Popular Posts

Sunday, November 30, 2008

Anybody can laugh at somebody, because that somebody is different, and that somebody, can laugh at anybody because they are all the same???

well..i can only smile looking at everybody s behavior….


Sebab setiap perkara mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap orang….itulah rezeki masing2….bagaimana saidina ali boleh memberi makna/kefahaman yang berbeza bagi satu ayat ….untuk setiap ornag yang bertanyakan beliau, tentang ayat tersebut…itu kehebatan saidina ali… ‘pintu bagi ilmu’….

Tapi orang kebanyakan macam kita ni, selalunya mempunyai satu kefahaman..dan berpegang kepada satu fahaman itu….

Dan selalunya majoriti, akan berpegang kepada 1 jnis fahaman…ini lah yang kita panggil pragmatisme…

Manusia selalu ingin berkumpulan…dan kumpulannya itu akan membawa mereka kepada rasa selamat, dan di terima… dan selalunya 1 kumpulan itu akan berpegang kepada satu kefahaman…bila manusia keseorangan,,,ia akan segera berpegang kepada satu kefahaman yang diterima umum, untuk diterima umum itu, akan dirinya,,,

Ada juga manusia yang bergerak seorang diri di dalam mempercayai satu kefahaman,,,lantas terasa diri terasing dari umum….manusia sebegini selalunya kesunyian,,,dan selalu tergerak hatinya ingin diterima umum, malah ingin mengubah umum untuk mempercayai kepercayaan atau kefahamannya…dan apabila x tahan dengan dugaan akhirnya kembali masuk kedalam golongan orang2 kebanyakan..itulah comfort zone mereka…

ada juga orang perseorangan ini yang cukup kuat dan tinggi egonya, hingga mampu berjaya, walaupun bergerak seorang diri…baguzzz….

Ada juga orang perseorangan yang mempunyai fahaman yang berbeza daripada umum tetapi, dia pandai menyerapkan dirinya di dalam umum, lalu diterima umum…dan akhirnya berjaya dengan caranya sendiri, tanpa terasa terpinggir…..orang sebegini biasanya bijak mengambil peluang dan menggunakan umum bagi mencapai matlamatnya….ini lagi baguzzz

Masalah bagi umum adalah seperti masyarakat kupu2 yang bila seekor masuk dalam api, kesemuanya terbang bersama masuk kedalam api…masalahnya pragmatisme bukan satu perkara yng hakiki dan benar..kerana umum masyarakat selalunya mengikut kepentingan diri sendiri…bila satu kepentingan itu untuk diri sendiri dan mengikut nafsu( selalunya begitulah umum),,,,masakan cara dan fahaman mereka dapat memenuhi kehendak umum.???....

maka cara dan kefahaman mereka salah,,,dan selalu tidak benar…tetapi…mereka tetap berasa selamat kerana persangkaan ‘aku macam orang lain juga, macam semua orang’…..

tetapi sebenarnya mereka tidak selamat, kerana masyarakat umum…adalah masyarakat yang sering digunakan golongan minoriti….

Bagus le kalau minoriti itu baik2 belake…walau selalu gunakan umum untuk mencapai matlamatnya…tetapi matlamatnya adalah untuk kesejahteraan bersama…

tetapi yang x bestnya,,,bukan semua minority adalah golongan yang baik…mereka gunakan umum untuk memuaskan hawa nafsu sendiri…kebanyakan golongan minoriti pandai bersembunyi seperti ular seperti mewakili golongan umum, tetapi hakikatnya..selalu menggunakan umum untuk kepentingan diri sendiri…

Kebanyakan golongan minority yang teruk ini akan juga menjadi ‘majoriti golongan minoriti’ dimana mereka juga akan menjadi ‘umum’ bagi golongan minority…

Hanya golongan minority yang mempunyai niat yang baik demi islam sahaja,.,,akan kekal menjadi golongan minority yang berjaya,,,merekalah golongan ‘minoriti’ bagi golongan minority yang berjaya di dunia ini…

9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan,,,dan hanya 1/10 daripada masyarakat menceburi perniagaan, dan mereka akan menjadi kaya….

Bermakna 9/10 daripada masyarakat akan menerima hanya 1/10 daripada rezeki…

Tapi golongan 1/10 (minority) yang yang kaya itu akan menerima 9/10 (majority) daripada rezeki,,,

(ibarat 1 orang peniaga akan mendapat rm 10 000..tetapi setiap pekerjanya Cuma mendapat rm 120 …pergghhh beza betul)

Patut le yang kaya bertambah kaya…yang miskin bertambah miskin…mind over matter…tepulang kepada anda,,untuk menjadi golongan minority yang berjaya,,,atau golongan umum..yang gundah gulana,,,

Dan harapnya jika pilihan anda menjadi golangan minority…harapnya anda menjadi golongan ‘minoriti’kepada golongan minority daripada masyarakat….

Golongan ‘minoriti’ kepada minority ini, niat dan usahanya adalah untuk Allah semata2…mereka selamat bukan sahaja di dunia seperti kesemua golongan minority ( orang yang berniaga) ,,,malah diakhirat….

P.s: konsep minority dan umum(majority) ini..boleh digunakan untuk segenap aspek….kekuatan, cinta, ilmu dan sebgainya…bukan hanya rezeki….fikir2kan….


Post yang lepas aku crita fasal definisi pelaburan,,,

Kita fahami,,,kekayaan adalah satu daripada kekuatan,,,

Aku percaya orang yang menolak kekuatan atas alasan ketenangan dan kebahagiaan kebanyakannya adalah orang2 yang bakal paling tidak tenang tidak bahagia sepanjang kehidupan mereka,,

Pernah dengar ayat dibawah ini

‘orang yang paling kaya, adalah orang yang paling bersyukur’

Ini adalah kerana hati orang yang paling bersyukur itu, redha dan menikmati apa saja yang ditentukan Allah terhadap dirinya…jadi dia sentiasa tenang dan tenang dengan apa yang dia ada…

Aku bersyukur kalau semua orang bersyukur dengan keadaan dirinya…dan X MERUNGUT….

Bukan semua orang ada sifat wali dia atas,,,,kebanyakan orang yang kononnya bersyukur…tapi suka merungut…dan menggelabah bila keadaan keuwangannya menjadi goyah,,,kekalutan..dan rungutan yang terbit dari manusia,,adalah tanda orang itu tidak bersyukur….(last2 pinjam duit bank, kalau cara Islamic x pe lah kan,,,)

‘orang yang paling kaya, adalah orang yang paling bersyukur’

Ayat kat atas ni juga boleh kita fahami sebagai…sbenarnya orang yang paling berusaha untuk menjadi kaya, atas nama kekuatan untuk agama islam, dialah orang yang paling bersyukur….

Kekayaan itu adalah satu kekuatan,,,

Bila nak mencari kekayaan perkara pertama yang kita kena buang dalam diri adalah sifat gelabah x tentu arah,,,sikap tamak,,,

Perkara pertama yang kena buang dari diri,,apabila ingin menjadi kaya ialah…buang sikap pentingkan diri,,,

Apa tujuan kekayaan?= tujuannya adalah kekuatan=tujuan kekuatan adalah supaya mampu=mampu berjuang …..(secara spesifiknya adalah demi islam)

Daripada kita jadik orang miskin yang mengeluh kerana xmampu menolong walaupun diri sendiri…

Lebih baik kita jadi orang yang berusaha untuk menjadi kuat dari segi kemampuan, tanpa mengeluh dan senyum bila mampu bersedekah…

Tahu apa sikap pada orang yang sentiasa x mampu, tapi x mahu berusaha?

= suka merungut, mengeluh dan suka menyalahkan orang lain, juga cukup kedekut….

Tahu apa sikap pada orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi mampu???

= suka mengeluarkan ayat2 motivasi untuk diri dan orang lain…suka memandang kelemahan diri, dan cuba memperbaiki diri sendiri. Juga cukup murah hati….

Bila diri dah x mampu, malah suka merungut dengan ketidak mampuan diri, malah suka menyalahkan yang selain dirinya, maka orang yang sebegini, akan melihat dunia ini dengan pandangan ‘dunia ini adalah dunia yang kekurangan duit’

Sebab tu dia kedekut…

Tapi orang yang sentiasa berusaha ntuk menjadi mampu, sentiasa berusaha memperkembangkan ekonominya, suka menguatkan kemampuan dirinya…maka orang sebegini adalah orang yang optimis dan memandang dunia dengan pandangan

‘dunia ini adalah dunia yang penuh, malah melimpah ruah dengan duit’

Sebab tu la dia pemurah…

Dunia orang yang ‘menyedihkan’ dan dengan dunia orng yang optimis di pisahkan dengan satu garisan konsep pemikiran…dan garisan itu ada pintunya…. Seperti dibawah…


(sori gambaq x lawa)

l
aa…patut la dunia orang yang kedekut, suka merungut, dan x mahu berusaha untuk menjadi lebih kaya, sangat kurang duit…sebab semua duit dah mengalir ke dunia orang yang nak berusaha untuk menjadi lebih kaya…perghhh..

Orang yang miskin dan mahu kekal miskin, akan hnya melihat duit lari makin jauh dari dia….tapi dunia orang miskin yang berusaha untuk menjadi mampu akan melihat duit datang pada dirinya…

Bersyukur, bukan hanya menunggu di masjid dan meminta Allah menurunkan rezeki, dengan hanya menadah tangan meminta doa…

Bersyukur itu bermakna mengangkat tangan berdoa dan berusaha, di samping mencari ilmu yang betul untuk maju jaya dan menjadi lebih mampu untuk digelar khalifah Allah…

Kebanyakan orang yang berusaha nak jadi kaya…yang bernama islam…kalau usahanya hanya nak jadi kaya semata2 demi kepuasan nafsu diri sendiri…dan dia berjaya menjadi kaya…nescaya hidup dia xkan tenang dan dia masih lagi kekal kedekut…inilah yang dinamakan istidraj…tambah2 kalau kekayaannya bertambah..

Tapi kalau dah nama islam dan perjuangannya itu nak jadi kaya kerana islam…bukan sahaja kekayaannya bertambah melimpah,.,,malah dirinya semakin menyerupai ‘hamba Allah’……..

Tapi kalau kita ni dah nama islam…usaha punyala usaha,,,tapi x dapat2 jugak nak menjadik kaya..Allah sayangkan kita,,,Dia x bagi istidraj…Dia tahu kita x mampu tanggung kekayaan…

Allah memberi yang terbaik….

Allah memberi kepada yang berusaha…

Siapa yang berusaha untuk kekal miskin..akan kekal miskin dalam dunianya…

Siapa yang berusaha untuk menjadi lebih kaya dari segi segala perkara, insyaAllah akan menjadi kaya sehingga ke syurga….

Dan pada pandangan aku… usahalah untuk mendapatkan apa yang anda mahu, selagi belum mati, dan sentiasa betulkan niat anda demi islam……………………….






Pelaburan???

  • Pelaburan adalah ‘perancangan untuk mencapai satu matlamat’
  • FOREX,STOCK,MUTUAL FUND,BUSINESS,KERJA TETAP,REAL ASTET,AMANAH SAHAM dan sebagainya,,,ini semua adalah

“BUKAN PELABURAN”

  • DIulangi,,,smua kat atas adalah “BUKAN PELABURAN”, tapi yang semua kat atas adalah ‘ALAT’ bagi mencapai matlamat kita…..cuba tengok gambar kat bawah:


  • ‘Alat’ inilah satu komponen daripada ‘pelaburan kita’
  • Manakala matlamat adalah satu perkara yang kita nak capai contohnya:Menjana ekonomi bagi umat islam secara infiniti, membina aliran wang masuk untuk kegunaan peribadi secara infiniti, membina satu kehidupan yang kaya raya dan sebagainya…
  • Aspek matlamat yang aku bagi contoh kat atas adalah atas konsep kekayaan keuwangan,,,
  • So, bila ada orang begitu semangat cakap fasal pelaburan dan dia bercakap fasal satu daripada alat bagi pelaburan ini,…pastikan dia faham apa yang dia cakap sebelum kita nak ikut kata2nya…
  • Perancangan adalah pelaburan,,,dan perancangan adalah perkara yang kita patut utamakan…bukan alat2nya,,
  • Perancangan ini adalah bergantung kepada individu,,,bukan bergantung kepada alatnya…
  • Kerana individu berupaya mengawal alat2 pelaburan,..samada menjadi asset atau liabiti, tetapi alat2 itu tidak dapat membuat keputusan yang boleh mementukan profit atau loss…. Yang membuat keputusan adalah individu yang mengawal ala2 itu…
  • Kalau anda memberi duit kepada seseorang untuk menjana duit bagi pihak anda..bermakna orang itu sendiri adalah alat di dalam pelaburan,,
  • Ingat sekali lagi…pelaburan ialah perancangan anda yang lengkap untuk mencapai matlamat anda…

Tuesday, November 18, 2008

untuk bersama,,,bukan bermakna untuk semua...

bermakna..perkara yang private tu harus di privatekan...hahaha...

maksud aku....setengah perkara yang dikongsi bersama tu...bukan untuk dikongsi semua...perghh...

bahkan setengah perkara yang untuk diri sendiri itu adalah bukan untuk umum...itulah konsep yang kita dapat fahami daripada perbezaan antara nabi dan rasul....nabi ilmu nya untuk dirinya sendiri,,,dan rasul ilmunya untuk disebarkan kepada umat2nya...hmmm

macamtulah juga...bukan segala perkara adalah untuk dipertontonkan...dan kalaulahpun semua perkara dipertontonkan, bukan semua itu adalah hak dan benar...

sebab tu bila insan yang dalam dirinya ada ilmu ketuhanan yang tinggi, pasti sifatnya xkan membincangkan perkara yang tinggi itu di khalayak umum...kerana dia faham...bukan semua orang faham apa yang dia faham...rezeki sudah dibahagikan dan sudah tentu...dan bukan semuanya untuk semua orang...ada orang yang x faham..dan ditakdirkan untuk tidak faham selama2nya....

dan kalau kita pandang konsep keikhlasan hati...jika segenap perkara ingin dikongsi semua,,,atau lebih tepat lagi ingin ditunjukkan kepada semua orang,,,maka salahlah konsep kefahaman dan kepercayaan orang yang merasakan dirinya faham akan konsep keikhlasan...

ikhlas itu macam semut hitam diatas batu yang hitam di dalam gua yang gelap di malam yang gelap yang entah aku pun x tahu kat mana gua itu...

aku rasa syirik pun perkara yang sama dari segi kejelasannya,,,dan apa yang jelas adalah,,jika tiadalah ikhlas yang ada adalah syirik...

"berbuat sesuatu kerana manusia adalah syirik, manakala tidak berbuat sesuatu kerana manusia adalah ria'"

tidak ikhlas itu termasuk dalam syirik...

so kalau kita tengok zaman sekarang kalau kita nak cuba menganalogikan "bukan semua yang dikongsi bersama adalah untuk semua"...

kita tengok konsep kasih sayang yang cuba ditonjolkan pasangan2 kekasih kat malaysia(yang tanpa nikah) nih...berpegang tangan kesana kemari..makan sesama...blaja sesama,,,kelua sesama...mandi..eh tersusil plak..eh ada gak,,mandi kat air terjun sesama...dan hakikat aktiviti declare couple..yang hakikatnya adalah dakyah kafir laknatullah...dimana seks diluar nikah yang senang dipertontonkan di khalayak ramai...sayang yang dipertontonkan untuk umum melihat..kata mereka

...perghhhhh...padahal nafsu...

dan adab yang hampeh ini menjadi ikutan anak2 bangsa melayu islam kita sendiri nowadays..eceh speaking lak...

kalau dah kawin pun....sayang tu x payah dikongsi semua...cukuplah dikongsi bersama...begitu juga ego kaum lelaki yang sibuk2 menunjukkan di hadapan semua orang,,,yang dia lebih berkuasa dari isterinya...kalau kasih anda yang 'ikhlas' itu di sembunyikan,,,maka eloklah kiranya ego mu itu di sembunyikan juga bila dikhalayak ramai...xperlulah merendah2kan isterimu demi egomu...cukuplah egomu di sembunyikan untuk dinikmati isterimu sahaja...

"perkara yang tersembunyi dan ghaib itu lebih best, dari perkara yang terang jelas nyata"

macam juga badan wanita yang chantik itu bila disembunyikan...untuk bersama yang hak...lebih indah daripada yang dipertontonkan untuk semua.....


so ingat,,,

bukan semua perkara yang kita kongsi bersama atau hanya kita saorang yang tahu adalah untuk dikongsi dan diketahui semua orang...

kerana sesetengah perkara hanyalah untuk diri sendiri...atau untuk bersama orang yang berhak sahaja...

dan konsep ini luas, dari segi hak, ilmu, rezeki dan bermacam2 lagi....
..................................................................................................................................................................

Thursday, November 13, 2008

'kalau hang dah pilih satu perkara, hang teruskan saja, jangan paling belakang lagi"

kata sepupu aku...aku dapat nasihat ni masa aku tengah memilih kerjaya...antara menjadi seorang jurutera maintenance, atau nak jadi seorang cikgu politeknik...

masa tu pendirian aku tergugat sket, sebab aku memang nak jadik cikgu..so aku selalu buat x endah dengan tawaran temuduga dari syarikat yang menawarkan kerjaya juruterrer kepada aku...separuh je dari jumlah temuduga yang aku dapat, aku g...aku tergugat, bila mak aku tau aku suka x datang temuduga...sebab aku tekad nak jadi cikgu..mak aku marah aku, atas dasar, risaukan dan sayang kan aku..kan...

aku tergugat, dan aku mula berusaha juga untuk jadik jurutera...dan aku bersungguh, g interview...sehinggalah aku apply dpli, dan masuk ujian medsi..lulus, dan sedang menunggu interview dpli...waktu2 tu(kalau x silap aku) yang aku tanya pendapat orang lain, tentang pilihan ni...

macam kakak aku kata(seorang cikgu poli):

"hang x rasa nyesal ka nanti???tengok kawan2 hang semua gaji tujuh lapan ribu...yang hang dok lagi 2, 3 ribu"

saja akak aku nak uji aku kot...sebab dalam pada masa yang sama, dia promote gak aku dengan kerjaya cikgu poli.....

mak aku pun aku tanya gak..pada masa tu dia tau gak tekad aku memang nak jadik cikgu,...

pak aku pun yang dok nak aku jadi juruterrer, pun tetiba menyokong tekad aku nak jadi cikgu macam dia...

last2 aku tnya sepupu aku yang dah pengalaman jadik cikgu dekat 10 tahun...dan dia jawab dengan

"......kalau hang dah pilih satu perkara, hang teruskan saja, jangan paling belakang lagi"

ayat tu adalah ayat yang menjadi peneguh tekad aku...sebab ayat tu sesuai dengan prinsip aku

"kalau nakkan sesuatu, berusaha sehingga sekurang2nya mati berusaha"

dan aku pegang ayat sepupu aku tu....

Alhamdulillah...dengan segala yang di tentukan Allah,..tahun depan aku dah ble start ngajo,,,dan boleh start trading dengan modal yang besar sket...

memang kalau aku jadi engineer pun, trading aku tetap berjalan...tapi berjalan trading aku...mungkin dengan sistem2 yang lain dan x sekukuh sistem yang aku dapat cipta dengan izin Allah dalam arena perguruan ini...

Alhamdulillah masa aku ngaji kat dpli utm ni pun aku punya banyak masa nak stadi sistem forex..kalaulah aku pilih kerjaya juruterer,,,mungkin aku dah stop trading sekarang,..mungkin juga aku dah dibuang kerja sebab ralit dengan trading....

dan aku syukur, kerana pilihan yang aku pilih dibawah pilihan yang Allah pilih untuk aku ini...

trading aku makin mantap....psikologi aku makin mantap...prinsip aku makin tetap...tekad aku makin tetap....dan aku makin kuat dalam semua bidang yang aku inginkan kekuatan,,,dan Alhamdulillah...

sebenarnya aku dah buat satu kesilapan kat sini...satu kesalahan...cuba tengok perkataan yang kale merah kat atas....yang merah kat atas,,,perkataan itu adalah tidak dibenarkan di dalam konsep dan sikap seorang islam...itulah perkataan 'kalau',,,

'kalau'...bila digunakan untuk menyatakan perkara yang mungkin berlaku jika kita memilih pilihan lain...adalah tidak dibenarkan...sebab seperti tidak bersyukur dan tidak redha dengan perkara yang sudah ditentukan...

so sedarlah wahai diri sendiri dan sahabat2 sekelian...jangan pernah menyesal dengan perkara yang terjadi...jangan menyalahkan apa2 pun dengan perkara yang telah terjadi...jangan sedih,,jangan gusar,,,jangn marah ,,,dengan pilihan yang kita sudah pilih...kalau ada seseorang yang hendak disalahkan pun kerana sesuatu perkara,sedarlah itulah diri sendiri...tetapi,,sebenarnya terlampau menyesal sehingga berputus asa dengan rahmat Allah dengan kasih sayang Allah yang mendahului kemurkaanNya, adalah salah....kerana sedarlah setiap pilihan dan rancangan yang kita buat adalah dalam pilihan dan rancangan Allah terhadap kita...xkiralah teruk atau salah perkara yang sudah berlaku itu.,,,sedarlah ia adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya...jika ia berbentuk dosa,,,sedarlah Allah mahu kita sedar akan dosa itu,,dan itulah hikmah dosa...supaya kita sedar..akan kelemahan dan kehambaan diri kita...

apapapun...sedarlah insan..tekad..,,dan tetap berjuang dengan pilihan masing, ingat,,,sentiasa ingat,,pilihan yang kita niatkan kerana Allah adalah pilihan yang x kan sia-sia..malah akan memberi nikmat yang maha utama dan maha tinggi...walaupun kita mati berusaha...

akhir sekali ingat,,,,nasihat sepupu aku ni

"'kalau hang dah pilih satu perkara, hang teruskan saja, jangan paling belakang lagi"...

dan aku nak tambah sikit..."usaha sehingga sekurang2nya mati berusaha"...

dan pastikan ia kerana Allah semata2....

hidup dan mati ku kerana Dia...

itu yang kita inginkan,,,

assignment sosiologi

Aspek yang dikaji dan Tugas Guru Untuk Perubahan yang Positif.

Bahagian Satu.
Kesediaan guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran.

• Guru tidak membuat rancangan pengajaran.

Masalah ini jika diperhatikan pada masa sekarang, guru tidak gemar membuat rancangan pengajaran. Pada masa sekarang, didapati guru-guru langsung tidak membuat rancangan pengajaran, hanya sebahagian kecil sahaja yang berdedikasi untuk membuat rancangan pengajaran setiap sebelum bermula sesi kelas.
Manakala sebahagian besar, hanya mula membuat rancangan pengajaran pada hujung waktu iaitu sebelum penghantaran buku rancangan pengajaran kepada pengetua untuk pemeriksaan. Rancangan pengajaran juga dibuat semasa sebelum kedatangan nazir dan pengawai pejabat pendidikan daerah.
Sikap sebegini menyebabkan rancangan pengajaran yang dibuat secara ’pukal’ ini tidak berkualiti, dan hanya sekadar coretan seperti diari harian. Rancangan pengajaran begini juga tidak bermakna, kerana ia dibuat setelah sesi pengajaran berlangsung.
Guru seharusnya memahami tujuan membuat rancangan pengajaran, guru seharusnya membahagikan masa harian mereka, untuk satu masa tertentu untuk merancang pengajaran mereka. Pengajaran yang terancang dan bersistematik, akan memudahkan objektif pengajaran tercapai. Perancangan awal yang bersistematik juga memudahkan pelajar untuk memahami isi kandungan pengajaran.








• Guru tidak membuat pemeriksaan terhadap alatan-alatan dan ABM serta keadaan kelas sebelum sesi kelas bermula.

Jika rancangan pengajaran yang di rekabentuk oleh guru amat sempurna dan bersistematik, rancangan pengajaran itu akan menjadi sia-sia, sekiranya perkara yang tidak dikehendaki berlaku. Maksud perkara yang tidak dikehendaki berlaku, ialah sekiranya pemeriksaan terhadap alatan dan suasana untuk sesi pembelajaran dan pengajaran mempunyai masalah, ini bermakna sesi pengajaran akan terganggu.
Alatan seperti lcd dan komputer haruslah diperiksa dahulu keadaannya sebelum kelas bermula supaya dapat beorfungsi dengan baik untuk sesi pengajaran nanti. Contohnya didalam mata pelajaram kemahiran hidup, alatan-alatan bertukang haruslah diperiksa dahulu keadaannya, supaya murid dapat belajar menggunakan alatan pertukangan itu dengan lancar. Alat pemotong seperti gergaji yang tumpul akan mengurangkan motivasi pelajar. Apa yang lebih teruk adalah jika kecederaan berlaku kerana keadaan alat-alat pertukangan tumpul dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jika guru ingin menggunakan layar putih di dalam sesi pengajarannya yang menggunakan slaid power point sekalipun, pencahayaan bengkel atau kelas haruslah sesuai. Jarak layar putih dari para pelajar juga haruslah sesuai dengan menggunakan formula 2-6T.
Sekiranya guru menggunakan komputer untuk sesi pengajaran, keadaan elektrik di dalam kelas atau bengkel juga haruslah dipastikan baik dan tidak berlaku litar pintas atau ketiadaan elektrik.
Semua alatan dan suasana pembelajaran dan pengajaran ini, dapat dipastikan dalam keadaan baik dan sesuai, jika guru membuat pemeriksaan awal sebelum sesi pengajaran bermula. Sikap bersedia dan memeriksa sebelum satu sesi pengajaran, adalah satu sikap yang amat penting dan harus dipupuk dalam peribadi seseorang guru.



• Guru tidak mempunyai ilmu yang lengkap mengenai isi pengajaran .

