Wednesday, October 28, 2009
apa jadi?
1. mati dalam kekafiran
2. tuhan memurkai aku
3. penghuni neraka-diseksa selama-lamanya
4. semua orang membenci aku
5. hilang cahaya keimanan
6. hilang nikmat di dunia
7. diseksa berpanjangan di alam kubur
8. kubur sempit
9. hati x tenang
apa jadi kalau aku bertaubat:
1. mati dalam keimanan
2. tuhan menyayangiku
3. penghuni syurga- nikmaT selama-lamanya
4. semua orang menyayangiku
5. ada cahaya keimanan
6. sentiasa nikmat di dunia
7. nikmat di alam kubur
8. kubur luas dan selesa
9. hati tenang
dan seterusnya,,,tambah sendiri ye
Tuesday, September 1, 2009
Sayang= nak bersama+ nak ber tanggungjawab…..
Selama beberapa tahun kebelakangan ni,,,,dan beberapa blog kebelakangan ni,.,,ini adalah tulisan aku yang ketiga..berkisar tentang definisi cinta…
Cuma kali ketiga ni,,,aku tanak guna perkataan chenta.,,aku nak guna perkataan sayang,,,sebab cinta ni bila ditanya umum…maknanya sudah menjadi semakin huduh,,dan kutur,,,
So aku guna perkataan sayang,,,,
Pada tulisan aku yang pertama,,,aku pun dah x brapa ingat definisi cinta aku pada ketika ethuuu,,,yang aku tahu,,,masa tu aku berumur awal dua puluhan,,,
Tulisan aku yang kedua..aku mendefinisikan cinta itu, dengan maksud yang paling hakiki,,paling berhak..paling benar,,apakah itu cinta yang suci,,,dan pengakhiran,,,permulaan..serta seperjalanan tulisan itu,,apa yang aku tekankan,,,cinta yang suci itu,,,adalah cinta kerana Allah semata2…
Tapi tulisan aku yang ketiga mengenai chenta,,,atau sayang ini,,,aku rungkaikan,,,secara lebih jelas dan terang, sesuai dengan sifat akal manusia yang cetek ini,,,,manatahu,..boleh menjadi penyelamat,,,dan menjadi asbab,,,untuk manusia lebih menjejakkan kaki ke pentas yang lebih hakiki…aku rungkaikan dengan ringkas,,
Apabila sayang itu bersamaan = ingin bersama+ingin bertanggungjawab,,,
Ingin bersama:
Ingin bersama itu bermakna ingin untuk dekat,,,ingin untuk melihat, menyentuh dan merasa,,,lebih kepada keinginan yang berteraskan nafsu,,
Ingat, bukan semua nafsu itu buruk dan haram belaka…nafsu ingin belajar,,,nafsu ingin berpuasa,,,nafsu ingin bernikah kahwin dan nafsu apabila sudah bernikah kahwin,,,nafsu akan perkara2 yang baik…ini contoh nafsu yang baik…
Secara x langsung, ingin bersama itu adalah perkara yang baik,,,apabila ia dijalankan daripada, bersama dan untuk Allah….secara ringkasnya = melalui jalan syariat,,,
Ingin bertanggungjawab:
Bermakna ingin menjaga, ingin menyelamatkan, ingin memimpin, ingin menanggung, dan ingin menjawab,,,ingin bertanggungjawab ini, terbukti, jika kita lihat dlam aspek, hubungan antara lelaki dan perempuan, apabila lelaki dan perempuan itu bernikah kahwin,
si perempuan berusaha menjadi wanita solehah, patuh dan menangkan hati suami serta manjaga hak2 suaminya(iaitu tidak menjadi nusyuz dan derhaka), untuk suaminya juga,,
Si lelaki pula berusaha untuk menjadi lelaki soleh, baik dan bertanggungjawab akan isteri dan anak2nya…menjaga hak dirinya sendiri terhadap isteri dan anak2(iaitu tidak menjadi dayus)…..
…………………………………………………………………………………………..
