Kenai dak sapa mak hang?
Mak hang, yang dok salin lampin kat hang masa hang
kecik-kecik dulu, hang kenai ka?
Malam-malam dia dok jaga, hang dok lapaq susu, dia p la
bancuh susu, tu la mak hang…kenai ka?
Mak hang, dia dok suap moi masa hang kecik-kecik dulu, sebab
hang kecik lagi, perut tak besa telan makanan keras lagi, hang kenai dak?
Sapa mak hang? Mak hang, dia pi mana pun dia bawa hang, dia
tak tinggai hang, hang kenai dak?
Hang kriau, mintak susu, dia bancuh,hang lapaq, dia suap,
hang demam, badan panas, dia demah, tu la mak hang….dia tak boleh tidoq aih
kalau hang demam, hang kenai dak?
Mak hang, masa hang besaq sikit, dia la dok suap nasi, nak bagi
hang badan gemuk sket, baru sihat, kata
dia,dia tak mau hang sakit….tu la mak hang, ada hang kenai?
Hang kenai sapa anak hang?
Anak hang, masa dia kerja, dia bagi hang duit,
Anak hang masa hang tua, dia amik hang dia jaga, tu anak
hang,
Dia tak kira, kot masa dia kecik hang bagi kat dia orang
lain, sebab hang miskin, dia tak kira…
Dia tak kira dengan hang sebab hang mak dia…
Anak hang tu, hang bukan jaga sangat pun, hang hantaq dia p
mengaji jauh, walau dia masih kecik, tapi bila dia Berjaya, dia besaq, dia la
dok mai jaga hang,
Dia la yang dok jaga adik-adik dia, anak-anak hang, ada hang
kisah?
Dia dok tolong adik-adik dia mengaji,
Dia dok jaga sorang-sorang,
Bila hang kena buang, hang cari dia,
Depan mata ada dia, dalam hati hang pikiaq orang len.
Tu la anak hang.
Oh dunia…apalah gunanya…kita berhubungan…kerana jasad ini
ada darah yang sama…
Walhal rohnya berbeza-beza…
Allah ikatkan kita dengan kasih sayang anak-anak dan ibu
bapa…
Semoga boleh bersama-sama ke syurga…
Walau di dunia lagi, hargailah keluargamu yang dekat
denganmu…dan yang mendekatimu…
Hargailah kasih ini, dan hargailah kekasih yang mengasihi….
Bukan nya yang orang yang engkau kasih, yang kasihkan orang
lain, yang menjauhimu…
Inilah prinsip syukur dan nikmat…
Sedih…kadang-kadang manusia ni tak sedar…
Sedih…kerana sesetengah cuma nampak hubungan di dunia….
Yang pergi biarkan dia pergi, satu hari dia akan menangisi…
Bila engkau sudah tiada di sini…
Tidakkah Nampak syurga itu kekal selamanya….
Walau terpisah sementara di dunia…
Dengan rahmat kasihNya….
Bersama jua di syurga selamanya….
5 comments:
Mantap gan
Info keren
Blog bagus
Web keren
Numpang lapak gan
Post a Comment