..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Thursday, November 6, 2008
'hargailah cinta kerana ia adalah anugerah Allah'
hmmm....aku terpandang status ni di ym seorang sahabat...
hargailah cinta kerana cinta itu anugerah Allah,,jadi minda yang selalu terbuka dengan kebaikan Allah,,akan bertanya,,,
"adakah sesuatu perkara yang didalam dunia ini, yang bukan merupakan satu anugerah dari Allah padaku?"
hati itu bertanya sedemikian, kerana hati itu apa yang ada di dalamnya hanyalah syukur dan redha dan seronok dengan segala yang Allah tentukan terhadap dirinya,,memang segala apa yang dijadikan Allah, akan dirasai sebagai anugerah, oleh para wali Allah,,,,
sudah tentu untuk punyai hati yang sedemikian..ornag biasa2 seperti kita ini, haruslah berusaha, membuang ikatan nafsu, dan meleburkan diri di dalam kasih sayang Allah yang hakiki...
tapi begitu banyak dugaan dan dan kecantikan yang ada didunia ini hingga kita ini sanggup ditutup mata hati kita dari hakikat,,,,iaitu Allah lah segala2nya...
hargailah cinta kerana ia adalah anugerah Allah,,,?
jadi aku pun bermadah kembali,,,jangan hanya hargai cinta yang Allah berikan,,,tapi hargailah dan syukurlah kepada yang Maha memberi,.,,
kita sibuk menyuruh diri menghargai cinta,,,dalam pada masa yang sama,,cinta yang Allah anugerahkan itu, kita agungkan lebih daripada Yang Memberinya.. adakah ini yang dinamakan syukur?
hingga, satu masa demi cinta, kita sanggup gadaikan segala2nya maruah, diri, badan, keluarga,,,,yang lebih teruk ialah kita gadaikan islam...gadaikan peribadi islam, akhlak islam, gadaikan sifat kemurahan Yang Maha Pemurah..dengan bercinta mengikut hawa nafsu,,,,
cinta itu abstrak, dan ramai yang silap mengklasifikasikan cinta.,...ramai yang menganggap cinta itu menyukai dan menyayangi sesuatu dan tidak mahu melepaskan sesuatu itu,,,dan berhenti setakat itu,,,berhenti setakat itu??...
cinta yang merupakan anugerah, harulah tidak putus dan akan sampai kepada Allah..maknanya ada tersirat nama Allah, samada di permulaan, pertengahan, atau pengakhiran..
jika cinta berhenti setakat didunia.,..
sedarlah insan itu bukannya dipanggil cinta...itu dipanggil nafsu...dan jika Allah tidak menegor kita, bermakna itulah istidraj...
kerana cinta yang sebenar adalah dari Allah, bersama Allah, dan untuk Allah semata2,,,
memang pada peringkat biasa seperti kita ini, susah nak memahami ayat di atas,,,dari Allah...itu sudah pasti,,,
bersama Allah,,,,ini yang selalu gagal insan praktikkan,,,adakah jika semasa anda bercinta, zina(yang pelbagai jenis) menjadi tabiat? dan adakah itu bersama Allah?...bersama dalam cara Allah?....
untuk Allah,,,dan ayat terakhir ini adalah yang paling sukar,,,,untuk Allah,,,jika cinta kita diselang seli dengan zina dan syirik bergantung kepada insan yang kita sayangi lebih dati Allah,,, adakah ini dipanggil untuk Allah??...
jika kita akui ayat pertama,...dari Allah,,,tetapi menolak ayat kedua dan ketiga,,,
sedarlah..apa yang kononnya cinta yang dianugerahkan itu sebenarnya satu penghinaan kepada kebaikan Allah...,,,
cukuplah memfitnah cinta suci yang Allah kurniakan, jika nafsu dan selain dari Allah yang menjadi tujuan...
jika benar cinta kita ini anugerah,,,biarlah ia dari Allah, bersama Allah..dan kerana/untuk Allah semata2,
moga Allah menyelamatkan kita semua...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
1 comment:
akmal..aku yg wat status tu...
Post a Comment