Zaman sekarang yang penuh dengan choooobaan,,,dan dooogaan inih….para lelaki ramai yang menjadi para lelaki dayus, tidak bertanggungjawab,,,penakut…lemah pengawalan nafsunya,,,merosakkan kaum wanita yang sememangnya lemah dengan ‘sentooohan’ kaum lelaki,,,
Yang ujud dan yang diaplikasikan hanyalah eingin bersama….tetapi tidak ingin bertanggungjawab,,,,sesuatu perkara seperti ingin bersama,,adalah satu perkara yng berteraskan nafsu.,.,dan nafsu itu berteraskan kecantikan,,,kecantikan itu berteraskan daya tarikan dan nikmat…
Cuba bayang,,,apabila seorang wanita itu hilang daya tarikan,,,hilang sumber2 kenikmatan pada dirinya,,,seperti wajah,,,badan,,,,sifat perangai,,yang digemari kaum lelaki..maka tidak bernafsulah lelaki,,,bila tidak bernafsunya,,,lelaki,,,maka hilanglah ‘ingin bersama’ dalam naluri lelaki tersebut,,,maka bila habis madu,,,sepahlah di buang,,,
Ini akibat bila ‘ingin bersama’ tidak digandingkan bersama ‘ingin bertanggungjawab’,,,
Karna itholah ramai kaum wanita zaman sekarang ini yang rosak2 belakeee,,rugi betul…
Sekurang2nya bila ‘ingin bertanggungjawab’ itu ada bersama,,,maka ‘nikah kahwin’ pun besar kemungkinan akan diusahakan,,,
Dan bila nikah kahwin diusahakan,,,maka walau hilang sumber kenikmatan pada wanita itu,,,barkadut2 lah wajahnya ituh,,,,dan habis segala bahagian badannya ditarik gravity…maka sekurang2nya ada lelaki yang ‘ingin bertanggungjawab’…(sebab itulah aku sarankan agar kesemua wanita yang sudah bersuami…usahalah untuk memikat..dan usaha melahirkan ‘ingin bersama’ didalam naluri kelakiannya terhadap anda, usahalah dari SEGENAP SEGI pun……sebab bukan semua lelaki yang baik2,,dan setia,,,dan yang baik2 bukan terjamin kebaikannya selamanya…apatah lagi tanpa usaha anda)
Kerana ‘ingin bersama’+’ingin bertanggungjawab’ adalah bersamaan= SAYANG,,,
Bila ‘ingin bersama’ sahaja yang wujud maka ianya NAFSU semata2…
Bila ‘ingin bertanggungjawab’ sahaja yang wujud maka ianya KASIHAN semata2…
Dan kasihan itu pada aku lebih mulia dari nafsu..kasihan itu berasal dari kasih..kasih,,,kasih,,
Jadi jangan pening2 kepala,,,,SAYANG= ingin bersama+ingin bertanggungjawab= nafsu+kasihan….dan semua ini menjadi satu keberkatan dan akan dirahmati tuhan,,,jika kita usahakan diatas jalan Allah,,,
Inilah definisi SAYANG…
p.s: usaha selepas nikah= baju tidur yang mengancam…ahhaaaaa
Monday, August 31, 2009
Hakikat ilmu…
Mengapa ppsmi gagal?..
Mengapa anak melayu sekarang ramai yang ‘bodoh’ ?
Mengapa anak bangsa kita sekarang ramai yang x mahu mengamalkan silat?
Mengapa dan mengapa….mengapa …
Mengapa anak muda sekarang lebih ‘barat’ lebih daripada ‘timur’ di dalam perspektif ‘budaya’ nya…
Mengapa tidak diikut sekali intelektual dan daya mengkaji, daya mencipta perkara baru yang bermanafaat,,,mengapa tidak diikut sekali kemajuan pemikiran didalam mencipta perkara2 yang baru didalam teknologi dan sains?
Mengapa anak melayu kita amat maju dalam perkembangan fizikal dan ilmu2 mengenai seks,,,mengapa tidak mereka maju sekali dengan ilmu agama kekuatan akhlak yang tinggui yang dapat mengekang hawa nafsu….
Mengapa?
Ada satu jawapan yang dapat diberikan..iaitu
kita tidak mengamalkan budaya HAKIKAT ILMU….
Ingat zaman nabi?...ingat zaman2 sahabat?..ingat zaman2 ilmuwan islam?....