Isi pelajaran yang telah diberikan kementerian adalah tidak mencukupi untuk proses menjana kreativi minda pelajar. Seringkali pelajar menghafal buku teks semata-mata untuk menjawab soalan perperiksaan. Menghafal walaupun adalah satu proses kognitif, tetapi adalah satu proses dimana ilmu yang dihafal pelajar, dalam jangkamasa yang singkat, dan tujuannya hanya untuk satu-satu masa, tidak akan berkekalan dan sikap ini tidak akan memberi kesan yang baik kepada masa depan pelajar.
Seharusnya guru menggalakkan pelajar berfikir kreatif dan berfikir keluar dari format biasa yang disediakan kementerian. Pelajar haruslah difahamkan guru, yang mana ilmu adalah satu perkara yang teramat luas dan tiada sempadan, buku teks hanya dijadikan bahan rujukan, tetapi bukan hanya buku teks yang menjadi bahan rujukan.
Semasa sebelum proses pengajaran, guru haruslah memastikan ilmu yang ingin disampaikannya di dalam kelas telah dikuasai sepenuhnya, dan satu-satunya cara untuk guru menguasai kesemua isi pelajaran, adalah dengan guru memenuhkan dirinya dengan ilmu-ilmu yang lebih dari format silibus pelajaran yang disediakan kementerian.
Apabila pelajar mempunyai soalan tentang isi pelajaran, dengan mudahnya guru boleh menjawab dengan ketegasan dan keyakinan. Ketegasan dan keyakinan yang terpapar pada personaliti guru akan meningkatkan lagi motivasi pelajar untuk belajar. Selain itu guru juga dapat menambahkan daya tarikan untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar dalam proses pengajaran, dengan menambahkan isi-isi yang sesuai yang terdapat diluar format silibus, yang dirasakan guru penting untuk pelajaran para pelajar.
Jadi tidak dapat tidak, guru wajib menguasai ilmu yang terdapat didalam silibus yang disediakan, bahkan guru wajib menguasai ilmu-ilmu yang terkini sesuai dengan silibus mata pelajaran, kerana buku teks, tidak berubah setiap kalu teknologi terkini muncul. Guru wajib menguasai isi ilmu yang hendak disampaikan.

• Guru membawa masalah luar sekolah ke dalam kelas.

Sebagai manusia biasa, seorang guru mempunyai masalah-masalah peribadi yang tersendiri. Masalah timbul apabila guru membawa masalah-masalah peribadinya ke sekolah. Apabila masalah-masalah peribadi guru dibawa ke sekolah, ini akan menjejaskan prestasi guru untuk pengajaran, dan mengurangkan minat pelajar dalam sesi pembelajaran. Guru yang mengajar di dalam keadaaan emosinya yang tidak menentu atau dalam keadaan fizikalnya yang bermasalah akan menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dengan tenang. Guru yang beremosi semasa mengajar akan menyebabkan pelajar mereka takut dan tidak mahu bersikap terbuka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan rasa takut, atau berasa berat untuk bertanyakan soalan mengenai isi pelajaran yang diajar guru.
Perasaan emosi seperti sikap marah-marah jika dipraktikkan di dalam pengajaran, akan menyebabkan para pelajar membenci guru tersebut, dan jika sikap membawa masalah ke sekolah ini menjadi tabiat seseorang guru, ada kemungkinan ada pelajar yang ponteng ke sekolah semata- mata kerana takutkan guru, atau bencikan guru tersebut.
Guru seharusnya mempunyai sikap mengasingkan masalah peribadi dan masalah rumahtangga sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pintu pagar sekolah. Sikap ini haruslah bermula dengan guru set minda mereka untuk berfikiran positif dan untuk berfikiran tidak mementingkan diri sendiri. Guru harus berfikir akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ibu-bapa para pelajar, guru harus merasakan satu sifat bertanggungjawab terhadap pendidikan para pelajar, kerana gurulah yang memberi kesan terhadap pelajaran para pelajar.
Sikap dan tabiat ’mind setting’ mengasingkan masalah peribadi dari sekolah ini haruslah dipraktikkan guru, semasa bertugas di sekolah.





Bahagian Dua.
Teknik pengajaran guru.

• Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama pada setiap masa.

Pada masa sekarang, guru lazimnya terikat dengan satu stail pengajaran didalam kelas, ada guru yang sentiasa menggunakan slaid power point sahaja pada setiap kelas, ada guru yang sentiasa mengajar menggunakan kapur dan papan hitam sahaja, ada guru yang mengajar dengan hanya memberikan latihan tubi pada setiap kelas.
Masalah timbul kerana murid yang melalui proses pembelajaran melalui proses pengajaran yang sama pada setiap kali guru yang sama memasuki kelas, akan mengalami perasaan bosan. Pengajaran akan menjadi kurang efektif, dan objektif pengajaran akan semakin sukar untuk dicapai.
Apa yang guru harus lakukan ialah yang pertama, guru harus menganalisis keadaan pelajarnya dari masa ke semasa, dan cuba menafsirkan kaitan sikap pelajar di dalam kelas, dengan pengajarannya. Kedua, guru harus memperbanyakkan kaedah-kaedah dan teknik-teknik dalam pengajaran. Contohnya jika guru kerap mengajar menggunakan abm yang sama, seperti slaid power point pada setiap kelas, para pelajar akan mula mengantuk dan menset minda mereka tentang perasaan bosan yang akan mereka rasai setiap kali kelas guru tersebut. Jadi sekiranya guru sudahpun memahami keadaan murid melalui analisis dari masa ke semasa, guru seharusnya memperbagaikan abmnya, contohnya, guru boleh mula menggunakan carta dan jadual, atau menggunakan model dan prototaip, dalam pengajarannya. Guru ini juga boleh mengubah teknik pengajarannya dari proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, boleh juga dibuat proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas, dengan menggunakan keadaan dan bahan-bahan yang berada di luar kelas sebagai abm.





• Teknik pengajaran guru mensasarkan hanya kepada satu peringkat kemahiran belajar.

Setiap pelajar mempunyai peribadi yang tersendiri, dari segi jantina, umur, status
ekonomi dan sosial, takap kreativiti, pengalaman, stail pembelajaran, dan IQ masing-masing. Perbezaan antara para pelajar adalah satu perkara harus dititik beratkan oleh para guru. Malangnya dewasa kini, para guru mengajar didalam kelas dan tertumpu kepada satu tahap kemahiran belajar sahaja.
Jika para pelajar yang pandai menjadi fokus guru didalam teknik pengajarannya, maka para pelajar yang lemah dalam kemahiran belajar akan berasa tidak dihiraukan, dan masalah disiplin adalah yang selalu ditimbulkan oleh para pelajar yang merasa diri mereka di anak-tirikan. Jika para pelajar yang lemah dalam kemahiran belajar pula yang hanya menjadi fokus guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka para pelajar yang pandai pula, akan merasa bosan, dan para pelajar ini mungkin tidak akan menghiraukan gurunya di dalam kelas, tidak hadir ke kelas atau sekolah, atau belajar sendiri semasa di dalam kelas.
Perkara sebegini harus dihindarkan daripada berlaku. Para guru harus menganggap setiap pelajar adalah penting, dan setiap pelajar mempunyai identiti dan mereka semua berbeza dari segi kemahiran di dalam pembelajaran. Guru harus aktif di dalam kelas, mengambil berat kepada semua pelajar. Pada mulanya sesi pengajaran di lakukan dengan menggunakan teknik pengajaran yang berbentuk umum, dan seterusnya guru harus melakukan aktiviti pengukuhan bagi menganalisis kefahaman pelajar yang lemah, terhadap isi pengajaran guru, selepas itu guru harus juga meningkatkan motivasi pelajar yang bijak untuk menyertai aktiviti di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, mungkin dengan menanyakan soalan yang lebih mencabar bagi mengaktifkan tahap kemahiran belajar yang mereka kuasai. Guru harus pandai menggunakan teknik yang sesuai untuk pelajarnya yang mempunyai tahap kemahiran belajar yang berbeza-beza.
Kesimpulannya guru harus bijak menganalisis keadaan setiap pelajar, dan bijak mengawal motivasi setiap pelajar tidak kira dari peringkat yang terpaling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi.

• Guru tidak mementingkan kemahiran berkomunikasi dalam sesi pengajaran.

Aspek ini adalah merupakan aspek yang merupakan pokok pangkal kesemua aspek yang saya senaraikan di dalam kertas kajian ini. Segala masalah adalah berpunca dari komunikasi.
Kegagalan guru dalam mempertingkatkan kemahiran komunikasi masing-masing, adalah punca masalah timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru di dalam menganalisis keadaan pelajar, memilih teknik pengajaran, dan kesediaan guru sendiri untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, dan secara tidak langsung ianya penting untuk membentuk peribadi dan sahsiah yang baik bagi para pelajar.
Menganalisis keadaan pelajar memerlukan ilmu komunikasi yang cukup dan haruslah sentiasa meningkat, dan tanpa menganalisis keadaan pelajar, guru tidak akan dapat memilih teknik pengajaran yang sesuai dan efektif kerana keadaan para pelajar telah di salah tafsir, dan seterusnya ini membawa kepada persediaan duru yang tidak lengkap.
Selain daripada itu, hubungan guru dengan pelajar haruslah baik. Para pelajar tidak seharusnya takut, dan tidak seharusnya juga kurang ajar dengan guru, tetapi haruslah menghormati guru dan memandang guru sebagai satu ikutan dan model. Untuk memastikan keadaan pelajar yang sebegini, tidak dapat tidak guru haruslah mempertingkatkan kemahiran komunikasinya dengan para pelajar.
Apabila guru menjadi model, atau lebih baik lagi menjadi idola para pelajar, maka sudah tentulah peribadi para pelajar akan menjadi lebih baik, dan sudah tentu pencapaian akademik mereka akan meningkat.
Mengikut model komunikasi Schramm 2, komunikasi berlaku, apabila lapangan pengalaman guru bertindih dengan lapangan pengalaman para pelajar. Dimana pelajar memahami apa yang disampaikan guru, tidak kiralah ilmu akademik ataupun ilmu sahsiah, komunikasi tetap berlaku. Apabila guru menyesuaikan lapangan pengalamannya mengikut pengalaman para pelajar, maka komunikasi berlaku, dan ilmu para pelajar akan meningkat, dan semakin lama, lapangan pengalaman para pelajar akan semakin luas, dan seterusnya pelajar akan semakin mudah belajar dengan guru tersebut, malah pelajar akan semakin menyamai sifat peribadi guru, yang seharusnya baik dan mulia.
Inilah kepentingan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru wajib pandai berkomunikasi, dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang itu dengan menganalisis para pelajarnya setelah setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Guru juga boleh menghadiri kursus-kursus komunikasi dan kursus-kursus yang berkaitan dengan interaksi guru dengan para pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Rumusan:
Daripada analisis yang telah dilakukan, saya berpendapat bahawa guru boleh membawa banyak perubahan positif dalam pengajaran dan pembelajaran dalam banyak aspek, dan apa yang saya huraikan di dalam kertas kerja ini hanyalah daripada dua bahagian, iaitu dari aspek kesediaan guru, dan dari aspek teknik pengajaran guru itu sendiri. Daripada dua bahagian yang dibincangkan inipun sudah banyak perubahan yang boleh dibawa guru, bagi mendapatkan hasil yang positif di dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, apa yang penting bagi seseorang guru, adalah sikap dan jati dirinya sendiri sebagai seorang pendidik. Pendidik yang sebenar sentiasa menilai keadaan dan prestasi diri sendiri di dalam semua aspek, dan tujuannya adalah supaya dapat menilai keadaan dan prestasi para pelajarnya sendiri, supaya guru dapat sentiasa berkembang dan memahirkan diri untuk memberi kebaikan, dan membantu dalam kecemerlangan pelajar.

Wednesday, November 12, 2008

hasil kajian umur Aishah yang sebenar..semasa berkahwin dengan Rasulullah S.A.W

Budaya dicipta manusia...mnakala hukum ditentukan Allah,,dan Muhammad menyampaikan...

kadang2 di bising di dunai barat akan Rasulullah seorang yang gila seks sehingga sanggup mengahwini aishah yang berumur 9 tahun,,,bahkan ada yang mengatakan 6 tahun,,,terlalu muda kata mereka...

aku sebagai umat muhammad mestilah x suka dengar,,,dan aku harap Allah memberikan aku kekuatan untuk berjuang kerana kemuliaan nama Muhammad yang mulia,..

tapi bila ada fitnah dan penghinaan..tentu ada pembelaan, seperti mana setiap masalah dan penyakit yang Allah turunkan..adalah bersama ubatnya,,,

ada dua pembelaan akan rasul kita yang aku dapat:

1.adalah budaya masyarakat arab berkahwin dengan gadis yang muda, kerana dikatakan pada masa itu gadis2 muda arab sudah baligh...

2. Sebenarnya hadis itu adalah direka semata2. atau tersilap semasa meriwayatkannya.,..yaitu, Aishah sebenarnya berumur 19 tahun, semasa bernikah dengan Rasulullah,,,

kat bawah ni aku letak huraian kertas kajian pembelaan no 2....

p.s:apapapun budaya manusia cipta,..xkan layak melawan hukum Allah,,,dan ketentuan Allah...lihat di sekeliling...itulah ketentuan Allah...x kira le hitam...atau putih,,,yang penting kita sebagai umat muhammad..percaya akan baginda...


:
:
:
ADAPTASI DARI TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KERTAS KERJA HASIL KAJIAN OLEH MAULANA HABIBUR RAHMAN SIDDIQUI KANDHALAWI. BEBERAPA PINDAAN DARI TEKS ASAL DIBUAT UNTUK TUJUAN MENJELASKAN FAKTA.
UMUR AISHAH R.A. SEMASA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH
1. PENGENALAN
2. PENGHARGAAN KEPADA PENULIS
3. MUKADDIMAH
HUJAH PERTAMA – BERTENTANGAN DENGAN FITRAH MANUSIA
HUJAH KEDUA – BERTENTANGAN DENGAN AKAL YANG WARAS
HUJAH KETIGA – TIADA CONTOH DITEMUI DI NEGERI ARAB ATAU DI NEGERI PANAS
HUJAH KEEMPAT - RIWAYAT INI BUKAN HADIS RASULULLAH S.A.W.
HUJAH KELIMA – RIWAYAT INI DIRIWAYATKAN OLEH HISHAM SELEPAS FIKIRANNYA BERCELARU
HUJAH KEENAM – HANYA PERAWI IRAQ YANG MENUKILKAN RIWAYAT INI
HUJAH KETUJUH – AISHAH R.A MASIH INGAT AYAT AL-QURAN YANG DITURUNKAN DI TAHUN EMPAT KERASULAN
HUJAH KELAPAN – AISHAH R.A MASIH INGAT DENGAN JELAS PERISTIWA HIJRAH ABU BAKAR R.A. KE HABSHAH
HUJAH KESEMBILAN – AISHAH R.A. MENGELAP LUKA DAN HINGUS USAMAH BIN ZAID R.A. YANG DIKATAKAN SEBAYA DENGANNYA
HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM PEPERANGAN BADAR
HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAK-KANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG
HUJAH KE-12 – AISHAH R.A. LEBIH MUDA 10 TAHUN DARI KAKAKNYA ASMA, DAN SEMASA PERISTIWA HIJRAH ASMA R.A. BERUMUR 27 ATAU 28 TAHUN
HUJAH KE-13 – AHLI SEJARAH AT-TABARI MENGATAKAN AISHAH R.A. LAHIR DI ZAMAN JAHILLIYAH ( SEBELUM KERASULAN)
HUJAH KE-14 – AISHAH R.A. ADALAH ANTARA ORANG-ORANG YANG TERAWAL MEMELUK ISLAM
HUJAH KE-15 – ABU BAKAR R.A. BERCADANG MENGAHWINKAN AISHAH R.A. SEBELUM BERHIJRAH KE HABSHAH
HUJAH KE-16 – AISHAH R.A. DISEBUT SEBAGAI GADIS DAN BUKAN KANAK-KANAK SEMASA DICADANGKAN UNTUK BERNIKAH DENGAN RASULULLAH
HUJAH KE-17 – RASULLULAH TIDAK TINGGAL BERSAMA AISHAH R.A. KERANA MASALAH MENDAPATKAN MAHAR, BUKAN KERANA UMUR AISHAH YANG TERLALU MUDA
HUJAH KE-18 – HADIS YANG MENSYARATKAN MENDAPAT PERSETUJUAN SEORANG GADIS SEBELUM DIKAHWINKAN MEMERLUKAN GADIS TERSEBUT TELAH CUKUP UMUR
HUJAH KE-19 – KEBOLEHAN LUARBIASA AISHAH R.A MENGINGATI SYAIR YANG BIASA DISEBUT DI ZAMAN JAHILIYAH MEMBUKTIKAN BELIAU R.A. LAHIR DI ZAMAN JAHILIYAH
HUJAH KE-20 – KEMAHIRAN DALAM SASTERA, ILMU SALASILAH DAN SEJARAH SEBELUM ISLAM
HUJAH KE-21 – KEINGINAN MENDAPATKAN ANAK DAN NALURI KEIBUAN TIDAK MUNGKIN TIMBUL DARI KANAK-KANAK BAWAH UMUR
HUJAH KE-22 - AISHAH R.A. SEBAGAI IBU ANGKAT KEPADA BASHAR R.A. YANG BERUMUR TUJUH TAHUN SELEPAS PERANG UHUD
HUJAH KE-23 - WUJUDKAH PERKAHWINAN GADIS BAWAH UMUR DI TANAH ARAB DAN DALAM MASYARAKAT BERTAMADUN?
HUJAH KE-24 – KESEPAKATAN (IJMAK) UMAT DALAM AMALAN

1. PENGENALAN
Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India -Pakistan. Dalam satu masa yang sama, dia merupakan seorang hafiz dan qari, ulama yang terkemuka dalam bidang tafsir dan hadis, juga seorang penyusun dan pengarang kepada kajian akademik yang tinggi serta penterjemah bahan-bahan akademik dari Bahasa Arab ke Bahasa Urdu.
Kertas kerja ringkas ini adalah berhubung dengan sesuatu isu yang sangat sensitif dan penting. Ia adalah mengenai umur Ummul Mu’minin Saiditina ‘Aishah Siddiq (r.a), semasa berkahwin dan mula tinggal bersama Rasullullah s.a.w. Isu ini menjadi perbahasan berlarutan di antara ulamak dan penyelidik sejak dahulu. Tuan Allama telah mengemukakan idea baru dalam isu ini dan telah menyelesaikan masalah yang penting dan selalu dipertikaikan ini , dan telah berjaya menentukan ‘umur’ sebenar Saidatina ‘Aishah (r.a) berpandukan kepada Ilmu Rijal dan pernyataan para sahabat r.a., ahli hadis dan ahli tafsir, termasuklah pernyataan mutlak oleh Ummul Mu’minin r.a. sendiri.
Adalah penting untuk kebaikan ummah buku ini yang asalnya di dalam bahasa Urdu, diterbitkan dalam Bahasa Inggeris (dan juga Bahasa Melayu). Dengan rahmat Allah, kami telah mencapai objektif ini dengan jayanya. Usaha ini dan juga khidmat-khidmat agama Almarhum Allama Habibur Rahman Kandhalwi adalah layak mendapat setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan. Semoga Allah taala memberi ganjaran yang tidak terhingga kerana khidmatnya yang tidak pernah mengenal penat dan lelah ini. Aamin!
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En. Nigar Erfaney, seorang wartawan dan juga penulis berpengalaman , yang telah mengalihbahasa kertas kerja yang rumit dari Bahasa Urdu ke dalam Bahasa Inggeris yang ringkas dan jelas, tanpa menghiraukan kesakitan dan kesulitannya yang berpanjangan.
Shafaat Ahmed
Al-Rahman Publishing Trust (Regd) Nazimabad, Karachi (PC-74600) Pakistan. 9 Dis 1997

