Popular Posts

Tuesday, December 31, 2013

Hang kenai sapa mak hang? hang kenai sapa anak hang???




Kenai dak sapa mak hang?
Mak hang, yang dok salin lampin kat hang masa hang kecik-kecik dulu, hang kenai ka?
Malam-malam dia dok jaga, hang dok lapaq susu, dia p la bancuh susu, tu la mak hang…kenai ka?
Mak hang, dia dok suap moi masa hang kecik-kecik dulu, sebab hang kecik lagi, perut tak besa telan makanan keras lagi, hang kenai dak?
Sapa mak hang? Mak hang, dia pi mana pun dia bawa hang, dia tak tinggai hang, hang kenai dak?
Hang kriau, mintak susu, dia bancuh,hang lapaq, dia suap, hang demam, badan panas, dia demah, tu la mak hang….dia tak boleh tidoq aih kalau hang demam, hang kenai dak?
Mak hang, masa hang besaq sikit, dia la dok suap nasi, nak bagi hang badan gemuk  sket, baru sihat, kata dia,dia tak mau hang sakit….tu la mak hang, ada hang kenai?

Hang kenai sapa anak hang?
Anak hang, masa dia kerja, dia bagi hang duit,
Anak hang masa hang tua, dia amik hang dia jaga, tu anak hang,
Dia tak kira, kot masa dia kecik hang bagi kat dia orang lain, sebab hang miskin, dia tak kira…
Dia tak kira dengan hang sebab hang mak dia…
Anak hang tu, hang bukan jaga sangat pun, hang hantaq dia p mengaji jauh, walau dia masih kecik, tapi bila dia Berjaya, dia besaq, dia la dok mai jaga hang,
Dia la yang dok jaga adik-adik dia, anak-anak hang, ada hang kisah?
Dia dok tolong adik-adik dia mengaji,
Dia dok jaga sorang-sorang,
Bila hang kena buang, hang cari dia,
Depan mata ada dia, dalam hati hang pikiaq orang len.
Tu la anak hang.

Oh dunia…apalah gunanya…kita berhubungan…kerana jasad ini ada darah yang sama…
Walhal rohnya berbeza-beza…
Allah ikatkan kita dengan kasih sayang anak-anak dan ibu bapa…
Semoga boleh bersama-sama ke syurga…
Walau di dunia lagi, hargailah keluargamu yang dekat denganmu…dan yang mendekatimu…
Hargailah kasih ini, dan hargailah kekasih yang mengasihi….
Bukan nya yang orang yang engkau kasih, yang kasihkan orang lain, yang menjauhimu…
Inilah prinsip syukur dan nikmat…
Sedih…kadang-kadang manusia ni tak sedar…
Sedih…kerana sesetengah cuma nampak hubungan di dunia….
Yang pergi biarkan dia pergi, satu hari dia akan menangisi…
Bila engkau sudah tiada di sini…
Tidakkah Nampak syurga itu kekal selamanya….
Walau terpisah sementara di dunia…
Dengan rahmat kasihNya….
Bersama jua di syurga selamanya….


Salman Al Farisi R.A. faham cinta…anda faham cinta?

Sedikit pengenalan mengenai Salman Al Farisi R.A. radhiallahuanhu:

Salman Al Farisi R.A. ini asalnya dari parsi, bangsanya menyembah api, beliau pula mula mempersoalkan penyembahan api tersebut, belajar agama kristian, setiap kali guru kristiannya meninggal, dia akan mencari guru baru berdasarkan saranan gurunya sebelum ini, dari guru kristian ke guru kristian yang lain yang hebat-hebat agamanya, sehingga beliau mendapat satu berita dari salah seorang guru kristiannya mengenai ramalan  seorang nabi yang bakal muncul di madinah….

Suatu ketika beliau dijual menjadi hamba di madinah ,tetapi nasib beliau amat baik sebenarnya kerana ketika dijual ke seorang yang berasal di madinah, beliau dapat menjumpai Rasulullah S.A.W., orang yang beliau setelah beliau menjadi hamba di madinah… Rasulullah S.A.W.telah menolong membeli kemerdekaan beliau dengan menolong menanam 300 pokok kurma, dan kesemuanya menjadi…(kurma susah nak hidup, tapi hasil dari nabi yang tanam kesemuanya menjadi)

Salman Al Farisi R.A. juga yang membuahkan idea untuk mengorek parit besar di dalam perang khandak…Beliau ini amat tinggi ilmu kristian, juga ilmu islamnya, beliau terkenal dengan kebijaksanaannya….

 ...........................................................................................................................................................

Selepas hijrah, Rasulullah S.A.W. mengarahkan pengundian, di mana setiap ansar wajib menerima satu muhajirin…perjanjian ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ansar dan muhajirin…Salman AlFarisi R.A pun terlibat sama..Undian dibuat dan Salman Al Farisi R.A. akan tinggal bersama Abu Darda R.A.,,,

Satu hari pabila Salman Al Farisi R.A. masuk ke rumah Abu Darda R.A., beliau terkejut melihat Um Darda’,isterinya Abu Darda R.A., Um Darda’ berpakaian lusuh dan tidak cantik ,
Pabila ditanyakan kepada Um Darda’ perihal kekusutannya itu…Um Darda’ menjawab..

“saudaramu, Abu Darda itu, tidak berminat dengan dunia ini”

Abu Darda R.A. pun menyediakan makanan, lalu menjemput Salman Al Farisi R.A. makan…

Salman Al Farisi R.A. punmengajak Abu Darda R.A. makan sekali dengan beliau….tapi Abu Darda R.A.menolak, dan mengatakan

“  aku berpuasa…”

Kemudian Salman Al FarisiR.A. menyebut

“ sesungguhnya aku tidak akan makan makanan ini, melainkan engkau makan sekali”

Lalu Abu Darda R.A.menyerah kalah dan makan sekali dengan Salman Al Farisi R.A.…

Bila tiba malam hari, Abu Darda R.A. bangun untuk solat malam…
Tapi Salman Al Farisi R.A. melarang beliau dan menyuruh beliau tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur
Selepas beberapa ketika Abu Darda R.A. bangun kembali untuk solat..
Sekali lagi dilarang SalmanAl Farisi R.A., dan disuruhnya tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur..
Kemudian semasa sepertiga malam yang akhir, Salman Al Farisi R.A. membangunkan Abu Darda R.A. dari tidur,dan mereka solat bersama-sama….
Kemudian Salman Al FarisiR.A. memberitahu Abu Darda R.A.…

“ Allah punyai hak ke atas kamu, dirimu(roh/jiwa) punyai hak ke ataskamu, keluargamu, punyai hak ke atas kamu, maka tunaikanlah hak-hak semuanyayang mempunyai hak ke atas kamu…….”