Aku x tahu zaman tu orang2 yang mengamalkan ilmu yang bermanafaat ini, faham atau tidak dengan hakikat ilmu…yang pasti mereka maju dengan ilmu duniawi yang tertakluk di dalam ilmu ukhrawi dan deen yang benar…
HAKIKAT ILMU…
Inilah basic..atau akar…atau teras….teras bagi pedagogi,,,teras bagi andragogi…teras bagi pengajaran dan pembelajaran,,,teras bagi ruang lingkup penguasaan ilmu…samada ilmu yang baik atau ilmu yang membawa kepada bencana,,,
Itulah HAKIKAT ILMU…
Aku bagi contoh di bawah…contoh amalan hakikat ilmu anda fikirlah budaya apa yang ada dibawah:
1. Ilmu itu datang kepada yang mencari..(anak melayu sekarang mencari x ilmu yang kita PAKSAkan kepada mereka???ilmu nikmat dunia yang depa cari,,ilmu yNG BguS2 ni susah sket depa nak cari sebab depa dah biasa dengan kesenangan dan nikmat)
2. Anak murid mencari guru…(anak melayu sekarang mencari x guru untuk mendapatkan ilmu???cari guru untuk ilmu binasa banyak le)
3. Guru mengajar sekumpulan anak murid yang kecil saiznya…5 hingga 10 orang dah cantek (berbanding kelas sekarang dimana muridnya baaarpuluh2 anak murid)
4. Guru menguasai ilmu….(amcam para pendidik,,,semakin berkembang dan kukuh x penguasaan ilmu anda….)
5. Guru menyayangi anak murid …(sayang x?)
6. Anak murid menyayangi guru…(depa sayang kita x?)
7.........dan banyak lagi
INI lah antara budaya2 hakikat ilmu yang sebenar..dimana anak2 kita boleh munguasai ilmu dengan sehebatnya,,,dan banyak lagi yang aku x sebutkan di atas.,..fikirlah shabat2 sekalian..ada x budaya2 dia atas ini diamalkan didalam system pendidikan kita….
Yang aku tahu ,..ia ada diamalkan didalam pengasaan ilmu yang membawa bencana…seperti..budaya kuning,,..cara2 menghisap dadah…cara menjerat dan merosakkan anak dara…black metal dan budaya2 kuning yang lain…sekularisme…eksistensialisme… merempit…berjudi,…skim cepat kaya,,,ilmu2 duniawi semata2…
Dan LAIN2…
Maka x hairanlah,,,perkara yang lebih membawa binasa itu lebih tersebar luas…dari pada perkara yang membawa kebaikan,..,,seperti
Ilmu agama…ilmu ukhrawi,,,ilmu silat..budaya melayu,,,adab melayu.,…engineering,,,medic…
Kerana itu anak2 bangsa melayu kita ramai yang jatuh rebah hancur luluh,,,kerana ilmu lain yang mereka cari(lihat perkara 1)
………………………………….
p.s: seorang ilmuwan masa kini pernah berkata lebih kurang ‘sistem pendidikan kita sudah hilang adabnya, kerana itu, kita semakin hancur’…sebab ilmu yang pertama yang wajib dicari dan diamalkan ialah ilmu agama, akhlak terpuji…kemudian barulah diteruskan dengan ilmu2 duniawi yang baik…barulah anak2 kita selamat dunia akhirat,,,
Saturday, August 29, 2009
manusia berbeza...
tapi manusia ni kadang2 pandai2 je sesuka hati...nak samakan segala perkara,,,,sedangkan Allah dah jadikannya kepelbagaian,,,janganlah kita nak satukan perkara yang sepatutnya berlainan,,,
dah,,kita berenti cakap fasal perkara yang memeningkan,,abaikan perkara yang pening,,,kita cerita perkara yang kita semua boleh faham dan nampak,,
sesungguhnya manusia berbeza...
ada manusia(jenis pertama):
yang berfahaman,,,bahawa,,,,semua manusia wajib ikut satu jenis sahaja pahaman dan peraturan,,,patut ikut dan patuh kepada satu saja konsep...
contohnya di dalam pekerjaan....semuanya wajib mengikut satu sahaja jenis prosedur dan standard,,,
manusia jenis ini agak ortodok pemikirannya,,,kadang2 susah untuk menerima perubahan,,,
ada manusia pula(jenis kedua):
yang berfahaman ..bahawa ,,,,semua manusia bebas,,,mengikut apa sahaja cara yang sesuai kepada dirinya,,,manusia jenis ini,,,suka mengamalkan budaya kreativiti,....dan manusia seperti ini,,,,berpendapat bahawa semua manusia wajib mengikut konsep ini, iaitu,,,,bebas dalam membuat apa sahaja perkara,,asalkan sesuai dan senang untuk diri manusia yang membuatnya itu,,,,
kalau mengikut pemikiran aku pula:
setiap manusia itu wajib menerima hakikat bahawa......ada manusia yang suka menjadi jenis yang pertama,,,,,ada manusia pula suka menjadi jenis manusia yang kedua...dan pelbagai lagi jenis manusia yang wujud di dunia inih,,,
tidak ada perkara yang pasti,,,dan menjamin...sekiranya manusia yang menciptanya...
