Popular Posts

Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman aku….temuduga perlantikan jawatan..pegawai pendidikan pengajian tinggi DH41….


Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggerik pejabat setiausaha negeri..,,,

Aku kena diinterview pada sesi pertama pukul lapan pagi…semalam.,..dan nama aku adalah yang pertama…kalau ikut..aku orang first yang akan diinterview di penang la pada sesi januari ni..cuak jugak..jadi orang first…

Dan aku sampai dekat komtar…di bilik anggerik dalam jam 7.30 pagi…perghhh…

Aku tekejut jugak sebab ramai yang dah menunggu….walau masih awal(hah ye le)…

Aku g kat kaunter abang pegawai spp,,,,

“encik, pergi sain kat situ, dan tunggu saya panggil ye”…perghhh

So aku g sain,,,dan tunggu le…jam dah 8.15 tapi sesi temuduga x start lagi…manakala abang pegawai spp tu dok sibuk layan orang yang datang awal dari aku…

Dan kemudian dia hantar orang yang datang awal dari aku untuk masuk ditemuduga dulu…

Aku kena temuduga lebih kurang jam 10…

Aku orang 3 dari terakhir..yang ditemuduga…x silap aku..aku orang yang ke 7…

So..moralnya:datang awal…sebab temuduga dijalankan ikut siapa yang datang dulu…bukan ikut list nama…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“assalamualaikum”

“waa’laikumussalam” jawab datuk spp dan puan ketua jabatan tersebut(pkjp)…

“sila” kata datuk spp sambil seakan2 menunjukkan kerusi…

Aku pun duduk le..

“smart harini?”datuk spp Tanya (peril ke puji?)

Aku senyum..dan jawab “semangat, datuk”

“apa kamu kata?” datuk spp cakap dengan suara nyaring…

Aku dah cuak..”saya semangat datuk” aku jawab...aku jawab slo sikit

“apa kamu sebut tadi” dia Tanya lagi..sebut aku jawab slo tadi…

“saya semangat datuk” aku cakap dengan nada yang kuat.….

“bagus….kita memang mahu orang yang bersemangat…kita memang mahu orang yang bersemangat bekerja dengan kita” kata datuk spp tersebut…(perli ke puji?)

Aku memang cuak tadi…sebab ingat…aku nak kena paku…kot datuk spp ingat nak marah aku…sebab kot semangat hangat2 taik ayam…macam orang berlakon nak minta kerja…hakikatnya…memang aku nak minta kerja….tapi semangat aku insyaAllah xkan pudar…sebab aku x boleh kerja dengan satu pekerjaan yang aku x bersemangat nak buat…dna memang ni harapan aku..

“kamu kerja dimana sebelum ni??” Tanya datuk lagi…manakala PKJP tengah dok usha akunya sijil2 apasuma..start dari awal tadi lagi…

“saya x bekerja lagi datuk..saya baru habis pengajian DPLI bulan sebelas tahun lepas…”jawab aku…

“kpli?...awak masuk kpli tapi awak minta kerja sebagai pensyarah, kenapa awak x minta kerja dengan kpm?”Tanya datuk spp lagi

“bukan kpli datuk, tapi dpli..dan saya bawah tajaan kpt..” jawab aku lagi…

“ ohh dpli, tapi awak masuk dpli awak belajar cara mengajar budak2…macamana awak nak mengajar sebagai pensyarah??” Tanya datuk lagi

“ saya ambil DPLI, untuk belajar ikhtisas pendidikan datuk..saya bukan saja belajar pedagogi…tapi saya belajar juga andragogi…saya belajar PTV…teknik2 untuk mengajar semua lapisan umur”…jawab aku….

“oh…hmm.,..awak pasti awak ni tajaan kpt, bukan KPM?” Tanya datuk spp..

“pasti datuk” aku jawab…

“betul awak pasti awak ni dihantar oleh kpt untuk melalui dpli?”soal datuk spp lagi…

“saya memang pasti datuk, memang saya dihantar KPT, bawah tajaannya untuk mengikuti DPLI” aku jawab…

Manakala PKJB sibuk baca sijil2 aku lagi..tapi dalam pada masa yang sama…dia dengar perbicaraan(perghh) aku ngan datuk spp…sambil dia angguk2…

“ok, baiklah….apa yang kamu dapat belajar dari DPLI?” soal datuk lagi..

“banyak yang saya dapat datuk…saya belajar teknik2 untuk pnp…psikologi pendidikan…falsafah…” x dan aku nak terang habih2 datuk mencelah..

“falsafah pendidikan?” datuk spp celah…

“ya datuk falsafah pendidikan..”sekali lagi aku x dan nak habih terang..

“falsafah pendidikan Negara?...cuba kamu terang falsafah pendidikan Negara..” soal datuk…

“falsafah pendidikan negaga ialah….pendidikan di Malaysia…(dan aku terang sampai peranggan pertama)”

“bagus,,,tahniah saya ucapkan..sebab selalunya,,,pendidik yang dah berpengalaman 10,20 tahun pun masih x hafal lagi falsafah ini…” kata datuk (perli ke puji?)