Kemudian Abu Darda R.A.berjumpa Rasulullah S.A.W., dan menceritakan kesemuanya daripada awal sehingga akhir…

Rasulullah S.A.W. bersabda

“ Salman Al Farisi R.A. telah bercakap benar”

Sumber cerita ini, dari Sahih Bukhari…sila rujuk http://sahaba.net/salman-farisi-rights/

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

banyak pihak, mempunyai hak ke atas diri kita....aku nak fokuskan kepada hak suami terhadap isteri...dan hak isteri terhadap suami.....

Wahai para suami hargailah isterimu….isterimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya….

Para suami mungkin hairan…ohhh mengapakah apabila aku memandang isteriku, aku tidak merasa suka…

Barang kali kerana mata mu itu sering melihat kepada para wanita yang haram bagimu untuk dilihat…bukan boleh dapat semua pun…

Sesungguhnya pabila nikmat yang halal, kita tidak hargai, dan kita suka kepada nikmat yang haram…rasa nikmat kepada yang halal itu akan berkurang,,,,dan kita akan ketagih kepada nikmat yang haram…

Setelah itu, isterimu pula pabila melihat suaminya tidak bernafsu kepadanya, tidak suka melihat dan memujinya…tidak khusyuk kepadanya…maka mulalah ia mencari orang lain yang dapat menghargai dirinya…..oh dunia….

Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….



Wahai para isteri hargailah suamimu….suamimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya…

Para isteri mungkin hairan..ohhh mengapakah suamiku tidak memandang diriku, mengapakah dia tidak suka membelai aku…

Barangkali kerana dirimu tidak terurus, perpakaian kusut di rumah, bau belacan, tidak berhias, dan tidakmenggoda suamimu itu, mungkin engkau lebih berhias…lebih cantik dan menggoda,di luar rumah, di hadapan lelaki yang lain…mungkinkah?

Setelah itu suamimu itu pula, pabila melihat isterinya tidak cantik, tidak menjaga badan, bau belacandan sebagainya bila berada di rumah…maka mulailah dia mencari orang lain yang menjadi orang ketiga…oh dunia….

Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….




Percayalah wahai suami jika anda tidak melayan isterimu yang halal bagimu, nescaya ada orang yang  akan dapat melayannya sepertimana yang dia mahu…

Percayalah wahai isterijika anda tidak melayan suamimu yang sesungguhnya halal bagimu, nescaya ada orang yang  akan dapat melayannya sepertimana yang dia mahu…


Zaman sekarang…segalanya ada depan mata….yang berkat dan halal, selalunya di dalam rumah…yang merosakkan dan haram selalunya di luar rumah…


Para suami layanlah isterimu sebelum dia dilayan lelaki lain…jagalah perasaanya, pujilah kecantikannya, khusyuk kepada dirinya..sesungguhnya khusyuk tangga kejayaan..


Para isteri layanlah suamimu sebelum dia dilayan perempuan yang lain, jagalah haknya, jagalah badan dan kecantikanmu untuk dirinya, godalah dia, tercantikkanlah dirimu semasa didalam rumah, khusyuk kepada dirinya…sesungguhnya khusyuk tangga kejayaan….



Nah….apa lagi yang Allah SWT tidak sediakan di dalam Islam ini…


Inilah cara bagaimana nikmat bertambah kepada yang halal..iaitu dengan kita focus/khusyuk kepada nikmat yang Allah Kurniakan kepada kita…dan menundukkan panca indera terhadap yang haram..

Bayangkan sekiranya semua wanita menutup aurat dengan sempurna…tidak langsung menayangkan kecantikannya kepada lelaki yang haram baginya…tidak ternampak langsung bentuk tubuh wanita, di luar rumah......nescaya secara automatik nikmat bagi setiap suami adalah tertumpu pada  isterinya…..


Indahnya Islam….

anda faham cinta?

Monday, December 2, 2013

Tips Kuruskan badan : Kurangkan 1kg setiap 3 Minggu dengan Stationary Bike Machine, Mesin Basikal.

Ok berdasarkan kajian ini    KLIK SINI

anda dapat kurangkan lebih kurang 1kg lemak dalam masa 3 minggu dengan buat exercise menggunakan mesin basikal...

kadang2 boleh beli di giant(kalau x silap aku pernah nampak) harga serendah  dari rm 300 lebih pun ada, kedai alat sukan...fitness konsep pun ada...harga dari beratus, ke beribu ringgit..





Tekniknya:

1. Warmup guna basikal tu dalam 5 minit.
2. Sprint (mengayuh dengan kelajuan maksimum) selama 8 saat
3. Rehat 12 saat (tapi masih mengayuh perlahan-lahan)
4. Ulang selama 20 minit!
5. Warm down selama 5 minit...

Buat 3 kali seminggu...dengan selang sehari dua rehat, untuk recovery...



apa yang nak recover???




bagi yang baru buat sahih akan rasa sakit2 sengal2.... aku nak cerita secara saintifik, memang panjang dan memeningkan...so apa aku boleh kata, sakit2 sengal2 dalam eksesais tu memang elok...pegang pada prinsip ini " what does not kill you, make you seterongger (strongger) " ...


Pilih...anda nak "exercise or extraSIZE??"
 

Friday, November 29, 2013

Thursday, November 28, 2013

Teknik Cari Pekerjaan Selepas Keluar Universiti, atau Kolej atau mana2 ajelah....





Ini salah satu teknik…kalau anda x ikut teknik ini, bermakna anda kurang berusaha dalam mencari pekerjaan…sebab zaman sekarang syarikat2 swasta sibuk nak buat kerja pilih pekerja...memang sibuk, so kebanyakannya akan guna ejen2 carian pekerjaan,,,,,, so aku nak bg anda sedikit teknik untuk cari kerja ..

Apa tekniknya?

GUNA INTERNET!!!!!

