Popular Posts

Sunday, July 12, 2009

Untuk cik ambun_pagi…


encik usaha..encik xpnah fedap ke dlm berusaha..camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??-ambun_pagi

sebab cik embun pagi ni Tanya soalan..so aku dedikasikan post ni untuk jawab soalan dia…

1. xpnah fedap ke dlm berusaha..

2. camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..

3. pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??

3 soalan dia Tanya,,,

Ini jawapan soalan 1;

Pernah….aku jugek manusie biase…tpi ego aku yang amat besar…mengharamkan diri aku untuk menjadi lemah dan menerima kelemahan diri..so aku berkeputusan untuk sentiasa berusaha,,,dalam perkara yang aku nak…sehingga sekurang2nya aku mati berusaha…

Ini jawapan no 2:

Istiqamah itu rohnya ialah hati yang ikhlas…ada dua saja keadaan hati kita dalam berbuat sesuatu…kalau x ikhlas,jawapannya ialah syirik…ikhlas itu bermakna membuat sesuatu semata2 kerana Allah…syirik itu berbuat sesuatu semata2 kerana bukan Allah,,,bahkan berbuat sesuatu kerana diri sendiri juga adalah satu kategori syirik…setiap perbuatan samada di hujung atau di depannya wajiblah kita ‘nampak’ Allah,,,,barulah namanya ikhlas…contohnya…’aku solat dan beribadat...nakkan syurga Allah/takutkan seksaan Allah’ juga satu tahap ikhlas yang rendah,,,dan diterima,..

‘aku Nampak orang Nampak aku berbuat dosa..isk malunye aku’….ini sifat munafiq..tapi kalau ada ‘tentu Allah yang membuka aib aku ni supaya aku bertaubat’ pada hujung niat dan prasangkanya..maka inilah ikhlas….

Dan ikhlas ada satu sifat..yang boleh dilihat.,..iaitu istiqamah….

Sifat ikhlas ialah istiqamah…sebab itu roh istiqamah itu sendiri ialah ikhlas…

Jadi jawapan bagi soalan no dua ini,,,ialah,,,cik embun_pagi wajib berusaha(usaha jugak) untuk membetulkan niat supaya menjadi ikhlas…berbuat sesuatu kerana Allah,,,,sangkutkan nama Allah pada hujung, depan,,atau pertengahan perbuatan kita,,betulkan niat,,,

Contoh:

Aku ternampak awek cantik, aku kata ‘wau cantiknya!!’ maka prasangka aku masa tu adalah tahap syirik,,,tapi ia akan jadi ikhlas kalau ‘wau cantiknya,,,,,,,,,,,,masyaAllah ciptaan Allah,,,Alhamdulillah rezeki aku’..

Prasangka aku yang pertama tidak lengkap dan berhenti setakat dunia,,,prasangka aku yang kedua…walau pada mulanya hanya dunia…tapi pada akhirnya,,,,aku teringat,,,akan Allah Yang Memberi Segala Sesuatu,…

Jadi contohnya jika cik ambun,,,nak pegi keje,,,contohnya jadik cikgu….niat dihati haruslah ada sangkutkan nama Allah,,,,kita manusia yang lemah selalu ‘nampak’ Allah dihujung prasangka,,,,

Contohnya ‘aku bekerja mendidik anak bangsa kerana Allah,,,kerana amanah dari Allah,,,kerana takutkan Allah,,,,’

Niat begini ok,,,dan bagus,,inilah usaha mengikhlaskan diri,,,

Tapi orang yang imannya tinggi niatnya ‘kerana Allah aku mendidik anak bangsa, Allah memberiku kekuatan untuk mendidik, Allahlah yang menyelamatkan aku ke jalan yang benar”

Ini tahap ikhlas yang tinggi,,,(Allah mendahului dunia) ......malah ada lagi tahap ikhlas yang lebih tinggi,,,

Jadi cik ambun,,,pertama sekali usaha untuk anda menjadi istiqamah,,,ialah berusaha menjadi ikhlas…dengan membetulkan matlamat, niat,objective hidup dan mati,,,dalam usaha,,,dalam perbuatan,,,semuanya kerana allah,,,,betulkan niat..betulkan niat..betulkan niat,,,,ini perkara pertama yang anda kena buat,,,balik kepada basic..

‘aku hidup…aku mati,,,aku berusaha…,kerana Allah’ kerana Allah Yang Menguasai segala2nya,,,,

Ini jawapan no 3:

Aku memotivatekan diri sendiri,,dengan,,,musahabah diri,,,,back to basic..bagaimana?...lihat jawapan no 2

Dan selepas itu,,,aku berpegang kuat kepada prinsip

“berusahalah untuk mendapatkan apa yang kita mahu samada sehingga mendapat apa yang kita mahu,,,atau sekurangnya mati berusaha”

“Allah Menentukan Segala Sesuatu,,,,dan hamba Allah wajib berusaha”

“tugas manusia ialah berusaha”

Dan aku senang dengan niat, focus,,dan matlamat hidup aku ini,,,,

Aku suka, aku tenang,,dan aku senang dengan prinsip aku ni,,,,,

Cara untuk cik embun memotivasikan diri sendiri,,ialah untuk mencipta satu prinsip…atau niat,,,,atau fahaman,,,yang anda sendiri senang,,,tenang,,,dan suka dengannya,,,insyaAllah,,,cik ambun/embun,,,,boleh sentiasa istiqamah,,,

Istiqamah itu sifatnya ikhlas….ikhlas itu rohnya istiqamah,,,,,

Nak ikhlas kena istiqamah,,,,

Nak istiqamah kena ikhlas,,,

Nak kedua2nya kena senang, tenaang, dan suka dengan usaha kita kearah kedua2nya,,,

Nak dunia,,,dengan ilmu..

