..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Saturday, July 25, 2009
jawapan aku di mygstt, bila semua bercerita tentang kualiti diri seorang pensyarah poli
stress kerja sebagai seorang pendidik, dan kerja di swasta, adalah berbeza dan amat berlainan, tapi bukan jenis sama..
kualiti x kualiti sekarang ni hanya kita saja yang boleh membentuk kualiti diri kita, sambil menasihati kawan2 seperjuangan,,,,tapi kita boleh cuba membentuk kualiti secara paksa bila kita dah ada kuasa, k.k ke, k.j ke,tapi aku agak xda pun k.k dan k.j disini, mereka mungkin tengah berusaha memikirkan cara untuk memantapkan kualiti kita yang biasa2 ini ke tahap yang lebih baik...
aku juga cukup tenang dan berbangga dengan rakan2 yang walau datang dari tempat swasta yang gajinya amat mahal, sanggup memilih kerjaya yang gaji agak kecil berbanding kerjanya yang dulu, kerana ingin memilih jalan yang lebih luas dan lebih berpeluang untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara, dan aku yakin semua rakan dari swasta akan dibalas dengan balasan yang setimpal di dunia, dan balasan yang berterusan, di alam selepas kehidupan di dunia, hasil dari penyaluran ilmu yang benar kepada pelajar2 kita yang tetap mereka gunakan sepanjang hidup mereka, dan sepanjang hidup anak2 murid mereka juga..
dan aku juga amat berbangga dengan lecturer2 yang memang asalnya dari bidang pendidikan dan x luak serta x bosan, menjadi pendidik, demi agama bangsa dan negara juga....moga kita semua selamat dan bersyukur...
segala puji bagi Allah yang memeberi kita peluang untuk menjadi seorang pendidik...dan moga kita semua dikurniakan kecekalan untuk meningkat dari segi kualiti, dari hari ke sehari...amin...
Monday, July 20, 2009
"Adakah sebenarnya kita semua ni benar beriman???"
Soal kawan aku yang pernah digelar ‘ustat’
Antara kawan aku yang ada bersama aku di kuktem zaman dulu kala…dia kata camtu sebab dia nak mempersoalkan..aktiviti manusia sekeliling dia yang mengaku beriman…tanpa berkelakuan seperti beriman…
Dalam hati aku masatu “eh..dah tentu semua yang ada sekurang2nya perkataan Allah dalam hatinya itu diklasifikasikan beriman,yang bezanya,,,ketinggian iman sahaja”
Sapalah ‘ustat’ untuk menilai iman orang lain,,,dan siapalah aku untuk dapat melihat ‘rupa’ iman…
Iman satu perkara yang kita x Nampak dek mata,,,Cuma sifatnya,,,iaitu istiqamah dalam beribadah,,,yang zahir pada mata kepala kita…
Tapi ini aku ada satu tips untuk korang semua…nak check keadaan dimana iman kita sendiri...adakah PERNAH ia berkeadaan sempurna?…dan pada masa bilakah pula iman kita x sempurna…
Pergh,,siap leh check kesempurnaan iman lak tuh,,,
Dan aku dapat ilham ni,,,dari hidayah Allah melalui pendengaran aku di radio..masa aku dok layan aircond kete aku tadi,..
Hayati hadis di bawah:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Amcam…ada faham perkara yang aku coba sampaikan???????????
Moga Allah kurniakan kita semua,,,,akan hidayahNya,,,,amin…
Tuesday, July 14, 2009
Teman hidup…untuk cik embun,,
Pergh..mauk bab jiwang lah pulak kita ni kan..hahahha,…aku pun x lama lagi insyaAllah taun depan,nak p meminang orang yang aku dah buat calon bini…
Bab mencari teman hidup ye…selain dari usaha dan tawakkal…prasangka baik ngan Allah dan berdoa..apa lagi yang anda boleh buat?...
Aku rasa,,,,manusia ni ada satu ja hak dia iaitu ‘berusaha’
So untuk orang macam cik embun aku sarankan..cari calon yang:
1.lelaki yang selalu membuat cik embun ingatkan Allah.
2.lelaki yang selalu member nasihat dan teguran,,,walau sakit hati anda mendengarnya..
3.lelaki yang pergi masjid.
4.lelaki yang ada kemampuan menyara keluarganya..
