Popular Posts

Tuesday, December 16, 2008

Sains dan matematik dalam bahasa inggeris….?????

Aku cadang apakata kita buat subject b.i sahaja dalam bahasa inggeris....

Aku cadang,,,apakata kita memperkuatkan lagi bahasa inggeris budak2 ni dengan memperkuatkan lagi kehebatan depa dalam mata pelajaran bahasa inggeris itu sendiri...

Bukan yang selainnya...

Kenapa???

Kerana...

........................................................................................................................................................................

Satu hari dalam kelas 4 bestari...

”chegguu,,,chegguu,,,,mari kemari” kata ah-fuang,,,(aku lupa la..ah mei ke..ah nee ke ahfuang,,salah satu dari depa tiga la yang panggil aku)

”ye..ye,,khenhaphe”...kata aku sambil berlari2 anak kepada anak murid aku yang cute itu...

Sekarang ni sesi baca buku teks engineering technology for form 4 tuhh....perghh

“chegguu…”dia kata bila aku da sampai kat depan dia…

“ye,,khenhapheee?? Ape yang kamu x faham” aku jawab,,,

“saye x reti…saye x faham ni” dia kata…

”awak x faham perkataan yang mana”....sambil aku tengok buku teks yang dia pegang,,,

”saye x faham bahasa inggeris”........

Aku rasa aku sendiri blank sekejap sambil merenung masa depan anak2 murid aku yang begitu ’bersemangat’ dan ’berminat’ belajar ilmu yang dia x faham..menggunakan bahasa yang dia sendiri x faham...

(lebih kurang camtu la dialog dan suasana yang aku lalui haritu)

................................................................................................................................................................................

Hah....apa kejadahnya,,,,itu bukan masalah teknologi kejuruteraan tingkatan empat..tapi itu masalah penggunaan bahasa yang tidak sesuai dalam matapelajaran tersebut...

Budak2 aku ni... boleh dikatakan x pandai langsung dalam bi...x kira la dia melayu ka...cina ka...

Summa hampeh...

Mata pelajaran B.I pun x perform..macamana nak conquer subject lain dalm bahasa tersebut????

……..

Ok2…serius aku cakap…kita ubah balik dalam bahasa Melayu...

Serius aku cakap...aku dulu pun dalam B.M jugek blajo...start masuk matrik je aku blajo dalam bi...ha apsal ble je aku amik bachelors degree in mechanical engineering second class upper with honour dan muet band 4(pergh,,panjang tul hujah tersebut, segala puji hanya bagi Allah)??

Serius aku cakap...ko buat la dalam b.m. balik..siaaaaannn anak bangsa kita...bio le die sekurang2mya faham ilmu nya....daripada datang kesekolah dengan blank x faham apa2 sambil shuffle...dengan gaya yang amat hodoh...

Serius aku cakap...manatau kalau dia belajar math n science in b.m dia akan kenal ilmu yang ingin disampaikan,...bila kenal maka cinta lah dia..

Tapi kalau dalam b.i..bila subject bi sendiri pun dia fail..apakejadahnya dia nak kenal ilmu subject lain yang dihantarkan melalui bahasa inggeris yang dia x kenal...

cuba bayang...engkau kenalkan kawan engkau kepada sorang mamat yang engkau sendiri pun x kenal...mesti muka dia tekejut dan blank..kerana dia heran...”apehal mamat nih?? Gile ke ape”...dengan engkau(bahasa inggeris) pun dia(anak murid) x kenal..masakan dia nak bkenalan dengan kawan(ilmu subjek yang cuba disampaikan dengan bi) kita ...tambah2 tekejut2 camtu.,.

sebab tu la

”x kenal,,,maka x cinta..”..

Biar belajar dalam bahasa melayu,,,sekurang2nya biar timbul minatnya dalam sains dan matematik dahulu...pastu dengan izin Allah dia akan hebat berbahasa bahasa yang dijadikan bahasa pengantar ilmu2 sains dan matematik di tahap antarabangsa,,,,

Kalau x,,aku takut dia jadi antarabangsat....

So..ko...

Ko wat la keputusan,,,kita sayang anak bangsa malaysia kita,,,,biar dia belajar dalam bahasa melayu...

Biar timbul minat dahulu...

Baharulah dia kan mantap dalam segala bidang....

Walau dia x jadi hero antarabangsa,,,sekurang2nya dia jadi hero kampungnya sniri...dengan belajar dengan penuh minat,,,,jangan kerana bahasa inggeris yang kita perjuangkan,,,anak bangsa jadi orang jahat dikampung sendiri...kerana x minat dengan ilmu...tapi minat dengan shuffle...haha,,,(aku gelak..tapi gelak dengan kesedihan,,,lagi elok dari kononnya tegas dengan pendirian,,yang diri sendiri tahu merosakkan,,,)

Ok,,,,aku sokong bahasa melayu dalam menyampaikan ilmu...





p.s: ape nak rugi,,,ha kan ke kaya lagi pengusaha buku teks...dapat lagi kontrak...nak kaya2 lah..tapi biau, buku tu berkualiti sket,,,ni aku tengok,,sat sampai tahap bachelors degree,,,ada isi dia yang tahap budak tadika...aku cadang ko buat buku setahap dengan pedagogi budak2 umo 16 tahun bagi budak form 4(form len wat selaras yang umo die le,,,yang tu pun nak kena bagitau..ikhlas la sket demi anak bangsa,,,appaaraa)..selaraskan seluruh isi..jangan buat cincai lagi,,


p.s2:boleh..kalau nak buat dalam b.i.,,,,tapi belum tiba masanya...sebab anak2 melayu ni...belum bersedia..kefahaman diarang tentang pentingnya ilmu pengetahuan belum tahap tinggi lagi..jadi bagaimana untuk kita memaksa diarang belajar dalam b.i,,,,bila diarang sendiri x rasa terpaksa,,,dan diarang sendiri leka dan sronok dengan kehidupan senang lenang yang disogokkan....diarang xkan berusaha untuk memahami ilmu..apatah lagi bila disampaikan dalam b,i...b.i. boleh,,,tapi mesti kena pada masanya,,,


p.s3:....xperlu salahkan sesiapa sekarang ini,,,tapi tengok pada kuasa yang ada pada diri,,di tangan tu,,,,,apa yang anda boleh buat untuk mengubah mentaliti anak bangsa kita supaya memahami kepentingan ilmu...supaya b.i. sebagai bahasa pengantar sesuai di malaysia...

No comments:

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search