday, November 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
No comments:
Post a Comment