Popular Posts

Saturday, November 1, 2008

kenapa aku menulis...

aku dah menjadi seorang blogger sejak beberapa tahun lepas....tapi aku suka menulis sejak aku pandai menulis lagi...ada orang berpendapat ornag yang suka menulis, adalah orang yang x pandai berkata2 di hadapan orang lain..tapi aku menafikan perkara tersebut...sebab diri aku sendiri pandai berkata2,,aku boleh menghasut orng lain bila berkata2,,kalau aku nak menipu, perkara itu amatlah mudah bagi aku....nak bagi presentation, adalah satu perkara yang kebiasaan bagi aku...nak memutarbelitkan ayat untuk mempergunakan orang dan suasana demi kepentingan diri aku pun agak senang bagi aku...tapi aku cuba hindari perkara2 yang xbetul,,,dosa kan...

aku tahu aku pandai bercakap,,,dan boleh membuat orang lain tertekan dengan ayat2 aku..tapi aku cuma gunakan ilmu itu pada masa2 yang sesuai,,,,

menulis ini satu kegemaran dan melengkapkan pemikiran aku,,,

sekurang2nya aku boleh menarik balik penulisan aku,,,,kalau terlebih sensitif aku edit,,,kalau termaki aku boleh delete,,,kalau terpecah rahsia, aku boleh buang balik post aku.,.dan aku juga boleh berpantun dan membina2 ayat2 cantik bila menulis..menulis juga untuk berkongsi pendapat dan berkongsi ilmu...inilah kelebihan bila menulis.

sejak bertahun kebelakangan ni, aku asyik post di blog aku kat frenster..tapi aku suka sangat delete blog aku bila dah cukup 100 lebih post,,,,so aku azam kali ni aku nak wat blog kat tempat lain dan teruskan menulis blog dan xmau delete2 lagi,,,dan terhasil lah blog aku inih...

ada pulak pendapat orang lain, yang orang yang menulis blog ini adalah pengecut dan penakut, suka menyatakan sesuatu di belakang2...dan suka merahsiakan identiti...

pendapat aku pulak...apa kejadahnya,,,belakang apa pulak yang aku tulis ni...dan...aku x merahsiakan identiti aku...ibnu ismail al-salam itu nama pena aku...nama sebenar aku adalah,,

ahhhaaaa,,rahsia le,,,,tapi korang boleh cari aku kat selama kedah,,,,aku orang kampung kuala dingin,,,satu kampung yang dingin.. nak cari aku..cari la bapak aku dulu...cikgu mael...suma orang kenal...rahsiakah identiti aku...tu gambo kat first post aku pun ada,,,amcam...ensem kan..hahaha...

tujuan,,,aku menulis adalah untuk mengemukakan nasihat, ilmu dan prinsip2 aku..supaya dapat menolong dan berkongsi dengan orang lain, supaya aku juga dapat mengetahui pendapat orang lain, x kiralah melalui komen2,,,atau melalui email,,,

so...aku amat alu2kan ilmu, pengalaman dan pandangan anda suma...sebab tujuan hidupa aku adalah ingin menjadi hamba Allah yang kuat,,,dan mati dalam usaha menjadi kuat kerana Dia...dan sesungguhnya ilmu2 anda suma amat bernilai dan amat aku hargai...

okeh..ituh sahaja untuk harini...aku nak tido...salam...

p.s: saye dah berpunya,,,so jangan mengorat saye...kawan2 xpe...

p.s 2: demi Allah,,,segala puji hanya milik Allah.,,,,jika ada kebaikan yang terpapar melalui aku..sesungguhnya kebaikan itu dari Allah,,,aku hanya hamba Allah yang kosong,,,dan kata2ku hanyalah kosong belaka.,..sehinggalah ianya diisi Allah dan disisi Allah,,,

2 comments:

yus said...

teruskan usaha...chaiyok2...

Anonymous said...

alhamdulillah!!

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search