ada manusia yang jenis x boleh menerima perubahan dan perkara yang baru...
ada pula manusia yang jenis terlampau menerima perubahan dan perkara yang baru...
ada manusia pula cuma tahu mengikut sahaja arah angin mana yang kuat, ini manusia jenis lalang...
ada manusia pula senang menjadi jenis yang pertengahan di dalam segala-galanya,,,tidak terlalu tegas di dalam semua perkara...tidak pula terlalu bebas dalam semua perkara...
kita patut jadi manusia yang jenis mana????
pada pendapat aku...:
kita patut jadi manusia yang menerima bahawa setiap manusia itu, BERBEZA.....
jadi pandai2 lah fikir,,,yang mana satu seswai dengan diri kita.,,,
p.s: hanya Allah Yang Satu.....
Sunday, August 2, 2009
burung,,,,doa....bangkai....

bangkai gajah,,,,hang tutup macamana pun,,,,xkan hilang bau dia...xkan tersembunyi kewujudannya,,,
dan nak dijadikan cerita....aku singgah di rnr sungai perak...masa aku on deway balik kedah...dari behrang ni...
aku singgah wat jamak dan qasar...
last sekali aku sujud minta ampun kat tuhan,,,
dengan doa dan permintaan ampun,,,yang aku sniri tau aku kurang kusyuk...
dan aku cuba mengkusyukkan diri sendiri...
cuba berperasangka baik dengan Allah,,,
cuba berprasangka baik dengan masa depan aku...
cuba berprasangka baik dengan diri aku sendiri...
...............................
tiba2,,,
KEDEPUK!!!!
sekor binatang jatuh ke kaki aku...time akhiran aku sujud doa minta ampun...
cepat2 aku aminkan doa....
dalam hati "apakejadah binatang tikus mana pulak nak bermanja dengan aku ni..."
dan bila aku tengok...
dia terbeliak bijik mata....
keras,,,,x bergerak....aku terkesima sebentar...
"dah mati dah pun" lebih kurang kata pakcik yang jernih air muka dia dengan senyuman...dia pun ternampak fenomina tu..
burung tu dah mati..jadi yang jatuh tu bangkai....kena atas sejadah yang aku pinjam...kena kaki aku...
jadi aku pun jirus air kat bahagian sejadah yang kena bangkai tu,,,,
burung tu aku ambil dan tauk dalam tong sampah kat luar masjid....
dalam hati aku sebut...
"ibnuismail, taubat kau taubat seorang penipu..."
kemudian dalam hati aku merayu
"ya Allah ampunilah dosa2ku..."
dan
"Ya Allah matikanlah aku dalam iman..."
dan sekarnag aku berdoa...
"Ya Allah matikanlah kami semua ini,,,,dalam Iman..."
Saturday, July 25, 2009
jawapan aku di mygstt, bila semua bercerita tentang kualiti diri seorang pensyarah poli
stress kerja sebagai seorang pendidik, dan kerja di swasta, adalah berbeza dan amat berlainan, tapi bukan jenis sama..
kualiti x kualiti sekarang ni hanya kita saja yang boleh membentuk kualiti diri kita, sambil menasihati kawan2 seperjuangan,,,,tapi kita boleh cuba membentuk kualiti secara paksa bila kita dah ada kuasa, k.k ke, k.j ke,tapi aku agak xda pun k.k dan k.j disini, mereka mungkin tengah berusaha memikirkan cara untuk memantapkan kualiti kita yang biasa2 ini ke tahap yang lebih baik...
aku juga cukup tenang dan berbangga dengan rakan2 yang walau datang dari tempat swasta yang gajinya amat mahal, sanggup memilih kerjaya yang gaji agak kecil berbanding kerjanya yang dulu, kerana ingin memilih jalan yang lebih luas dan lebih berpeluang untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara, dan aku yakin semua rakan dari swasta akan dibalas dengan balasan yang setimpal di dunia, dan balasan yang berterusan, di alam selepas kehidupan di dunia, hasil dari penyaluran ilmu yang benar kepada pelajar2 kita yang tetap mereka gunakan sepanjang hidup mereka, dan sepanjang hidup anak2 murid mereka juga..
dan aku juga amat berbangga dengan lecturer2 yang memang asalnya dari bidang pendidikan dan x luak serta x bosan, menjadi pendidik, demi agama bangsa dan negara juga....moga kita semua selamat dan bersyukur...
segala puji bagi Allah yang memeberi kita peluang untuk menjadi seorang pendidik...dan moga kita semua dikurniakan kecekalan untuk meningkat dari segi kualiti, dari hari ke sehari...amin...
