Sedikit pengenalan mengenai Salman Al Farisi R.A. radhiallahuanhu:
Salman
Al Farisi R.A. ini asalnya dari parsi, bangsanya menyembah api, beliau
pula mula mempersoalkan penyembahan api tersebut, belajar agama
kristian, setiap kali guru kristiannya meninggal, dia akan mencari guru
baru berdasarkan saranan gurunya sebelum ini, dari guru kristian ke guru
kristian yang lain yang hebat-hebat agamanya, sehingga beliau mendapat
satu berita dari salah seorang guru kristiannya mengenai ramalan
seorang nabi yang bakal muncul di madinah….
Suatu
ketika beliau dijual menjadi hamba di madinah ,tetapi nasib beliau amat
baik sebenarnya kerana ketika dijual ke seorang yang berasal di madinah,
beliau dapat menjumpai Rasulullah S.A.W., orang yang beliau setelah
beliau menjadi hamba di madinah… Rasulullah S.A.W.telah menolong membeli
kemerdekaan beliau dengan menolong menanam 300 pokok kurma, dan
kesemuanya menjadi…(kurma susah nak hidup, tapi hasil dari nabi yang
tanam kesemuanya menjadi)
Salman Al Farisi R.A. juga
yang membuahkan idea untuk mengorek parit besar di dalam perang
khandak…Beliau ini amat tinggi ilmu kristian, juga ilmu islamnya, beliau
terkenal dengan kebijaksanaannya….
...........................................................................................................................................................
Selepas
hijrah, Rasulullah S.A.W. mengarahkan pengundian, di mana setiap ansar
wajib menerima satu muhajirin…perjanjian ini adalah untuk mengeratkan
hubungan antara ansar dan muhajirin…Salman AlFarisi R.A pun terlibat
sama..Undian dibuat dan Salman Al Farisi R.A. akan tinggal bersama Abu
Darda R.A.,,,
Satu hari pabila Salman Al Farisi R.A.
masuk ke rumah Abu Darda R.A., beliau terkejut melihat Um
Darda’,isterinya Abu Darda R.A., Um Darda’ berpakaian lusuh dan tidak
cantik ,
Pabila ditanyakan kepada Um Darda’ perihal kekusutannya itu…Um Darda’ menjawab..
“saudaramu, Abu Darda itu, tidak berminat dengan dunia ini”
Abu Darda R.A. pun menyediakan makanan, lalu menjemput Salman Al Farisi R.A. makan…
Salman Al Farisi R.A. punmengajak Abu Darda R.A. makan sekali dengan beliau….tapi Abu Darda R.A.menolak, dan mengatakan
“ aku berpuasa…”
Kemudian Salman Al FarisiR.A. menyebut
“ sesungguhnya aku tidak akan makan makanan ini, melainkan engkau makan sekali”
Lalu Abu Darda R.A.menyerah kalah dan makan sekali dengan Salman Al Farisi R.A.…
Bila tiba malam hari, Abu Darda R.A. bangun untuk solat malam…
Tapi Salman Al Farisi R.A. melarang beliau dan menyuruh beliau tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur
Selepas beberapa ketika Abu Darda R.A. bangun kembali untuk solat..
Sekali lagi dilarang SalmanAl Farisi R.A., dan disuruhnya tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur..
Kemudian
semasa sepertiga malam yang akhir, Salman Al Farisi R.A. membangunkan
Abu Darda R.A. dari tidur,dan mereka solat bersama-sama….
Kemudian Salman Al FarisiR.A. memberitahu Abu Darda R.A.…
“
Allah punyai hak ke atas kamu, dirimu(roh/jiwa) punyai hak ke ataskamu,
keluargamu, punyai hak ke atas kamu, maka tunaikanlah hak-hak
semuanyayang mempunyai hak ke atas kamu…….”