2. PENGHARGAAN KEPADA PENULIS
Ini adalah kertas kerja bertajuk “Umer-e-Aishah” (Umur ‘Aishah), yang asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris (yang kemudiannnya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu pula) . Ia adalah tentang umur Saidatina ‘Aishah r.a , anak perempuan Saidina Abu Bakar r.a dan isteri kedua Nabi Muhammad s.a.w , ketika berkahwin dengan Rasullullah s.a.w. Buku ini mengupas tiga persoalan penting iaitu : (1) Bilakah beliau dilahirkan? (2) Berapakah umur beliau semasa bekahwin? (3) Bilakah beliau mula tinggal bersama suaminya s.a.w?
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk menolak daayah dan propaganda tidak berasas yang dipelopori oleh golongan munafik dan Syiah. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan, saya telah menterjemahkan karangan yang berharga ini atas permintaan peneraju “Al-Rahman Publishing Trust” (Karachi, Pakistan). Sungguhpun ianya adalah tugas yang berat namun kecintaan saya terhadap Ummul Mu’minin r.a. telah memberikan peransang dan kekuatan kepada saya. “Al-Rahman Publishing Trust” yang merupakan sebuah institusi sukarela yang bekerja untuk Islam, seharusnya mendapat pujian yang tinggi kerana mengendalikan amanah penting ini .
Penulis telah mengenalpasti beberapa agenda propaganda oleh puak Syiah , berdasarkan kepada riwayat Hisham seperti berikut:
1- Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).
2- Saidatina Khadijah r.a. berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika umurnya 40 tahun.
3- Saidatina Fatimah r.a., anak perempuan Nabi s.a.w telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. sewaktu berumur sembilan tahun, di Madinah selepas Hijrah.
Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah menolak sekeras-kerasnya pernyataan di atas dengan mengatakannya adalah tidak berasas dan merupakan suatu pengkhianatan. Beliau seterusnya mengatakan bahawa pernyataan tersebut merupakan konspirasi orang Syiah untuk mencemarkan kehormatan Nabi s.a.w., (yang telah diketahui umum semenjak dari Zaman Jahiliyyah).
Tidak syak lagi, hasil kajian oleh Allama Habibur Rahman Kandhalwi ini telah menyedarkan Dunia Islam. Ianya unik dan mempunyai nilai akademik yang tinggi. Meskipun ia adalah sebuah kertas kerja yang ringkas, namun ianya lengkap dan tepat. Beliau telah mengemukakan 24 hujah yang kukuh untuk menyokong pendapatnya . Beliau berhujah berdasarkan al-Qur’an , hadis-hadis dan tafsir atau kata-kata sahabat, termasuklah semua pendapat berhubung dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, khususnya dalam bahagian pertama buku ini iaitu daripada hujah pertama hingga hujah kesebelas . Dalam bahagian kedua, daripada hujah ke dua belas sehingga hujah ke dua puluh empat, Allama telah berhujah berdasarkan fakta sejarah, sosiologi, saikologi, seksologi dan statistik . Beliau berjaya membuktikan bahawa cerita yang disebarkan adalah tidak berasas dan direka-reka, dengan tujuan untuk menjatuhkan keperibadian tinggi Nabi s.a.w., isterinya yang soleh iaitu ‘Aishah r.a., dan mereka yang terkemuka dalam Islam, dengan niat jahat dan kempen kotor yang didalangi oleh golongan munafik dan Syiah.
Allama Habibur Rahman Kandhalwi telah didorong oleh kekuatan Iman dan pemahaman yang mendalam orang yang beriman. Beliau telah menyampaikan hujah dan pendapatnya dengan tepat. Pengetahuannya tentang ilmu mantik, sains perubatan, saikologi terutamanya saikologi wanita berkahwin, minatnya kepada prosa dan puisi, dan juga statistik dengan kemahirannya menganalisa fakta-fakta dan perangkaan sepatutnya mendapat sanjungan tinggi. Beliau juga mempunyai kemahiran sebagai seorang guru dalam merumuskan keputusan sebagai seorang pakar statistik.
Dengan izin dan kurnia Allah s.w.t., penulis telah menyelesaikan kekeliruan yang dicipta oleh golongan Syiah di dalam buku-buku yang telah ditulis pada 13 abad yang lalu. Beliau telah membuktikan bahawa:
(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.
(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.
(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).
Beliau telah berjaya membuktikan bahawa Muhammad s.a.w., rasul terakhir, adalah manusia yang paling agung di alam semesta ini dan juga pembimbing serta guru yang terhebat di kalangan umat manusia, tidak mengahwini seorang wanita tua demi kekayaan, juga tidak mengahwini gadis bawah umur (yang berumur sembilan tahun). Baginda ialah seorang yang tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun, di mana perkahwinan di bawah umur adalah sesuatu yang hina.
Jadi, bagaimana mungkin baginda s.a.w. mengahwini seorang kanak-kanak yanh masih mentah ? Dan juga beliau berjaya membuktikan bahawa tiada perbezaan umur di antara baginda dan Saidatina Khadijah r.a., sorang janda muda, yang mana menunjukkan bahawa baginda melepasi masa mudanya bersama dengann seorang wanita yang sama padan iaitu seorang bangsawan yang telah mendapat gelaran ‘Wanita Suci’ semasa Zaman Jahiliyah di Mekah.
Penulis juga telah menjelaskan mengapa orang-orang munafik dan Syiah terus menerus mengganggu Islam dan orang-orang Islam. Jelasnya mereka mahu menghalang Islam dari disebarkan dan mahu mencampakkan keraguan orang Islam terhadap Nabi s.a.w., Ummul Mu’minin r.a., dan juga pengikut-pengikut Islam yang mulia. Juga mereka ingin menyediakan alasan rapuh kepada orang bukan Islam supaya menolak Islam. Semoga Allah menimpakan laknat ke atas penipu-penipu itu. Orang-orang munafik dan Syiah telah melampaui batas apabila menyebarkan fitnah bahawa Nabi s.a.w. telah mengahwini seorang janda tua yang kaya untuk mengambil kesempatan ke atas harta kekayaannya. Tidak hairanlah masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan nabinya dengan menyindir :
“Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya.”
Penulis juga mendedahkan bagaimana puak Munafik dan golongan Syiah telah memutarbelitkan fakta mengenai Nabi Muhammad s.a.w., isteri pertama, isteri kedua dan anak perempuannya, Saidatina Fatimah r.a. Mereka menggugurkan angka sepuluh daripada 19 (tahun), menjadikan ianya 9 (tahun) daripada umur sebenar Saidatina Fatimah r.a. dan Saidatina ‘Aishah r.a. (yang mana kedua-keduanya sama usia) , dan melancarkan dakyah bahawa kedua-duanya berkahwin pada usia sembilan tahun. Yakni, Saidina Ali r.a. mengahwini Saidatina Fatimah r.a. semasa umurnya sembilan tahun, dan Nabi Muhammad s.a.w. telah mengahwini Saidatina ‘Aishah r.a. semasa usianya sembilan tahun. Apakah tujuannya? Puak munafik dan Syiah mahu menunjukkan bahawa umat Islam adalah kaum bangsawan yang penuh nafsu yang berjuang untuk bangsa Arab sahaja ( untuk mewujudkan keamanan, perpaduan dan kuasa untuk bangsa Arab sahaja di mana berabad-abad lamanya sebelum ini telah berperang sesama mereka dengan sia-sia );iaitu mereka itu telah berjuang demi ‘perkauman’ dan bukannya untuk segenap umat manusia; dengan ini menenggelamkan mesej Islam yang sebenar iaitu untuk manusia sejagat dan menyeluruh, untuk setiap zaman dan seluruh negara.
Manusia-manusia munafik ini, telah hidup bersama Rasullullah s.a.w. di Madinah. Allah telah membongkar tentang keadaan, niat dan kegiatan-kegiatan orang Munafik ini di dalam Surah Al-Baqarah. Sejak daripada waktu itu mereka tidak mensia-siakan setiap peluang untuk menghalang Islam dan orang-orang Islam. Mereka terus mengganggu, dan mengukuhkan kedudukan mereka di abad kedua Islam. Mereka telah mencampuradukkan fakta sejarah dan adat resam dengan pembohongan. Dengan berlalunya masa, mereka berjaya mencampur-adukkan pernyataan yang benar dan palsu.
Kepalsuan dan pembohongan ini kekal selama berabad disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Pertama sekali, keadaan geografi di abad Pertengahan telah terbukti menguntungkan puak munafik dan para pendusta itu. Kehidupan pada ketika itu adalah ringkas dan terbatas kepada sesuatu masyarakat tertentu . Manusia mengembara apabila benar-benar perlu. Masyarakat pada ketika itu hidup berjauhan dan berasingan dan tidak banyak berhubung.
Meskipun begitu , ilmu pengetahuan terus berkembang dalam setiap aspek, terutama pengetahuan tentang agama. Seni kaligrafi (khat) telah berkembang pesat, tetapi proses percetakan belum dicipta lagi. Seseorang yang menulis buku mati tanpa mencetak dan menyebarkannya . Apabila masa berlalu , manusia-manusia jahat yang menyedari nilai ilmiah penulisan tersebut mula menokok tambah ke dalam buku-buku tersebut perkara-perkara baru berdasarkan khabar angin, cerita dusta dan rekaan. Kesannya, tulisan-tulisan dan buku-buku palsu banyak tersebar di dalam masyarakat. Amalan ini telah berlanjutan dan terus-menerus berlaku sehingga ke Abad Pertengahan.
Keduanya, keadaan sosio-agama yang mempengaruhi keadaan sosial dan politik. Orang-orang bukan Arab seperti Yaman, Mesir, Turki, Parsi dan India yang telah menerima Islam, mula berpindah ke Kufah. Mereka tidak dapat memahami Islam dan masyarakat Islam dengan benar. Mereka tertarik dan condong kepada polisi pemerintah (yang menyeleweng daripada ajaran sebenar) menyebabkan wujudnya perbezaan yang bersifat agama-politik. Beransur-ansur mereka menjadi golongan yang tersendiri, dengan menunjukkan perbezaan yang ketara dalam semua aspek kehidupan dan kepercayaan. Ini merupakan perpecahan yang besar di dalam Islam. Pengikut kepada golongan baru ini dipanggil ‘Sabaites’, dengan Hasan Bin Sabah sebagai ketuanya. Kemudiannya mereka telah dikenali sebagai “Syi’ah” oleh tokoh-tokoh pemikir Islam, terutamanya golongan ahli Sunnah . Syiah adalah bercanggah dengan Islam. Puak-puak Syiah ini sentiasa berusaha keras untuk meyelinapkan masuk penipuan dan tambahan palsu ke dalam ajaran Islam dan seterusnya dianggap ‘benar’ oleh orang-orang Islam.
Yang ketiganya, Ulama Ahli Sunnah telah gagal melihat peristiwa ini secara rasional dan menganggap apa saja yang berlaku ke atas keluarga nabi sebagai sesuatu yang khusus dan istimewa; tanpa menganalisa secara logik untuk membezakan mana yang benar dan dan mana yang palsu, bahkan ramai di kalangan mereka ( yang terperangkap dengan daayah golongan munafik dan Syiah) menerima cerita-cerita palsu ini sebagai ‘benar’ dan seterusnya menyebarkannya di dalam ucapan dan penulisan mereka.
Akibatnya golongan awam ahli sunnah, dengan tanpa sedar, telah mengiktiraf perkara-perkara karut yang dicipta oleh golongan Syiah dan ianya kekal hingga ke hari ini. Bagaimanapun, terdapat ramai juga Ulama’ Sunni dan orang awam Sunni yang tahu untuk membezakan antara yang benar dan yang palsu. Mereka dengan lantangnya menentang cerita-cerita karut yang dicipta oleh golongan Syiah ini samada dalam ceramah atau tulisan mereka. Meskipun mereka tidak berdaya menghapuskan pembohongan yang beracun ini sepenuhnya, mereka telah berjaya menyediakan panduan yang jelas untuk generasi akan datang.
Keempat, telah termaktub dalam sejarah bahawa para pendeta Yahudi telah meminda ayat-ayat suci Taurat dan Injil. Mereka juga telah cuba untuk meminda al-Qur’an yang mulia tetapi gagal oleh kerana Al-Quran merupakan Ayat-ayat Suci yang datang daripada Allah yang Maha Kuasa dan Allah S.W.T. sendiri yang bertanggungjawab untuk melindunginya. Namun begitu, mereka telah berjaya menambah cerita-cerita Israiliyat di dalam tafsir-tafsir al-Qur’an. Mereka juga telah berjaya menyebarkan cerita-cerita dan pemikiran karut dan salah tentang adat resam, budaya dan sejarah Islam. Mereka telah menyebabkan sebahagian besar di kalangan orang awam Islam terpesong dari jalan lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah taala sebaliknya mengikut ajaran Syiah dalam kepercayaan dan
amalan tanpa mereka sedari.
Akhirnya, adalah perlu untuk kita mengenalpasti siapa sebenarnya orang-orang munafik dan Syiah ini , supaya kita tidak berprasangka buruk terhadap penulis-penulis dahulu, samada mereka di kalangan ahli hadis dan tafsir, perawi atau penyusun, ulama ataupun ahli sejarah, atau pun penulis secara umumnya. Mereka adalah Muslim yang baik dan telah meninggalkan warisan yang berharga. Mereka telah meninggalkan kepada kita khazanah ilmu dan penulisan yang amat bernilai. Jadi, sekarang adalah tugas kita untuk menggunakannya sebaik mungkin. Amatlah perlu untuk kita mencari kaedah untuk mengesan dan menilai hasil tulisan mereka untuk membersihkannya dari unsur-unsur palsu dan bohong dan juga cerita-cerita Israliyat. Ini bukanlah suatu perkara baru kepada kita (orang-orang Islam) kerana kita telahpun melakukannya seawal dua abad yang pertama dahulu dalam menilai ketulinan hadis. Kajian dan analisis ini akan membantu membersihkan kotoran daripada tubuh Islam yang bersih ini. Kita juga hendaklah sentiasa ingat bahawa apa-apa perbezaan pendapat di antara kita hanyalah kerana Allah. Dan juga, kita tidak patut melemahkan semangat dan memalukan seseorang tanpa apa-apa keperluan.
Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhlawi telah menunjukkan cara yang praktikal melalui buku kecilnya ini , bagaimana cara yang wajar dan bijak untuk membersihkan hasil-hasil penulisan kita daripada cerita-cerita karut Syiah. Ia merupakan satu sumbangan yang besar daripada Tuan Allama kepada aqidah , sejarah dan adat resam kita .
Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhalwi ialah seorang penulis yang berkaliber. Hasil tulisannnya sebagaimanana buku kecil ini menggambarkan niat baik dan keikhlasannya terhadap Islam. Beliau cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana Muslim atau golongan Sunni, sebaliknya dengan beraninya mendedahkan penipuan dan kepalsuan dan sifat hipokrit malah kata-kata kufur oleh golongan Syiah yang dilakukannya secara profesional dan penuh ilmiah. Dia meminta ulama dan pengarang-pengarang di kalangan ahli Sunnah supaya sedar dan membetulkan kesilapan mereka apabila menerima dan menganggap cerita-cerita karut Syiah sebagai benar, sebagaimana Allama Iqbal telah berkata dalam satu bait:
“Ummah ini telah hilang warisan budayanya, (dan) kebenaran telah sesat dalam karut marut.”
Hasil kajian oleh Tuan Allama bukan sahaja telah membersihkan kekotoran yang menyelaputi sejarah malah menjadi tauladan kepada masyarakat Islam keseluruhannya. Hendaknya , para ulama, dan pengarang menyemak kembali fakta-fakta yang ada pada mereka dan menyebarkan fakta sebenar terutamanya tentang peribadi-peribadi agung dalam Islam .
Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, Salim Faruqi yang telah banyak memberi nasihat dalam pelbagai peringkat kerja saya. Dan juga, saya amat berterimakasih terhadap En. Sahafa’at Ahmad dari Yayasan Penerbitan Ar-Rahman yang telah mengamanahkan tugas yang penting dan amat bermakna ini dan usaha beliau menerbitkan risalah kecil ini patut mendapat penghargaan setingginya . Moga-moga Allah taala melimpahkan rahmat-Nya terhadap kerja dalam Bahasa Inggeris ini (dan juga Bahasa Melayu .- penterjemah)
(Dengan Nama ALLAH, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

3. MUKADDIMAH
Semenjak daripada alam persekolahan, kita telah membaca dan mendengar bahawa Rasullulah s.a.w. mengahwini ‘Aishah, anak perempuan Abu Bakar r.a., pada ketika beliau r.a. baru berumur enam tahun dan mereka mula hidup bersama ketika Aishah berumur sembilan tahun. Riwayat ini terdapat dalam kitab-kitab hadis dan para ulama telah menjelaskan bahawa Tanah Arab adalah sebuah tempat yang cuacanya panas, oleh itu kanak -kanak perempuan di sana meningkat baligh pada usia sebegini.
Bila kami datang ke Karachi dan menetap di sana kami menemui orang-orang yang berpendidikan barat, yang secara terbuka mencabar bahawa hadis ini bertentangan dengan akal. Kami berasa penat untuk mempertahankan hadis ini. Kami telah melihat beberapa orang yang merasakan masyarakat Inggeris lebih baik berbanding Islam dengan hanya berpandukan hadis ini.
Sesetengahnya mencemuh Islam, sementara setengah yang lainnya mentertawakan hadis tersebut. Melalui cara yang lebih sopan, sebahagian mereka mengatakan bahawa ’sejarah adalah lebih tepat’ dan hadis ini direka oleh orang-orang Parsi. Ada juga sesetengah mereka yang lebih berani dengan mengatakan: ” Minta maaf tuan. Bukhari telah ditipu , tugas tuan yang sebenar sekarang ialah membetulkan fakta ini”
Inilah sikap mereka yang berpendidikan barat dan pemikiran sebegini tersebar luas sehingga ada yang sanggup mengatakan, “Tuan, nafsu ada batasnya , adalah tidak munasabah melampiaskan nafsu dengan kanak-kanak berumur sembilan tahun”. Semoga Allah melindungi kita dari keceluparan ini. Kita semua adalah orang Islam. Inilah yang kami dengar dan kami cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya. Dalam usaha mencari jawapan kepada permasalahan ini, kami mempelajari sejarah, ilmu salasilah, jarh wa taadil , ilal hadis, biografi perawi dan ugama Syi’ah. Dari kajian ini, kami dapati bahawa penipuan terbesar dalam Sejarah Islam dilakukan oleh golongan Syiah. Mereka mengelabui pembohongan ini atas nama sejarah. Kami akan membentangkan bukti pembohongan ini di helaian-helaian yang akan datang , insyaAllah.
Kami menyelidiki usul hadis, biografi perawi, illat hadis dan hadis-hadis palsu dan kami dapati ulama hadis telah membina benteng yang amat kukuh untuk menyekat kebanjiran ini sehingga golongan ahli sunnah sendiri tidak suka untuk melihatnya. Ulama-ulama hadis telah menggariskan prinsip-prinsip dan asas yang cukup berharga untuk kita menilai dan mengasingkan setiap yang benar dan yang palsu.
Imam Bukhari telah membina benteng yang sangat besar untuk menyekat kebanjiran fahaman Syiah. Motif utama kritikan terhadap kitab Sahih Bukhari ialah untuk menyokong gerakan Syiah. Di sebalik kritikan-kritikan tersebut , kepercayaan kita terhadap Sahih Bukhari semakin bertambah. Sayangnya tidak ramai orang awam faham hakikat ini, disebabkan dua faktor berikut:
Pertamanya, pada waktu itu, ketika cerita-cerita palsu membanjiri dari segenap penjuru, Imam Bukhari telah berusaha sedaya-upaya untuk menghapuskan pembohongan dengan penuh minat dan gigih; dan usaha ikhlasnya itu tidak dapat ditandingi sesiapapun sehingga hari ini.
Bagaimanapun, beliau adalah makhluk biasa dan sebagai seorang manusia, tidak dapat mengelak daripada melakukan silap dan salah. Dan dengan melakukan satu kesilapan itu tidaklah sampai dihukum gantung. Lagipun, kesilapan tidak boleh dianggap sebagai suatu jenayah kerana jenayah adalah suatu perbuatan yang disertai dengan niat dan dan dilakukan dengan sengaja. Dengan kesilapan kecil yang tidak disengajakan Imam Bukhari tidaklah boleh dituduh sebagai penjenayah!
Keduanya, Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis melalui perantaraan para perawi dan sebagaimana kita maklum perawi-perawi ini bukan maksum. Ramai perawi yang dianggap ‘thiqah’ (terpercaya) oleh Imam Bukhari tetapi tidak dianggap ‘thiqah’ oleh orang lain. Ianya tidak boleh dianggap sebagai jenayah atau sesat. Dalam keadaan ini, kami akan menilai semula riwayat ini dan di sini kami persembahkan kepada pembaca setelah meneliti semua fakta yang ada.
Dalam kajian ini , kami tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan tertentu . Di antara hasil kajian terpenting dalam tajuk ini setakat ini ialah buku bertajuk “Umur Aishah” yang ditulis oleh Hakim Niaz Ahmed. Namun begitu, karangan tersebut mengandungi terlalu banyak perbincangan yang bersifat teknikal, menyebabkan ia sukar difahami oleh pelajar seperti kita.
Kami tidak bercadang untuk menulis sebuah buku atas tajuk ini dan juga kami tidak mempunyai cukup masa untuk itu. Kami hanya ingin mencurahkan idea-idea yang diperolehi semasa kajian itu dalam bentuk nota ringkas.
………………………………………………………
Timbul satu persoalan sama ada mencapai baligh pada usia sebegini hanya berlaku kepada Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a seorang sahaja , ataupun ianya adalah suatu yang lazim di Semenanjung Arab. Semua negara yang iklimnya sama atau yang berhampiran dengan Arab, iaitu wilayah-wilayah yang terdapat di negara Afrika seperti Libya, Tunisia, Sudan, Moroko dan wilayah Asia yang terletak di zon khatulistiwa ataupun yang hampir dengan wilayah ini, sebagaimana wilayah Multan, Sukkur, Sibi dan Jacobabad, terkenal dengan cuaca panasnya. Berdasarkan kepada kriteria ini, kanak-kanak perempuan di situ sepatutnya telah baligh sewaktu berumur sepuluh atau sebelas tahun; dan di Pakistan hampir 200,000 atau 400,000 kes atau setidak-tidaknya 2,000 atau 4,000 kes sepatutnya telah berlaku. Di Semenanjung Arab pula pasti tidak terkira banyaknya kes seperti ini sepatutnya berlaku. Jikalau tidak ada catatan dalam sejarah tentang peristiwa seperti ini , anda boleh melihat sendiri tanah Arab yang ada pada hari ini kerana Tanah Arab masih berada di tempat yang sama. Mekah dan Madinah masih berada di lokasi yang sama dan dalam keadaan yang sama. Tempat-tempat ini tidak berganjak sedikit pun. Sehingga hari ini, iklim di Semenanjung Arab adalah sama sebagaimana seribu lima ratus tahun dahulu. Hingga ke hari ini cuaca panas di Mekah memang di ketahui umum. Saya ingin beritahu bahawa saya telah merasai musim panas di Mekah pada bulan Mac (waktu di mana ia tidak begitu panas di Asia dan Afrika).
Berbanding zaman dahulu, peralatan komunikasi kini mudah dan banyak. Beratus-ratus ribu orang Pakistan bekerja di Tanah Arab, dan ramai daripada ahli keluarga mereka tinggal bersama mereka di sana. Namun sehingga hari ini, tiada sesiapa pun yang telah mengejutkan kita dengan cerita kanak-kanak perempuan telah mencapai umur baligh bila sampai di sana. Juga, sampai hari ini tiada orang Pakistan yang berjumpa dengan kami dan mengatakan; “Tuan! Saya telah tinggal bersama-sam a isteri dan anak-anak saya di Arab Saudi, dan kesan daripada iklimnya, anak-anak saya sudah boleh berkahwin, walaupun usianya baru sembilan tahun. Tuan!
Sekarang kami yakin dengan sepenuh hati bahawa Ummul Mu’minin telah mula hidup bersama suaminya ketika beliau berumur sembilan tahun.” Apapun yang akan kami tulis di sini bukanlah bermakna kami menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tetapi matlamat kami ialah untuk memberi jawapan kepada musuh-musuh Islam yang telah mencalitkan lumpur ke tubuh mulia Rasullulah s.a.w. Adalah jelas bahawa kesucian Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang lebih utama daripada perawi-perawi ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’. Tanpa mengakui kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w., tidak bermakna iman dan Islam seseorang. Dan kita tidak diwajibkan untuk menerima semua perawi-perawi ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’ dan tidak menjejaskan iman sekiranya kita mempertikaikan ( dengan adil ) peribadi perawi-perawi tersebut . sebagai seorang Muslim, kita yakin bahawa peribadi Rasulullah s.a.w. adalah adalah sangat tinggi dan mulia bahkan lebih tinggi daripada yang kita gambarkan. Jika terdapat sebarang riwayat yang boleh menjatuhkan maruah atau martabat mana-mana Nabi pun, maka kita hendaklah mencampakkan sahaja riwayat tersebut.
Perkataan ini bukannya daripada kami. Ulama-ulama hadis telah menggunakan istilah ‘campakkan riwayat ini’ berulangkali dalam tulisan-tulisan mereka. Mereka melafazkannya setiap kali melihat kesilapan atau kecacatan walaupun yang amat kecil di dalam suatu riwayat . Di sini Nabi s.a.w. telah digambarkan sebagai seorang yang sangat bernafsu kepada seks. Demi kemuliaan nabi s.a.w beratus ribu riwayat sebegini hendaklah dicampakkan termasuklah riwayat oleh Hisham bin Urwah ini. Kita korbankan kesemua riwayat ini untuk memelihara kemuliaan Nabi s.a.w.
Ulama hadis telah menjelaskan bahawa sebarang hadis yang berlawanan dengan akal yang sihat dan pengalaman adalah hadis ‘maudhu’ (rekaan). Malah, Ibn Jauzi telah mengatakan sehingga, sekiranya sesuatu riwayat didapati bercanggah dengan ‘hikmah’ (kebijaksanaan) , pasti ianya riwayat ‘maudhu’; dan perbincangan atau penilaian tentang perawi riwayat tersebut adalah sia-sia. Ulama hadis telah menggunapakai kaedah ini dalam banyak kes. Kita juga faham penilaian ulama hadis samada benar atau dustanya seseorang perawi, adalah berdasarkan ‘zann’ ( sangkaan yang kuat) . Ini kerana, ada kemungkinan bahawa seorang yang kita anggap sebagai benar, mungkin hakikatnya dia adalah seorang pendusta dan mungkin seseorang yang dianggap pendusta adalah sebenarnya bukan pendusta. Tidak semestinya setiap pendusta akan sentiasa berbohong dan setiap orang yang benar akan sentiasa berkata benar.
Para muhaddis akan menghukumkan samada seseorang perawi itu benar, dapat dipercayai atau baik berdasarkan kepada penampilannya atau persaksian daripada orang lain. Ini merupakan ‘zann’( andaian mereka yang kuat ) , namun kemungkinan tetap ada bahwa dia bukan seorang yang benar dan mungkin dia hanya berpura-pura berkelakuan baik dan warak . Dan sesiapa yang didakwa sebagai pendusta, mungkin dia difitnah oleh musuhnya padahal sebenarnya beliau bukanlah seorang pendusta.
Berdasarkan kepada alasan inilah, kadang-kadang ‘penilaian’ di kalangan para ulama hadis terhadap seseorang perawi berbeza . Sebagai contoh, dalam kes Abdur Razak bin Hamam, sesetengah ulama hadis telah mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang ‘thiqah’ (boleh dipercayai). Yahya bin Main bagaimanapun mengatakan beliau adalah seorang Syiah. Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan beliau ( Abdur Razak) tidak mempunyai apa-apa masalah. Yazid bin Zaree’a mengatakan bahawa beliau ialah seorang Syiah Rafidhah, dan beliau mengatakan, “Demi Allah dia adalah lebih dusta daripada Waqidi”
Bagi kita, kesemua ulama hadis ini amat terhormat dan sangat mulia. Mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk membuat keputusan dengan memilih hanya satu sahaja daripada pendapat yang berbagai itu. Para ulama hadis ini tidak mempunyai alat atau perkakas yang memberi tahu yang mana benar dan yang mana salah. Jikalau ada, sudah tentu tidak akan wujud perbezaan pendapat di kalangan mereka. Dan, kita sendiri pun tidak memiliki peralatan itu, malahan tiada peralatan seperti itu yang telah tercipta sehingga ke hari ini; suatu alat yang mana dapat membezakan kebenaran dan penipuan yang dilakukan oleh seseorang yang telah mati!
Jelas daripada perbincangan ini, bila seorang Muhaddis mengatakan bahawa hadis ini adalah benar ataupun hadis itu adalah tidak benar, beliau hanyalah mengemukakan pendapatnya; dan tidak semestinya pendapatnya tepat. Walaupun seseorang ulama hadis memberi pendapat yang salah, kita tidak boleh mengatakannya sebagai pembohong kerana dia tidak berniat melakukan pendustaan tetapi memberi pendapatnya berdasarkan maklumat yang ada padanya.
Dalam hal ini, adalah mungkin bahawa seseorang menerima pendapat Imam Ahmad, sementara yang lainnya yang menolak riwayat oleh perawi ini (Abdur Razak bin Hamman) , bersetuju dengan pendapat muhaddis yang lain. Perbincangan ini telah menjelaskan kaedah ‘apabila muhaddisin menerima sesuatu hadis adalah sahih, itu adalah pendapat dan pandangan ( zann) mereka’ . Jika ada seseorang berpendapat sesuatu hadis adalah tepat dan sempurna sebagaimana al-Quran yang mulia , dan seorang lagi berpendapat sebaliknya, kedua-keduanya , pada pendapat kami adalah salah .
Apa yang dipanggil ‘ishque’ (cinta) ‘ ialah suatu kekacauan fikiran. Perbezaannya hanyalah, seseorang cenderung untuk mempercayai semua perkara adalah benar , sedangkan yang seorang lagi memiliki kecenderungan untuk mendustakannya. Ada yang sentiasa menerima apa saja yang diutarakan oleh muhaddis dan ada yang sentiasa memusuhi mereka. Ada orang yang mendewa-dewakan orang terdahulu manakala sebahagian lagi tidak suka dikaitkan dengan orang dahulu.
Dalam kedua-dua keadaan ini, semuanya dikatakan ‘cinta’ (kecenderungan), dan menurut penyair Mirza Ghalib, Penyair Agung Urdu: ‘Apa yang orang panggil cinta itu ialah keadaan minda yang meracau’ Kita semua tahu tiada yang maksum kecuali nabi-nabi a.s. Orang yang beriman pun tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan atau terlupa.
Tanggapan yang mengatakan Imam Bukhari dan Imam Muslim atau mana-mana perawi thiqah tidak melakukan kesilapan atau tidak mungkin terlupa adalah serangan keatas ‘kemaksuman’ nabi s.a.w. Konsep ‘maksum’ pada seseorang selain daripada nabi-nabi a.s. hanya terdapat dalam ajaran Syiah, bila mereka mengatakan Imam Dua Belas sebagai maksum. Ironinya, saudara-saudara kita ahli sunnah menyediakan beratus ribu individu maksum tanpa mereka sedari!
Dengan alasan inilah para ulama hadis menghukumkan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah sebagai mungkar .Di dalam kitab rijal kita boleh menemui contoh yang tidak terkira banyaknya. Ibnu al-Madini mengatakan tiga riwayat oleh Imam Malik adalah mungkar . Ahmad bin Hanbal telah mengatakan Sufyan bin Uyainah meriwayatkan lebih daripada 30 hadith mungkar. Ibn Hazm telah mengatakan riwayat tentang ‘mi’raj’ yang diriwayatkan Bukhari sebagai ‘mungkar’.
Ummul Mu’minin Aishah r.a. telah mengkritik beberapa riwayat yang diceritakan oleh para Sahabat r.a. dan berkata , “Saya tidak mengatakan bahawa mereka berdusta, tetapi seringkali telinga tersilap dengar”. Di dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’, terdapat beberapa riwayat sebegini . Ini menunjukkan bahawa kadang-kadang suatu riwayat mungkin salah walaupun diriwayatkan oleh perawi yang paling thiqah.
Keadaan ini berlaku kerana kadang-kadang seorang perawi itu tidak mendengar sesuatu percakapan dengan sepenuhnya. Kadang-kadang pula perawi itu tersalah dalam memahami maksud sebenar sesuatu ucapan. Adakalanya dia terlupa perkataan yang didengarinya. Ummul Mu’minin r.a. juga ada mengatakan seorang perawi mungkin silap mendengar sesuatu percakapan .
Contohnya, perkataan sebenar yang diucapkan ialah “sembilan belas”, tetapi perawi itu hanya mendengar perkataan “sembilan”. Sedangkan para sahabat r.a. yang mulia pun tidak terlepas daripada berbuat silap, meskipun dia Saidina Umar r.a., Abu Hurairah r.a., dan Ibn Umar r.a. atau tabiin Urwah bin Azzubair dan anak lelakinya Hisham. Dengan mengatakan ’sahabatpun boleh melakukan kesilapan’ tiada sesiapa mengatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. sebagai seorang anti-hadis. Begitulah sekiranya bila kita mengatakan seorang perawi mungkin melakukan kesilapan kita tidak boleh dikatakan sebagai orang yang menolak hadis kerana ‘menolak hadis’ dan ‘mendedahkan kesilapan’ adalah dua perkara yang berbeza. Dalam erti kata lain, berdusta ialah suatu kesalahan tetapi melakukan kesilapan bukanlah suatu kesalahan.
Berhubung dengan riwayat tentang ‘umur Aishah semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.’, kami tidak mengatakan bahawa riwayat dari Hisham bin Urwah di dalam ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’ itu sebagai hadis Maudhu (rekaan) dan juga kami tidak mengatakan bahawa perawi tersebut seorang pendusta. Sebaliknya, kami berpendapat Hisham telah melakukan kesilapan di dalam riwayat ini dengan menyebut ’sembilan belas’ sebagai ’sembilan’ dengan tidak disengajakan. Kami mempunyai banyak hujah untuk menyokong pendapat kami. Jikalau tidak mempunyai apa-apa hujah sekalipun, kami akan tetap mengatakan bahawa hadis ini mungkar kerana kami lebih mencintai Rasulullah s. a.w. dari perawi-perawi riwayat ini.