Dan banyaklagilah ciri2 lelaki yang bagus…
Dalam memilih ni,,anda kena tengok..anda memilih dia kerana apa…rupa ke..duit ke…agama ke…
Anda sendiri boleh menilai nafsu anda,…
Seeloknya pilih yang ada agama dan mampu menyara keluarga…
Kalau anda memilih seorang lelaki kerana dunia….mungkin hidup anda selepas ini xkan setenang jika anda memilih seorang lelaki kerana agama..
Zaman sekarang,,,bukan orang lelaki saja yang kena mengorat..orang perempuan pun kena pandai2 le mencari…
Yang penting elakkan diri dari mengikuti jalan maksiat..contoh nya pergi berdating…
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Bila dah kawin..,,,satu ja pesan aku
“taa’tilah suami anda selagi suruhan suami tidak keluar dari batasan islam”
Bermakna anda wajib mengikuti segala perintah suami anda..selagi perintah dan suruhannya itu tidak terkeluar dari landasan islam..jangan derhaka…jangan kuatkan nada…jangan sengaja sakitkan hati suami..sentiasa berusaha untuk memikat hati suami…jangan sesekali mengungkit…
zaman sekarang ni aku tengok,,,ramai sungguh para isteri yang tempah tiket ke neraka...
Kalau anda menjadi seorang istri yang patuh,,,dan taat…menghormati…si suami…walau suami anda x sebaik mana…syurga itu milik anda…
Kalau anda menyakiti hati suami anda…maka selangkah anda ke neraka..
Syurga adalah milik anda..jika suami anda redha terhadap anda,,,sewaktu anda putus nafas…
Sekian….semoga bermanafaat..
Kawan ..dan cik embun..
apakah kite perlu berkawan ngan seme org..ataupun kite hanya perlu berkawan ngan org yg memanfaatkan kiter jer
Kawan2,,,banyak kawan,,,bukan semua kawan leh jadi teman,,,
Bukan semua kawan yang suka kawan,,,,slaluja kawan leh jadi lawan,,,
Adakah kita harus memilih kawan?...
Bukan saja harus,,,malah wajib,,,...,,,...,,,...,,,...,,,
Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :
· Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
· Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya."
Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
· Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.
Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).
· Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat."
So...kat atas ni adalah beberapa hadis iaitu panduan rasulullah dalam memilih kawan,,dan adab dalam berkawan,,,
Point pertama,,,,menyuruh kita berkawan dengan orang yang mengakui dirinya hamba,,,dan Allah itu tuhan...
Point kedua.... menyuruh kita memilih kawan atas perangainya..
Point ketiga..menyuruh kita berkata benar dan menasihati kawan,,,dengan berhikmah...
Point keempat,,,menyuruh kita wajib menolong kawan,,,,jika dia ditimpa masalah,,,
Kalau bercakap fasal aku pula,,,memang aku ni memilih kawan,,,,dan memang aku x banyak kawan,,,aku banyak sahabat,,,
Memang aku suka memilih kawan yang mana aku ada kepentingan terhadap dirinya,,,,
“sahabat yang tidak membantu kita di akhirat, adalah persahabatn yang sia2”
Satu perkara yang tidak membawa kepada kebaikan akhirat adalah sia2 belaka,,,,
aku huraikan sikit tentang realiti perangai manusia yang sentiasa ada kepentingan diri,,,,walau dirinya x mengaku,,,atau x nampak...:
Adalah satu penipuan jika seseorang manusia berbuat sesuatu,,,tanpa ada kepentingan diri,,,
Walhal bila seorang ibu menyayangi seorang anak,,,adalah kerana jika dia tidak sayang,,hatinya tidak tenang,,,dan akan sakit....
Jadi dia sayang,,supaya naluri keibuannya itu dilepaskan,,,
Adakah benar ada cinta sejati,,,,aku sanggup berbuat apa saja demimu,,,biarlah diriku menderita walau engkau hidup dengan orang lain,,,
Walhal,,,,jika dia tidak membenarkan kekasihnya itu hidup dengan orang yang dia pilih.,,,dia akan berasa bersalah sepanjang hayat,,,dia tidak akan tenang,,,dan dia akan kasihan jika kekasihnya itu tidak bahagia,,,
Ini juga kepentingan diri sendiri,,,
Kerana dia tidak mahu rasa peritnya rasa bersalah,,,peritnya rasa kasihan,,,
Ini adalah kepentingan diri sendiri,,,
Jadi,,,setiap perbuatan kita,,,mesti ada manfaat kepada diri kita,,,terutamanya untuk manfaat diakhirat kelak,,,
Jadi berkawanlah dengan orang yang memberi manfaat kepada kita sahaja,,,pilihlah kawan,,,
.......................
jika meletakkan syarat untuk menjadi kawan..adakah ianya praktikal?ataupun sekadar untuk kepuasan diri..sedangkan sebagai hamba yg betul2 redha akan ketentuanNya..tidak salah kan berkawan dulu b4 menilai seseorg
Takut di cop sombong?...
