Apa makna khusyuk?
Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;
1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.
Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;
1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.
2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.
dipetik dari: http://www.oasetarbiyah.com/?p=203
itulah dia...maknanya khusyu',,,
kenapa wajib khusyu'????
1...mestilah.... kerana kita ini hamba dan Dia Allah,,,,
2...kerana Dia Allah maka segala perkara berlaku dari Dia, bersama Dia dan untuk Dia..
3..kerana itu jika kita khusyu' adalah kerana perkara dua...
4..hang nak ka,,,hang tak nak ka....segala2nya Dia Yang Kuasai,..
Bagaimana untuk khusyu'?
1...sedar diri dunia ini Dia yang 'pegang'
2...Bila Dia Yang 'pegang' kerna itu kita WAJIB khusyu'
3...kerana apa lagi yang nak takut(waktu solat)...melainkan DIA....Dia yang 'pegang' dunia...
4...kerana apa lagi nak fikir(waktu solat),,,melainkan DIA...kerana selain Dia..Dia Yang
'pegang',,
5..apalagi nak risau(waktu solat)...melainkan DIA....kerana dunia Dia Yang 'pegang'
6...jadi bila kita 'nampak' satu perkara melainkan Allah Yang Esa..waktu solat,,,cepat2lah zikir 'Dia menguasai perkara itu,,Dunia ini dan akhirat,,,dan segala2nya'
semasa di dunia kita hidup menggunakan asbab...semasa solat kita zikirkan hakikat,,,
SALAM,...
..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Friday, February 19, 2010
kenapa WAJIB khusyu'...dan bagaimana untuk khusyu' dalam SOLAT,,,,
Labels:
hablumminallah,
minda,
usaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
No comments:
Post a Comment