Monday, July 20, 2009
"Adakah sebenarnya kita semua ni benar beriman???"
Soal kawan aku yang pernah digelar ‘ustat’
Antara kawan aku yang ada bersama aku di kuktem zaman dulu kala…dia kata camtu sebab dia nak mempersoalkan..aktiviti manusia sekeliling dia yang mengaku beriman…tanpa berkelakuan seperti beriman…
Dalam hati aku masatu “eh..dah tentu semua yang ada sekurang2nya perkataan Allah dalam hatinya itu diklasifikasikan beriman,yang bezanya,,,ketinggian iman sahaja”
Sapalah ‘ustat’ untuk menilai iman orang lain,,,dan siapalah aku untuk dapat melihat ‘rupa’ iman…
Iman satu perkara yang kita x Nampak dek mata,,,Cuma sifatnya,,,iaitu istiqamah dalam beribadah,,,yang zahir pada mata kepala kita…
Tapi ini aku ada satu tips untuk korang semua…nak check keadaan dimana iman kita sendiri...adakah PERNAH ia berkeadaan sempurna?…dan pada masa bilakah pula iman kita x sempurna…
Pergh,,siap leh check kesempurnaan iman lak tuh,,,
Dan aku dapat ilham ni,,,dari hidayah Allah melalui pendengaran aku di radio..masa aku dok layan aircond kete aku tadi,..
Hayati hadis di bawah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Amcam…ada faham perkara yang aku coba sampaikan???????????
Moga Allah kurniakan kita semua,,,,akan hidayahNya,,,,amin…
Tuesday, July 14, 2009
Teman hidup…untuk cik embun,,
Pergh..mauk bab jiwang lah pulak kita ni kan..hahahha,…aku pun x lama lagi insyaAllah taun depan,nak p meminang orang yang aku dah buat calon bini…
Bab mencari teman hidup ye…selain dari usaha dan tawakkal…prasangka baik ngan Allah dan berdoa..apa lagi yang anda boleh buat?...
Aku rasa,,,,manusia ni ada satu ja hak dia iaitu ‘berusaha’
So untuk orang macam cik embun aku sarankan..cari calon yang:
1.lelaki yang selalu membuat cik embun ingatkan Allah.
2.lelaki yang selalu member nasihat dan teguran,,,walau sakit hati anda mendengarnya..
3.lelaki yang pergi masjid.
4.lelaki yang ada kemampuan menyara keluarganya..
Dan banyaklagilah ciri2 lelaki yang bagus…
Dalam memilih ni,,anda kena tengok..anda memilih dia kerana apa…rupa ke..duit ke…agama ke…
Anda sendiri boleh menilai nafsu anda,…
Seeloknya pilih yang ada agama dan mampu menyara keluarga…
Kalau anda memilih seorang lelaki kerana dunia….mungkin hidup anda selepas ini xkan setenang jika anda memilih seorang lelaki kerana agama..
Zaman sekarang,,,bukan orang lelaki saja yang kena mengorat..orang perempuan pun kena pandai2 le mencari…
Yang penting elakkan diri dari mengikuti jalan maksiat..contoh nya pergi berdating…
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Bila dah kawin..,,,satu ja pesan aku
“taa’tilah suami anda selagi suruhan suami tidak keluar dari batasan islam”
Bermakna anda wajib mengikuti segala perintah suami anda..selagi perintah dan suruhannya itu tidak terkeluar dari landasan islam..jangan derhaka…jangan kuatkan nada…jangan sengaja sakitkan hati suami..sentiasa berusaha untuk memikat hati suami…jangan sesekali mengungkit…
zaman sekarang ni aku tengok,,,ramai sungguh para isteri yang tempah tiket ke neraka...
Kalau anda menjadi seorang istri yang patuh,,,dan taat…menghormati…si suami…walau suami anda x sebaik mana…syurga itu milik anda…
Kalau anda menyakiti hati suami anda…maka selangkah anda ke neraka..
Syurga adalah milik anda..jika suami anda redha terhadap anda,,,sewaktu anda putus nafas…
Sekian….semoga bermanafaat..