Kemudian Abu Darda R.A.berjumpa Rasulullah S.A.W., dan menceritakan kesemuanya daripada awal sehingga akhir…
Rasulullah S.A.W. bersabda
“ Salman Al Farisi R.A. telah bercakap benar”
Sumber cerita ini, dari Sahih Bukhari…sila rujuk http://sahaba.net/salman-farisi-rights/
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
banyak
pihak, mempunyai hak ke atas diri kita....aku nak fokuskan kepada hak
suami terhadap isteri...dan hak isteri terhadap suami.....
Wahai para suami hargailah isterimu….isterimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya….
Para suami mungkin hairan…ohhh mengapakah apabila aku memandang isteriku, aku tidak merasa suka…
Barang kali kerana mata mu itu sering melihat kepada para wanita yang haram bagimu untuk dilihat…bukan boleh dapat semua pun…
Sesungguhnya
pabila nikmat yang halal, kita tidak hargai, dan kita suka kepada
nikmat yang haram…rasa nikmat kepada yang halal itu akan
berkurang,,,,dan kita akan ketagih kepada nikmat yang haram…
Setelah
itu, isterimu pula pabila melihat suaminya tidak bernafsu kepadanya,
tidak suka melihat dan memujinya…tidak khusyuk kepadanya…maka mulalah ia
mencari orang lain yang dapat menghargai dirinya…..oh dunia….
Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….
Wahai para isteri hargailah suamimu….suamimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya…
Para isteri mungkin hairan..ohhh mengapakah suamiku tidak memandang diriku, mengapakah dia tidak suka membelai aku…
Barangkali
kerana dirimu tidak terurus, perpakaian kusut di rumah, bau belacan,
tidak berhias, dan tidakmenggoda suamimu itu, mungkin engkau lebih
berhias…lebih cantik dan menggoda,di luar rumah, di hadapan lelaki yang
lain…mungkinkah?
Setelah itu suamimu itu pula, pabila
melihat isterinya tidak cantik, tidak menjaga badan, bau belacandan
sebagainya bila berada di rumah…maka mulailah dia mencari orang lain
yang menjadi orang ketiga…oh dunia….
Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….
Percayalah
wahai suami jika anda tidak melayan isterimu yang halal bagimu, nescaya
ada orang yang akan dapat melayannya sepertimana yang dia mahu…
Percayalah
wahai isterijika anda tidak melayan suamimu yang sesungguhnya halal
bagimu, nescaya ada orang yang akan dapat melayannya sepertimana yang
dia mahu…
Zaman sekarang…segalanya ada depan
mata….yang berkat dan halal, selalunya di dalam rumah…yang merosakkan
dan haram selalunya di luar rumah…
Para
suami layanlah isterimu sebelum dia dilayan lelaki lain…jagalah
perasaanya, pujilah kecantikannya, khusyuk kepada dirinya..sesungguhnya
khusyuk tangga kejayaan..
Para isteri
layanlah suamimu sebelum dia dilayan perempuan yang lain, jagalah
haknya, jagalah badan dan kecantikanmu untuk dirinya, godalah dia,
tercantikkanlah dirimu semasa didalam rumah, khusyuk kepada
dirinya…sesungguhnya khusyuk tangga kejayaan….
Nah….apa lagi yang Allah SWT tidak sediakan di dalam Islam ini…
Inilah
cara bagaimana nikmat bertambah kepada yang halal..iaitu dengan kita
focus/khusyuk kepada nikmat yang Allah Kurniakan kepada kita…dan
menundukkan panca indera terhadap yang haram..
Bayangkan
sekiranya semua wanita menutup aurat dengan sempurna…tidak langsung
menayangkan kecantikannya kepada lelaki yang haram baginya…tidak
ternampak langsung bentuk tubuh wanita, di luar rumah......nescaya
secara automatik nikmat bagi setiap suami adalah tertumpu pada
isterinya…..
Indahnya Islam….
anda faham cinta?
..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
No comments:
Post a Comment