HUJAH PERTAMA – BERTENTANGAN DENGAN FITRAH MANUSIA
Riwayat ini bertentangan dengan pengalaman dan fitrah manusia. Adalah mustahil ia dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan ia sebenarnya tidak pernah berlaku. Jika peristiwa sedemikian pernah terjadi, maka musuh-musuh Islam dan juga musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu itu sudah tentu telah mengambil kesempatan untuk mempermainkan dan menghina baginda s.a.w. Dan, apabila tiada apa-apa serangan terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. oleh musuh-musuh Islam pada masa itu , ianya membuktikan bahawa peristiwa tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya tidak, ianya adalah peluang keemasan kepada musuh Islam untuk menyerang Islam dan rasulnya.
Tidak syak lagi riwayat ini adalah tidak benar. Sumber utama riwayat ini ialah Hisham dan perawi-perawi yang menukilkan darinya; oleh itu keraguan berkisar hanya sekitar Hisham.


HUJAH KEDUA – BERTENTANGAN DENGAN AKAL YANG WARAS
Suatu riwayat yang bertentangan dengan akal adalah palsu dan dongeng. Ibnu Jauzi, salah satu nama besar dalam lapangan pengkritikan hadis, ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip ini. Riwayat oleh Hisham ini adalah bercanggah dengan akal dan akal yang waras tidak dapat menerimanya . Apa sudah jadi dengan kewarasan dan kebijaksanaan kita ?
Amat aneh bila kita dapati tidak ramai cendiakawan yang samada menolak atau meragui riwayat ini.


HUJAH KETIGA – TIADA CONTOH DITEMUI DI NEGERI ARAB ATAU DI NEGERI-NEGERI PANAS
Sehingga hari ini tidak ditemui kes seperti ini di Semenanjung Arab dan negara-negara beriklim panas yang lain. Jika sekiranya ia menjadi amalan masyarakat ini nescaya kita akan dapati wujud beribu-ribu contoh seumpamanya dalam catatan sejarah..
Sebaliknya, sekiranya peristiwa begini berlaku pada hari ini , ianya akan menjadi berita sensasi , contohnya, seorang lelaki gila merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun…dan orang yang melakukan perbuatan sedemikian digelar sebagai orang gila.
Ulama kita dan para pencinta Nabi s.a.w. tidak menunjukkan keberanian untuk menyangkal riwayat ini dan yang sedihnya sebahagian daripada mereka tidak dapat menjadi contoh kepada ummah bila mereka sendiri mengahwinkan anak dara sunti mereka yang berumur sembilan tahun , atas nama sunnah dan berbangga kerana menghidupkan sunnah !! Kami adalah ‘orang bodoh’ dan berdosa. Ulama sepatutnya menunjukkan contoh yang praktikal supaya kami dapat mengikuti contoh tersebut.
Mungkin anda tidak akan percaya bahawa ulama kita pada suatu ketika dahulu telah menolak penemuan saintifik yang bertentangan dengan pendapat mereka, malah sebaliknya tidak mengiktiraf hasil kajian saintifik tersebut . Contoh klasik ialah, ramai daripada mereka yang berpendapat matahari mengelilingi bumi, tetapi apabila kajian saintifik mengatakan sebaliknya mereka berkeras dengan pendapat mereka. Dalam bahasa yang mudah mereka berkata, ‘ Saya tidak akan menerimanya dalam apa pun keadaan’. Beginilah sikap mereka dalam hal ini , iaitu , tentang umur Aishah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.
Dengan hanya berkata “kami tidak menerima fakta sejarah”, tidak memberi apa-apa makna kepada ummah. Berkenaan ’sejarah’, di satu pihak mereka mendakwa bahawa mereka tidak menerima ’sejarah’, tetapi pada masa yang sama mereka melaung-laungkan cerita “Yazid yang jahat’ dari mimbar-mimbar khutbah ( walaupun ianya cerita
sejarah yang direka). Bahkan cerita berkenaan Karbala telah diulas oleh ulama kita lebih hebat daripada ahli sejarah.
Kami akan menyentuh tentang aspek sejarah di bahagian kedua kertas ini. Buat masa ini kami akan membentangkan hujah berdasarkan hadis, usul hadis, biografi perawi ( ilmu rijal) dan illal hadis kerana ulama kita mengiktiraf ilmu-ilmu ini. Adalah tujuan kami untuk menarik perhatian mereka dalam aspek ini.


HUJAH KEEMPAT- RIWAYAT INI BUKAN HADIS RASULULLAH S.A.W.
Kami telah mengkaji dengan terperinci hadis yang diriwayatkan oleh Hisham. Untuk kajian ini, kami telah mengumpulkan bukti-bukti daripada kitab-kitab ‘Saheh Bukhari’, ‘Saheh Muslim’, ‘Sunan Abu Daud’, ‘Jami’ Tirmizi’, ‘Sunan Ibnu Majah’, ‘Sunan Darimi’ dan ‘Musnad Humaidi’. Selepas menelaah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul. Sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata Aishah r.a., sedangkan setengah yang lain mengatakannya sebagai kata-kata Urwah r.a. Yang pastinya , ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Ia sama ada kata-kata ‘Aishah r.a. ataupun kata-kata Urwah r.a. yang merupakan seorang ‘tabiin’ iaitu anak kepada seorang sahabat (Zubair bin Awwam r.a ) dan juga anak kepada kakak Aishah r.a sendiri ( Asma binti Abu Bakar r.a ) . Jika riwayat ini adalah kata-kata Urwah, ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam syariah. Dan, kita juga tahu bahawa apabila berlaku perbezaan pendapat sama ada suatu riwayat itu ‘Muttasil’ (bersambung) ataupun ‘Mauquf’ (terputus) , ulama hadis pada amnya akan mengatakan ianya sebagai ‘Mauquf’ (terputus) . Berdasarkan prinsip ini, bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah ( dan bukannya hadis); dan tidak berdosa untuk menolak kata-kata Urwah.
Riwayat ini akan tetap dianggap cerita sejarah sehingga ulama membuktikan sebaliknya ( iaitu riwayat ini ‘muttasil’( bersambung)) .


HUJAH KELIMA – RIWAYAT INI DIRIWAYATKAN OLEH HISHAM SELEPAS FIKIRANNYA BERCELARU
Urwah menceritakan riwayat ini kepada anaknya Hisham. Pada pandangan kami, segala kekeliruan dalam riwayat ini adalah berpunca daripada Hisham. Adalah penting untuk diketahui bahawa dengan hanya menjadi perawi dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’ tidak bermakna perawi tersebut sempurna dan tidak melakukan sebarang kesilapan . Kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya mengkaji biografi perawi dan kami dapati ada dua zaman dalam kehidupan Hisham iaitu zaman Madani (semasa di Madinah) dan zaman Iraqi (semasa di Iraq).
Zaman Madaninya ialah sehingga tahun 131 H. Dalam tempoh ini di antara muridnya yang paling penting ialah Imam Malik. Imam Malik telah meriwayatkan beberapa hadis daripada Hisham di dalam kitabnya ‘Muwatta’, tetapi riwayat perkahwinan Ummul Mukminin Aishah r.a. dengan Rasulullah s.a.w tidak ditemui dalam kitab Imam Malik tersebut.
Imam Abu Hanifah r.a. juga merupakan anak muridnya dalam tempoh tersebut, dan beliau juga tidak pernah meriwayatkan cerita ini. Zaman kedua Hisham bermula selepas tahun 131 H. Adalah tidak diragukan bahawa Hisham adalah seorang perawi ‘thiqah’ (boleh dipercayai) sehinggalah tahun 131 H, dan Hisham merupakan sumber asas (madar) kepada banyak hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aishah r.a. Kemudian suatu yang malang berlaku. Pada tahun 131 H Hisham berhutang sebanyak seratus ribu dirham untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuannya, dengan harapan mendapat wang daripada Khalifah yang sedang berkuasa untuk menjelaskan hutangnya. Namun apa yang terjadi adalah diluar jangkaan Hisham di mana pemerintahan Bani Umaiyyah berpindah tangan kepada Bani Abbas. Hisham tiba di Baghdad dengan penuh harapan, dan telah menghulurkan tangannya meminta duit daripada Khalifah Mansur ( Khalifah Abbasiyah).
Pada mulanya, Khalifah mencelanya tetapi selepas didesak Khalifah Mansur telah memberinya sepuluh ribu dirham . Kejadian ini merupakan kejutan pertama ke atas fikirannya, dan akibatnya beliau mula menjadi ‘tidak tetap’ dalam meriwayatkan hadis-hadis. Dia mula meriwayatkan hadis yang beliau mengaku didengar daripada ayahnya (Urwah) tetapi sebenarnya beliau tidak pernah mendengar hadis tersebut..
Dengan harapan mendapat pinjaman tambahan daripada Khalifah beliau kembali ke Baghdad dan berjaya mendapat sedikit wang . Selepas membayar sebahagian hutangnya, sekali lagi beliau datang ke Baghdad dan kemudiannya menetap di sana sehingga meninggal dunia. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 146 H. Semua kekacauan dalam riwayat-riwayatnya berlaku semasa berada di tanah Iraq. Seolah-olahnya, apabila beliau tiba di Iraq, ingatannya telah bertukar dan telah mengalami perubahan yang besar.
Ya’aqub bin Abi Shaibah mengatakan bahawa sebelum pindah ke Iraq tiada riwayat Hisham yang ditolak, tetapi apabila beliau pergi ke Iraq beliau telah menceritakan banyak riwayat yang disandarkan kepada ayahnya Urwah yang tidak disukai oleh penduduk Madinah. Seperkara lagi, semasa tinggal di Madinah, Hisham hanya menceritakan hadis yang didengari daripada ayahnya. Tetapi semasa di Iraq, dia mula menceritakan hadis yang didengari daripada orang lain . Oleh itu, riwayat Hisham yang dinukilkan oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai. (Tahzib-ul-Tahzib, m/s 48, jilid 11)
Semoga Allah merahmati Ibn Hajar, yang mendapat ilham daripada Ya’aqub bin Abi Shaibah dengan mengatakan bahawa ‘riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai’ . Di antara riwayat tersebut ialah riwayat ‘Saidatina Aishah r.a. hidup bersama suaminya (Nabi s.a.w.) semasa berumur sembilan tahun dan telah berkahwin sewaktu usianya enam tahun . Juga cerita berkenaan Rasulullah s.a.w. terkena sihir. Cerita mengenai ‘Aishah r.a. ‘bemain dengan anak patung’ juga telah diriwayatkn oleh orang Iraq daripada Hisham.
Sekalung penghargaan untuk Ya’aqub bin Abi Shaibah dan Hafiz Ibn Hajar kerana mengatakan: “Riwayat-riwayat yang dibawa oleh orang Iraq tidak boleh dipercayai”. Mereka tidak mengecualikan riwayat-riwayat dalam ‘Saheh Bukhari’ dan ‘Saheh Muslim’ daripada prinsip ini. Oleh sebab itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh mengenalpasti dan mencari hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh orang Iraq daripada Hisham. Jika kita mengisytiharkan kesemua hadis tersebut sebagai yang ‘tidak boleh dipercayai’, ulama kita tidak boleh membantah kemudiannya kerana prinsip ini telah diberi oleh ulama salaf yang terdahulu. Kami mendoakan kepada mereka yang baik ini yang (dengan mengemukakan prinsip ini), telah melindungi Rasulullah s.a.w. daripada serangan- orang-orang Iraq.
Hafiz az-Zahabi telah menulis tentang Hisham: “terjadi perubahan dalam ingatannya di akhir usianya , dan Abul Hasan bin Al-Qattan mendakwa bahawa beliau keliru dalam meriwayatkan hadis bila di akhir usianya” Hafiz Uqaili telah menulis dengan lebih jauh lagi: “dia telah nyanyuk di tahun-tahun terakhir kehidupannya”.
Di dalam ‘Mizan al-I’tidal’ , Hafiz az-Zahabi menulis bahawa ingatan Hisham yang kuat di waktu mudanya, tidak kekal di usia tuanya. Dan di Iraq, dia tidak dapat meriwayatkan hadis dengan baik dan tepat (’Mizan al-I’tidal, Jilid IV). Imam Malik, salah seorang anak murid Hisham, telah meriwayatkan beberapa riwayat Hisham di dalam ‘Muwatta’nya di masa beliau menganggap riwayat Hisham adalah muktamad di dalam semua perkara. Beliau juga tidak bersetuju dengan Hisham semasa beliau ( Hisham) tinggal di Iraq.
Beliau menolak riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang-orang Iraq. Ibn Hajar mengatakan, ” Penduduk Madinah menolak riwayat Hisham yang diceritakan oleh orang-orang Iraq. Angka “sembilan tahun” ini telah menghantui pemikiran Hisham sehingga dia mengaku berkahwin dengan isterinya semasa isterinya berumur sembilan tahun. Az- Zahabi telah menceritakan peristiwa ini sebagaimana berikut: “Fatimah binti Al-Munzir adalah sebelas tahun lebih tua dari suaminya, Hisham. Sekiranya dia datang ke rumah Hisham untuk tinggal bersamanya semasa berumur sembilan tahun beliau perlu menunggu dua tahun sebelum ibu Hisham melahirkannya dan sebelum kelahirannya, Hisham tidak membenarkan orang lain melihat isterinya. Kami belum pernah menyaksikan perkara se ajaib ini”. Az-Zahabi kemudian menerangkan bahawa Fatimah tinggal bersama suaminya ketika berumur sekitar 28- 29 tahun. Dalam erti kata lain, Hisham telah menggugurkan angka ‘20′ dari angka ‘29′. Dengan cara yang sama, dalam hal Ummul Mukminin r.a. angka ‘9′ timbul selepas menggugurkan ‘10′ daripada angka ‘19′.
Menurut Hafiz Ibn Hajar, Hisham pernah mengaku bahawa isterinya tiga belas tahun lebih tua daripadanya…kami sedar bahawa iklim Iraq telah merosakkan fikiran ramai orang baik-baik


HUJAH KEENAM – HANYA PERAWI IRAQ YANG MENUKILKAN RIWAYAT INI
Kami agak tekejut apabila mendapati bahawa kesemua perawi tentang ‘Umur Aishah’ adalah orang Iraq yang samada dari Kufah ataupun Basrah. Riwayat ini tidak pernah dinukilkan oleh mana-mana perawi Madinah, Mekah, Syam, mahupun Mesir. Tiada perawi bukan Iraq yang meriwayatkan kisah ini, sebabnya cerita ini dikeluarkan oleh Hisham semasa beliau tinggal di Iraq.
Perawi-perwai berikut telah menyalin kisah ini daripada Hisham:
1. Sufyan bin Said Al-Thawri Al-Kufi
2. Sufyan bin ‘Ainia Al-Kufi
3. Ali bin Mas’her Al-Kufi
4. Abu Muawiyah Al-Farid Al-Kufi
5. Waki bin Bakar Al-Kufi
6. Yunus bin Bakar Al-Kufi
7. Abu Salmah Al-Kufi
8. Hammad bin Zaid Al-Kufi
9. Abdah bin Sulaiman Al-Kufi
Sembilan orang tersebut berasal daripada Kufah. Manakala perawi dari Basrah pula adalah :
1. Hammad bin Salamah Al-Basri
2. Jafar bin Sulaiman Al-Basri
3. Hammad bin Said Basri
4. Wahab bin Khalid Basri
Inilah mereka yang telah meriwayatkan kisah ini daripada Hisham. Semasa beliau tiba di Iraq pada tahun 131 H , beliau berumur 71 tahun. Adalah tidak masuk akal beliau tidak dapat mencari orang untuk meriwayatkan kisah ini sehinggalah beliau berumur 71 tahun. Dalam hal ini, riwayat ini tidak terlepas dari dua keadaan , iaitu, sama ada orang Iraq yang merekanya dan mengatakan Hisham sebagai sumbernya, ataupun iklim Iraq telah mempengaruhi Hisham dengan teruk menyebabkan dia tidak sedar akan ‘dirinya’, bahawa dia membawa isterinya Fatimah binti Al-Munzir untuk tinggal bersama ketika umur isterinya sembilan tahun, iaitu empat tahun sebelum kelahirannya sendiri.! Setelah tiba di Iraq, tahap kebijaksanaan dan kesedaran mentalnya telah merosot hingga ke tahap ini..
Kami mengagumi Hisham , dan nasihat semasa beliau tinggal di Madinah masih lagi segar dalam ingatan kami . Anda juga patut mengingatinya, bak kata pepatah Parsi yang masyhur, “sesuatu yang disimpan pasti ada gunanya suatu hari nanti” . Nasihatnya yang satu ini amat berguna . Katanya: “Apabila seorang Iraq meriwayatkan seribu hadis, kamu patut mencampakkan sembilan ratus sembilan puluh daripadanya ke tanah, dan berasa sangsi terhadap sepuluh yang masih tinggal.” Jika kita berpandukan kepada nasihat Hisham ini, banyak masalah yang akan terjawab dengan sendirinya.
Selain daripada itu, kita juga patut memberi perhatian kepada prinsip ulama hadis yang dinukilkan oleh Baihaqi dari Abdur-Rahman bin al-Mahdi:
“Apabila kami meriwayatkan hadis mengenai ‘halal dan haram’ dan ‘perintah dan larangan’, kami menilai dengan ketat sanad-sanad dan mengkritik perawi-perawinya, akan tetapi apabila kami meriwayatkan tentang faza’il (keutamaan ) , pahala dan azab, kami mempermudahkan tentang sanad dan berlembut tentang syarat-syarat perawi.” (Fatehul- Ghaith, ms 120)
Abdur Rahman bin al-Mahdi merupakan guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim. Beliau adalah salah seorang tokoh penting dalam ilmu rijal (biografi perawi). Bagi pihak ulama hadis, beliau mengatakan muhaddisin menilai sanad dengan ketat bila menilai hadis berkenaan halal dan haram dan juga tentang ‘perintah’ dan ‘larangan’. Bagi hadis yang tidak berkaitan dengan halal dan haram serta perintah dan larangan (seperti ‘fazail’ ( keutamaan) , sirah dsb) ulama hadis bersikap mudah tentang peribadi perawi dan mengabaikan kesilapan dan kelemahan mereka.
Sebagai contoh, ulama hadis tidak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh ke atas riwayat yang berkenaan dengan Fazaiel (Kelebihan) sama ada ia berkaitan dengan perwatakan atau amalannya seseorang, balasan azab terhadap sebarang perbuatan maksiat, ataupun peristiwa daripada sejarah. Mungkin ini adalah sebabnya mengapa ulama hadis tidak merasakan perlu untuk membincangkan dengan teliti riwayat yang berkenaan umur sebenar Saidatina ‘Aishah (semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) Besar kemungkinan, Imam Bukhari memegang prinsip yang sama iaitu tidak ketat dalam menilai riwayat seperti ini, yang mana kemudiannya menjadi ‘fitnah’ kepada kita semua.
Satu lagi prinsip hadis ialah jika ingatan seseorang perawi menjadi lemah, maka riwayat yang disalin oleh para muridnya ketika itu adalah ditolak. Hafiz Ibn Hajar mendakwa bahawa Imam Bukhari tidak mengambil sebarang riwayat daripada perawi seperti itu. Akan tetapi, dengan kesalnya kami terpaksa mengatakan bahawa setelah datang ke Iraq, ingatan Hisham menjadi lemah. Penduduk Iraq yang telah menyalin riwayat tersebut daripadanya, menyalinnya setelah ingatannya menjadi lemah. Imam Bukhari sepatutnya tidak memasukkan hadis daripada Hisham semasa tinggal di Iraq.


HUJAH KETUJUH – AISHAH R.A MASIH INGAT AYAT AL-QURAN YANG DITURUNKAN DI TAHUN EMPAT KERASULAN
Marilah kita membincangkan satu lagi hadis daripada kitab Saheh Bukhari, di mana Imam Bukhari telah memasukkannya dalam ‘Kitabul Tafsir’ sebagaimana berikut:
‘Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. mengulas bahawa ketika ayat al-Qur’an berikut diturunkan ,
“(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari Qiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhya). Dan (azab seksa) hari Qiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.” (Surah al-Qamar, ayat 46),
” saya masih kanak-kanak yang bermain ke sana ke mari.”
Surah al-Qamar ini telah diturunkan berhubung dengan kejadian ‘Shaqqul Qamar’ (Peristiwa Nabi s.a.w. membelah bulan ) . Para pentafsir al-Qur’an telah menjelaskan bahawa surah ini diturunkan pada tahun ke-4 kenabian, dan Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. ketika itu adalah seorang kanak-kanak yang selalu bermain ke hulu dan ke hilir.
Pada pandangan kami, riwayat ini bertentangan dengan riwayat Hisham. Ini kerana, dalam riwayat Hisham, Ummul Mu’minin r.a. telah dilahirkan pada tahun ke-5 kenabian dan ini diterima oleh ulama kita. Kalau begitu Ummul Mu’minin r.a. telah mempelajari ayat ini sebelum beliau dilahirkan, dan beliau juga telah biasa bermain ke hulu-hilir di sekitar Mekah sebelum kelahirannya …. Alangkah peliknya !! Oleh itu, kita perlu memilih salah satu di antara dua kemungkinan iaitu:
1. Riwayat Hisham adalah benar, dan riwayat Bukhari salah; atau
2. Riwayat Bukhari adalah benar dan riwayat Hisham salah.
Ulama kita nampaknya telah menerima pilihan pertama, tetapi kami lebih cenderung kepada pilihan kedua.
Riwayat ini membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sudah besar sewaktu tahun ke-4 Kerasulan, di mana beliau r.a. selalu bermain dengan kanak -kanak perempuan lain; dan beliau r.a. mampu mengingati dan memahami bahawa ayat yang diturunkan adalah ayat daripada al-Quran yang mulia.
Sekiranya kita membuat andaian bahawa umurnya adalah enam tahun pada tahun ke-4 Kerasulan, bermakna Ummul Mu’minin r.a. telah dilahirkan dua tahun sebelum Wahyu Pertama diturunkan (Perlantikan Nabi). Berdasarkan pengiraan ini, usianya ialah 17 tahun semasa mula tinggal dengan nabi s.a.w.