Anda takut?...
Dah tentu orang yang suka mengecop itu,,,akhlaknya buruk,,,kerana menghukum orang lain,,,walhal,,,orang yang tinggi imannya, tidak akan menghukum...dia akan bersangka baik dengan semua orang,,,,secara tidak langsung dia bersangka baik dengan Allah,,,,malah dia juga tidak berani menghukum,,,kerana dia tahu,,hukum itu hak Allah jua,...
jika meletakkan syarat untuk menjadi kawan..adakah ianya praktikal?ataupun sekadar untuk kepuasan diri..sedangkan sebagai hamba yg betul2 redha akan ketentuanNya..tidak salah kan berkawan dulu b4 menilai seseorg
x salah memilih,,,dan menilai,,,yang haramnya menghukum....dan memang x salah kawan dulu sebelum menilai,,,
tapi kalau aku,,aku akan menilai dulu,,,sebelum berkawan,,,sebab aku x kan berkawan dengan orang yang x memberi aku manafaat samada di dunia,,,atau akhirat,,,
aku nak mengelakkan pembaziran tenaga...kasih sayang,,,dan aku xkan terima tanggungjawab,.yang aku sendiri x boleh pikul,,,,contohnya: berkawan dengan sejuta orang,,,dan 10000 orang nak berhutang satu ribu,,,,
x faham perenggan diatas??buka post di bawah,,,
http://usahamba.blogspot.com/2009/05/bukan-rezekicuma-cabaran-dan-ujian.html
sekian dulu...moga cik ambun pagi dapat manfaat dari tulisan ini,,,,
Sunday, July 12, 2009
Untuk cik ambun_pagi…
encik usaha..encik xpnah fedap ke dlm berusaha..camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??-ambun_pagi
sebab cik embun pagi ni Tanya soalan..so aku dedikasikan post ni untuk jawab soalan dia…
1. xpnah fedap ke dlm berusaha..
2. camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..
3. pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??
3 soalan dia Tanya,,,
Ini jawapan soalan 1;
Pernah….aku jugek manusie biase…tpi ego aku yang amat besar…mengharamkan diri aku untuk menjadi lemah dan menerima kelemahan diri..so aku berkeputusan untuk sentiasa berusaha,,,dalam perkara yang aku nak…sehingga sekurang2nya aku mati berusaha…
Ini jawapan no 2:
Istiqamah itu rohnya ialah hati yang ikhlas…ada dua saja keadaan hati kita dalam berbuat sesuatu…kalau x ikhlas,jawapannya ialah syirik…ikhlas itu bermakna membuat sesuatu semata2 kerana Allah…syirik itu berbuat sesuatu semata2 kerana bukan Allah,,,bahkan berbuat sesuatu kerana diri sendiri juga adalah satu kategori syirik…setiap perbuatan samada di hujung atau di depannya wajiblah kita ‘nampak’ Allah,,,,barulah namanya ikhlas…contohnya…’aku solat dan beribadat...nakkan syurga Allah/takutkan seksaan Allah’ juga satu tahap ikhlas yang rendah,,,dan diterima,..
‘aku Nampak orang Nampak aku berbuat dosa..isk malunye aku’….ini sifat munafiq..tapi kalau ada ‘tentu Allah yang membuka aib aku ni supaya aku bertaubat’ pada hujung niat dan prasangkanya..maka inilah ikhlas….
Dan ikhlas ada satu sifat..yang boleh dilihat.,..iaitu istiqamah….
Sifat ikhlas ialah istiqamah…sebab itu roh istiqamah itu sendiri ialah ikhlas…
Jadi jawapan bagi soalan no dua ini,,,ialah,,,cik embun_pagi wajib berusaha(usaha jugak) untuk membetulkan niat supaya menjadi ikhlas…berbuat sesuatu kerana Allah,,,,sangkutkan nama Allah pada hujung, depan,,atau pertengahan perbuatan kita,,betulkan niat,,,
Contoh:
Aku ternampak awek cantik, aku kata ‘wau cantiknya!!’ maka prasangka aku masa tu adalah tahap syirik,,,tapi ia akan jadi ikhlas kalau ‘wau cantiknya,,,,,,,,,,,,masyaAllah ciptaan Allah,,,Alhamdulillah rezeki aku’..