Nak akhirat,,,dengan ilmu…

Nak kedua2nya dengan ilmu….

NAK…..

kalau kalah,bangun balik,,,kalau salah , taubat dan sentiasa usaha kembali pada Allah,,,,kalau gagal, usaha lagi,,,,sentiasa bangun usaha,,,dan sentiasa berjuang,,,sentiasa berperasangka baik kepada Allah,,,,,

Hadis Qudsi,yaitu Allah berfirman bahawa "Ana 'inda dloni 'abdii" yang artinya " Aku ( ALLAH ) ada dalam
prasangka hambaKu atau Aku mengikuti prasangka hambaku."

dan jika kita sentiasa berperasangka baik pada Allah.,,,maka wajiblah kita sentiasa bertaubat, mengharapkan pengampunan Allah, sentiasa bangun dari kegagalan dan kelemahan,,,dan sentiasa usaha,,,kalau tidak,,,kitalah hamba Allah yang berprasangka buruk padaNya...sedangkan Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun..kalu kita menolak diri untuk berusaha ,,,bermakna kita sombong dengan Allah,,,

jadi pilih,,,,nak jadi hamba yang sombong,,atau hamba yang sedar dirinya itu hamba,,,

Sekian dahulu…moga cik ambun dapat kebaikan dari nasihat saya ini,,,

Tidak ada daya untuk aku melakukan kebaikan, atau menghindari kejahatan,,melainkan dengan pertolongan Allah semata2…dan segala puji hanya bagi Allah,,,

p.s: Anda semua,..disayangi Allah,,,kerana itu Allah membuatkan/mentakdirkan anda membaca ayat2 ini,…….


p.s2:

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaann Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

p.s3: sombong itu jubah tuhan...diharamkan untuk manusia,,,siapa yang cuba merampas jubah tuhan,,,cuba anda fikir..dimana tempatnya di akhirat kelak...so fahamilah p.s no 2...dalam belajar baca quran,,,kalau salah tajwid,,mestilah dosa,,,tapi kalau kita USAHA,,,membetulkan bacaan,,,USAHA melancarkan bacaan,,,walau sakit.,..dan susah,,,maka kita mendapat lebih banyak pahala...berbanding dosa kerana kelemahan diri kita,,,ini sesuai untuk semua perbuatan,,,

5 comments:

embun_pagi said...

embun is better than ambun en usaha..ambun is juz like nasik ambon lak..n thanks a lot for all of da advices..although need to think more to understand each of da words..the phrase itself..really a gud thinker..should be and have to thanks lot to da most Merciful Allah..for His reward..wallahulam

ibnuismail said...

ambik lah mase....fikir satu persatu,,,walau kita faham semuapun,,,x bermakna kita boleh melaksanakan semua...

yang penting kita USAHA,,,

embun_pagi said...

encik usaha..arini dalam sejarah ku telah menjerit kepada student2 ku dengan lantangnya..'tolong berusaha..sila berusaha..jgn cepat mengalah sebelum cuba'..dan jeritan itu sama sekali turut mengubah aku sendiri jd lebih bersemangat..kerana beberapa minit b4 tuh aku mmg dah give up..dah tak reti dah nk wat cmner ngan bdk2ni..dan semoga esok2 aku kn terus bersemangat..wpun ku tau semangat ku ini mcm roda basikal..so kesimpulannya yg ku nk bgtau..encik usaha telah menjadikan ku berusaha untuk ari ini..tocey2

iBNu iSMAil Al-SalaM said...

Alhamdulillah..bagus2...ingat ye..istiqamah...sekurang2 sehingga putus nafas,,,

embun_pagi said...

encik usaha.ku de soklan ah..dalam idup ni kan..apakah kite perlu berkawan ngan seme org..ataupun kite hanya perlu berkawan ngan org yg memanfaatkan kiter jer..dan kalo kite menolak untuk dijadikan kawan..berkemungkinan kita dicop sombong.jika meletakkan syarat untuk menjadi kawan..adakah ianya praktikal?ataupun sekadar untuk kepuasan diri..sedangkan sebagai hamba yg betul2 redha akan ketentuanNya..tidak salah kan berkawan dulu b4 menilai seseorg..coz kdg2 manusia sengaja jadik evil dulu sebelum bertukar jd angel..diumpamakanlah.Wallahualam

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search