HUJAH KELAPAN – AISHAH R.A MASIH INGAT DENGAN JELAS PERISTIWA HIJRAH ABU BAKAR R.A. KE HABSHAH
Di dalam ‘Saheh Bukhari’, ada satu riwayat telah dinukilkan oleh Zuhri dari Urwah daripada Ummul Mu’minin r.a. Riwayat ini tidak pernah disebut oleh orang Iraq tetapi diriwayatkan oleh dua orang perawi Mesir, seorang perawi Sham dan dua orang perawi Madinah.
Urwah bin Az Zubair meriwayatkan dari A’ishah Ummul Mukminin katanya, “Semenjak saya sedar dan mengerti, saya melihat ibubapa saya telah pun berugama Islam. Tidak berlalu satu hari pun melainkan Rasulullah saw akan datang kepada kami sama ada di sebelah pagi atau petang”.
Bila orang-orang Islam diganggu oleh orang-orang kafir, Abu Bakar telah keluar dari rumahnya dengan maksud untuk berhijrah ke bumi Habsyah. Bila beliau sampai ke Birku al-Ghimad beliau bertemu dengan Ibnu ad Dughunnah, ketua kabilah Qarah. Ibnu ad-Dughunnah bertanya, “Engkau hendak ke mana Abu Bakar?”. Abu Bakar menjawab, “Kaumku telah mengeluarkanku. Kerana itu aku akan mengembara di muka bumi agar dapat beribadat kepada tuhanku”. Ibnu ad Dughunnah berkata, “Sesungguhnya orang-orang sepertimu tidak boleh keluar dan tidak patut dikeluarkan (dari sesebuah negeri) kerana engkau berusaha untuk orang-orang yang tidak berharta. Engkau menghubungkan pertalian keluarga, engkau menanggung beban masyarakat, menjadi tuan rumah kepada tetamu dan membantu masyarakat ketika ditimpa bencana alam. Aku akan melindungimu. Pulanglah dan beribadatlah kepada tuhan di negerimu.”
Maka pulanglah Abu Bakar bersama Ibnu Ad Dughunnah. Pada petangnya Ibnu ad Dughunnah mengunjungi orang-orang bangsawan Quraisy. Beliau bersuara kepada mereka, “Sesungguhnya orang seperti Abu Bakar tidak boleh keluar dan dikeluarkan. Adakah kamu patut mengeluarkan seorang yang berusaha untuk orang yang tidak berharta, menjalin silaturrahim, menanggung beban kesusahan orang lain, menjadi tuan rumah kepada tetamu dan menolong masyarakat ketika bencana?”. Perlindungan Ibnu Ad Dughunnah tidak ditolak oleh orang-orang Quraisy. Mereka berkata kepada Ibnu ad Dughunnah, “Suruhlah Abu Bakar menyembah tuhannya di dalam rumahnya. Ikut sukanya untuk membaca apa saja yang dia mahu asalkan dia tidak mengganggu kami dengan bacaannya dan jangan pula dia membaca dengan suara yang nyaring kerana kami bimbang perempuan-perempuan kami dan anak-anak kami akan terpesonanya dengannya”.
Ibnu ad Dughunnah meminta dari Abu Bakar apa yang diutarakan oleh orang-orang Quraisy itu. Sampai beberapa lama Abu Bakar memenuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh orang-orang Quraisy itu. Beliau menyembah Tuhan di rumahnya dan tidak menyaringkan bacaannya di dalam sembahyang. Beliau juga tidak membaca al Quran di luar rumahnya. Kemudian timbul satu fikiran kepada Abu Bakar untuk membina masjid di halaman rumahnya. Beliau pun membina masjid dan bersembahyang di dalam masjid itu dan mula membaca al Quran menyebabkan perempuan-perempuan orang-orang musyrikin dan anak-anak mereka mula mengerumuninya dengan rasa kagum terhadapnya di samping melihat tingkah lakunya. Abu Bakar adalah seorang yang mudah menangis. Beliau tidak dapat menahan air mata apabila membaca al Quran. Keadaan ini menggemparkan kalangan bangsawan dan musyrikin Quraisy.
Mereka pun mengutuskan orang kepada Ibnu ad-Dughunnah untuk bertemu dengan mereka. Setelah Ibnu Ad-Dughunnah datang, mereka pun berkata kepada Ibnu ad-Dughunnah, “Sesungguhnya kami telah memberi perlindungan kepada Abu Bakar atas permintaanmu dengan syarat dia menyembah tuhannya di dalam rumahnya sahaja. Sekarang dia telah pun melanggar syarat itu. Dia telah membina sebuah masjid di hadapan rumahnya dan menunaikan pula sembahyang dan membaca al Quran di dalam masjid yang dibinanya itu. Kami bimbang isteri-isteri dan anak-anak kami akan terpesona dengannya. Oleh itu tegahlah dia dari berbuat begitu. Kalau dia bersetuju untuk menyembah tuhannya di dalam rumahnya sahaja maka baiklah tetapi jika dia enggan melainkan tetap mahu mengerjakannya sembahyangnya secara terbuka dan membaca al Quran dengan suara yang nyaring , maka mintalah dengannya supaya dikembalikannya kepadamu jaminan keamanan yang telah diberikan olehmu kepadanya kerana tidaklah kami suka mengkhianati perlindungan yang diberikan olehmu itu dan tidak pula kami boleh menerima Abu Bakar bersembahyang dan membaca al Quran secara terbuka seperti itu”.
Ibnu ad Dughunnah pun pergi menemui Abu Bakar. Dia berkata, “Engkau telah pun tahu syarat yang telah ku berikan untuk melindungimu. Jadi samada engkau akan mematuhi syarat itu atau engkau kembalikan kepadaku jaminan keamananku. Aku tidak suka orang-orang Arab mendengar cerita bahawa jaminan keamanan yang telah kuberikan kepada seseorang telah disia-siakan”.
Mendengar kata-kata Ibnu Ad Dughunnah, Abu Bakar berkata, “Kalau begitu aku akan kembalikan kepadamu jaminan keamananmu dan aku berpuas hati dengan perlindungan Allah swt”.
(Bukhari, Jilid I, m/s 553)
Di dalam hadis ini, Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. menghuraikan pemerhatiannya tentang keadaan daripada tempoh mula kerasulan sehingga peristiwa hijrah ke Habshah dalam dua ayat iaitu ” Sejak saya mengerti dan faham keadaan sekeliling saya dapati keluarga saya telah memeluk Islam” dan “Saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. datang ke rumah kami setiap hari pada pagi dan petang”.
Di bahagian pertama hadis ini Ummul Mu’minin r.a. telah menceritakan pemerhatiannya di dalam dua ayat, iaitu “Sejak saya mengerti dan faham keadaan sekeliling , saya telah melihat keadaan ini”. Dan di bahagian kedua iaitu selepas balighnya, Ummul Mu’minin r.a. menyatakannya sebagai zaman persengketaan. Iaitu zaman yang menyebabkan sahabat-sahabat utama di awal Islam berhijrah ke Habshah. ‘Aishah r.a. kemudiannya telah menceritakan secara terperinci peristiwa penghijrahan ayahnya, Abu Bakar r.a ke Habshah.
Bahagian ketiga daripada hadis ini yang tidak kami nukilkan di sini ialah hijrah ke Madinah. Ada dua riwayat tentang peristiwa Hijrah ke Madinah. Pertamanya, “Nabi s.a.w. keluar dari rumah Abu Bakar” di mana Aishah r.a. menyatakan dia diberitahu oleh Amir bin Fahirah (bekas hamba Abu Bakar r.a. dan temannya semasa Hijrah ) . Keduanya, peristiwa Suraqah di mana beliau r.a. menyatakan diberitahu oleh Suraqa kepadanya. Dengan kata lain, sejak daripada Ummul Mu’minin r.a. boleh berfikir, Abu Bakar r.a. dan Ummu Rumman r.a. telah memeluk Islam. Dan juga, sejak beliau faham keadaan sekelilingnya , beliau melihat Rasulullah s.a.w. sentiasa melawat rumah mereka setiap hari pada waktu pagi dan petang.
Di dalam hadis ini Aishah r.a. telah mendakwa secara jelas bahawa beliau r.a. telah faham keadaan sekelilingnya pada ketika nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul dan menyaksikan semua peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut. Namun ulama kita telah mentakwilkan bahawa oleh sebab riwayat Hisham menyatakan ‘Aishah r.a. berusia sembilan tahun semasa mula hidup bersama Rasulullah s.a.w., Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah mendengar cerita-cerita ini daripada orang lain.
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa “apabila saya telah faham keadaan sekeliling, saya telah melihat perkara yang berlaku” Ulama kita mengatakan bahawa beliau belum lagi dilahirkan! Ringkasnya, boleh dikatakan, Ummul Mu’minin telah melihat peristiwa tersebut lima atau enam tahun sebelum kelahirannya. Kami menyerahkan kepada anda untuk membuat keputusan siapakah yang benar.
Keseluruhan perbincangan ini membuktikan bahawa sewaktu nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul Ummul Mu’minin r.a. merupakan seorang kanak-kanak yang telah mengerti keadaan sekelilingnya iaitu berumur sekurang-kurangnya lima hingga enam tahun. Dengan kata lain, seorang kanak-kanak yang sudah boleh mengingati siapa yang datang dan keluar dari rumahnya dan faham bahawa apa yang ibu bapanya lakukan adalah bercanggah dengan penduduk Mekah. Ini adalah peringkat usia seorang kanak-kanak di mana mempunyai naluri ingin tahu dan berfikir mengapa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.
Kesimpulan dari perbincangan ini ialah, anda hendaklah mengaku, berdasarkan hadis ini, bahawa Ummul Mu’minin r.a. sudah tentu sekurang-kurangnya berumur antara lima hingga enam tahun pada sewaktu perlantikan nabi s.a.w. sebagai rasul. Oleh itu, pengiraan ringkas menunjukkan umur beliau r.a. adalah sekitar sembilan belas atau dua puluh tahun semasa mula tinggal dengan Rasulullah s.a.w. Dan sekaligus ia membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. dan Saidatina Fatimah r.a. adalah sebaya. Dengan itu, terpulanglah kepada anda samada untuk menerima riwayat Hisham ( dengan menolak dua hadis di dalam kitab Bukhari di atas) atau mengakui kesilapan Hisham.


HUJAH KESEMBILAN – AISHAH R.A. MENGELAP LUKA DAN HINGUS USAMAH BIN ZAID R.A. YANG DIKATAKAN SEBAYA DENGANNYA
Saidatina Aishah r.a. menceritakan bahawa Usamah telah jatuh tergelincir di bendul pintu dan luka di mukanya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya, “Bersihkan kotoran itu daripada Usamah.” Saya terasa jijik bila melihat Usamah mula menjilat darahnya untuk membersihkan mukanya.
Dalam riwayat Ibn Majah, “Hingus keluar dari hidung Usamah. Nabi s.a.w. menyuruh saya bangkit dan membersihkan hidung Usamah. Saya berasa jijik, lalu Nabi s.a.w. sendiri yang bangun dan membersihkan hidungnya.”
Di dalam riwayat Tirmizi ada pula disebut bahawa Nabi s.a.w. hendak membersihkan hidung Usamah. Kemudian Ummul Mu’minin r.a. meminta izin untuk membersihkan hidungnya (Usamah). Nabi s.a.w. kemudian berkata, “Wahai ‘Aishah! Sayangilah Usamah, kerana saya juga menyayangi Usamah.” (Tirmizi: Jilid II, m/s 246)
Juga, Baihaqi menerusi Sha’abi, daripada Ummul Mu’minin r.a. katanya “Rasulullah s.a.w. meminta saya bangun dan membasuh muka Usamah. Saya memberitahunya saya tidak tahu membersihkan muka kanak-kanak kerana saya tidak mempunyai anak. Tolonglah pegang dia dan basuh mukanya. Nabi s.a.w. memegang Usamah dan membasuh mukanya”. Dan baginda berkata, “Dia (Usamah) telah memudahkan kita kerana dia bukan seorang kanak-kanak perempuan. Jika dia seorang kanak-kanak perempuan, saya akan menghiaskannya dengan perhiasan-perhiasan dan akan berbelanja banyak untuknya.”
Imam Ahmad, melalui Baihaqi, telah meriwayatkan daripada ‘Aishah r.a. bahawa Usamah jatuh tergelincir di atas bendul pintu. Mukanya telah luka. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengelap dan membersihkannya, dan Baginda s.a.w. berkata, “Wahai Usamah! Jikalau kamu seorang kanak-kanak perempuan, pastinya saya akan memakaikan dan menghiasi kamu dengan perhiasan. Saya akan berbelanja besar untuk mu.”
Sekali lagi, perhatikan semua riwayat ini. Anda akan dapati bahawa Usamah bin Zaid r.a adalah seorang kanak-kanak yang jauh lebih muda daripada Ummul Mu’minin r.a.. Ada masanya dia r.a. tercedera atau hidungnya berhingus. Adakalanya Ummul Mu’minin r.a. mengangkat dan membersihkannya dan kadang-kadang Rasulullah s.a.w. yang melakukannya. Adakalanya Ummul Mu’minin r.a. berasa jijik, dan pernah suatu kali beliau meminta maaf dengan berkata, “Saya tidak mempunyai anak, jadi saya tidak mempunyai pengalaman membasuh muka kanak-kanak.”
Pertama sekali, perkataan ’saya tidak mempunyai anak’ tidak mungkin keluar daripada mulut seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan atau sepuluh tahun. Perkataan ini hanya boleh diucapkan oleh seorang wanita yang umurnya sesuai untuk mendapat anak. Yang keduanya, ini jelas menunjukkan bahawa Usamah adalah jauh lebih muda dari Ummul Mu’minin r.a. Jika Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. adalah sebaya atau lebih muda daripada Usamah, Rasulullah s.a.w. tidak mungkin akan menyuruh ‘Aishah r.a. untuk membersihkan darah dan hidungnya (Usamah). Arahan begitu selalunya diberi kepada seseorang yang lebih tua daripada kanak-kanak tersebut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun disuruh untuk melayan atau merawat seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun ! ……………………………………………………………………
Para ulama mengatakan, ‘dari Riwayat Hisham, Ummul Mu’minin berusia 18 tahun semasa kewafatan nabi ‘. Dengan itu, adalah perlu untuk mengetahui berapakah usia Usamah di waktu kewafatan Rasulullah s.a.w.
Imam Zahabi telah menulis di dalam bukunya ‘Siyar A’lam al-Nubala’ bahawa Usamah berusia 18 tahun pada waktu itu. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan di sini ialah seorang kanak-kanak perempuan telah membersihkan hidung seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya!
Waliuddin Al-Khatib, penulis ‘Mishkat’, menulis di dalam bab ‘Al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal’
“Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat, Usamah berumur 20 tahun.” (’Mishkat’, m/s 585)
Telah disepakati oleh ulama hadis dan ahli sejarah bahawa sebelum kewafatannya, Rasululullah menyusun satu pasukan tentera untuk menyerang tentera Rom dan menakluki Syria untuk menebus kekalahan dalam Perang Mu’tah. Usamah r.a merupakan panglima angkatan tentera ini, dan sahabat besar seperti Saidina Umar r.a. telah diperintahkan untuk berperang di bawah arahannya. Pada ketika itu, beliau berumur dua puluh tahun, menurut Waliuddin Al-Khatib, dan sembilan belas tahun menurut Hafiz Ibn Kathir:
“Semasa Rasulullah s.a.w. wafat, Usamah berumur 19 tahun.” (Al-Bidayah-wan-Nihayah, Jilid 8, m/s 67)
Setelah dibaia’kan, Saidina Abu Bakar r.a. menyempurnakan tugasan ini dengan menghantar tentera Usamah, yang mana dengan izin Allah S.W.T. telah kembali dengan kemenangan.
Usamah r.a. telah dilahirkan pada tahun ke-3 kerasulan. Dan kejadian di mana beliau cedera terjatuh di muka pintu rumahnya, atau hidungnya berhingus, atau Nabi Muhammad s.a.w. membasuh mukanya ataupun Baginda s.a.w. menyuruh Ummul Mu’minin r.a. supaya membasuh atau membersih mukanya dan sebagainya, adalah kerana Usamah pada masa itu ialah seorang kanak-kanak kecil. Dan juga, permintaan supaya Ummul Mu’minin merawat Usamah adalah kerana Ummul Mu’minin adalah lebih tua daripada Usamah. Jika Usamah r.a. adalah lebih muda daripada Ummul Mu’minin r.a. dan usianya (Usamah) sekitar 19-20 tahun di waktu kewafatan Nabi s.a.w., umur Ummul Mu’minin r.a.sepatutnya sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua (daripada Usamah), dengan itu barulah arahan mengenai membersihkan darah dan hidung itu sesuai.


HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM PEPERANGAN BADAR
Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut . Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.”
Baginda s.a.w bertanya, ” Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak. Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi.
Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (’Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)
Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ‘ r.a. dan beliau (’Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah. Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar .
Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh sembilan tahun, adalah salah.
Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.
Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (’Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini.
Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana. Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.
Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.
Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benar-benar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (’Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!
Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawi-perawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!
Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a. Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera.
Pada hari ini ’sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohong-pembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar.
Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.
Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui. Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!; sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu masa.
Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu ajaran Syiah). Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali , al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang jahil dan jahat.


HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAK-KANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG
Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.
Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.
Inilah satu-satunya peperangan semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini. Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi. Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperangan ialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan? Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan.
Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun?
Seorang wanita mampu melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.
Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan bawah umur. Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung.
Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :
1. Ummu Ammarah r.a. :
Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a. yang turut melindungi Rasulullah s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.
Beliau r.a. juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .
2. Ummu Sulaim r.a. :
Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud. Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)
Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata.
Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.
3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :
Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanak-kanak bawah umur. Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.).
Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulang-alik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)
Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin r.a. yang berumur 10 tahunn dibebankan dengan tugas berat ini.
——————————————
Saudara, perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau r.a. mengahwini Rasulullah s.a.w.


HUJAH KE-12 – AISHAH R.A. LEBIH MUDA 10 TAHUN DARI KAKAKNYA ASMA, DAN SEMASA PERISTIWA HIJRAH ASMA R.A. BERUMUR 27 ATAU 28 TAHUN
Ahli hadis dan ahli sejarah sepakat bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. adalah sepuluh tahun lebih muda daripada kakaknya Asma’ r.a., dan Asma’ r.a. meninggal dunia sewaktu berumur 100 tahun pada tahun 73 H. Ini menunjukkan Asma’ r.a. berusia 27 atau 28 tahun semasa peristiwa Hijrah. Apabila sepuluh tahun ditolak daripada 28, umur Ummul Mu’minin r.a. menjadi 18 tahun ketika peristiwa Hijrah, dan jika ‘Aishah r.a. mula hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada tahun 1 H umurnya ialah 19 tahun, dan sekiranya mereka tinggal bersama pada tahun 2 H umurnya menjadi 20 tahun.
Wali al-Din bin Al-Khatib menulis di dalam bukunya ‘Al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal’ sebagaimana berikut: “Asma’ r.a. adalah ibu kepada Abdullah bin Zubair. Beliau memeluk Islam di awal permulaan Islam di Mekah. Diriwayatkan beliau merupakan orang ke lapan belas memeluk Islam. Beliau sepuluh tahun tua daripada adiknya, ‘Aishah. Dia meninggal dunia sepuluh hari selepas kematian anak lelakinya. Ada juga pendapat mengatakan bahawa selepas 20 hari Ibn Zubair diturunkan daripada gantungan, beliau (Asma’ r.a.) genap umurnya 100 tahun, dan perstiwa ini berlaku di Mekah pada tahun 73 H” (Mishkat, m/s 556)
Hafiz Ibn Hajar menulis di dalam ‘Taqrib-ul-Tahzib’:
“Asma r.a. hidup selama 100 tahun dan meninggal dunia pada tahun 73 atau 74 H.” (Taqrib-ul-Tahzib, m/s 565)
Hafiz Ibn Kathir menulis di dalam kitab sejarahnya yang terkenal, ‘Al-Bidayah-wa al-Nihayah’: “Adik kepada Asma’ ialah ‘Aishah r.a., ayahnya ialah Abu Bakar As-Siddiq r.a., datuknya ialah Abu Qahafah r.a., anak lelakinya ialah Abdullah r.a., dan suaminya ialah Zubair r.a., dan kesemuanya adalah merupakan sahabat r.a.”
Asma’ r.a., bersama-sama anaknya Abdullah dan suaminya, menyertai Perang Yarmuk. Beliau lebih tua sepuluh tahun dari adiknya ‘Aishah r.a. Beliau menyaksikan pembunuhan anaknya, Abdullah bin Az-Zubair r.a., yang menyedihkan beberapa hari sebelum kematiannya ( pada tahun 73 H) . Setelah lima hari kejadian ini berlaku, menurut sesetengah pendapat mengatakan ’selepas sepuluh hari’ sementara pendapat yang lainnya pula mengatakan ’setelah lebih daripada 20 hari’, dan beberapa pendapat lagi mengatakan ’selepas 100 hari’, Asma’ r.a. meninggal dunia. Suatu yang dimaklumi semua bahawa beliau berumur 100 tahun semasa kematiannya. Tiada satupun giginya tanggal malah tidak ada sebarang kekurangan pada ingatannya. (Al-Bidayah-wan-Nihayah Jilid VIII, m/s 346)
Begitu juga az-Zahabi telah menulis di dalam bukunya ‘Siyar -A’lam al-Nubala’. Beliau mengatakan: “Asma’ r.a. binti Abu Bakar r.a. adalah lebih kurang sepuluh tahun lebih tua daripada ‘Aishah r.a.” (Siyar-A’lam Al-Nubala, Jilid II, m/s 208). Abdur Rahman bin Abi Zinad mengatakan bahawa Asma’ r.a. adalah sepuluh tahun lebih tua daripada ‘Aishah r.a. . Urwah juga mengatakan bahawa Asma’ r.a. wafat semasa berumur 100 tahun.(Siyar- A’lam Al-Nubala, Jilid II, m/s 213)
Hafiz az-Zahabi, Hafiz Ibn Kathir dan Wali al-Din Al-Khatib adalah dikenal sebagai ulama hadis . Tokoh-tokoh ini juga adalah ahli sejarah dan ulama hadis (muhaddis) yang terkenal dalam ilmu Rijal ( biografi perawi) . Mereka mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a.ialah sepuluh tahun lebih muda dari Asma’ r.a. Berdasarkan fakta bahwa umur Asma’ adalah 100 tahun semasa meninggal dunia , kita dapati umur Ummul Mu’minin ialah 16 tahun semasa berkahwin dan 19 tahun semasa mula hidup bersama dengan Rasulullah s.a.w. r.a. Sekali lagi dibuktikan bahawa angka ‘10′ telah digugurkan oleh Hisham di dalam riwayatnya, dan beliau telah tersalah bila menyebut hanya satu angka iaitu ‘6′ dan perkara yang serupa bila menyebut angka ‘9′. Sekiranya riwayat Hisham adalah benar umur Asma’ r.a. menjadi kurang sebanyak sepuluh tahun.


HUJAH KE-13 – AHLI SEJARAH AT-TABARI MENGATAKAN AISHAH R.A. LAHIR DI ZAMAN JAHILLIYAH ( SEBELUM KERASULAN)
Ahli sejarah Muhammad bin Jareer al-Tabari, menceritakan tentang keluarga Saidina Abu Bakar r.a. sebagaimana berikut: “Abu Bakar r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali semasa zaman Jahiliyah. Pertama dengan Qatilah dan memperolehi Abdullah dan Asma’ r.a., dan kedua dengan Ummu Rumman r.a., yang daripadanya ‘Aishah r.a. dan Abdur-Rahman r.a. telah dilahirkan”. Kemudian beliau menyebut:
“Empat orang anak ini telah dilahirkan oleh dua orang isteri sebagaimana dinyatakan di atas. Kesemuanya telah dilahirkan pada zaman Jahiliyah”. (Tarikh Tabari, Jilid IV, m/s 50)
Ingat bahawa kaum Shiah mengatakan umur Aishah ialah enam tahun bila mengahwini Rasulullah s.a.w. Al-Tabari sendiri merupakan seorang Syi’ah tulin tetapi beliau mengesahkan bahawa Ummul Mu’minin r.a. dilahirkan pada zaman Jahiliyah. Hampir setiap Muslim tahu bahawa zaman sebelum daripada Kerasulan dipanggil sebagai ‘zaman Jahiliyah’. Jika Ummul mu’minin r.a. telah dilahirkan meskipun beberapa bulan sebelum Kerasulan, usianya ialah 15 tahun pada waktu beliau mula tinggal bersama Rasulullah s.a.w. Dan juga, kami telah membuktikan sebelum ini bahawa Ummul Mu’minin r.a. telah dilahirkan sekurang-kurangnya lima tahun sebelum Kerasulan. Dengan ini, telah pasti bahawa Ummul Mu’minin r.a. mula hidup bersama Rasulullah s.a.w. ketika berusia 19 tahun. Bagaimanapun, mungkin juga usianya lebih tua daripada sembilan belas tahun tetapi adalah mustahil beliau lebih muda dari itu.
Pada pandangan kami, semua tipu helah ini adalah ciptaan orang-orang Kufah. Ini adalah kerana mereka mendakwa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kerasulan dan beliau berkahwin semasa berumur sembilan tahun Dicatitkan di dalam ‘Tu’fatul Awam’ iaitu buku fiqah mereka, bahawa seorang gadis sepatutnya dikahwinkan setelah usianya mencecah sembilan tahun. Dengan itu, orang Kufah, dengan niat untuk menyembunyikan muslihat jahat mereka telah memalsukan fakta tentang usia Ummul Mu’minin r.a. Bila ahli sunnah dengan lantang menolak penipuan orang Syiah ini, mereka akan menjawab, ” Bagaimana kamu boleh menolak fakta ini sedangkan kamu menerima yang Fatimah berkahwin semasa berumur sembilan tahun!”
Sekiranya kita berpegang bahawa perbezaan umur di antara Aishah r.a. dan Asma’ r.a ialah sepuluh tahun, maka umur Asma’ ialah 14 tahun semasa nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul. Dengan fakta ini Ummul M’minin r.a. sudah pasti dilahirkan sebelum kerasulan. Ini bermakna, bahawa Ummul Mu’minin r.a. dan Saidatina Fatimah r.a. adalah hampir sebaya. Perbezaan umur sebanyak sepuluh tahun di antara kedua-duanya hanyalah rekaan orang Kufah.