1. Web pertama yang patut anda sign up, submit SURAT PERMOHONAN BEKERJA dan RESUME ialah… http://www.jobsmalaysia.gov.my kerana ia adalah portal untuk anda apply pekerjaan sebagai penjawat awam….iaitu kuli kepada masyarakat, atau lebih lembut, berkhidmat untuk masyarakat (bukan khidmat untuk parti politik, ingat Allah yang bagi rezeki...bukan mana2 parti politik)

Selalunya memang lambat jabatan kerajaan nak panggil ke interview, perlukan kesabaran,,,oke!

Kadang2 setahun, kadang2 2 tahun, kadang2 3 tahun,,,dan seterusnya…so bersabarlah…


2. Yang kedua agensi2 mencari pekerjaan online,untuk syarikat2 swasta.... sini anda signup dan hantar resume dan surat permohonan kerja , memilih criteria pekerjaan yang anda mahu, kemudian laman web akan bagi anda pilihan syarikat2 untuk di apply…kemudian apply la di situ…jika ada rezeki anda akan dipanggil untuk interview….contoh agensi2 cari pekerjaan online ialah seperti, iklan anda nampak sebelum artikel ni...tengok la kat iklan tu...aku rasa ada iklan syarikat untuk cari pekerjaan guna internet, absolutly free, so signup itu dulu dan submit resume anda


ha tengok la iklan tu...atas artikel ni....





xde ke?..kalau xde...





..... syarikat2 lain adalah seperti berikut...:

A.      Paling terkenal.. www.jobstreet.com
B.      www.jobsdb.com
C.      www.jenjobs.com
D.      www.mystarjob.com
E.       www.jobscentral.com
F.       www.malaysia.recruit.net

PS: selalunya anda kena bayar sikit, supaya permohonan anda mendapat keistimewaan (priority) untuk dipilih syarikat2 yang mencari pekerja..so bayar la sket…x mahal.



3. Buka laman web kerajaan seperti www.spa.gov.my untuk apply jawatan2 kerajaan yang selalu juga diiklankan di situ…contoh lain kalau nak jadi pendidik…sila selalu jenguk2 laman web… www.moe.gov.my dan www.mohe.gov.my... Manatau ada rezeki jadik cikgu…


Adakah anda telah signup dan hantar SURAT PERMOHONAN KERJA dan RESUME di lamanweb2 di atas?????

Dah buat belum? Dah buat belum? Dah buat belum?

Macam belum je.,,macam belum je….macam belum je…..



Jadi adik2 anak2 sekelian sila berusaha…

insyaAllah ada rezeki… dengan usaha anda ini…

p.s: resume mau mantap….sila belajar buat resume yang mantap!!!! Chaiyo!!!

Wednesday, November 20, 2013

BAHAGIAN 3 Cara Nak Kuruskan Badan..,,,,kurang 6 kg dalam 2 minggu 2 hari,,,(lebih kurang)

Start diet pada 12/6/11..lebih kurang 86 kg
Minggu pertama 18/6/11..lebih kurang 82 kg
Minggu kedua 25/6/11..lebih kurang 80 kg
Semalam…28/6/11..lebih kurang 79 kg

Aku menggunakan scale yang murah…kurang 30 hingit,,,sebab tu ada ‘lebih kurang’

Seluar 2..aku yang mula ketat sebelum aku bernikah  dah jadi longgar balik,,,lebih senang bergerak..dan solat,,,

Seluar2 yang aku baru beli dah longgar,,,tapi aku pakai jugak..

Tali pinggang aku turun 2 lubang dari yang selalu adjust..

Kebuncitan yang mula menular,,,dah surut,,,

Potensi2 aktiviti2 fizikal bertambah,,,

Aku kurang rasa lapar,,

Nafsu aku terhadap makanan/minuman manis berkurang lebih kurang 60% ke 70%

Nasi pun aku dah kurang bernafsu terhadapnya,,,

Tenaga aku makin meningkat..

Mengantuk pun kurang,,,
Orang zaman dulu..kebanyakannya slim n slender….kerana kekurangan sumber makanan kot…tapi yang aku pasti (aku pasti) orang zaman sekarang kebanyakannya berlemak sebab,,,,makan nasi +air manis banyak sangat….nasi dan air manis adalah jenis makanan = gula ringkas….cepat diproses tubuh badan,,,bila tenaga yang diperlukan dah cukup, maka lebihan gula(tenaga yang belum diproses) dalam saluran darah itu,,,akan dibawa ke sel lemak,,,maka tahniah,,kebanyakan kita terlebih makan,,,tapi kerja x seberapa,,,

Jika anda kerja penat dan teruk…tapi masih gemuk…ada dua faktor yang memberi kesan:

1. anda melantak,,,tidak mengikut sunnah nabi.
2. sehingga badan anda menerima penyakit kesesakan insulin,,,dan leptin mungkin…

Maka gemuklah anda…


RUMUSAN
Sebnarnya sasaran aku nak capai 75 kg…berat ideal aku masa zaman kat u dulu,,,

Tapi bila dah sampai 79kg ni,.,aku nak try diet lain pulak…seronok buat test

Perlu aku tekankan kat sini..penurunan berat badan anda akan berkurangan dari masa ke semasa..

Dapat penurunan dalam 3-4 kg dalm satu bulan adalah normal….maka bersabarlah,,

Dalam kes aku…dapat turun dalam 6 kg,,,Alhamdu Lillah,,

Sekarang aku nak try buat diet lain pulak,,,,,lebih mendekati cara pemakanan Rasulullah,,,Makhluk paling sempurna di alam ini…dari segi zahir dan batin…

Sekian,,,semoga bermanafa’at….

Segala perkara baik adalah dari Allah,,,,

Segala yang buruk, itulah sifat makluk,,

…semoga anda semua dirahmati Allah,,,,semoga semua…selamat dunia akhirat…amiiinn…

BAHAGIAN 2 Cara Nak Kuruskan Badan..,,,,kurang 6 kg dalam 2 minggu 2 hari,,,(lebih kurang)

ISI
So sekarang masa untuk menyampaikan praktikal ilmu ini:

1. anda ikut pemakanan ini selama 6 hari pada setiap minggu
2. anda tidak boleh memakan makanan yang manis dan mengandungi gula ringkas,
·         air manis,
·         makanan yang ada gula..
·         nasi
·         ubi
·         apa saja jenis roti
·         tepung
·         kek
·         roti
·         buah buahan
·         madu
·         salutan tepung yang bergoreng pada ayam/daging goreng
·         minuman 3 in 1.