Prasangka aku yang pertama tidak lengkap dan berhenti setakat dunia,,,prasangka aku yang kedua…walau pada mulanya hanya dunia…tapi pada akhirnya,,,,aku teringat,,,akan Allah Yang Memberi Segala Sesuatu,…
Jadi contohnya jika cik ambun,,,nak pegi keje,,,contohnya jadik cikgu….niat dihati haruslah ada sangkutkan nama Allah,,,,kita manusia yang lemah selalu ‘nampak’ Allah dihujung prasangka,,,,
Contohnya ‘aku bekerja mendidik anak bangsa kerana Allah,,,kerana amanah dari Allah,,,kerana takutkan Allah,,,,’
Niat begini ok,,,dan bagus,,inilah usaha mengikhlaskan diri,,,
Tapi orang yang imannya tinggi niatnya ‘kerana Allah aku mendidik anak bangsa, Allah memberiku kekuatan untuk mendidik, Allahlah yang menyelamatkan aku ke jalan yang benar”
Ini tahap ikhlas yang tinggi,,,(Allah mendahului dunia) ......malah ada lagi tahap ikhlas yang lebih tinggi,,,
Jadi cik ambun,,,pertama sekali usaha untuk anda menjadi istiqamah,,,ialah berusaha menjadi ikhlas…dengan membetulkan matlamat, niat,objective hidup dan mati,,,dalam usaha,,,dalam perbuatan,,,semuanya kerana allah,,,,betulkan niat..betulkan niat..betulkan niat,,,,ini perkara pertama yang anda kena buat,,,balik kepada basic..
‘aku hidup…aku mati,,,aku berusaha…,kerana Allah’ kerana Allah Yang Menguasai segala2nya,,,,
Ini jawapan no 3:
Aku memotivatekan diri sendiri,,dengan,,,musahabah diri,,,,back to basic..bagaimana?...lihat jawapan no 2…
Dan selepas itu,,,aku berpegang kuat kepada prinsip
“berusahalah untuk mendapatkan apa yang kita mahu samada sehingga mendapat apa yang kita mahu,,,atau sekurangnya mati berusaha”
“Allah Menentukan Segala Sesuatu,,,,dan hamba Allah wajib berusaha”
“tugas manusia ialah berusaha”
Dan aku senang dengan niat, focus,,dan matlamat hidup aku ini,,,,
Aku suka, aku tenang,,dan aku senang dengan prinsip aku ni,,,,,
Cara untuk cik embun memotivasikan diri sendiri,,ialah untuk mencipta satu prinsip…atau niat,,,,atau fahaman,,,yang anda sendiri senang,,,tenang,,,dan suka dengannya,,,insyaAllah,,,cik ambun/embun,,,,boleh sentiasa istiqamah,,,
Istiqamah itu sifatnya ikhlas….ikhlas itu rohnya istiqamah,,,,,
Nak ikhlas kena istiqamah,,,,
Nak istiqamah kena ikhlas,,,
Nak kedua2nya kena senang, tenaang, dan suka dengan usaha kita kearah kedua2nya,,,
Nak dunia,,,dengan ilmu..
Nak akhirat,,,dengan ilmu…
Nak kedua2nya dengan ilmu….
NAK…..
kalau kalah,bangun balik,,,kalau salah , taubat dan sentiasa usaha kembali pada Allah,,,,kalau gagal, usaha lagi,,,,sentiasa bangun usaha,,,dan sentiasa berjuang,,,sentiasa berperasangka baik kepada Allah,,,,,
Hadis Qudsi,yaitu Allah berfirman bahawa "Ana 'inda dloni 'abdii" yang artinya " Aku ( ALLAH ) ada dalam
prasangka hambaKu atau Aku mengikuti prasangka hambaku."
jadi pilih,,,,nak jadi hamba yang sombong,,atau hamba yang sedar dirinya itu hamba,,,
Sekian dahulu…moga cik ambun dapat kebaikan dari nasihat saya ini,,,
Tidak ada daya untuk aku melakukan kebaikan, atau menghindari kejahatan,,melainkan dengan pertolongan Allah semata2…dan segala puji hanya bagi Allah,,,
p.s: Anda semua,..disayangi Allah,,,kerana itu Allah membuatkan/mentakdirkan anda membaca ayat2 ini,…….
p.s2:
Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaann Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.