Haha…sekian lama aku memikirkan tajuk untuk post aku yang suka2…so aku bagi depa satu nama yaiitu…
“Coret soudah…jangan le carut”
Sebab banyak mende aku nak coret….sampai perkara yang banyak ni terlalu luas…tanpa aku ada satu tajuk yang khusus,,,,
…………………
2 hari lepas ..akunya pak sedara meninggal…walau aku x rapat ngan pak sedara aku ni,,,aku selalu gak dengaq crita fasal dia melalui mak aku…x rapat aku ni pun…aku penah mengurut dia sekali dua..bila dia semput datang ke rumah aku,,,(sila sedekahkan alfatihah kepada Allahyarham Cikgu Othman bin Hajjah Aishah)…
Pak sedara aku ni…cikgu jugak,,,klu kat daerah tempat aku,,,memang dia tekenal,,,dan penuh ngan jasa2 dia,,,so ,,,aku yang malas ni,,,sempat le tengok jenazah…walaupun sebelah rumah je dia di mandikan…aku join la solat jenazah,,,dan aminkan doa semasa di kubur,,,
Orang kata, talkin tu sebenarnya untuk kita…supaya kita dengar dan tobat…
(Sori..kak tijah,,,saya nak datang knuri kak tijah,,,tapi sibuk kemas rumah…terima kasih dengan nasi kenduri….)
Bila kita sampai kat bumi…dari perut mak kita,,,kita sorang,,,,lone ranger,,,
Bila kita masuk ke dalam tanah dan wa innailaihirojiun..pun,,,kita sorang jugak…
………………….
Tapi kat dunia,,,,kononnya kita ramai sahabat dan kawan.,,dan kononnya ramai yang sayang kita….tapi bila kita mai,,sensorang,,,
Kita p pun sensorang,,,,jadi siapa kawan kita yang sbenar,,,,
“sahabat yang sebenar , adalah sahabat yang dapat memberi kesan kebaikan kepada kita di akhirat kelak”
Cuba check tengok berapa kawan anda yang benar2 kawan…
Adakah kawan2 anda Cuma masa berseronok,,,,Cuma semasa berlagho.,,..bersenang dan berlupa akhirat?(lupa dunia xpa)
Berapa ramai kawan anda yang bila anda lihat dia..anda ‘nampak’ Allah???
X ada ke?...bermakna anda x ada sahabat yang sejati…
Atau mungkin bagi anda sahabat yang sejati adalah sahabat yang dapat meneman anda di neraka…sama2 buat maksiat di dunia…sama2 lagha.,,,you jump.,I jump…kita sahabat sejati…
………………………………………………………………………………….
Bila prinsip aku mengatakan bahawa aku,,,jangan berharap kepada manusia,,,bermakna betapa hancur pun hati aku dek perbuatan manusia,,,hancur hati aku sentiasa di pateri kembali dengan harapan kepada tuhan,,,
“bukan merajuk. Cuma x mengharap…”
Tapi bila x merajuk,,,bukan bermakna aku x sakit…dan bila aku sakit,,,bukan bermakna aku benci kesakitan,,,,malah menyebabkan aku makin suka kesakitan…kerana bila segala perkara aku sudah x mengharap….maka…wa innailaihirojiun…..dan hasilnya?= tenang,,,
Dan aku kembali dengan kekuatan,,,
“aku berasa terpinggir, bila aku merasakan, orang merasakan aku meminggirkan orang”…
Ye…macam cikgu suhailah kata “badan tough, hati love2,,,,”
Xpun macam cikgu tew lee guan cakap “gigit ganas2 hati love2…”
Haha..cikgu tew lee guan mengata aku sebab aku pernah gigit kelapa cobaan untuk mengoyak kulit kelapa..tapi gagal..
Memang ayat cikgu suhailah tu..bukan nak kata aku…dan memang ah guan nak kata aku pun…tapi,,,,ayat ni umumnya untuk kaum lelaki yang nampak kuat/ganas/keras,,tapi lemmmbut hatinya…
Ramai aih…laki yang kuat tapi hati dia lembut…
Ye..dia keja keras berpenat lelah,,,untuk menyara keluarganya,.,,kerana hatinya lembut dan sayang serta risaukan keluarganya,,,
Dan sungguh,,,manusia kena ada hati yang lembut untuk menangis di tikar sembahyang,,,lembut untuk mengetahui tanggungjawab,,dan menerima kelemahan diri sebagai hamba yang selalu berdosa,,,
……………………………………………………………………………….