3. anda boleh makan
·         segala jenis daging yang halal, ayam, ikan
·         Telur
·         jenis kekacang, kacang tanah, peas, red bean, dan len2 lah,,,(ini menggantikan sumber tenaga dari nasi)
·         seberapa banyak sayur yang anda mahu
·         air kosong
·         air nyior tanpa isi

4. Makan apabila lapar..berhenti sebelum kenyang…selalunya aku makan 4 kali sehari,,,kalau lapar aku makan kekacang tu..dalam setengah genggam…kalau cara makan anda betul..anda x lapar diantara waktu makan,,,lebih kurang 4 jam sekali anda lapar

5. Pagi2 aku selalu makan dalam 2 biji telur dan kekacang…buatlah resepi apapun…ada banyak kat internet…cari slow carb diet resepi…

6. dalam jam 10 ke 11 aku selalu ratah kekacang..

7. Jam 1 ke 2 petang, aku makan daging/ayam/Ikan/telur= sumber protein…lbih kurang saiznya setengah genggam tangan kita…kekacang lebih kurang 1/3 ke ½ dari saiz genggam tangan kita..kalau anda lapar lagi selepas makan..sila tambah jumlah kekacang ini…dan juga sayur seberapa banyak yang anda mahu…

8.makan malam juga lebih kurang macam no 7…

9. makan petang dalam jam lima..aku slalu jamah kekacang ni…

10. kekacang kering leh di beli di convenient store…ala yang dalam bungkus tu,,,aku slalu beli broad beans, peas, kacang tnah…pistachio dan gajus…agak mahal,,,

11. banyakkan minum air kosong..sekurang2nya lebih kurang 1.5 liter..

12. Pada hari ketujuh,,,anda boleh makan apa sahaja,,,ikutlah sunnah nabi…makan apabila lapar…berhenti sebelum kenyng..makanlah kek ke…air manis ke..nasi lemak ke…me ke…pastry ke..dan len2 lah,,,

13. Pada hari ke tujuh ini,,anda ‘wajib’ makan makanan jenis yang dilarang pada keenam enam hari anda pantang itu,,,ada tujuannya,,,,dari segi biologi…

14. ukuran berat badan dan saiz boleh diambil pada pagi hari ke tujuh sebelum anda melantak…..

Ini contoh berat penurunan beratbadan aku:

SAMBUNG BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 1

Friday, November 15, 2013

KISAH SERAM NAJIS DADAH

November 15, 2013 at 7:42pm
kes2 dibawah adalah benar, dan bukan rekaan...

Kes Pertama: seorang perempuan tua hilang dari rumah .....kerja mencari dan menyelamat oleh orang kampung dan polis siap masuk surat khabar...lepas seminggu, baru jumpa, mayat dihumban ke dalam perigi....di leher, kesan jerutan, rantai emas sendiri...selepas siasatan dijalankan pembunuh ditangkap...pembunuh siap ikut bersama masa operasi menyelamat....nak tau siapa pembunuh tu????

CUCU mangsa sendiri....

Kes Kedua : seorang anak, balik ke rumahnya setelah penat seharian bekerja....cek bilik maknya, maknya tidur...bila dikejut, x bangun2....bila check dah sejuk, meninggal rupanya, mungkin mati tua...lalu dipanggil orang kampung, macam biasalah nak menguruskan mayat, bila dipusing badan beliau, ada kesan tikaman di belakang badan...tilam basah dengan darah, di bawah badan,,,memang x perasan,,,rupanya kes bunuh...rantai emas mangsa hilang...mangsa mungkin dibunuh di waktu pagi, dan dijumpai anak, di waktu malam, selepas balik kerja...bila siasatan dijalankan, pembunuh berjaya ditangkap...nak tau siapa pembunuh tu????


ANAK SAUDARA mangsa sendiri...



tergamaknya mereka membunuh NENEK dan MAK SAUDARA sendiri....tergamaknya....dalam otak mereka susah untuk fikiran logik, rasional, dan kasih sayang....otak mereka itu menyusut dan rosak....susah nak membuat penilaian sebagai manusia yang normal...mereka ini membahayakan orang ramai...boleh recover, tapi jarang2 orang ketagih dadah ni boleh pulih semula...bila otak dah rosak, logik akal ditolak ke tepi....bila otak dah rosak...fikirannya x betul....makan dadahj, tidur dadah, mandi dadah, hidup dadah, mati pun berkemungkinan dadah..malah sanggup membunuh walau orang terdekat....susah nak fikir waras....


PALING MUDAH UNTUK MENJADI MANGSA, IALAH ORANG TERDEKAT DENGAN MEREKA, DATUK NENEK MAK BAPAK ANAK2 dan sebagainya,....

bila orang dibunuh, atau kecelakaan berlaku kepada seseorang...siapa yang sedih?? pastilah ahli keluarga terdekat mangsa...apakah agaknya rasa menjadi keluarga mangsa?....kalau penagih, memang dah hilang rasanya, dah hilang daya fikirannya....malang bagi penagih...malang lagi bagi mangsa....

masyarakat rosak bila ulama dan umara rosak....dan yang mencorakkan anak-anak ialah mak bapak....dan semua ahli keluarga bertanggungjawab terhadap  satu  sama  lain...


sanggupkah kita memikul tanggungjawab???

Monday, November 11, 2013

Elaun Perumahan, Elaun COLA, dinaikkan bermula Januari 14 !!!! Benarkah???

Siapa2 boleh confirm kan???

berita x sahih..aku pun x tahu mana punca berita dibawah, aku copy dari wassap je:


Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 - Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012

Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi smua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.

Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan itu akan diadakan bermula Januari 2014.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar cola 300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM(Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.

Kenaikan kadar ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

Saturday, November 9, 2013

Tahukah anda, asal usul Bisikan Hati yang terdetik Setiap Saat dalam hati itu, berasal dari mana??? Ketahuilah rahsia ini.

Setiap saat akan terdetik kata-kata dalam hati kita, atau kita dipanggil bisikan hati…ketahuilah, kata-kata hati ini, samada dari Allah, dari Malaikat, dari Syaitan, atau dari Nafsu kita sendiri….kita boleh menimbang kata-kata hati tersebut dengan neraca-neraca tertentu…Belajarlah, insyaAllah dapat ‘menghidupkan hati’….

