Kedudukan jantung ibu dan anak adalah amat rapat semasa anak masih berada di dalam rahim….
Gelombang jantung ibu, akan membimbing gelombang jantung anak, supaya menjadi stabil dan kuat…
Ibu yang selalu stress semasa mengandung, akan manyebabkan anak didalam rahim, juga stress…
Semasa perkembangan otak anak di dalam rahim, ada satu masa dimana otak banyak menjana sel2 otak yang banyak dibahagian prefrontal cortex,iaitu otak bahagian depan, otak ini, menjana kreativiti dan kekuatan berfikir secarawaras , kemampuan mengawal emosi, dan matang.
Sekiranya keadaan ibu semasa mengandung sentiasa stress, penghasilan sel2 otak di bahagian prefrontal ini akan berhenti dan menyusut kemudian penghasilansel2 otak dibahagian otak yang diistilahkan Reptilian brain oleh saintis akanbertambah.
Perubahan ini menyebabkan anak yang bakal lahir lebih maskulin, dan kurang berfikiran kreatif, kurang dapat mengawal emosi dansebagainya…kekuatanya adalah dibahagian tubuh badan.
Manakala anak yangpertambahan sel2 otak dibahagian prefrontal cortex kekal dan bertambah pula(hasil keadaan emosi ibu yang stabil dan bahagia semasa mengandung), akan cenderunguntuk berfikiran kreatif, dapat mengawal emosi, rasional dan sebagainya.
Semasa anak lahir di dunia, ibu sebaiknya terus berkomunikasi dengan si anak, sentuhan , bercakap dengan anak, merenung mata,dan sebagainya, ini semua penting untuk perkembangan deria si anak, sentuhan,penglihatan…contohnya, mengikut kajian melalui penglihatan anak, perkara pertama yang akan dikenalpasti ialah wajah si ibu, perkembangan yang lebih baik, sekiranya si ibu kerap memberikan respon seperti senyuman, semasa bertentang mata.
Kebolehan kepekaan penglihatan dan kesedaran si anak akanmula tebentuk dari 2 hingga 3 minit, sekiranya ibu, terus merangkul dan berkomunikasi dengan anak. Tetapi sekiranya hubungan ibu dan anak terjejas atau kurang selepas kelahiran anak, mengikut statistik, anak-anak seperti ini, tidakmembentuk kepekaan penglihatan, atau kesedaran dari 10 sehingga 12 MINGGU selepas kelahiran..
Bayangkan betapa terjejasnya perkembangan akibat kurangnyakomunikasi antara ibu dan anak selepas kelahirannya..
Ibu sebaiknya menyusukan anak sehingga 2 tahun, menurut alquran….
segala kekuatan hormon, antibodi dari susu ibu disalurkan pada tahun pertama. Semasa ibu menyusukan anak ,gelombang jantung ibu sekali lagi akan menstabilkan gelombang jantung anak,akan mempunyai frekuensi yang sama…gelombang otak ibu dan anak juga akanmenjadi sama.
Semasa ibu jauh dari anak, gelombang jantung anak akan kembali tidak stabil, dan anak akan merasa stress…semasa berada dekat dengan ibu, gelombang jantungnya akan kembali stabil.kebolehan jantung anak untukmengikut gelombang jantung ibunya adalah satu skill yang dibentuk, secara tidak sedar. Kebolehan ini member kesan terhadap kebolehan anak untuk bermasyarakatdan mempunyai hubungan yang baik di dalam masyarakat. Ini kerana jantungnyamudah untuk menyamakan frequensi gelombangnya dengan gelombang jantung orang lain. Gelombang jantung sesama adik beradik juga sama, ini adalah kerana mempunyai ibu yang sama, ini antara penyebab, hubungan sesama adik beradik, adalah rapat.
Semasa anak berumur 11 bulan, pertambahan sel otak yang sama berlaku di bahagian prefrontalcortex, seperti kes di dalam rahim, pertambahan sel ini boleh berhenti danmenyusut, dan digantikan dengan pertambahan sel otak di bahagian otakreptilian, sekiranya anak selalu dalam keadaan stress…
Keadaan anak yang tidak bimbang dan takut kerana sentiasamerasa selamat dengan persekitaran, anak tahu ayah dan ibu akan sentiasa beradadi sisi dan menjaganya, serta tidak akan meninggalkannya, akan menggalakkanotak anak cenderung untuk menjadi kreatif, sabar, boleh mengawal emosi, matangdan sebagainya…
Walaubagaimanapun, sekiranya anak sentiasa dimarahi, diancam untuk ditinggalkan, si ibu atau bapanya selalu membuat memek muka marah, jelek atau apa2 memek muka yang negative, akan menyebabkan si anak menjadi stress, dan menjejaskan otak kreatifnya, tetapi menguatkan otak survivalnya,….
Ini semua memberi kesan kepada kehidupan dan kualiti masa depan si anak…
Cara anak belajar:
1- 4 tahun = bermain dengan meniru perbuatan ibu dan ayah,serta orang2 yang terdekat, membina kekuatan berfikir secara metafora dan analogi, ,(menjadikankasut sebagai telefon, pinggan sebagai stereng, dsbgnya)..untuk persediaandunia simbol semasa dewasa (seperti matematik, formula, dsbgnya)
4-7 tahun = dreaming+imiginatif, meniru perbuatan serta membuat dunia khayalan sendiri, bermain sendirian, membina kekuatanberfikir secara metafora dan analogi,(menjadikankasut sebagai telefon, pinggan sebagai stereng, dsbgnya)..untuk persediaandunia simbol semasa dewasa (seperti matematik, formula, dsbgnya)
7-12 tahun = Membuat eksperimen, cuba jaya,mencuba pendekatan baru, dan kreatif dalam perbuatannya yang ditiru atau perbuatan yang difikirkan sendiri…
Kegagalan kita tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk permainannya(pembelajarannya),sentiasa menghalang perbuatan anak(yang tidak berbahaya), sentiasa memarahi anak, akan menjejaskan perkembangan otakanak. Kekurangan daya imaginative, boleh menyebabkan anak selalu bergantungkepada otak survival(reptilian), anak kurang dapat menjaga emosi, dan lebih cenderung untuk bertindak ganas dalam kelakuannya semasa dewasa,.Kemampuan anak untuk membuat analogi dan metafora, akan menjejaskan perkembangan akademiknya.
kerosakan terhadap anak anda akan lebih kronik lagi, sekiranya anda selalu memberi kesakitan fizikal terhadap mereka, seperti mencubit, tampar dsbgnya,,,
Ada yang mengatakan saidina Ali pernah berkata lebih kurang:
Bermainlah dengan anak, sehingga berumur 7 tahun
Ajarnya disiplin sehingga berumur 14 tahun,
Berkawan dengannya sehingga berumur 21 tahun..
Kemudian lepaskannya,…
….
Rasulullah adalah manusia yang banyak senyum dengan kanak2…tidak memarahi kanak2, sentiasa menyayangi kanak2…
….
Akhir kata…
jangan asyik nak mengajar mereka….tunggu umur tujuh tahun kot…
Jom main...
sumber: https://www.facebook.com/notes/akmal-ismail/anak-ibu-dan-ayahjantung-permainan/540818322621359
No comments:
Post a Comment