HUJAH KE-14 – AISHAH R.A. ADALAH ANTARA ORANG-ORANG YANG TERAWAL MEMELUK ISLAM
Ibn Hisham, seorang ahli sejarah, telah menyenaraikan nama mereka yang beriman di dalam bukunya ‘As-Seerat’ di bawah tajuk “As-Sabiqun al-Awwalun” (Orang-orang Yang Terawal dan Terkemuka). Beliau meletakkan Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. di tempat yang teratas, diikuti lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut turutan . Beliau menulis: “Selepas Saidatina Khadijah r.a., Usman Ibn Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdur-Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqas dan Talhah bin Ubaidullah (termasuk Zaid, Ali dan Abu Bakar) r.a. Ini adalah sekumpulan lapan orang yang telah memeluk Islam melalui seruan Abu Bakar r.a. yang terlebih dahulu memeluk Islam. Kemudiannya Abu Ubaidah bin Al-Jarah memeluk Islam diikuti oleh Abu Salamah bin Abdul Asad dan Arqam bin Abi Al-Arqam (yang mana rumahnya terletak di atas Bukit Safa yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. meyebarkan Islam secara rahsia).
Setelah orang Islam berjumlah 40 orang, mereka telah keluar berdakwah secara terang-terangan. Hasil daripada usaha tersebut, mereka ini telah menerima Islam, Uthman bin Maz’un beserta adiknya Qadamah dan Abdullah, Ubaidah bin Al-Harith, Sa’id bin Zaid dan isterinya Fatimah (adik perempuan Umar bin Al-Khattab), Asma’ binti Abu Bakar r.a. dan ‘Aishah binti Abu Bakar r.a., kedua-duanya masih kecil, dan Khabab bin Al-Arth. (Ibn Hisham, Jilid I, m/s 65)
Dari senarai Ibnu Hisham, Asma’ dan Aishah r.a. berada di tempat ke sembilan belas dan ke dua puluh. Aishah r.a. telah memeluk Islam lama terlebih dahulu sebelum Saidina Umar r.a., iaitu pada tahun nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul. Kini, jika kita hendak menerima riwayat Hisham , Ummul Mu’minin r.a. telah memeluk Islam empat tahun sebelum kelahirannya. Oh , amat menakjubkan!
Ibn Ishaq juga menyenaraikan dengan turutan, sahabat-sahabat r.a. yang telah memeluk Islam pada awal permulaannya. Dia menyebut nama sembilan sahabat r.a. yang telah memeluk Islam di peringkat permulaan. Ibn Ishaq berkata, “Kemudian Abu Ubaidah r.a. telah memeluk Islam, selepasnya Abu Salamah r.a., dan Arqam bin Abi Al-Arqam, dan Uthman bin Maz’un, dan Ubaidah bin Al-Harith, dan Sa’id bin Zaid beserta isterinya Fatimah (binti Al-Khattab), dan Asma’ binti Abu Bakr dan ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. memeluk Islam dan beliau masih kecil ketika itu. (As-Seerat-un-Nabawiyyah, Jilid I, m/s 452)
Di sini, Ibn Ishaq telah meninggalkan nama dua adik-beradik kepada Maz’un r.a. , iaitu Qadamah dan Abdullah, meletakkan nama Asma’ dan ‘Aishah pada kedudukan yang ke-17 dan 18; dan sekiranya dua nama tadi dimasukkan maka Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. jatuh di tempat yang ke-20. Senarai yang sama telah dikeluarkan oleh Ibn Suhaili dalam kitabnya yang terkenal iaitu ‘Kitab-Al-Raudh Al-A’yif’
Keterangan di atas menjelaskan bahawa Ummul Mu’minin r.a. adalah di kalangan Orang-orang Yang Terawal Beriman, dan beliau telah menyatakan keimanannya pada tahun pertama Kerasulan. Meskipun beliau seorang gadis kecil , yang pastinya, beliau sudah faham tentang makna Islam dan Iman. Kemungkinan besar beliau telah dilahirkan lima tahun sebelum kerasulan dan beliau berumur enam tahun semasa menerima Islam.
Penulis ‘Hayat Sayyid -ul-Arab’ meletakkan Waraqah bin Naufal sebagai orang yang pertama sekali memeluk Islam. Ia telah disokong oleh Hafiz Balqinin dan Hafiz Iraqi. Ibn Mandah, Ibn Hajar, Tabari, al-Baghawi, Ibn Qan’iah dan Ibn al-Sakan juga telah menyatakan Waraqah adalah salah seorang di antara sahabat r.a.
Selepas daripada Waraqah, Khadijah r.a. ialah Orang Yang Terawal Beriman. Kemudian selepasnya ialah Abu Bakar r.a. di kalangan lelaki dewasa, Ali r.a. di kalangan kanak-kanak, Za’id bin Harithah r.a. di kalangan hamba sahaya. Kemudiannya Ummu Aiman, dan Ummu Rumman isteri Abu Bakar r.a., kemudian Ummu Khair ibu kepada Abu Bakar, selepas itu Asma’ r.a. anak perempuan Abu Bakar. Dan telah diakui di kalangan ahli sejarah bahawa ‘Aishah dan Asma’ telah memeluk Islam bersama-sama. Dengan ini, Ummul Mu’minin Aishah berada di tempat yang kesepuluh.
Ibn Sa’ad menceritakan bahawa wanita pertama yang memeluk Islam ialah Khadijah r.a. Selepasnya ialah Ummul Fazal r.a. iaitu isteri kepada Abbas. Kemudiannya ialah Asma’ anak perempuan Abu Bakar dan ‘Aishah. Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan sebagaimanan turutan ini. Akan tetapi amat dikesali bahawa mereka yang terpengaruh dengan riwayat Hisham, telah menulis sesuatu yang bercanggah dengan kenyataan iaitu bahawa Ummul Mu’minin r.a. belum lagi dilahirkan pada masa itu! Kami amat terkejut bahawa Shibli tidak memasukkan langsung seorang pun ahli keluarga Abu Bakar di dalam senarai Orang Yang Terawal Beriman di dalam bukunya ‘Siratun Nabi, Jilid I’ . Beliau telah menggugurkan nama Ummu Rumman, Ummul Khair, Asma’ dan ‘Aishah r.a. daripada senarai ini. Beliau bukan sahaja melakukan kesilapan di segi sejarah, tetapi melakukan kesilapan besar bila tidak menyebut mana-mana wanita kecuali Khadijah.
Bahkan, beliau tidak menyebut nama puteri-puteri Rasulullah s.a.w. Seperti dijangkakan beliau tidak dapat melupakan Ali!. Hakim Abdur Rauf Danapuri telah menulis di dalam bukunya ‘As’hah-ul-Sa’yer’ sebagai jawapan kepada tulisan Shibli dalam ‘Siratun Nabi’, di mana beliau telah memberikan satu senarai panjang mereka Yang Terawal Beriman . Di dalam senarai ini, beliau telah meletakkan nama Saidatina Asma’ di kedudukan yang ke-16 dan nama Ummul Mu’minin ‘Aishah di tempat yang ke-17. Namun begitu, disebabkan oleh Riwayat Hisham yang menghantui fikirannya, beliau menulis nota kaki sebagaimana berikut: “Riwayat Bukhari dan Muslim menyebut bahawa apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini beliau (’Aishah), umurnya enam tahun; dan dalam riwayat yang lain beliau berusia tujuh tahun, dan apabila mereka mula tinggal bersama, beliau berusia sembilan tahun. Ibn Sa’ad menulis bahawa Rasulullah s.a.w. dan isterinya ‘Aishah r.a. mulai tinggal bersama di bulan Syawal pada tahun pertama Hijrah”.
Beliau (’Aishah r.a.) telah dilahirkan selepas empat atau lima tahun Kerasulan. Bagaimanapun, telah difahamkan beliau adalah salah seorang di antara Orang-orang Terawal Beriman. Ini bermakna, beliau adalah seorang Muslim sejak daripada awal kebangkitan Islam. (Abdur-Rauf Danapuri, ‘As’hah-ul-Sa’yer’, m/s 64)
Hakim Rauf telah menunjukkan rasa tidak senangnya mengapa Ummul Mu’minin r.a. telah disenaraikan bersama-sama Orang-orang Terawal Beriman , kerana beliau r.a. masih belum dilahirkan ketika itu. Ini kerana, sebagaimana telah dibuktikan melalui riwayat oleh Imam Bukahri dan Muslim (dari Hisham), bahawa beliau (’Aishah r.a.) dilahirkan selepas empat atau lima tahun Kerasulan. Hakim Rauf mengatakan bahawa Ummul Mu’minin r.a. adalah seorang Muslim semenjak dilahirkan. Kita hairan mengapa Hakim Rauf tidak memasukkan Zainab dan Ruqayyah r.a., anak perempuan nabi s.a.w. di dalam senarai ini.
Ramai orang telah terkeliru disebabkan riwayat Hisham sehingga ke hari ini sebagaimana yang telah dibincangkan di awal tulisan ini. Riwayat Hisham telah menutup pemikiran sehingga hadis dan riwayat lain tidak dipedulikan. Mereka tidak dapat menerima yang lain kecuali yang satu ini dan mata mereka masih lagi tertutup sehingga hari ini.


HUJAH KE-15 – ABU BAKAR R.A. BERCADANG MENGAHWINKAN AISHAH R.A. SEBELUM BERHIJRAH KE HABSHAH
Ahli sejarah mendakwa Ummul Mu’minin r.a telah ditunangkan dengan Jabir bin Mut’im sebelum Rasulullah s.a.w. mengahwini beliau. Ibn Sa’ad telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa sewaktu Rasulullah s.a.w. menyampaikan hajatnya kepada Abu Bakar r.a. untuk mengahwini ‘Aishah r.a., beliau (Abu Bakar) meminta tangguh daripadanya s.a.w., “Wahai Rasulullah! Saya telah berjanji dengan Mut’im bin ‘Adi bin Nawfal untuk mengahwinkan ‘Aishah dengan anaknya Jabir. Berikan saya sedikit masa supaya saya dapat meleraikan ikatan janji ini daripadanya.”
Kemudiannya Abu Bakar r.a. telah membebaskan dirinya daripada Mut’im dan anak lelakinya. Selepas daripada itu, beliau mengahwinkan anak perempuannya dengan Rasulullah s.a.w. Ibn Sa’ad r.a. telah menukilkan satu riwayat yang lain, melalui Abdullah bin Numeer, daripada Abdullah bin Abi Mulaikah sebagaimana berikut: “Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan hajatnya kepada Abu Bakar untuk mengahwini ‘Aishah. Abu Bakar telah meminta tangguh , “Wahai Rasulullah! Saya telah memberikan ‘Aishah kepada anak lelaki Mut’im bin ‘Adi, Jabir. Tolong berikan saya sedikit tempoh supaya saya dapat membebaskannya. Jabir telah membebaskan ‘Aishah, dan Rasulullah pun mengahwini beliau (’Aishah).” (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 58)
Perhatikan baik-baik bahawa rundingan telah dibuat dengan Mut’im bin Adi untuk mengahwinkan Ummul Mu’minin r.a. dengan anak lelakinya Jabir (bin Mut’in bin Adi ). Semoga Allah mengampuni Shibli kerana terkeliru dengan mengatakan bahawa ‘Aishah r.a. telah ditunangkan dengan anak lelaki Jabir bin Mut’im (bukannya dengan Jabir) sebelum daripada Rasulullah mengahwininya. (Siratun Nabi, m/s 405)
‘Aishah sebenarnya ditunangkan kepada Jabir, dan bukannya kepada anak lelaki Jabir kerana beliau belum berkahwin pada ketika itu. Shibli telah melakukan kesilapan, dan kesilapan ini telah disalin oleh penulis-penulis kemudiannya.
Almarhum Syed Sulaiman Nadvi menulis di dalam bukunya: “Akan tetapi sebelum ini ‘Aishah telah ditunangkan kepada anak lelaki Jabir bin Mut’im, maka adalah perlu untuk bertanya kepadanya (Jabir) terlebih dahulu.” (Seerah ‘Aishah, m/s 15)
Niaz Fatehpuri menulis; “Saidatina ‘Aishah telah ditunangkan kepada anak lelaki Jabir bin Mut’im hingga ke waktu itu, jadi Saidina Abu Bakar telah bertanya kepada Jabir. (Sahabiyyat, m/s 36)
Almarhum Maulana Said Akbaradi, iaitu seorang penyelidik terkemuka, menulis; ” Beliau (Abu Bakar) berkata bahawa dia telah berjanji dengan Jabir bin Mut’im. Tetapi apabila Jabir bin Mut’im diminta untuk memutuskannya, beliau menolak.” (Seerat-us-Siddiq, m/s 16)
Adalah jelas bahawa kesemua penulis yang hebat ini telah mengakui bahawa perhubungan Ummul Mu’minin r.a. telahpun diputuskan, akan tetapi mereka semua tidak mengetahui kepada siapa sebenarnya beliau r.a. telah ditunangkan. Mereka telah menyalin bulat-bulat pernyataan Shibli itu, dan mereka telah mempertunangkan ‘Aishah bukan dengan Jabir tetapi kepada anak lelaki Jabir yang tidak pernah wujud sampai ke hari ini.
Nampaknya, tiada siapa pernah merujuk kepada kitab “Ibnu Sa’ad”. Mereka menjumpai riwayat ini di dalam “Siratun Nabi’ dan tanpa usul periksa menyalin cerita ini di dalam tulisan mereka. Kami tidak menyalahkan penulis-penulis ini tetapi cukup untuk kami katakan kekeliruan ini sebagai “Kesilapan Menyalin” .
Ahli sejarah Muhammad bin Jareer Tabari telah menulis tentang peristiwa ini dengan terperinci sebagaimana berikut: “Apabila Abu Bakar As-Siddiq r.a. berasa amat terganggu dengan penindasan yang dilakukan oleh orang kafir, beliau memutuskan untuk berhijrah ke Habshah. Beliau terfikir untuk mengahwinkan anaknya Aishah sebelum meninggalkan Mekah.
Abu Bakar pun pergi berjumpa Mut’im . Isteri Mut’im juga ada bersamanya. Apabila Abu Bakar menyatakan niatnya, isteri Mut’im memberitahu Abu Bakar bahawa jika mereka mengahwinkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan Abu Bakar, sudah tentu Abu Bakar dan anaknya akan membuatkan anak mereka , Jabir, keluar daripada agama asalnya untuk memeluk agama Islam.
Sambil melihat ke arah Mut’im, Abu Bakar berkata, “Apa yang dicakapkan oleh isteri kamu ?” (bermaksud, bagaimana beliau menolak lamaran ini?). Mut’im telah menjawab bahawa apa yang dikatakan oleh isterinya adalah betul. “Kami menganggap kamu dan anak perempuan kamu adalah sama (iaitu berdakwah kepada Islam). Mendengarkan ini, Abu Bakar pun beredar dari situ. (Tabari, Jilid I, m/s 493)
Riwayat oleh Tabari ini telah mendedahkan beberapa perkara seperti berikut:
1. Hubungan yang dimaksudkan ialah dengan Jabir, bukannya dengan anak lelaki Jabir.
2. Apabila Saidina Abu Bakar r.a bercadang untuk berhijrah ke Habshah, Ummul Mu’minin r.a. adalah seorang gadis remaja ataupun hampir dewasa.
Inilah sebabnya mengapa Saidina Abu Bakar memikirkan tentang anak perempuannya sebelum berhijrah ke Habshah.
Menurut riwayat Hisham, Ummul Mu’minin r.a. belum lagi dilahirkan, dan jika beliau telah dilahirkan pun, beliau mungkin baru berusia dua atau empat bulan. Bolehkah kita katakan Ummul Mu’minin r.a.. berkahwin pada usia 2-4 bulan?
Kita hairan, Mut’in tidak pernah mengatakan “Wahai Abu Bakar! Baguslah, kamu mempunyai seorang bayi perempuan , dia akan menjadi isteri anak saya.” Tidak, perkataan seperti ini tidak pernah diucapkan.
3. Ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a., sebagaimana ayahnya, Abu Bakar telah terkenal dalam mendaawahkan Islam. Mut’im bimbang bahawa anak perempuan Abu Bakar akan mendaawah anak lelakinya memeluk Islam oleh itu adalah lebih baik untuk menghalang perkahwinan itu. Ini satu lagi bukti bahawa beliau (’Aishah) telah remaja dan mampu berdaawah kepada Islam .
4. Logiknya, seorang ayah hanya akan mula memikirkan mengenai perkahwinan anaknya apabila anaknya melewati usia remaja. Dalam keadaan ini, kita akan terfikir bahawa umurnya sekurang-kurangnya 15 tahun pada ketika itu. Berdasarkan andaian ini, usianya ialah 25 tahun pada ketika beliau mula tinggal bersama suaminya s.a.w. Adalah tidak berasas untuk menetapkan usia yang lebih muda dari itu.


HUJAH KE-16 – AISHAH R.A. DISEBUT SEBAGAI ‘GADIS’ DAN BUKAN ‘KANAK-KANAK’ SEMASA DICADANGKAN UNTUK BERNIKAH DENGAN RASULULLAH
Juga merupakan satu fakta sejarah bahawa Khaulah binti Hakim telah memberi cadangan kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengahwini ‘Aishah r.a. dan Saudah r.a.. Khaulah bt Hakim adalah isteri kepada Uthman bin Maz’un, dan Uthman bin Maz’un adalah adik susuan Baginda s.a.w. Dalam hubungan ini, Khaulah adalah isteri kepada adik sesusuan Nabi s.a.w.
Khaulah telah berkata, “Wahai Rasulullah! Mengapa anda tidak mahu berkahwin?” Khaulah mengusulkan demikian setelah kematian Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. Lalu Baginda s.a.w. bertanya, “Dengan siapa saya patut berkahwin?” Khaulah r.a. menjawab, “Dengan seorang gadis atau janda” Baginda s.a.w. berkata, “Siapakah gadis itu, dan siapa pula janda itu?” Khaulah menjawab, “Dia adalah anak perempuan orang yang paling kau sayangi di atas muka bumi ini , Abu Bakar, iaitu Aishah, dan janda itu pula ialah Saudah binti Zam’ah.” Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Baiklah, beritahu tentang saya kepada kedua-duanya , dan tunggu .”
Hafiz Ibn Kathir telah menukilkan riwayat ini dengan panjang lebar dengan merujuk kepada ‘al-Baihaqi’ dan ‘Musnad Ahmad’. Kedua-dua kitab tersebut bukanlah buku sejarah, tetapi kitab hadis dan Ibn Kathir tidak meminda atau mengulas riwayat-riwayat ini. Oleh itu , perbahasan ini bukanlah dalil sejarah, akan tetapi dalil hadis. Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Jari`ah’ biasa digunakan untuk gadis kecil yang belum baligh, sementara perkataan ‘Bakra’ digunakan untuk seorang anak dara. Perkataan ini tidak diucapkan untuk seorang anak kecil berusia lapan atau sembilan tahun; tetapi ia digunakan untuk anak dara yang telah baligh . Sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Persetujuan hendaklah diperolehi daripada ‘bakra’ (anak dara) (dalam hal nikah ), dan diamnya adalah persetujuannya.” (SahehMuslim)
Perkataan ‘bakra’ dalam Bahasa Arab adalah lawan kepada perkataan ‘thayb’. ‘Thayb’ ialah wanita berkahwin yang kematian suami atau yang telah bercerai, yang mana dalam Bahasa Urdu disebut sebagai ‘au`rat’( dan dalam bahasa Melayu disebut ‘janda’ atau ‘balu’ ) . Jika anda tidak mempercayainya, cubalah panggil seorang anak dara dengan sebutan ‘au`rat’, dan lihat apa yang akan terjadi!
Itulah sebabnya satu lagi ayat di dalam hadis ini ialah: “Dan, seorang ‘thayb’(janda atau balu ) lebih berhak ke atas dirinya berbanding dengan wali “. (Saheh Muslim)
Perkataan ‘thayb’ ini digunakan sebagai lawan kepada perkataan ‘bakra’. Di dalam Riwayat daripada ‘Musnad Ahmad’ dan ‘Baihaqi’ , Khaulah r.a. mengucapkan; “ada seorang ‘bakra’(gadis atau anak dara) dan ada seorang ‘thayb’(janda)”. Perkataan ‘bakra’ (gadis) ini adalah suatu bukti bahawa ‘Aishah ialah seorang anak dara yang melepasi usia remaja. Jika Aishah r.a. adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, maka Khaulah r.a. tentunya akan mengucapkan perkataan “ada seorang ‘jari’at’ (kanak-kanak perempuan) dan seorang ‘thayb’(janda)”. Beliau tidak mungkin berdusta dengan sebegitu jelas. Beliau juga bukanlah seorang ‘ajami’ (bukan Arab), iaitu seseorang yang tidak fasih berbahasa Arab . Beliau tidak mungkin melakukan kesilapan sebodoh ini.
Telah menjadi suatu kebiasaan bagi Nabi Muhammad s.a.w. untuk melawat rumah Abu Bakar setiap hari di waktu pagi dan petang, sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari. Dalam hal ini, mungkinkah Nabi s.a.w. tidak menyedari bahawa apa yang Khaulah beritahu sebagai ’seorang anak dara’ hanyalah seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia enam tahun? Jikalau benar sedemikian sudah tentu baginda s.a.w. akan berkata:
“Wahai Khaulah!Adik iparku! Adakah kamu berfikir dengan betul ? Kamu telah mencadangkan kepada saya seorang kanak-kanak perempuan dengan mengatakan beliau seorang gadis . Saya biasa melihatnya setiap pagi dan petang”.
Adalah jelas perkara yang sedemikian tidak pernah berlaku . Bahkan, apabila Khaulah menyampaikan hasrat Rasulullah kepada Abu Bakar r.a., beliau (Abu Bakar) menjawab bahawa beliau telah berjanji untuk mengahwinkan Aishah dengan anak Mut’im, dan meminta tempoh untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Abu Bakar tidak pernah mengatakan Aishah r.a. masih lagi kanak-kanak kecil.
Peristiwa ini adalah bukti bahawa Saidatina ‘Aishah bukan lagi seorang kanak-kanak di waktu itu. Sekiranya tidak , Abu Bakar r.a. dan Khaulah binti Hakim r.a. mungkin dianggap sebagai orang kurang siuman , dan kemungkinan juga kemuliaan Nabi s.a.w. akan diperlekehkan . (Semoga Allah melindungi kita dari semua ini!)
Khaulah mencadangkan seorang anak dara kepada Rasulullah s.a.w. Bapanya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w. tidak menolak bila mendengar cadangan ini. Jikalau perkahwinan ini telah berlaku sewaktu Ummul Mu’minin r.a. baru berusia enam tahun, maka Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kemungkinannya telah menjadi bahan ejekan dan cemuhan kaum musyrikin di Mekah. Dan, tidak boleh dibayangkan tokoh-tokoh yang bijaksana sebagaimana nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. melakukan kesilapan sedemikian rupa sehingga menjadi sasaran dan buah mulut orang ramai.
Sebelum daripada ini kami adalah salah seorang yang mempercayai bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. sejak umurnya sembilan tahun, dan kami menerima riwayat ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’. Akan tetapi apabila kami, dengan mengosongkan fikiran, membaca buku-buku hadis dan sejarah, dan buku-buku rijal ( biografi perawi), kami membuat kesimpulan bahawa selama ini kami seolah-olah katak yang berada di dalam telaga. Namun, kini kami telah sampai ke peringkat di mana sungai Furat dan Dajlah , bahkan Teluk Farsi, tidak lagi mengepung kami. Sekarang doa kami hanyalah supaya Ulama kami turut keluar daripada tempurung kejahilan dan tipudaya, dan kemudian lihatlah berapa banyak manakah sungai yang mengalir di Pakistan ini.


HUJAH KE-17 – RASULLULAH TIDAK TINGGAL BERSAMA AISHAH R.A. KERANA MASALAH MENDAPATKAN MAHAR, BUKAN KERANA UMUR AISHAH YANG TERLALU MUDA
Ibn Saad di dalam “Tabaqat”, menukilkan dari Amra binti Abdur Rahman bahawa beliau telah bertanya kepada Ummul Mu’minin r.a., “Bilakah Rasulullah mula tinggal bersama dengan anda?” Beliau (’Aishah r.a.) menjawab, “Apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah meninggalkan saya dan anak perempuannya di Mekah. Setelah tiba di Madinah, baginda telah menghantar Zaid bin Harithah r.a. untuk membawa kami (ke Madinah), dan juga menghantar pembantunya Abu Raf’a r.a. bersamanya (Zaid), dan telah memberi kepada Zaid dua ekor unta dan 500 Dirham.
Baginda s.a.w. mendapat duit ini daripada Abu Bakar r.a., dan duit ini telah diberi kepada Zaid bin Harithah untuk tujuan mereka membeli barang-barang keperluan dan lebih banyak unta, jika diperlukan. Abu Bakar r.a. menghantar Abdullah bin Ariqit Al-dili bersama dengan dua orang ini, dan telah memberikan dua atau tiga ekor unta (kepada Al-dili). Beliau (Abu Bakar r.a.) telah menulis kepada anaknya Abdullah dan menyuruhnya menyiapkan keluarganya untuk berhijrah. Emak saya Ummu Rumman r.a. dan isteri Zubair, Asma’ r.a. dan saya keluar bersama-sama.
Apabila kami telah tiba di Qadid, Zaid bin Harithah membeli tiga ekor unta dengan harga 500 Dirham, dan kami mulai bertolak bersama-sama. Di dalam perjalanan kami berjumpa Talhah bin Ubaidullah yang telah keluar dengan niat untuk berhijrah dan beliau mahu menyertai rombongan keluarga kami berhijrah ke Madinah.
Zaid bin Harithah r.a. meneruskan perjalanan ke Madinah dengan membawa bersama Abu Raf’a, Fatimah, Ummu Kalthum dan Saudah bin Zam’ah r.a. Zaid juga telah membawa bersama isterinya Ummu Aiman dan anak lelakinya Usamah r.a. Manakala Abdullah bin Abu Bakar membawa ibunya Ummu Rumman r.a. dan kedua-dua adik perempuannya. Apabila kami sampai ke tempat bernama Baidh yang terletak berhampiran dengan Mina, unta saya telah ketakutan dan lari. Ketika itu saya berada di dalam mehfah, ibu saya telah menangis, “Oh! Anak ku. Oh! Pengantin ku”. Kemudian mereka menemui unta kami yang turun dari gaung. Allah yang Maha Kuasa telah memeliharanya.
Apabila kami tiba di Madinah, saya tinggal bersama dengan keluarga Abu Bakar r.a. (ayah saya), sementara keluarga Rasulullah s.a.w. telah tinggal di rumah berdekatan dengan masjid. Baginda s.a.w. pada masa itu sibuk membina masjid. Kami telah tinggal untuk beberapa hari di rumah Abu Bakar.
Kemudian Abu Bakar r.a. telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Sekarang apakah halangan kepada tuan untuk tinggal bersama dengan isteri tuan?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Maskahwin ialah halangannya.” Kemudian Abu Bakar r.a memberi kepada baginda s.a.w. 12 Ukyah dan beberapa Nash (lebih kurang 500 Dirham atau lebih sedikit). Rasululah s.a.w. kemudiannya telah menghantar wang tersebut kepada kami sebagai mahar perkahwinan. Selepas itu saya telah datang ke rumah ini untuk tinggal bersamanya, di tempat saya tinggal sekarang ini. Di rumah inilah Rasulullah s.a.w. wafat . Dan, Rasulullah telah membina sebuah pintu yang menghala ke masjid yang terletak di hadapan rumah saya. Dan, Rasulullah juga telah hidup bersama Saudah r.a. di sebuah rumah di anjung masjid, bersebelahan dengan rumah saya. (”Tabaqat Ibn Sa’ad”, Jilid VIII, m/s 68)
Meskipun perawi riwayat ini adalah Waqidi, seorang pendusta, tetapi tidak semestinya dia akan berdusta setiap masa. Ada masanya dia akan bercakap benar. Sekali lagi, tidak sebagaimana Shibli, sesetengah pakar hadis cuba untuk membuktikan bahawa beliau (Waqidi) adalah ‘thiqah’. Kami telah menyalin riwayatnya di sini disebabkan oleh apa yang kami petik di atas menyokong riwayat ini. Bayangkan, akhirnya sesuatu yang benar telah keluar dari mulut seorang pendusta!
Tujuan kami hanya untuk menunjukkan jika sekiranya Ummul Mu’minin baru sahaja berusia lapan tahun selepas berhijrah ke Madinah. tidak mungkin sekali-kali Abu Bakar akan meminta Rasulullah s.a.w. untuk tinggal bersama Aishah r.a. Dalam perkataan lain, seolah-olah beliau berkata: “Berapa lama saya patut membiarkan anak perempuan saya tingal di rumah saya?
Dan Rasulullah s.a.w tidak akan sekali-kali menjawab ‘Maskahwinnya adalah penghalangnya’. Abu Bakar r.a. tidak suka anak perempuannya tinggal di rumahnya. Jadi beliau menghantar wang hantaran perkahwinan, dan kemudian baginda s.a.w. telah mengadakan majlis perkahwinannya dengan Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a.”. Ini telah membuktikan bahawa tiada sebarang halangan mengapa Rasulullah tidak membawa isterinya r.a. tinggal bersamanya melainkan kerana tiada maskahwin.