Neraca Kata Hati (baik atau buruk):
1. Selari dengan Syariat? Jika belum jelas, lihat bawah
2. Lihat Perjalanan orang soleh? (adakah orang soleh dahulu dan sekarang melakukannya)Jika belum jelas, lihat bawah
3. Lihat Kesungguhan diri? Selalunya kata hati buruk  jika diri bersungguh, kerana diri cenderung mengikut nafsu.

Asal Kata Hati Buruk :
1. Syaitan
Neraca: Hapus dengan zikir ia kan hilang
2. Nafsu
Neraca: Tidak mahu buat kejahatan lain, kemahuannya focus dan tetap, (contoh:ingin menipu, dan menipu sahaja, walau ada kemudahan buat kejahatan lain seperti mencuri, tetapi tidak ingin, cuma nak menipu sahaja....kata hati ini, tidak terhapus dengan zikirullah)
Hapuskannya dengan melemahkan (puasa, kurangkan tidur, tidak terima desakan nafsu) dan bebankan dengan kerja fizikal (kerja, ibadah solat, puasa, baca quran, gotong-royong, dll)
3.Istiraj
Neraca: Terdetik selepas sahaja berbuat maksiat, Atau ketika belum taubat
Dimurkai Allah, hapuskannya dengan memohon keampunan dari Allah
Allah akan terima jika kita bertaubat dan rasa takut di hati.

Asal Kata Hati Baik:
1. Ilham dari Allah
Neraca: Amalan hati, contohnya----
Rendah diri, jaga hati dari riak, syirik, ikhlas
Datang dengan kekuatan untuk  menyuruh kearah kebaikan
Datang kata hati menyuruh kebaikan, setelah melakukan sesuatu kebaikan, secara berulang-ulang  tandanya Allah beri kemuliaan kemudahan untuk kita ber buat kebaikan, tanda amalan diterima


2. Bisikan malaikat
Neraca: Amalan jasad, selalunya sepintas lalu
Contoh----Suruhan Bangun solat malam (ketika terjaga malam) ,suruhan sedekah
 jika kita tidak sahut kata hati berkenaan ia kan hilang


Apa kebaikan, Mengetahui Asal Kata Hati Yang Baik???
Kata ulama’: “sesungguhnya pengetahuan kamu terhadap punca kata hati baik ini, mengagungkan penyaksian kurniaan Allah di dalam hati kamu”
Supaya kita bermotivasi melakukan perkara yang Allah redhai, dan kita lebih dekat dengan Allah….

Sibuk menilik apa yang berada dalam tangan orang lain.....

jangan percaya hukum ekonomi..nescaya sedih selalu..maka selalu terpancar dari diri perkataan seperti:

"untunglaaa (orang lain)".."sedihnyaaa (diri sendiri)"..dan ayat2 seumpama itu...

tapi percayalah hukum tuhan..nescaya Berbahagia selalu...maka selalu terpancar dari diri perkataan seperti:

"Alhamdu Lillah"..


siapa orang2 yang beruntung?

orang yang beruntung ialah orang yang sentiasa syukur dengan apa yang dia ada...yang dia dapat...

cuba renungi hadis ini:
Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”

- Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya
sumber hadis dipetik:http://sukahadis-arkib-hadis.blogspo...kaya-jiwa.html



selalu pandang kepada apa yang diri sendiri miliki, bukan apa yang dimiliki orang lain..

sibuk kan diri dengan mengira nikmat yang Allah kurniakan kepada diri sendiri..

(jadi nescaya kita tiada masa langsung untuk mengira kesakitan atau kekurangan, kerana nikmat yang Allah kurniakan itu, berganda100X..)


renungi ayat quran ini:

14:7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
sumber ayat quran dipetik :http://nuryahman-al-hidayah.blogspot...b-q-r-h-1.html


ingatlah Allah..nescaya hati menjadi tenang....dan moga kita yang dipanggil

"Yaa ayyuhan nafsul muthmainnah. Irji'ii ilaa Rabbiki raadhiyatan mardhiyyah"
'aisyah tengok papa sorang ja...
'aisyah tengok papa sorang ja...

Ilmu Mak Bapak Wajib Tahu - Adakah anda penyebab anak anda menghidap Leukimia???

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

terdedah kepada cahaya walau beberapa saat pada waktu tidur, meningkatkan risiko pelbagai kanser seperti kanser payudara, prostat, dan leukimia(khas untuk kanak2)....

tutuplah lampu, televisyen, dan seumpama dengannya yang mengeluarkan cahaya....

sayangkah anda kepada orang tersayang (terutamanya anak2x anda sendiri) ?

"Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal."

Mendidik Anak -Bahaya stress, terhadap otak....dan bagaimana cara mendidik...

1. Banyaknya pendedahan kanak2 kepada social media dan gadjet , berkadar langsung dengan meningkatnya masalah nonverbal recognition skills (masalah yang dihadapi kanak2 autisme), iaitu kebolehan meneka perasaan orang lain.

2. Kajian menunjukkan bagi kanak2 yang berumur dibawah 4 tahun, bagi setiap sejam pendedahan kepada televisyen, meningkat 9% risiko mereka untuk menjadi pembuli..

3. Kajian menunjukkan bagi kanak2 yang berumur bawah 2 tahun, bagi setiap sejam pendedahan kepada televisyen, meningkat 10% dalam masalah menumpukan perhatian semasa mereka berumur 7 tahun..

4.
pendedahan kanak2 kepada cahaya televisyen(atau lampu), sebelum tidur, dan semasa tidur, meningkatkan risiko kanak2 untuk mengidap penyakit kanser leukimia..

5. Stress melampau pada ibu yang mengandung, boleh menyebabkan anak yang dilahirkan, mempunyai masalah di dalam akademik, otak mengecil, dan kanak2 tersebut mempunyai masalah mengawal stress..dan sekiranya kanak2 itu perempuan, dan semasa dia berkahwin dan mengandung, lebih mudah baginya stress, dan penyakit ini boleh berterusan mengikut keturunan..

6. Stress melampau yang dialami kanak2 boleh menyebabkan kerosakan dibahagian otak, memutuskan hubungan diantara neuron2 (mengurangkan kebijaksanaan) dan merosakkan bahagian BDNF (Brain-derived neurotrophic factor), iaitu bahagian otak yang menuai benih neuron yang baru,,penyakit ini, dalam bahasa kita disebut sebagai ' bodoh, bengap., kurang pandai, bendul, lembap dsbnya'.....