Dan memang hati aku ni cepat terusik,,,kerana tu aku x suka tengok bersamamu.,..sebab,,,mata aku selalu ‘masuk habuk’,,,walaupun tengok anak kucing dalam longkang,,,atau anjing capit atau cacat…
Aku x suka kelembutan hati aku tertonjol….kerana apa guna tonjolkan kelembutan melalui air mata di tempat2 yang x sesuai…kalau kita asyik dengan air mata….sapa nak lap air mata orang yang kita nak jaga…orang yang sepatutnya kita bela…
So..aku pilih untuk mengurangkan tekanan kelembutan hati…dengan cara berusaha…untuk tidak menjadi zalim..dan menjadi khalifah Allah,,,yang faham makna tanggungjawab,,,
“bukan merajuk…..”
Bermakna aku haramkan diri aku untuk merajuk…
“Cuma x mengharap”
X mengharap kepada sesuatu selain Allah,,,
…………………………………………………………………………..
Sahabat,,,,
Sahabat sejati,,,,
Selalu kita tengok kawan2 masa dia susah,,,kita tolong,,,dan selalu kita heran…”isk kenapa la kawan aku ni x kenang budi”…bila kita bermasalah…dia x pernah tolong(series aku x harap, tapi kalau tolong..aku berterima kasih..),,,bila kia dilanda kesulitan,,dia nak merajuk dan berkecik hati…
Bila kita x buat satu perkara yang dia mau…dia rasa kita pinggirkan dia..dan dia rasa kecik hati…
Kalau aku,,,aku harap kawan2 yang macam ni..faham…yang aku ni…kadang2 ada benda lain yang lagi penting,,,dari perkara yang dia mau…
Contoh: aku x dapat datang kenduri kawin sepupu aku,,,kerana bapak sedara aku belah mak aku arwah…so aku seharian sibuk menguruskan rumah,,,beli perkara2 yang patut..p sana- p sini.,…adik beradik suma mai..,,,(mak pak aku lak ondaway dari johor secepat mungkin)….so aku haraple sepupu2 aku faham keadaan aku,,,,(Alhamdulillah diarang faham, kan?)benda dah terpampang depan mata,,,Cuma tunggu minda yang rasional dan matang,,,untuk menerima,,perkara2 sebegini…
Dan aku harap,,,sahabat2 sekelian faham,,,,walau hati aku lembut.,.aku selalu bertindak ‘kelihatan’ seperti kejam zalim..kerana aku melakukan perkara yang aku rasakan benar,,dan aku tidak mahu menjadi zalim yang sebenarnya zalim….semata2 kerana kepentingan dan kemahuan sahabat2 sekelian…
Selalunya,,,yang zalim itu hati,,,,jadi jangan ikutkan hati,,,
Apa kata,,,anda gunakan minda sebentar…
Dan satu lagi…
Walau hati aku yang lembut ini,,,aku amat sukakan kesakitan,,,,apabila aku bertegas dengan prinsip…
“Berharap pada Allah”,,,,
Bermakna aku x berharap kepada anda,,,untuk memahami…kerana aku sedar,,,kita manusia ini,.,,buruk2 perangai belaka…
aku syukur dan terima kasih,,jika anda cuba memahami…..
Tapi aku benar2 x berharap akan kebaikan dari anda,,,kerana kebaikan itu datang dari Allah…
Ini hakikat….
Tapi asbabnya,,,yang harus kita semua praktikkan adalah,,,dengan
“tidak bersyukur insan kepada Allah, apabila ia x bersyukur kepada manusia terlebih dahulu”…
Pandai2 la anda praktikkan dan fahami ayat ini,,,,dan aku praktikkan mengikut cara, kefahaman, ilmu aku sendiri…setakat kurniaan hidayah yang Allah kurniakan kepada aku,,,
Lastly,,,nak kawan ngan aku kawan le,,aku suka berkawan,,,
Nak kecik hati ngan aku? Dan nak rasakan aku zalim?...
Silakan,,,,memang aku datang ke dunia ni sorang,,,,aku balik nanti pun sorang,,,dan aku x berharap dengan anda,,,,
Dan sungguh aku berterima kasih kepada anda/sahabat2 semua….sebab semakin aku melihat anda wahai sahabat,,,semakin aku menilai diri aku..dan diri anda,,,hanyalah hamba Allah semata2,,,,yang membezakan..hanya sedar,,,atau x sedar,,,itu sahaja…
terima kasih sahabat2 terutamanya yang bila aku nampak anda…aku ‘lihat’ Allah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………….
……………
………
…..
…
..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
1 comment:
wah jujur sejujur jujurnye..tapi betulkan..drpd menjdi hipokrit..baik jd diri sendiri..yang penting..niat..
wallahualam
Post a Comment