..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
Dulu masa aku tulis blog kat frenster aku..ada le beberapa orang yang ska dengaq nasihat aku,,,dan suka baca tulisan2 aku,,,ada satu mas...
Wednesday, November 5, 2008
solat...
manusia....bila bersolat, bermakna dia berdoa kepada tuhannya...solat itu terdiri daripada gerakan2 dan ucapan zikrullah...iaitu,,semasa kita bersolat kita berada di alam lain, iaitu alam yang penuh dengan penghayatan dan peng'lihat'an kita kepada Allah semata2...
sebab tu ada sahabat nabi yang betisnya dipanah, maka anak panah itu dicabut ketika dia sedang bersolat...minda dan rohnya sudah berada dalam keadaan kusyuk dan sedang ber'temu' tuhannya...
ada juga cerita2 pada zaman sekarang, ingat x bila tsunami melanda,,,ada orang yang sedang bersolat dengan kusyuk, air bah datang tetapi terbelah di tempat orang yang bersolat itu...kerana sesungguhnya orang yang dapat solat dengan kusyuk sudah berada di peringkat yang tinggi,,,
seharusnya bila bersolat kita harus beringat bahawa kita sudah bukan berada di dunia, tetapi kita sedang ber'temu' Allah..sesungguhnya jika keimanan dan keyakinan kita itu 100% maka tidak ada apa yang dapat menggugat kita ketika kita dialam solat...
semasa kita solat kita berserah diri 100% kepada Allah semata....tiada lagi kebergantungan kepada kekuatan diri, dan minda dan rohani kita sudah terbang ke alam yang lebih jelas akan Allah. Seharusnya jika kita bersolat kita cuba mempraktikkan konsep, bahawa Allah yang menguasai segala2nya,,,keselamatan kita di dalam tangan Allah, malah segala2nya di dalam tangan Allah,,,kerana itu orang yang dapat solat dengan kusyuk tidak akan tergugat dek bencana dunia,,
tetapi malangnya pada hari ini, banyak ahli ibadah yang solat dengan kesyirikan. Bersolat tetapi solatnya adalah berdasarkan kekuatan dirinya, bukan kurniaan tuhannya. Seringkali merasa tidak cukup dan tidak lengkap, akan jumlah ibadahnya, dan seringkali bersolat dan beribadah berdasarkan kekuatan usahanya, walhal dia tertipu dengan dunia, kerana sesungguhnya untuk mengangkat jari semasa tasyahud akhirpun adalah kerana keizinan tuhan.
maksud, syirik pada ayat diatas ialah mensyirikkan kurniaan Allah dengan kekuatan diri sendiri...seharusnya ahli ibadat, memahami usahanya adalah cuma asbab, kurniaan Allah itu adalah hakikat. Jadi dia tidak harus merasa gundah gulana semasa sedang melakukan solat dan ibadah lain, malah merasa seronok dan bersyukur, kerana dikurniakan Allah kekuatan untuk bersolat dan beribadah. Berasa gundah gulana semasa beribadah dan bersolat, seolah2 menyatakan yang solatnya dan ibadahnya setakat2 ini adalah hasil dari kekuatan dirinya...dan yang menjadikan dirinya syirik adalah apabila dia terlupa, yang setakat2 ini yang dia rasakan dan lakukan adalah dari kurniaan Allah semata2...
jadi insan,,semasa bersolat haruslah dilupakan diri kita, haruslah dihancurluluh kan ke'aku' an yang terbentuk, seharusnya haruslah jiwa dan minda kita tertumpu kepada wujudnya Allah dan fananya makhlukNya...sehingga lebur diri kita di dalam 'Ada' nya Allah,,,maka jika dapat kita merasakan ke'kosong'an diri kita...insyaAllah syirik akan hilang dari diri, walaupun sedikit...
solat adalah dari Allah, bersama Allah, dan kerana Allah semata2...
bila ayat ini dapat difahami, maka insyaAllah hati kita tidak akan ragu lagi untuk solat dimana2 pada bila2 masa walau apapun keadaannya,,,tidak akan wujud lagi riak dan sombong diri, malah tidak akan ada lagi perasaan tidak puas dengan apa yang dirasakan 'kekuatan' diri sendiri,,,
hanya Allah yang dapat memuji diriNya dengan sempurna..kerana hakikatnya segala2nya bergerak mengikut ketentuan dan kemahuanNya...
usaha dan ibadat kita juga adalah dengan kurniaan Allah,,,,
rancangan kita juga berada didalam rancangan Allah...
syukur dan redha dengan kemampuan diri beribadat,,,usaha tanggapi yang ibadat kita adalah kurniaan Allah,,,
moga kita dapat menghindarkan kesombongan diri dengan merasakan ibadat 'aku',,,dan moga kita dapat merasakan segala2nya adalah kurniaan Allah,,,dan aku syukur....
Labels:
hablumminallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
No comments:
Post a Comment