7
. Guru atau ibu bapa yang bijak atau pandai tidak akan mengajar anak mereka dengan pendekatan yang kasar, atau bebelan panjang , atau hukuman menyakitkan fizikal yang ketara atau hukuman yang merosakkan emosi kanak2, atau pelajar mereka, kerana STRESS MELAMPAU, membuahkan ke BODOH an,,,,

8.
Penyakit ini, dapat diubati dengan Zikrullah,,,,dengan ingat Allah hati jadi tenang....bila hati jadi tenang....tiada stress melampau, insyaAllah otak akan kembali pulih dan sampai kepada kebijaksanaan yang terbaik...

9. Rasulullah tidak pernah mengajar dengan kekasaran, penuh dengan senyuman, dan terutamanya terhadap kanak2.....

p.s: salah silap dan terkasar bahasa harap diampunkan....

Mendidik Anak- Kepentingan EMPATI dalam mendidik anak-anak

Apa anda buat bilakanak2 beremosi?...sedih…marah..gembira…dsbgnya???
Ibu bapa patut mengamalkan empati, menunjukkan kepada kanak2 bagaimana mereka boleh mempraktikkanempati..

Mengikut statistik,kanak2 yang dimana ibu bapanya selalu menunjukkan/mengamalkan EMPATI semasakanak2 tersebut dilanda perasaan yang ketara, mendapat manfaat seperti berikut;
1. Lebih stabil dari segi emosi.
2. Mempunyai tabiat persahabatan yang baik.
3. Kurang mendapat jangkitan penyakit.
4. Lebih cemerlang di dalam akademik.

Bagaimana untuk kitamempraktiskan EMPATI??...ini langkahnya:
1. Lihat keadaan orang yang dilanda perasaan, dan cubabayangkan jika kita merasakan perasaan tersebut (adakah kita akan rasa yangsama, jika kita dilanda keadaan seperti orang tersebut)
2. Nyatakan perasaannya  kepada orang itu sendiri. Contoh, si kecil kematianikan kesayangannya, kita sebut ‘kenapa sayang nampak macam sedih ni?’(menyatakan perasaannya)
3. Kemudian teka sebab apa berlaku perasaan orang itu, dannyatakan. Contoh, bagi kes di atas ‘tentu sayang rasa sedih sebab ikan tu mati,kita xkan jumpa lagi ikan tu lagi’
4. Pada waktu ini, orang tersebut akan faham akan perasaanyang dirasakannya itu, jika sedih dan menangis, kita akan memeluk orangtersebut, sehingga tangisannya reda…secara automatic, tekanan perasaannya akanredha..kerana kefahamannya tentang perasaannya itu…

Akibat tidakmengamalkan EMPATI:
1. kanak2 akan merasakan dirinya mempunyai suatu masalah,kerana perasaannya itu tidak difahami, dan diperkecilkan..
2. Akan merasakan perasaannya itu sesuatu kecacatan dankekurangan, lalu mempunyai masalah emosi, dan hubungan dengan orang lain.
3. emosi tidak stabil
4. mudah mendapat jangkitan penyakit
5. lebih lembap dalam pelajaran…

sumber rujukan: brain rules for baby...

Ilmu Mak Bapak Wajib Tahu: Anak, ibu dan ayah,,,,jantung permainan....


Kedudukan jantung ibu dan anak adalah amat rapat semasa anak masih berada di dalam rahim….
Gelombang jantung ibu, akan membimbing gelombang jantung anak, supaya menjadi stabil dan kuat…
Ibu yang selalu stress semasa mengandung, akan manyebabkan anak didalam rahim, juga stress…
Semasa perkembangan otak anak di dalam rahim, ada satu masa dimana otak banyak menjana sel2 otak  yang banyak dibahagian prefrontal cortex,iaitu otak bahagian depan, otak ini, menjana kreativiti dan kekuatan berfikir secarawaras , kemampuan mengawal emosi, dan matang.

Sekiranya keadaan ibu semasa mengandung sentiasa stress, penghasilan sel2 otak di bahagian prefrontal ini akan berhenti dan menyusut kemudian penghasilansel2 otak dibahagian otak yang diistilahkan Reptilian brain oleh saintis akanbertambah.

Perubahan ini menyebabkan anak yang bakal lahir lebih maskulin, dan kurang berfikiran kreatif, kurang dapat mengawal emosi dansebagainya…kekuatanya adalah dibahagian tubuh badan.

Manakala anak  yangpertambahan sel2 otak dibahagian prefrontal cortex kekal dan bertambah pula(hasil keadaan emosi ibu yang stabil dan bahagia semasa mengandung), akan cenderunguntuk berfikiran kreatif, dapat mengawal emosi, rasional dan sebagainya.

Semasa anak lahir di dunia, ibu sebaiknya terus berkomunikasi dengan si anak, sentuhan , bercakap dengan anak, merenung mata,dan sebagainya, ini semua penting untuk perkembangan deria si anak, sentuhan,penglihatan…contohnya, mengikut kajian melalui penglihatan anak, perkara pertama yang akan dikenalpasti ialah wajah si ibu, perkembangan yang lebih baik, sekiranya si ibu kerap  memberikan respon seperti senyuman, semasa bertentang mata.

Kebolehan kepekaan penglihatan dan kesedaran si anak akanmula tebentuk dari 2 hingga 3 minit, sekiranya ibu, terus merangkul dan berkomunikasi dengan anak. Tetapi sekiranya hubungan ibu dan anak terjejas atau kurang selepas kelahiran anak, mengikut statistik, anak-anak seperti ini, tidakmembentuk kepekaan penglihatan, atau kesedaran dari 10 sehingga 12 MINGGU selepas kelahiran..
Bayangkan betapa terjejasnya perkembangan akibat kurangnyakomunikasi antara ibu dan anak selepas kelahirannya..

Ibu  sebaiknya menyusukan anak sehingga 2 tahun, menurut alquran….

segala kekuatan hormon, antibodi dari susu ibu disalurkan pada tahun pertama. Semasa ibu menyusukan anak ,gelombang jantung ibu sekali lagi akan menstabilkan gelombang jantung anak,akan mempunyai frekuensi yang sama…gelombang otak ibu dan anak juga akanmenjadi sama.