HUJAH KE-18 – HADIS YANG MENSYARATKAN MENDAPAT PERSETUJUAN SEORANG GADIS SEBELUM DIKAHWINKAN MEMERLUKAN GADIS TERSEBUT TELAH CUKUP UMUR
Ibn Abbas meriwayatkan yang Rasulullah s.aw. bersabda:, “seorang janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, dan persetujuan mestilah diperolehi daripada seorang anak dara, dan diamnya adalah menunjukkan persetujuannya ( Muslim, jilid 1, m/s 455)
Namun di dalam beberapa riwayat, disebutkan “Anak dara mestilah diminta pandangan darinya”.
Di dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a., nabi s.a.w. bersabda; ” Janganlah kamu mengahwinkan janda sebelum meminta pandangan darinya dan janganlah kamu mengahwinkan anak dara sebelum meminta persetujuan” (Muslim, Jilid I, m/s 455)
Berdasarkan hadis-hadis ini, kerelaan seorang anak dara (yang belum berkahwin) ialah satu syarat asas bagi perkahwinannya; dan jika gadis itu di bawah umur, tidak timbul soalan mengenai kerelaannya. Ia disebabkan beliau tidak mengetahui tujuan perkahwinan itu sendiri. Dengan itu ulama fiqah menyelesaikan masalah ini dengan memutuskan bahawa wali boleh menjalankan pernikahan seorang kanak-kanak bagi pihak kanak-kanak tersebut. Ulama fiqah berdalilkan riwayat Hisham kerana tiada riwayat lain berkenaan perkara ini. Oleh kerana riwayat ini terbukti salah, maka perkahwinan kanak-kanak belum baligh juga adalah salah.


HUJAH KE-19 – KEBOLEHAN LUARBIASA AISHAH R.A MENGINGATI SYAIR YANG BIASA DI SEBUT DI ZAMAN JAHILIYAH MEMBUKTIKAN BELIAU R.A. LAHIR DI ZAMAN JAHILIYAH
Telah tercatat dalam buku hadis dan sejarah bahawa apabila Muhajirin berhijrah ke Madinah, ramai di kalangannya jatuh sakit, termasuklah Abu Bakar As-Siddiq r.a.yang mengalami demam kuat. Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah menjaga ayahnya sepanjang ayahnya jatuh sakit. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid III, m/s 43)
Iklim di Madinah tidak sesuai dengan sahabat Muhajirin untuk beberapa ketika. Mereka jatuh sakit berulangkali, hinggakan Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa sebagaimana berikut: “Ya Allah! Jadikanlah Madinah mengasihi kami sebagaimana Mekah mengasihi kami, malah lebih lagi. Sesuaikanlah iklimnya kepada kami. Berkatilah kami dengan udara dan permukaan bumi. Alihkan demamnya ke arah Jahfah” (Hadis riwayat Bukahri dan Muslim)
Riwayat ini juga diceritakan oleh Saidatina ‘Aishah r.a. dan dinukilkan oleh Hisham dari ayahnya Urwah. Dan, terdapat riwayat lain oleh Hisham yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang disebutkan di dalam ‘Bukhari’ Jilid II, m/s 848.
Aishah r.a. berkata bahawa Madinah adalah suatu tempat di mana bersarangnya penyakit-penyakit dan wabak-wabak. Penduduknya senantiasa menderita penyakit demam. Saidina Abu Bakr r.a., hambanya ‘Amir r.a. bin Faheerah dan Bilal r.a. telah terlantar sakit di dalam sebuah rumah.
Dengan keizinan daripada Rasulullah s.a.w., beliau (’Aishah r.a.) pergi untuk merawat mereka. Pada masa itu, perintah mengenai pemakaian purdah belum lagi diturunkan. Kesemua mereka sedang terbaring dengan keadaan separuh sedar disebabkan demam yang kuat. Beliau (’Aishah r.a.) menyambung, ‘Saya menuju ke arah Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, Ayah! Bagaimana keadaan kamu?” beliau (Abu Bakar) menjawab: “Setiap manusia menghabiskan waktunya di kalangan sanak-saudaranya, dan kematian itu adalah lebih hampir daripada tali kasutnya.”
Aishah r.a. berkata bahawa ayahnya tidak mengetahui apa yang telah diucapkannya ( disebabkan oleh fikirannya terganggu oleh demam). Kemudiannya saya pergi kepada ‘Amir r.a., dan bertanya, “Amir! Apa khabar?” beliau (’Amir) berkata: “Saya telah merasai keperitan maut sebelum datang kematian, kerana seorang penakut akan mati dicucuk hidungnya. Semua orang berjuang dengan kekuatannya, seperti mana sehelai kain menyelamatkan kulit manusia daripada sinarannya.” Saidatina ‘Aishah r.a. berkata lagi, “Saya fikir beliau juga tidak mengerti apa yang telah diucapkannya.”
Telah menjadi tabiat Bilal apabila beliau menghidap demam, beliau selalunya berbaring di halaman rumah, dan menangis dengan sekuat-kuat hatinya. Pada ketika itu, beliau sedang memperdengarkan bait-bait berikut: “Alangkah baiknya, jika aku melalui malam di lembah di mana rumput liar dan belalang akan berada di sekeliling ku. Dan jika aku turun pada suatu hari mengambil air di Majnah dan alangkah baiknya kalau aku nampak sha’mmah dan tufail”
Di dalam riwayat ‘Bukhari’ tidak disebut mengenai ‘Amir bin Fareehah, tetapi Imam Ahmad di dalam ‘Musnad’nya telah meriwayatkan tentang ‘Amir daripada Abdullah bin Urwah. Perhatikan riwayat ini dengan cermat. Ummu Rumman r.a. dan Asma’ r.a. juga berada di dalam rumah itu. Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. dipertanggungjawabkan menjaga orang-orang sakit. Adakah munasabah tanggungjawab penting seperti itu diamanahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sedangkan pada masa yang sama terdapat wanita lain yang lebih tua di dalam rumah itu? Tugas merawat dan menjaga ini munasabah jika Ummul Mu’minin r.a. sendiri sudah cukup matang dan tahu tanggungjawabnya . Tugas melayan orang sakit sebagaimana yang telah digambarkan di dalam Tabaqat Ibn Sa’ad, adalah tidak masuk akal untuk kanak-kanak di usia 8 atau 9 tahun.
‘Aishah r.a. mengatakan bahawa beliau menceritakan keadaan ayahnya, ‘Amir bin Fareehah dan Bilal r.a., dengan menyebut bait-bait ini kepada Rasulullah s.a.w.: “Mereka ini berjalan terhuyung-hayang. Mereka menjadi kurang waras disebabkan oleh demam yang amat kuat.”
Keseluruhan peristiwa ini membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. telahpun menjadi seorang surirumah pada tahun 1 H. Bayangkan dia meminta izin suaminya untuk melawat dan merawat orang sakit. Bayangkan bagaimana sekembalinya, beliau r.a. telah mengulang kesemua bait-bait yang didengarinya, dan memberitahu suaminya s.a.w. bahawa mereka ini melafazkan bait-bait ini di dalam keadaan demam kuat dan dalam keadaan tidak sedar.
Kesemua perkara ini adalah amat payah untuk dilakukan dan difahami oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun . Ini adalah urusan orang dewasa . Mengingati dan menghafal syair-syair adalah mungkin, hanya apabila Ummul Mu’minin r.a. telah melalui sebahagian daripada usianya di dalam persekitaran begitu. Walaubagaimanapun, jika kita menerima bahawa beliau hidup bersama suami (Rasulullah) sewaktu berusia sembilan tahun dan beliau dilahirkan setelah tahun kelima Kerasulan, tidak wujud persekitaran rumah yang sedemikian kerana pada masa itu rumah mereka dipenuhi dengan bacaan al-Quran dan bukannya syair. Bila dan di mana beliau (’Aishah) belajar syair ini? Jawapan mudahnya ialah: ‘beliau telah dilahirkan sebelum Zaman Kerasulan, mindanya telah terdidik dengan kesusasteraan sebagaimana penduduk Mekah yang lain’.
Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut di halaman yang selanjutnya.


HUJAH KE-20 – KEMAHIRAN DALAM SASTERA, ILMU SALASILAH DAN SEJARAH SEBELUM ISLAM
Waliuddin Al-Khateeb, penulis Mishkath menulis: “Saidatina ‘Aishah r.a. merupakan seorang wanita yang faqih, alim, fasih, dan fazilah. Beliau paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Beliau r.a. sangat mahir dalam sejarah peperangan dan syair-syair Arab ( sebelum kedatangan Islam).”(’Mishkat’, m/s 612)
Anak saudaranya Urwah r.a. menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menjumpai seseorang yang lebih mahir daripada Saidatina ‘Aishah r.a. di dalam bidang tafsir al-Qur’an, ilmu Fara’id, hukum halal-haram, hukum fiqah, syair, perubatan, sejarah Arab dan ilmu salasilah. (’Al-Bidayah wan-Nihayah’, Jilid VIII, m/s 92)
‘Ata bin Abi Rabah mengatakan bahawa Ummul Mu’minin r.a. adalah seorang ahli fiqah yang paling hebat, seorang ulama’ yang paling tinggi pengetahuannya dan seorang pemikir yang paling tinggi tahap pemikirannya. (’Al-Bidayah wan-Nihayah’, Jilid VIII, m/s 92)
Abu Musa Ashaari r.a. berkata “Apabila kami, para sahabat mengalami kesulitan dalam memahami hadis nabi, kami akan mendapat penyelesaian yang mudah daripada beliau” (’Tirmizi’, ‘Al-Bidayah wan-Nihayah)
Abul Zinad menceritakan bahawa beliau belum pernah melihat seorang lelaki yang lebih mahir dalam syair berbanding Urwah . Beliau telah bertanya kepada Urwah, “Bagaimana anda boleh menjadi seorang yang sangat hebat dalam syair?” Urwah telah menjawab bahawa beliau mewarisinya daripada ibu saudaranya Aishah r.a.; dan menambah, apabila berlaku sebarang peristiwa, beliau (’Aishah r.a.) akan melafazkan secara spontan serangkap syair yang menggambarkan keadaan itu.
Musa bin Talhah menceritakan bahawa beliau tidak pernah menemui seseorang yang lebih petah berbicara dari Aishah r.a. Urwah r.a. berkata bahawa beliau pernah bertanya kepada Ummul Mu’minin r.a., “Wahai ibu saudaraku! Saya tidak hairan bagaimana anda menjadi seorang yang faqih, kerana anda adalah isteri kepada Rasulullah s.a.w. dan anak perempuan kepada Abu Bakar r.a. Saya juga tidak hairan kerana anda dapat mengingat syair dan mahir tentang sejarah kerana anda adalah anak kepada Abu Bakar, orang yang paling alim. Akan tetapi saya hairan dengan pengetahuan anda yang mendalam dalam perubatan, daripada manakah anda mempelajarinya?” Ummul Mu’minin r.a. menepuk bahu Urwah dan berkata, “Wahai Urwah! Rasulullah s.a.w. menderita sakit di hari-hari terakhir kehidupannya, dan ramai utusan yang datang melihatnya dari setiap ceruk, dan mereka mecadangkan ubat-ubatan untuknya s.a.w , dan saya memberikan ubat kepadanya menurut cadangan-cadangan tersebut.
Untuk mencapai kecekapan di dalam kesusateraan Arab, syair, ilmu salasilah dan sejarah Arab, memerlukan masa yang lama dan seorang pelajar hendaklah cukup berumur untuk memahami dan mengingati ilmu tersebut. Dan kita tahu bahawa ilmu salasilah dan sejarah Arab adalah topik yang membosankan.
Berdasarkan riwayat Hisham, beliau (’Aishah) masih lagi seorang kanak-kanak berumur lapan tahun, semasa berlakunya peristiwa Hijrah. Abu Bakar r.a., meninggalkan keluarganya di Mekah dan berhijrah ke Madinah. Selepas beberapa bulan , beliau membawa ahli keluarganya (melalui sahabatnya) . Beliau membawa ahli keluarganya datang ke Madinah, dan Saidatina ‘Aishah mulai tinggal bersama suaminya Rasulullah setelah beberapa hari tiba di Madinah. Dalam tempoh yang sebegitu singkat beliau tidak akan mendapat sebarang peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada ayahnya.
Di Madinah, aktiviti Rasulullah s.a.w. adalah amat berbeza berbanding semasa berada di Mekah. Di sini baginda mengajarkan al-Qur’an, solat dan puasa, dan menyebarkan Islam ke wilayah-wilayah.luar. Persekitaran ini tiada kaitan langsung dengan ilmu salasilah , ilmu sejarah dan syair . Saidatina ‘Aishah tidak mungkin dapat mencapai kemahiran dengan memahami dan menyesuaikan syair-syair melainkan beliau telah melalui masa yang agak panjang untuk memerhati dan mempelajari syair. Beliau telah menghafal rangkap-rangkap syair Arab yang terbaik yang akan diungkapkan bersesuaian dengan keadaan. Beliau juga telah memahami dengan mendalam rangkap-rangkap prosa. Hadis yang dinyatakan oleh Ummu Zar’i, yang diriwayatkan dalam ‘Muslim’, merupakan karya agung sasteranya.
Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa Ummul Mu’minin r.a. adalah merupakan seorang wanita yang dewasa sebelum perkahwinannya. Beliau telah memperolehi kemahiran ini samada dengan belajar atau memerhati ayahnya. Disebabkan oleh daya ingatan dan kebijaksanaannya yang luar biasa, beliau telah mencapai kecemerlangan di dalam ilmu salasilah Arab, juga kemahiran yang tinggi di dalam syair dan sejarah.
Saidatina ‘Aishah r.a. berkata: “Suatu hari, Rasulullah sedang membaiki kasutnya dan saya memerhatikannya. Dengan melemparkan pandangannya ke arah saya, baginda s.a.w. bertanya, “Kenapa? Kamu merenung saya dengan begitu tekun.” Saya menjawab, “Saya melihat kesepadanan rangkap syair oleh Abu Bakr al-Hazli pada diri kamu. Jika beliau masih hidup, beliau tidak akan menemui orang lain yang lebih sesuai untuk rangkap syairnya.” Baginda s.a.w. bertanya kepada saya apakah rangkap tersebut.
Kemudian Ummul Mu’minin r.a. berkata: “Sesuatu yang tidak ada padanya kekejian, dan daripada kekotoran pemerah susu dan daripada setiap penyakit yang berjangkit, (dan) apabila kamu melihat kepada garis-garis di wajahnya, (kamu akan melihat) ia bercahaya, sebagaimana pipi yang terang bercahaya.”
Mendengarkan rangkap ini, Rasulullah s.a.w. amat gembira, sambil menggeleng-geleng kepalanya, baginda bersabda, “Ia amat menyenangkan saya, syair ini tepat pada tempatnya”
Ini bermakna bahawa Ummul Mu’minin r.a. bukanlah sekadar seorang wanita alim yang kaku bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri juga bukanlah seorang yang hambar dan membosanknan.
Sewaktu adiknya Abdur Rahman meninggal dunia, beliau (’Aishah r.a.) dengan spontan mengungkapkan bait-bait ini:
“Kita berdua adalah diibaratkan seperti dua orang pengiring raja Jazimah. Untuk suatu tempoh yang lama, sangat lama mereka bersahabat hinggakan orang berkata bahawa tidak mungkin mereka akan berpisah. Namun apabila kami berpisah, meskipun saya dan Tuan telah bersama dalam tempoh yang lama, tetapi rasanya kami tidak pernah tinggal bersama walaupun satu malam.”
Ungkapan-ungkapan Ummul Mu’minin r.a tentang syair , sejarah dan salasilah yang ditemui di dalam kitab-kitab hadis, sejarah dan kesusateraan boleh dirumuskan bahawa beliau adalah seorang ahli hadis, ahli feqah, ahli tafsir al-Quran, ahli sejarah dan pakar salasilah yang terhebat di zamannya.
Dengan tujuan untuk menenggelamkan ketokohan Aishah r.a. dalam bidang keilmuan dan kesusasteraan, orang-orang Syiah mencipta cerita kononnya Ummul Mu’minin suka bermain dengan anak patung dan anak patung ini menjadi sebahagian penting dari hidupnya. Bahkan apabila Rasulullah s.a.w. kembali daripada Perang Tabuk, baginda s.a.w. melihat anak patung yang dihiasi di suatu sudut rumahnya, meskipun setelah sembilan tahun menjadi isteri Rasulullah s.a.w!! Dalam erti kata lain, beliau (’Aishah) tidak melakukan sebarang kerja, melainkan berterusan bermain dengan anak patungnya, walaupun setelah menjadi salah seorang daripada ahli keluarga Nabi s.a.w.
Sedangkan, fakta sebenarnya ialah setelah menjadi isteri Nabi s.a.w., Ummul Mu’minin r.a. telah pun mencapai tahap kemuncak di bidang keilmuan di mana beliau mampu meletakkan prinsip-prinsip asas hukum fiqah dan hadis yang diakui dan diguna pakai oleh sahabat-sahabat r.a.
Contohnya, Ummul Mu’minin memperkenalkan satu prinsip iaitu suatu yang bercanggah dengan al-Quran tidak sekali-kali akan diterima, sama ada ia ditakwil atau sememangnya yang ditolak. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas perhatikan riwayat tentang orang kafir yang telah terbunuh di dalam Perang Badar. Rasulullah s.a.w. mencampakkan mayat mereka ke dalam satu lubang dan sambil berdiri di tepi lubang tersebut baginda mengucapkan, “Adakah kamu dapati apa yang dijanjikan oleh tuhanmu benar.” Lalu para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah kamu bercakap dengan orang yang telah mati? Baginda kemudiannya menjawab: “Kamu tidak akan mendengar lebih daripada mereka, Cuma mereka tidak dapat menjawab.” Mendengarkan ini Ummul Mu’minin
r.a. berkata, ” Rasulullah tidak pernah mengucapkan perkara tersebut, sebaliknya baginda telah mengucapkan: “Kini mereka tahu sesungguhnya apa yang aku cakapkan adalah benar “. Baginda s.a.w. tidak mungkin melafazkan kata-kata sebagaimana riwayat di atas, kerana Allah Yang Maha Esa telah berkata: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat membuatkan orang yang telah mati mendengar.” (Bukhari Jilid I, m/s 183)
Suatu contoh lagi ialah apabila hampir meninggal dunia Saidina Umar r.a. telah mengucapkan hadis Nabi ini: “Sesungguhnya, mayat akan diazab dengan ratapan daripada ahli keluarganya.” Mendengarkan ini, Saidatina ‘Aishah r.a. berkata: “Semoga Allah yang Maha Kuasa mencucuri rahmat kepada Umar r.a. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengucapkan hadis ini, yakni bahawa Allah S.W.T. memberi azab terhadap orang Mu’min disebabkan oleh ratapan daripada ahli keluarganya, sebaliknya Rasulullah s.a.w. telah mengucapkan bahawa Allah S.W.T. akan melipatgandakan azab terhadap orang kafir lantaran ratapan oleh ahli keluarganya. Dan al-Qur’an itu adalah mencukupi bagi kamu, dan seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain.”
Di dalam riwayat yang lain beliau (’Aishah) menjelaskan, “Apa yang sebenarnya berlaku ialah seorang perempuan Yahudi telah meninggal dunia, dan ahli keluarganya telah meratapi kematiannya. Dengan menujukan kepada mereka, Rasulullah s.a.w. telah mengucapkan: “Mereka ini sedang meratapi kematian beliau, sedangkan beliau diazab di dalam kuburnya.” (Bukhari, Jilid I, m/s 172,/ ‘Muslim’, Jilid I, m/s 303)
Teguran yang diberikan oleh Ummul Mu’minin r.a. dalam dua peristiwa ini, mengasaskan prinsip-prinsip fiqah dan hadis sebagaimana berikut :
1- Bila makna sesuatu hadis bercanggah dengan al-Quran, walau betapa tinggi kedudukan sanadnya, ianya adalah tertolak. Prinsip ini digunakan oleh fiqah mazhab Hanafi.
2 – Walau setinggi manapun kedudukan seseorang perawi, sesuatu hadis tetap tidak akan diterima sekiranya dia meriwayatkan sesuatu yang bercanggah dengan al-Quran. Tiada siapa akan mencapai kedudukan seumpama Saidina Umar r.a. dan Saidina Abdullah bin Umar r.a. Apabila Ummul Mu’minin r.a. mengutamakan ‘prinsip’ bila berdepan dengan ‘peribadi’ perawi, suatu prinsip lain diperkenalkan iaitu, ‘ bila sahaja seorang perawi dibandingkan dengan satu prinsip maka perawi itu akan ditolak dan prinsip itulah yang akan diterima pakai.
3- Apabila seseorang mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan al-Quran atau prinsip ini, beliau dianggap telah tersalah faham atau tidak dapat mengingati peristiwa tersebut dengan tepat ataupun mungkin beliau tidak dapat memahami kedudukan sebenar peristiwa itu.
4- Sesungguhnya al-Quran itu adalah mencukupi untuk perkara berkenaan Kaedah dan Rukun keimanan. Oleh itu kita tidak perlu menyokong riwayat tersebut.
5- Sayugia diingat, siapakah Saidina Umar r.a. ini. Sedangkan peribadi agung seperti Saidina Umar r.a. tidak boleh diterima sekiranya riwayatnya bercanggah dengan al-Quran . Lalu , bagaimana mungkin kita bertaqlid buta kepada seseorang yang berjuta kali lebih rendah daripada Umar r.a.. Sekiranya telah jelas terdapat kecacatan dalam di dalam sesuatu riwayat maka riwayat tersebut hendaklah ditolak.
Apabila Saidina Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan hadis di atas, Ummul Mu’minin r.a. berkata: “Semoga Allah mengampuni segala dosa Abu Abdur-Rahman. Beliau tidak berdusta. Akan tetapi mungkin beliau terlupa atau tersilap.” (’Muslim’, Jilid I, m/s 303)
Dari ungkapan ini, Ummul Mu’minin r.a. mengasaskan satu lagi prinsip, iaitu;
6- Walau bagaimana jujur dan terpercayanya seseorang perawi, meskipun dia adalah seorang daripada sahabat yang adil yang sememangnya tidak pernah berdusta, mereka mungkin melakukan kesilapan iaitu samada ia terlupa atau kurang memahami maksud sebenar. Tiada seorang pun yang terkecuali daripada kesilapan seperti itu.
Oleh itu tidak semestinya setiap riwayat perawi yang thiqah adalah tepat . Boleh jadi beliau tersilap dalam merawikan atau dia tidak mendengar percakapan dengan lengkap. Apabila kemungkinan seperti itu berlaku di kalangan sahabat r.a., untuk menganggap bahawa Hisham terselamat dan bebas daripada kekurangan atau kecacatan , adalah sama seperti mencela kesucian dan kebenaran Nabi s.a.w. dan juga suatu serangan terhadap kehormatan sahabat r.a. Ulama hadis menamakan riwayat sedemikian sebagai riwayat ‘mungkar’ ( yang disangkal) . Oleh kerana itu, masyhur di kalangan mereka istilah seperti mungkarat Sufyan Uyainah, Hammad ibn Salamah dan Sharik bin Abdullah Al-Madani.
Berdasarkan alasan ini ulama hadis dan juga ahli feqah bersepakat bahawa setiap manusia, secara semulajadi, mempunyai mempunyai sifat pelupa dan melakukan kesilapan. Ada kemungkinan seorang sahabat r.a. melakukan kesilapan dalam memindahkan lafaz , ataupun telah tersilap dalam memahami maksudnya yang sebenar, atau mungkin juga beliau tidak menyaksikan keseluruhan peristiwa yang berlaku dan membuat kesimpulan yang salah. Ataupun mungkin telah mendengar sebahagian daripada percakapan dan mengeluarkan pendapat berdasarkan pertimbangannya sendiri. Mungkin juga beliau telah terkeliru bila menyaksikan hanya sebahagian daripada sesuatu peristiwa. Apabila kita menimbangkan kemungkinan kecacatan ini dalam riwayat sahabat kita sepatutnya perlu lebih berhati-hati sebelum menerima riwayat dari perawi bukan sahabat. Dan sekiranya sebarang kelemahan ditemui di dalam mana-mana riwayat, maka kita perlu lebih berhati-hati sebelum menerima riwayat tersebut. Dengan itu setinggi manapun sanad sesuatu hadis ianya tetap dikatakan ‘zanni’ (sangkaan kuat) dan setiap peringkat tidak terlepas dari ‘zann’. Bezanya di dalam hadis mutawatir tahap ‘zann’ (keraguan) adalah paling sedikit berbanding hadis ahad. Di dalam riwayat Hisham ini kita dapati ada ‘keraguan” di setiap peringkat perawi.
Jikalau bilangan perawi lebih sedikit di dalam sesuatu sanad maka semakin berkuranglah ‘zann’ ( keraguan) nya. Itulah sebabnya mengapa ulama hadis akan mengelaskan sesebuah hadis yang mempunyai bilangan dan peringkat perawi yang sedikit , sebagai ‘Alee’ (yang lebih tinggi)’, sementara sebuah hadis yang mempunyai bilangan dan peringkat perawi yang banyak, sebagai ‘Safil’ (tahap yang lebih rendah).
Sebagai contohnya, Imam Bukhari menukilkan sebuah riwayat melalui sanad ini: “Al-Humaidi menceritakan bahawa Sufyan berkata kepadanya, daripada al-Zuhri, daripada Urwah, daripada ‘Aishah…” Di dalam ’sanad’ ini, terdapat lima orang perawi yang menghubungkan antara Rasulullah s.a.w. dan Bukhari. Berlainan dengan riwayat yang kedua yang telah disampaikan melalui cara ini: “Abu ‘Asim menceritakan bahawa Ad-Duhak berkata kepadanya, daripada Salamah bin Al-Akwa’…” Di dalam sanad ini hanya terdapat tiga orang perawi. Tahap keraguan di dalam riwayat ini adalah kurang berbanding dengan riwayat pertama. Riwayat kedua dikatakan ‘alee’ manakala riwayat kedua dikatakan ’safil’. Riwayat yang kedua adalah salah satu dari ‘thulathiyyat’ Imam Bukhari( iaitu yang mempunyai sanad yang paling sedikit, iaitu tiga orang perawi) dalam saheh Bukhari. Di dalam Bukhari hanya terdapat 23 thulathiyyat; riwayat yang lain adalah lebih rendah tarafnya daripada 23 riwayat ini. Dengan menggunakan asas yang sama, bahawa riwayat-riwayat Bukhari yang mempunyai empat peringkat perawi di dalam sanadnya , akan menjadi ‘alee’ jika dibandingkan dengan riwayat yang mempunyai lima peringkat perawi di dalam sanadnya.
Bila Imam Abu Hanifah r.a. dan Imam Malik r.a. menukilkan mana-mana riwayat, kadangkala terdapat dua atau tiga orang perawi di dalam sanadnya. Terutama dalam riwayat Imam Abu Hanifah di mana ada riwayat yang hanya mempunyai seorang perawi iaitu sahabat r.a.. Kesemua riwayat oleh mereka ini akan menjadi ‘alee’ daripada Bukhari. Malahan, Riwayat Bukhari yang paling ‘alee’ ( tinggi ) pun adalah ’safil’ ( rendah) berbanding riwayat Abu Hanifah dan Imam Malik.
Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah meletakkan satu kaedah asas fiqah dan hadis yang penting. Peribadi agung Ummul Mu’minin r.a. telah membezakan dengan jelasnya di antara al-Quran dan as-Sunnah, dan beliau telah menjelaskan bahawa ‘zann’ iaitu sesuatu yang mempunyai keraguan tidak boleh mengatasi yang ‘mutlak’ . Di dalam Islam, hanya ‘Kalam Allah’ iaitu al-Qur’an, yang dijamin ‘tepat dan sempurna ‘ sementara hadith Nabi s.a.w adalah ‘zann’ ( yang mempunyai keraguan) kerana ianya diriwayatkan oleh manusia dan ‘kekurangan’ adalah sifat semulajadinya. Tidak pernah wujud manusia yang tidak mempunyai kelemahan ini.
Hadis oleh Fatimah binti Qais adalah satu contoh lain, di mana beliau menyatakan bahawa seorang wanita yang diceraikan tidak akan sekali-kali akan mendapat rumah untuk tinggal, mahupun sebarang nafkah. Amirul Mu’minin Saidina Umar r.a. telah menolak ‘hadis’ ini sambil memberi peringatan bahawa kita tidak boleh mengingkari Kitab Allah hanya dengan berdasarkan kata-kata seseorang. Kami telah menghuraikan peristiwa ini di dalam buku kami yang terdahulu yang bertajuk ‘Usul-e-Fiqah’ dan di dalam sebuah buku baru yang berjudul ‘Isal-e-Sawab Qur’an ki Nazer mein’. Di sini kami hanya ingin menukilkan kata-kata yang diucapkan oleh Ummul Mu’minin r.a. berkenaan ‘hadis’ Fatimah binti Qais tersebut: ” Tidak ada kebaikan bagi Fatimah menyebutkan hadis ini (’Saheh Bukhari’, Jillid I, m/s 485 / Jilid II, m/s 803).
Satu lagi riwayat pula dinyatakan begini: “Adapun beliau tidak mendapat apa-apa kebaikan dengan menyebutkannya.” (’Saheh Bukhari’, Jilid II, m/s 802 / ‘Muslim’, Jilid I, m/s 485)
Qasim bin Muhammad berkata Ummul Mu’minin berkata kepada Fatimah binti Qais , “Tidakkkah kamu takut kepada Allah?” (Saheh Bukhari, Jilid I, m/s 803).
Jika kami ingin mengumpulkan riwayat-riwayat yang disanggah oleh Umul Mu’minin tentunya kami akan dapat menghasilkan sebuah buku. Tunggulah buku kami “Sirah Aisha” yang akan membincangkan perkara ini dengan terperinci. (Nota: Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhalwi tidak dapat menyempurnakan bukunya, ‘Sirah ‘Aishah’ disebabkan oleh sakitnya yang panjang dan berterusan )
Kami memang mengakui bahawa Hisham adalah seorang perawi ‘thiqah”. Beliau adalah salah seorang perawi dalam “Saheh Bukhari”. Beliau adalah seorang yang boleh dipercayai, seolah-olah turun daripada langit di dalam bentuk yang suci. Namun kami katakan bahawa Hisham yang kami hormati ini telah terlupa angka “sepuluh” ketika daya ingatannya lemah .
Dan, hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Hisham adalah tidak benar. Ianya tidak benar kerana adalah tidak masuk akal Ummul Mu’minin menguasai bidang kesusateraan, ilmu salasilah, sejarah dan pidato semasa berumur sembilan tahun. Dan, jika ianya mungkin, bantulah kami sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Inggeris supaya kami dapat membidas kembali tulisan-tulisan beracun seumpama ini di dalam bahasa ini.
Kami telah membaca buku ‘Sirah ‘Aishah’ karya Syed Sulaiman Nadwi. Beliau telah menulis secara ringkas tentang perkahwinan Aishah pada mukasurat 225 di dalam buku tersebut. Di situ, beliau juga telah menyatakan usia Aishah r.a.. adalah sembilan tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.. Sudah tentu kami amat kesal dengan kenyataan ini dan kami mengambil masa lima puluh tahun untuk membetulkan fakta ini.