“betul,kamu harus jadikan fpn sebagai satu guide bagi kamu jika menjadi pendidik” kata PKJP sambil angguk2

“macamana kamu boleh ingat FPN, entah2 kalau x kerana interview ini, kamu dah x kenal apa itu fpn…”

Datuk persoalkan aku lagi..

“sebanarnya datuk..saya dah hafal FPN,,,sejak temuduga DPLI lagi” aku jawab,,sambil senyum..

Datuk spp ngan PKJP poli pun ketawa…(aku pun makin bersemangat nak menjawab soalan)

……

Puan PKJP ada soal lagi tentang Modal insan, Mentor Mentee,pembangunan diri aku sebagai pensyarah…dan ada le lagi sket2…

Datuk ada Tanya lagi apa beza orang yang melalui DPLI dan x melalui DPLI dari segi membantu dlam PNP…dan ada le lagi sket2…

…………………………………………………

Dan akhirnya.,..

Antara kata semangat…PKJP..

“ saya harap..apa yang awak sebutkan bukan berakhir setakat dalam bilik ini saja…kita akan bertemu lagi nanti”…

Dan aku nak jawab tapi x tekeluar sebab banyak sangat aku jawab…rasa bersalah lak nak melebih2…

Yang aku pasti, dalam hati aku…aku nak dan sedang jadikan agama tujuan hidup..pendidikan adalah satu perkara yang terpenting di dalam agama…jadi kalau aku permainkan tugas dan amanah sebagai pendidik…bermakna aku lah orng yang tercela sekali….dan bila aku menjadikan..dan mengharap..diri aku menjadi baik sebagai seorang pendidik…aku berdoa agar Allah..menyelamatkan aku..dan memimpin aku dengan tali perjuangan yang betul…untuk aku sampai kepangkuanNya..bersama2 anak2 didik aku..amin..

………………………………………………….

So sahabat2……skit ja soalan fakta yang ditanya kepada aku…dan x ada langsung soalan bidang mekanikal yang ditanya kepada aku,,walhal rakan2 yang di temuduga sebelum aku..ada yang ditanya soalan bidang…dan fakta yang bermacam ragam… dan ada juga yang ditanya soalan2 seperti aku…

Jadi mengikut analisis aku…

Ada beberapa kemungkinan:

1. Aku orang ke 3 last…mungkin penemuduga…tanya soalan2 perlu sahaja…

2. Dari awal temuduga soalan dah ditumpukan ke bahagian..keyakinan, integrity dan sifat optimistik..dan dah jauh menyimpang dari soalan fakta,pengalaman dan soalan bidang..

3. Atau memang soalan2 dah penemuduga buat skema siap2..dan kena random…haha…

Dan aku fully BM…mcam aku tadi..rakan2 sebelum aku,,,ada ditanya soalan bidang..pengalaman..fakta,,,dan ada yang ditanya dalam BI..

So aku syukur…Alhamdulillah semua soalan aku dapat jawab dengan lancar dan baik…

Dan moga Allah tetapkan aku dengan jawapan2 yang aku berikan…sepanjang kehidupan aku sebagai pendidik nanti…

Sebab boleh dikatakan semua jawapan yang aku berikan,,adalah seakan janji aku..pada amanah Allah…sebagai seorang pendidik…

Aku x sanggup di cela…dan masuk neraka semata2 sebab aku permainkan janji..amanah dan tanggungjawab aku…mengerjakan sunnah nabi yang satu ini…

……..

Sahabat…yang penting anda jawab dengan ikhlas…dan paling bersemangat…dan TEGAS…..

Itu yang aku buat,,,

Ok sahabat..moga temuduga anda semua…lancar,,,

Dan moga kita semua lulus dalam perlantikan jawatan ini…

p.s: abang pegawai spp kata..keputusan keluaq bulan 3….aku rasa,,,keputusan keluaq hujung bulan 2..bulan 3.,,,insyaAllah,,posting…amin…

p.s2:perhatian…dialog adalah atas pengolahan memori aku…dan ayat yang paling sopan aku boleh buat,,haha,,(yang merah2 tu penting le..)

6 comments:

Anonymous said...

abis tue dapat tak kerja tue??

iBNu iSMAil Al-SalaM said...

awak rase?

Anonymous said...

aku temuduga luse. tp len dari gred2 korang. DH29. kene intvw kat ptrjya gak. aduh, aku dah laa agak kelam kabut.

syazana said...

waa nervous aku dengar ko nyer cerita..aku juz cari info untuk temuduga ijazah pendidikan next week..da la tak pernah temuduaga..takut...takut....

dari perspektifku said...

nak tanya, mmg kna pakai blazer and name tag ker?

Anonymous said...

sy nk tnya ckit...apa sebenarnya bidang tugas PPPT?

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search