Semasa ibu jauh dari anak, gelombang jantung anak akan kembali tidak stabil, dan anak akan merasa stress…semasa berada dekat dengan ibu, gelombang jantungnya akan kembali stabil.kebolehan jantung anak untukmengikut gelombang jantung ibunya adalah satu skill yang dibentuk, secara tidak sedar. Kebolehan ini member kesan terhadap kebolehan anak untuk bermasyarakatdan mempunyai hubungan yang baik di dalam masyarakat. Ini kerana jantungnyamudah untuk menyamakan frequensi gelombangnya dengan gelombang jantung orang lain. Gelombang jantung sesama adik beradik juga sama, ini adalah kerana mempunyai ibu yang sama, ini antara penyebab, hubungan sesama adik beradik, adalah rapat.

Semasa anak berumur 11 bulan, pertambahan sel otak  yang sama berlaku di bahagian prefrontalcortex, seperti kes di dalam rahim, pertambahan sel ini boleh berhenti danmenyusut, dan digantikan dengan pertambahan sel otak di bahagian otakreptilian, sekiranya anak selalu dalam keadaan stress…

Keadaan anak yang tidak bimbang dan takut kerana sentiasamerasa selamat dengan persekitaran, anak tahu ayah dan ibu akan sentiasa beradadi sisi dan menjaganya, serta tidak akan meninggalkannya, akan menggalakkanotak anak cenderung untuk menjadi kreatif, sabar, boleh mengawal emosi, matangdan sebagainya…

Walaubagaimanapun, sekiranya anak sentiasa dimarahi, diancam untuk ditinggalkan, si ibu atau bapanya selalu membuat memek muka marah, jelek atau apa2 memek muka yang negative, akan menyebabkan si anak  menjadi stress, dan menjejaskan otak kreatifnya, tetapi menguatkan otak survivalnya,….
Ini semua memberi kesan kepada kehidupan dan kualiti masa depan si anak…

Cara anak belajar:
1- 4 tahun = bermain dengan meniru perbuatan ibu dan ayah,serta orang2 yang terdekat, membina kekuatan berfikir  secara metafora dan analogi, ,(menjadikankasut sebagai telefon, pinggan sebagai stereng, dsbgnya)..untuk persediaandunia simbol semasa dewasa (seperti matematik, formula, dsbgnya)

4-7 tahun = dreaming+imiginatif, meniru perbuatan serta membuat dunia khayalan sendiri, bermain sendirian, membina kekuatanberfikir  secara metafora dan analogi,(menjadikankasut sebagai telefon, pinggan sebagai stereng, dsbgnya)..untuk persediaandunia simbol semasa dewasa (seperti matematik, formula, dsbgnya)

7-12 tahun =  Membuat eksperimen, cuba jaya,mencuba pendekatan baru, dan kreatif dalam perbuatannya yang ditiru atau perbuatan yang difikirkan sendiri…

Kegagalan kita tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk permainannya(pembelajarannya),sentiasa menghalang perbuatan anak(yang tidak berbahaya), sentiasa memarahi anak, akan menjejaskan perkembangan otakanak. Kekurangan daya imaginative, boleh menyebabkan anak selalu bergantungkepada otak survival(reptilian), anak kurang dapat menjaga emosi, dan lebih cenderung untuk bertindak ganas dalam kelakuannya semasa dewasa,.Kemampuan anak untuk membuat analogi dan metafora, akan menjejaskan perkembangan akademiknya.
 kerosakan terhadap anak anda akan lebih kronik lagi, sekiranya anda selalu memberi kesakitan fizikal terhadap mereka, seperti mencubit, tampar dsbgnya,,,

Ada yang mengatakan saidina Ali pernah berkata lebih kurang:
Bermainlah dengan anak, sehingga berumur 7 tahun
Ajarnya disiplin sehingga berumur 14 tahun,
Berkawan dengannya sehingga berumur 21 tahun..
Kemudian lepaskannya,…
….
Rasulullah adalah manusia yang  banyak senyum dengan kanak2…tidak memarahi kanak2, sentiasa menyayangi kanak2…
….

Akhir kata…
jangan asyik nak mengajar mereka….tunggu umur tujuh tahun kot…


Jom main...

sumber:  https://www.facebook.com/notes/akmal-ismail/anak-ibu-dan-ayahjantung-permainan/540818322621359

Ilmu Khas Buat Para Isteri: Bila wanita tak suka pegang senduk

SEMALAM saya dikunjungi Chef K, hos rancangan masakan, Jaguh Kampung di TV Astro. Dia kawan lama saya. Semasa zaman sekolah, kami seasrama.

Selepas itu tiada khabar berita hinggalah kami bertemu semula beberapa tahun lepas di pasar malam berhampiran rumah saya. Rupa-rupanya kami berjiran. Ketika itu, dia berulang alik bekerja di Bali.

Sepanjang tempoh berbelas tahun terputus hubungan, Chef K yang saya dan rakan-rakan panggil Wak  Kasdi ketika zaman sekolah,  berkelana ke serata dunia dengan senduk dan apronnya.

Dia pernah bekerja di Jepun, Norway dan London. Setelah jemu berulang alik ke Bali sebagai dapur global yang terakhir, Kasdi kini jadi tauke rempah. Di penghujung zaman sekolah, saya terkejut apabila dia beritahu mahu sambung belajar dalam bidang kulinari.

Sebagai pemain ragbi,  tidak ada ciri-ciri lelaki lembut, saya rasa dia seperti masuk ke dunia yang salah jika memilih bidang itu. "Bukan hang saja Mat, mak aku pun tak bagi aku jadi tukang masak," katanya.

Atas sebab itu, kata Kasdi, dia terpaksa tulis jurusan perbankan sebagai pilihan pertama dalam borang UPUnya, demi untuk jaga hati si ibu. "Akhirnya aku pilih ke dapur juga," ujarnya sambil tertawa.

Berbual tanpa teh tarik dalam persekitaran yang sejuk di meja kerja saya, Kasdi tiba-tiba hangatkan suasana dengan berkata, dia rasa pelik melihat ramai wanita sekarang sudah tidak ambil kisah dengan hal-hal dapur.

"Aku bercakap ni bukan sebab aku chef tapi frust, sedih kerana ramai orang sekarang tak faham apa makna dapur, air tangan dalam kehidupan kita.

Depa ingat, kita makan hanya untuk isi perut. Lapar, makan, lapar, makan tak faham falsafah di sebalik penyediaan makanan, kaitannya dengan hubungan hati, kebahagiaan dan kesetiaan dalam hidup kita." Menarik juga pandangannya.