HUJAH KE-21 – KEINGINAN MENDAPATKAN ANAK DAN NALURI KEIBUAN TIDAK MUNGKIN TIMBUL DARI KANAK-KANAK BAWAH UMUR
Adalah suatu naluri semulajadi seorang wanita dewasa yang telah berkahwin berkeinginan untuk mendapatkan anak. Ia adalah suatu perasaan semulajadi yang mana tiada seorang pun menafikannya. Dan perasaan ini, yang disebut sebagai ‘naluri keibuan’, tidak mungkin timbul di dalam jiwa seorang kanak-kanak perempuan kecil , sebagaimana seorang kanak-kanak lelaki di bawah umur tidak mempunyai keinginan untuk menjadi seorang bapa.
Adalah suatu kebiasaan di Tanah Arab, bahawa bila sahaja seseorang menjadi bapa, beliau akan mengambil ‘kunniyah’(nama timangan) sempena nama anaknya yang dikasihi. ‘Kunniyah’ ini seringkali diambil daripada nama anak lelaki sulung, sebagaimana Abu Talib, namanya yang sebenar ialah Abd Manaf dan Talib adalah anak lelakinya. Abul Qasim adalah kunniyah Rasulullah s.a.w. sempena nama anak lelaki sulungnya yang bernama Qasim. Abul Hassan adalah kunniyah Saidina Ali r.a., yang diambil daripada nama anak lelaki sulungnya, Hassan r.a.
Dengan cara yang sama, apabila seseorang wanita telah mendapat anak setelah perkahwinan, beliau akan menggunakan kunniyah berdasarkan nama anaknya dan akan dikenali dengan nama timangan ini. Dengan berpandukan kepada kunniyah , orang akan mengetahui bahawa beliau adalah seorang ibu kepada anaknya. Contohnya seperti Ummu Habibah r.a., Ummu Salamah’ r.a., dan Ummu Sulaim r.a.
Kunniyah ini akan mengukuhkan lagi kedudukan seseorang di dalam masyarakatnya. Apabila beliau dipanggil dengan menggunakan kunniyah , akan timbul suatu perasaan bahawa beliau adalah seorang ayah kepada anaknya, dan dengan menjadi seorang ayah, tanggungjawab kebapaan dipikul olehnya. Dengan cara yang sama, apabila disebutkan seseorang wanita disebut ‘ibu kepada….’, maka wanita ini akan dapat merasai dirinya adalah seorang ibu, dan ini akan memuaskan naluri keibuannya.
Bahkan, setiap perempuan yang telah berkahwin akan mengimpikan untuk mendapat anak setelah beberapa ketika berkahwin. Malah, wanita yang tiada anak seringkali mengambil anak angkat daripada keluarga lain untuk mememuaskan naluri keibuannya bila anak angkat memanggilnya dengan panggilan ‘ibu’. Dan, keinginan seperti ini tidak mungkin timbul di hati seorang kanak-kanak perempuan yang masih mentah.
Aishah r.a. tidak mempunyai anak kandung, namun pada suatu hari di bawah tekanan naluri semulajadinya, beliau berkata, “Wahai Rasulullah! Kesemua isterimu yang lain telah mengambil kunniyah daripada nama anak lelaki mereka. Bagaimana saya boleh gunakan satu kunniyah?” Lalu Baginda s.a.w. menjawab, “Ambillah kunniyah daripada nama Abdullah, anak lelakimu.” (Abu Daud & Ibn Majah)
Abdullah adalah merujuk kepada Abdullah bin Zubair (anak saudara lelakinya). Jadi kunniyah bagi Ummul Mu’minin r.a. adalah Ummu Abdullah (r.a.). (Sunan Abu Daud m/s 679 & Ibn Majah (terjemahan Jilid II, m/s 416 dan Tabaqat, Jilid VIII, merujuk kepada “Perbincangan mengenai ‘Aishah.”)
Syed Sulaiman Nadwi menulis: Abdullah bermaksud Abdullah bin Zubair iaitu anak saudara Aishah r.a. dan anak lelaki kakaknya Asma’ r.a.. Beliau adalah anak lelaki Islam yang pertama selepas Hijrah. Aishah r.a. mengambilnya sebagai anak angkatnya dan menyayangi beliau dengan sepenuh hati. Abdullah r.a. juga mengasihi Aishah r.a. melebihi ibu kandungnya sendiri. Selain Abdullah, Aishah r.a. telah membesarkan ramai lagi kanak-kanak lain (Muwatta’ Kitab-uz-Zakat).
Masruq bin Al-Ajda’ , Umarah binti ‘Aishah, ‘Aishah binti Talhah, ‘Amarah binti Abdur-Rahman (Ansariyah), Asma’ binti Abdur-Rahman bin Abu Bakar, Urwah bin Az-Zubair, Qasim bin Muhammad dan saudara lelakinya, dan Abdullah bin Yazid adalah mereka yang telah dibesarkan oleh Saidatina ‘Aishah r.a. Beliau (’Aishah) juga telah membesarkan anak-anak perempuan Muhammad bin Abu Bakar dan mengaturkan perkahwinan mereka. (Sirah Aishah, m/s 182)
Saidatina ‘Aishah r.a. telah mengambil anak saudaranya menjadi anak angkatnya. Dengan sebab ini, Saidatina Asma’ r.a. tidak mengambil kunniyah berdasarkan nama anak lelakinya itu . Dan juga, oleh kerana Ummul Mu’minin r.a. telah biasa memanggil Abdullah sebagai anaknya semenjak awal, maka Rasulullah s.a.w. mencadangkan kepadanya untuk mengambil kunniyah berdasarkan nama anak saudaranya itu. Dengan cara ini, naluri keibuannya, yang menjadi impian setiap wanita muda, akan dapat dipenuhi. Hal ini sendiri adalah satu hujah bahawa beliau telah dewasa pada ketika itu, dan Abdullah, sekiranya menurut riwayat Hisham, hanyalah lapan tahun lebih muda daripadanya. Dalam keadaan ini, Abdullah lebih sesuai dipanggil sebagai ‘adik’, tetapi tidak mungkin dipanggil sebagai ‘anak’. Peristiwa ini membuktikan bahawa Aishah r.a. adalah seorang wanita yang matang semasa perkahwinannya. Dan, beliau , sebagaimana wanita lain mempunyai naluri semulajadi untuk mempunyai anak. Itu adalah sebabnya mengapa beliau menganggap anak saudaranya sebagai anaknya, dan selaku seorang wanita yang tiada anak, beliau membesarkan ramai kanak-kanak perempuan untuk memenuhi naluri perasaan kasih dan keibuannya.


HUJAH KE-22- AISHAH R.A. SEBAGAI IBU ANGKAT KEPADA BASHAR R.A. YANG BERUMUR TUJUH TAHUN SELEPAS PERANG UHUD
Terdapat satu riwayat daripada Bashar bin ‘Aqrabah bahawa ayahnya telah mati syahid di dalam Peperangan Uhud, dan beliau sedang menangis apabila secara tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang kepadanya dan berkata: “Adakah kamu tidak suka jika saya menjadi ayah kamu dan ‘Aishah sebagai ibumu?”
Adakah ungkapan “…..Aishah sebagai ibumu.” sesuai diucapkan untuk seorang kanak-kanak perempuan berumur sepuluh tahun? Bukankah ianya sesuatu yang mustahil untuk perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w, melainkan Ummul Mu’minin ‘Aishah pada ketika itu bukan kanak-kanak di bawah umur.
Bashar adalah seorang kanak-kanak yang berusia 6 atau 7 tahun. Dalam erti kata lain, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sepuluh tahun menjadi ibu angkat kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun!! Ia akan menjadi gurauan yang tidak masuk akal!.
Pada pandangan kami, umur Ummul Mu’minin r.a., sekurang-kurangnya adalah dua puluh satu tahun semasa berlakunya Perang Uhud.


HUJAH KE-23- WUJUDKAH PERKAHWINAN GADIS BAWAH UMUR DI TANAH ARAB DAN DALAM MASYARAKAT BERTAMADUN?
Satu lagi persoalan timbul iaitu adakah perkahwinan gadis bawah umur menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Arab, khususnya di zaman Rasulullah s.a.w. Apabila kami meneliti sejarah Arab, kami tidak menemui sebarang contoh seumpama ini sebelum dan selepas kedatangan Islam. Bahkan, di zaman Rasulullah s.a.w., semua gadis berkahwin setelah mencapai usia dewasa. Malah, seorang ibu yang terhormat tidak sekali-kali akan bersetuju untuk mengahwinkan anak gadisnya yang baru baligh, kerana gadis itu masih lagi mentah untuk memahami tanggungjawab dalam perkahwinan.
Contohnya, mungkin dia gagal menjalankan tanggungjawab bagaimana untuk membesarkan dan menjaga anaknya dengan baik. Dalam masyarakat yang bertamadun seoran gadis akan berkahwin bila cukup matang. Tahap kematangan biasanya dicapai bila seorang gadis berusia lapan belas tahun ke atas, sebagaimana kata-kata Imam Abu Hanifah bahawa umur baligh ialah lapan belas tahun. Dan, kami berpendapat gadis yang baligh ( secara fizikal) pada usia 13-14 tahun, tidak akan matang di segi pemikiran sehingga berumur 18 tahun . Dalam erti kata lain, sifat keanak-anakannya tidak akan hilang semasa tempoh remaja .
Ini adalah sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w. mengaturkan perkahwinan anak-anak gadisnya hanya setelah mereka mencapai usia matang. Oleh sebab peristiwa sebelum hijrah tidak direkodkan dengan lenngkap di dalam sejarah, maka kami tidak dapat pastikan berkenaan usia anak perempuan baginda yang telah berkahwin di Mekah. Akan tetapi, baginda s.a.w. telah mengaturkan perkahwinan dua orang anak gadisnya selepas Hijrah , dan kedua-duanya telah berkahwin di usia yang cukup matang.
PERKAHWINAN SAIDATINA FATIMAH R.A.
Upacara perkahwinan Saidaitina Fatimah r.a., menurut sebilangan ahli sejarah, telah berlangsung pada bulan Syawal tahun kedua Hijrah; dan menurut beberapa penulis yang lainnya ia berlangsung di bulan Muharam tahun ketiga Hijrah. Berapakah usianya yang sebenar pada waktu itu?
Ulama hadis dan juga ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan pada masa orang-orang kafir membina semula bangunan Ka’abah. Pada waktu itu umur Rasulullah s.a.w. adalah 35 tahun, dalam erti kata lain, Fatimah dilahirkan lima tahun sebelum Kerasulan. Dengan ini, pada masa berlangsungnya Hijrah ke Madinah, usia Saidatina Fatimah adalah lapan belas tahun dan pada waktu perkahwinannya, Fatimah berusia 21 tahun.
Hafiz Ibn Hajar menulis bahawa Saidatina Fatimah r.a. adalah lima tahun lebih tua daripada Saidatina ‘Aishah r.a.(Al-Asabah, Jilid IV, m/s 377) Namun, di waktu yang lain, beliau menyokong kuat pendapat bahawa majlis perkahwinan Ummul Mu’minin r.a. berlangsung semasa berusia sembilan tahun. Sekarang, jika kita mempertimbangkan fakta bahawa ‘Aishah r.a. adalah lima tahun lebih muda daripada Fatimah r.a., dan Fatimah telah dilahirkan lima tahun sebelum Kerasulan, ini bermakna bahawa Ummul Mu’minin dilahirkan pada tahun baginda s.a.w. diangkat menjadi rasul. Dengan itu , usia Ummul Mu’minin r.a. menjadi lima belas tahun pada masa beliau mula hidup bersama Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah ia boleh menjadi sembilan tahun?
Puak Syiah pula mendakwa bahawa Fatimah r.a. telah dilahirkan lima tahun selepas Kerasulan, dan oleh itu usianya semasa perkahwinan adalah 8 atau 9 tahun. Bahkan, berdasarkan alasan ini, pendapat fiqah mereka ialah: kanak-kanak perempuan mencapai sembilan tahun hendaklah dikahwinkan. Pada pandangan kami, puak Syiah sengaja mengadakan cerita tentang umur Ummul Mu’minin r.a. dalam usaha untuk menyembunyikan cerita yang direka oleh mereka sendiri. Dan, ahli Sunnah tanpa berfikir panjang, turut menyebarkan pemikiran mereka ini dengan menyebarkan riwayat seperti ini. Kesannya, apabila ahli Sunnah menerima riwayat yang Ummul Mu’minin berkahwin semasa berusia sembilan tahun orang Syiah akan mengejek sambil berkata : Tuan! Bagaimana seorang kanak-kanak perempuan yang hanya menghabiskan masanya dengan bermain anak patung, dapat memahami agama ini ?
PERKAHWINAN SAIDATINA UMMU KALTHUM R.A.
Selepas kematian Ruqayyah r.a., Ummu Kalthum r.a. telah berkahwin dengan Saidina Uthman ibn Affan r.a. di bulan Rabi’ul Awal tahun ketiga Hijrah. Sekiranya Ummu Kalthum adalah lebih muda daripada Fatimah r.a., maka umurnya sembilan belas tahun dan jika Ummu Kalthum lebih tua, sebagimana yang dikatakan oleh ahli sejarah secara umumnya, maka usianya (Ummu Kalthum) tidak akan kurang daripada 23 tahun, dan beliau adalah seorang perawan di usia itu.
Alangkah ajaibnya ! Rasulullah s.a.w. mengatur perkahwinan anak perempuannya pada masa mereka berumur melebihi 20 tahun, sebagaimana perkahwinan gadis di zaman moden. Namun apabila baginda s.a.w. sendiri berkahwin, beliau memilih seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun . Apakah perasaan anak perempuan baginda s.a.w. untuk memanggil Aishah r.a. sebagai ibu?
PERKAHWINAN SAIDATINA ASMA’ R.A.
Asma’ r.a. ialah kakak ‘Aishah r.a., yang usianya sepuluh tahun lebih tua daripadanya (’Aishah r.a.). Beliau telah berkahwin dengan Zubair r.a. beberapa bulan sebelum peristiwa Hijrah ke Madinah. Beliau sedang mengandung pada waktu berlakunya Hijrah. Pada masa itu beliau berusia 27 tahun dan semasa perkahwinannya, beliau berusia 25 tahun. Ini bermakna bahawa Saidina Abu Bakar r.a. memelihara anak perempuan sulungnya (Asma’ r.a.) selama 26 tahun, dan anak perempuannya yang terkemudian (’Aishah r.a.) adalah sangat membebankannya sehinggakan beliau (Abu Bakar r.a.) menguruskan perkahwinannya meskipun baru berusia sembilan tahun!
Kami perhatikan di zaman moden ini, rata-rata pengantin perempuan berumur lebih 18 tahun. Oleh itu, mengapakah kisah ini hanya dikhususkan kepada Ummul Mu’minin r.a.? Apakah muslihat yang ada di sebaliknya? Alangkah baiknya sekiranya ada sesiapa yang mampu untuk mendedahkannya!
Kami yakin segala kekalutan ini berpunca dari sikap permusuhan puak Syiah terhadap Ummu Mu’minin Saidatina Aishah r.a.


HUJAH KE-24 – KESEPAKATAN (IJMAK) UMAT DALAM MENOLAK AMALAN KAHWIN BAWAH UMUR
Riwayat Hisham yang keliru ini sentiasa bercanggah dengan amalan umat Islam. Sehingga hari ini, tiada siapapun yang beramal menurut riwayat ini , malah tiada seorang pun yang menawarkan anak perempuan yang berusia sembilan tahun untuk tujuan ini; dan, tiada seorang pun kanak-kanak di usia mentah begitu yang telah diterima untuk dijadikan sebagai isteri. Kesimpulannya, riwayat ini hanya berlegar di atas lidah manusia. Dalam erti kata lain, riwayat ini tidak diterimapakai oleh sesiapa pun dari segi amalan.
Tetapi, kita bukanlah dari jenis orang yang suka membantah. Oleh itu kita mempercayai riwayat ini secara lisannya, tetapi kita ( dan juga masyarakat Islam seluruh dunia) enggan mengamalkannya.
BIBLIOGRAFI
Rujukan Akademik dan Buku Sumber
1. Bukhari, Muhammad Ismail Al-Bukhari: Sahih Bukhari.
2. Muslim, Muslim Bin Al-Hajjaj at-Taheeri: Sahih Muslim.
3. Sulaiman bin Ash’ath: Sunan Abi Daud.
4. An-Nasaie, Ahmad bin Shuaib An-Nasaie: Sunan Nasaie.
5. Tirmidhi, Mohammad bin Essa Tirmidhi: Jama’a Tirmidhi.
6. Ibn Majah, Mohammad bin Abdullah bin Yazid bin Majah: Sunan Ibn Majah.
7. Al-Darimi, Abu Abdur-Rahman Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Darimi: Sunan Darimi.
8. Al-Hamidi, Abdullah bin Az-Zubair Al-Hamidi: Musnad Hamidi.
9. Hafiz Ibn Hajar: Tahzib-ul-Tahzib.
10. Aqueeli: Kitab-ul-Sanafa.
11. Hafiz Zahabi: Mizan-ul-’Atedal.
12. Abdur-Rahman bin Abi Hatim Maruzi: Al-Jarah-wal-Ta’dil.
13. Hafiz Sakhawi: Fateh-ul-Ghaith.
14. Ibn Sa’ad: Tabaqat.
15. Waliuddin Al-Khatib: Al-Kamal fi Asma-ur-Rajal.
16. Hafiz Ibn Katheer: Al-Bidayah-wan-Nihayah.
17. Hafiz Ibn Hajar: Taqrib-ul-Tahzib.
18. Tabari, Muhammad bin Jareer Tabari: Tarikh Tabari.
19. Hafiz Zahabi: Siyar-ul-A’lam An-Nubula.
20. Ibn Hisham: As-Seerat.
21. Hafiz Ibn Katheer: As-Seerat-un-Nabawiyyah.
22. Hayat Syed-ul-Arab.
23. Abdur-Rauf Danapuri: As’hah-ul-Sa’yer.
24. Shibli: Seerat-un-Nabi.
25. Niaz Fatehpuri: Sahabiyyat.
26. Said Ahmad, Akberabadi Maulana: Seerat-us-Siddiq.
27. Imam Ahmad: Al-Masnad.
28. Sulaiman Nadvi, Syed: Seerah ‘Aishah.
29. Hafiz Ibn Hajar: Al-Asabah fi Ahwal-us-Sahabah.
30. Hakim Niaz Ahmad: ‘Ao’mer ‘Aishah

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search