Setiap saat akan terdetik kata-kata dalam hati kita, atau
kita dipanggil bisikan hati…ketahuilah, kata-kata hati ini, samada dari
Allah, dari Malaikat, dari Syaitan, atau dari Nafsu kita sendiri….kita
boleh menimbang kata-kata hati tersebut dengan neraca-neraca
tertentu…Belajarlah, insyaAllah dapat ‘menghidupkan hati’….
Neraca Kata Hati (baik atau buruk):
1. Selari dengan Syariat? Jika belum jelas, lihat bawah
2. Lihat Perjalanan orang soleh? (adakah orang soleh dahulu dan sekarang melakukannya)Jika belum jelas, lihat bawah
3. Lihat Kesungguhan diri? Selalunya kata hati buruk jika diri bersungguh, kerana diri cenderung mengikut nafsu.
Asal Kata Hati Buruk :
1. Syaitan
Neraca: Hapus dengan zikir ia kan hilang
2. Nafsu
Neraca: Tidak mahu buat kejahatan lain, kemahuannya focus dan tetap,
(contoh:ingin menipu, dan menipu sahaja, walau ada kemudahan buat
kejahatan lain seperti mencuri, tetapi tidak ingin, cuma nak menipu
sahaja....kata hati ini, tidak terhapus dengan zikirullah)
Hapuskannya dengan melemahkan (puasa, kurangkan tidur, tidak terima
desakan nafsu) dan bebankan dengan kerja fizikal (kerja, ibadah solat,
puasa, baca quran, gotong-royong, dll)
3.Istiraj
Neraca: Terdetik selepas sahaja berbuat maksiat, Atau ketika belum taubat
Dimurkai Allah, hapuskannya dengan memohon keampunan dari Allah
Allah akan terima jika kita bertaubat dan rasa takut di hati.
Asal Kata Hati Baik:
1. Ilham dari Allah
Neraca: Amalan hati, contohnya----
Rendah diri, jaga hati dari riak, syirik, ikhlas
Datang dengan kekuatan untuk menyuruh kearah kebaikan
Datang kata hati menyuruh kebaikan, setelah melakukan sesuatu
kebaikan, secara berulang-ulang tandanya Allah beri kemuliaan kemudahan
untuk kita ber buat kebaikan, tanda amalan diterima
2. Bisikan malaikat
Neraca: Amalan jasad, selalunya sepintas lalu
Contoh----Suruhan Bangun solat malam (ketika terjaga malam) ,suruhan sedekah
jika kita tidak sahut kata hati berkenaan ia kan hilang
Apa kebaikan, Mengetahui Asal Kata Hati Yang Baik???
Kata ulama’: “sesungguhnya pengetahuan kamu terhadap punca kata hati
baik ini, mengagungkan penyaksian kurniaan Allah di dalam hati kamu”
Supaya kita bermotivasi melakukan perkara yang Allah redhai, dan kita lebih dekat dengan Allah….
..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Saturday, November 9, 2013
Tahukah anda, asal usul Bisikan Hati yang terdetik Setiap Saat dalam hati itu, berasal dari mana??? Ketahuilah rahsia ini.
Labels:
hablumminallah,
minda,
usaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
No comments:
Post a Comment