Kata Kasdi, kerana anggap dapur hanya berkaitan dengan mengisi perut, ramai orang, termasuk ibu-ibu memilih jalan mudah, beli sahaja makanan siap untuk keluarga.

"Aku cakap ni bukan soal khasiat tapi ramai tak sedar, makanan beli boleh jauhkan hubungan keluarga." Sebagai contoh, katanya, kenalannya, seorang wanita 40an, punya anak empat, langsung tidak tahu masak.

"Dia mengaku pada aku, masak nasi secara manual, pun dia tak reti." Wanita itu, kata Kasdi, menyerahkan segala urusan dapur kepada suaminya. Setiap hari, suamilah yang masak untuk keluarga.

Apa yang dia perhatikan, juga diakui sendiri oleh wanita itu, hubungan anak-anak dengan suami, jauh lebih rapat  berbanding dirinya.

"Inilah yang orang tak faham.Bila disebut air tangan emak,  kita ingat, sebab emak pandai masak.

Bukan itu tapi soal sentuhan hati, memasak dari hati. Itulah yang anak-anak makan, jadi darah daging dan akan depa ingat sampai mati. Itulah makna air tangan.

Kalau ayah yang masak, anak-anak akan lebih dekat dengan ayah. Nasiblah kalau emak tak pandai masak," katanya. Sedap atau tidak, kata Kasdi, bukan persoalan.

"Kalau emak sendiri tak pernah masuk dapur, macam mana nak masak untuk anak-anak. Macam mana anak-anak nak dengar kata kalau emak asyik 'tapau' nasi kedai mamak, jadilah anak-anak lebih rapat dengan mamak," katanya.

Wanita zaman sekarang, kata Kasdi, yang hidup terlalu berorientasikan kebendaan, jadi punca mereka tidak suka masuk dapur.

"Zaman sekolah, berkurung dalam bilik atas alasan ulang kaji pelajaran, semasa di universiti, siang malam makan nasi bungkus, sudah kahwin, baru nak masuk dapur. Akhirnya pujuk suami ajak makan nasi kedai."

Pernah katanya, semasa mengunjungi rakannya  yang sudah tiga tahun berkahwin, dia diberitahu apa yang pernah digunakan di rumah itu hanya alat pemanas air sahaja. Dapur tak pernah sekali pun menyala.

"Bila aku tanya, depa jawab, siang malam makan di kedai. Tak tahulah macam mana nak bentuk keluarga kalau macam itu?" katanya. Apa yang lebih memalukan, kata Kasdi, wanita sekarang, sudahlah tidak tahu memasak,  tidak segan silu pula mengaku.

Tidak tahu masak sudah dianggap biasa, bukan lagi sesuatu yang memalukan wanita zaman ini!

sumber: http://www.sinarharian.com.my/bila-wanita-tak-suka-pegang-senduk-1.184133

Ilmu Mak Bapak Wajib Tahu: Babys second night..


 (coretan aku: Bila bayi keluar dari perut ibu...perut ibu (rahim) merupakan tempatnya yang paling selesa, tempat asalnya...tempat kedua adalah di dada ibunya(dekat tempat asal)...bila dijauhkan dia menangis protes...asyik nak nenen saja..sebab jauh dari tempat 'asal'nya....biar dia masuk deep sleep dulu(nafas dengan tenang, tiada pergerakan di kelopak mata)...baru letakkannya di tempat lain..biarkan tangannya lepas dari bedung....sebab dia biasa menghisap jari atau bermain dengan tangannya semasa di tempat asalnya...kalau luka sebab suka menggaru itu perkara biasa dan akan baik dengan pantas.....ini yang sepatutnya.........)
You've made it through your first 24 hours as a new mom. Maybe you have other children, but you are a new mom all over again....and now its your baby's second night.

All of a sudden, your little one discovers that he's no longer back in the warmth and comfort – albeit a bit crowded – womb where he has spent the last 8 1⁄2 or 9 months – and it is SCARY out here! He isn't hearing your familiar heartbeat, the swooshing of the placental arteries, the soothing sound of your lungs or the comforting gurgling of your intestines. Instead, he's in a crib, swaddled in a diaper, a tee-shirt, a hat and a blanket. All sorts of people have been handling him, and he's not yet become accustomed to the new noises, lights, sounds and smells. He has found one thing though, and that's his voice.... and you find that each time you take him off the breast where he comfortably drifted off to sleep, and put him in the bassinet – he protests, loudly!

In fact, each time you put him back on the breast he nurses for a little bit and then goes to sleep. As you take him off and put him back to bed – he cries again....and starts rooting around, looking for you. This goes on – seemingly for hours. A lot of moms are convinced it is because their milk isn't “in” yet, and the baby is starving. However, it isn't that, but the baby's sudden awakening to the fact that the most comforting and comfortable place for him to be is at the breast. It's the closest to “home” he can get. It seems that this is pretty universal among babies – lactation consultants all over the world have noticed the same thing.

So, what do you do? When he drifts off to sleep at the breast after a good feed, break the suction and slide your nipple gently out of his mouth. Don't move him except to pillow his head more comfortably on your breast. Don't try and burp him – just snuggle with him until he falls into a deep sleep where he won't be disturbed by being moved. Babies go into a light sleep state (REM) first, and then cycle in and out of REM and deep sleep about every 1⁄2 hour or so. If he starts to root and act as though he wants to go back to breast, that's fine... this is his way of settling and comforting. During deep sleep, the baby’s breathing is very quiet and regular, and there is no movement beneath his eyelids.

Another helpful hint.... his hands were his best friends in utero... he could suck on his thumb or his fingers anytime he was the slightest bit disturbed or uncomfortable. And all of a sudden he's had them taken away from him and someone has put mittens on him! He has no way of soothing himself with those mittens on. Babies need to touch – to feel – and even his touch on your breast will increase your oxytocin levels which will help boost your milk supply! So take the mittens off and loosen his blanket so he can get to his hands. He might scratch himself, but it will heal very rapidly – after all, he had fingernails when he was inside you, and no one put mittens on him then!

By the way – this might happen every once in a while at home too, particularly if you’ve changed his environment such as going to the doctor’s, to the mall, or to the grandparents! Don't let it throw you – sometimes babies just need some extra snuggling at the breast, because for the baby, the breast is “home.”
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633406460044195&set=a.214032738648238.68454.194867850564727&type=1&relevant_count=1

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search