Popular Posts

Tuesday, December 31, 2013

Hang kenai sapa mak hang? hang kenai sapa anak hang???




Kenai dak sapa mak hang?
Mak hang, yang dok salin lampin kat hang masa hang kecik-kecik dulu, hang kenai ka?
Malam-malam dia dok jaga, hang dok lapaq susu, dia p la bancuh susu, tu la mak hang…kenai ka?
Mak hang, dia dok suap moi masa hang kecik-kecik dulu, sebab hang kecik lagi, perut tak besa telan makanan keras lagi, hang kenai dak?
Sapa mak hang? Mak hang, dia pi mana pun dia bawa hang, dia tak tinggai hang, hang kenai dak?
Hang kriau, mintak susu, dia bancuh,hang lapaq, dia suap, hang demam, badan panas, dia demah, tu la mak hang….dia tak boleh tidoq aih kalau hang demam, hang kenai dak?
Mak hang, masa hang besaq sikit, dia la dok suap nasi, nak bagi hang badan gemuk  sket, baru sihat, kata dia,dia tak mau hang sakit….tu la mak hang, ada hang kenai?

Hang kenai sapa anak hang?
Anak hang, masa dia kerja, dia bagi hang duit,
Anak hang masa hang tua, dia amik hang dia jaga, tu anak hang,
Dia tak kira, kot masa dia kecik hang bagi kat dia orang lain, sebab hang miskin, dia tak kira…
Dia tak kira dengan hang sebab hang mak dia…
Anak hang tu, hang bukan jaga sangat pun, hang hantaq dia p mengaji jauh, walau dia masih kecik, tapi bila dia Berjaya, dia besaq, dia la dok mai jaga hang,
Dia la yang dok jaga adik-adik dia, anak-anak hang, ada hang kisah?
Dia dok tolong adik-adik dia mengaji,
Dia dok jaga sorang-sorang,
Bila hang kena buang, hang cari dia,
Depan mata ada dia, dalam hati hang pikiaq orang len.
Tu la anak hang.

Oh dunia…apalah gunanya…kita berhubungan…kerana jasad ini ada darah yang sama…
Walhal rohnya berbeza-beza…
Allah ikatkan kita dengan kasih sayang anak-anak dan ibu bapa…
Semoga boleh bersama-sama ke syurga…
Walau di dunia lagi, hargailah keluargamu yang dekat denganmu…dan yang mendekatimu…
Hargailah kasih ini, dan hargailah kekasih yang mengasihi….
Bukan nya yang orang yang engkau kasih, yang kasihkan orang lain, yang menjauhimu…
Inilah prinsip syukur dan nikmat…
Sedih…kadang-kadang manusia ni tak sedar…
Sedih…kerana sesetengah cuma nampak hubungan di dunia….
Yang pergi biarkan dia pergi, satu hari dia akan menangisi…
Bila engkau sudah tiada di sini…
Tidakkah Nampak syurga itu kekal selamanya….
Walau terpisah sementara di dunia…
Dengan rahmat kasihNya….
Bersama jua di syurga selamanya….


Salman Al Farisi R.A. faham cinta…anda faham cinta?

Sedikit pengenalan mengenai Salman Al Farisi R.A. radhiallahuanhu:

Salman Al Farisi R.A. ini asalnya dari parsi, bangsanya menyembah api, beliau pula mula mempersoalkan penyembahan api tersebut, belajar agama kristian, setiap kali guru kristiannya meninggal, dia akan mencari guru baru berdasarkan saranan gurunya sebelum ini, dari guru kristian ke guru kristian yang lain yang hebat-hebat agamanya, sehingga beliau mendapat satu berita dari salah seorang guru kristiannya mengenai ramalan  seorang nabi yang bakal muncul di madinah….

Suatu ketika beliau dijual menjadi hamba di madinah ,tetapi nasib beliau amat baik sebenarnya kerana ketika dijual ke seorang yang berasal di madinah, beliau dapat menjumpai Rasulullah S.A.W., orang yang beliau setelah beliau menjadi hamba di madinah… Rasulullah S.A.W.telah menolong membeli kemerdekaan beliau dengan menolong menanam 300 pokok kurma, dan kesemuanya menjadi…(kurma susah nak hidup, tapi hasil dari nabi yang tanam kesemuanya menjadi)

Salman Al Farisi R.A. juga yang membuahkan idea untuk mengorek parit besar di dalam perang khandak…Beliau ini amat tinggi ilmu kristian, juga ilmu islamnya, beliau terkenal dengan kebijaksanaannya….

 ...........................................................................................................................................................

Selepas hijrah, Rasulullah S.A.W. mengarahkan pengundian, di mana setiap ansar wajib menerima satu muhajirin…perjanjian ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ansar dan muhajirin…Salman AlFarisi R.A pun terlibat sama..Undian dibuat dan Salman Al Farisi R.A. akan tinggal bersama Abu Darda R.A.,,,

Satu hari pabila Salman Al Farisi R.A. masuk ke rumah Abu Darda R.A., beliau terkejut melihat Um Darda’,isterinya Abu Darda R.A., Um Darda’ berpakaian lusuh dan tidak cantik ,
Pabila ditanyakan kepada Um Darda’ perihal kekusutannya itu…Um Darda’ menjawab..

“saudaramu, Abu Darda itu, tidak berminat dengan dunia ini”

Abu Darda R.A. pun menyediakan makanan, lalu menjemput Salman Al Farisi R.A. makan…

Salman Al Farisi R.A. punmengajak Abu Darda R.A. makan sekali dengan beliau….tapi Abu Darda R.A.menolak, dan mengatakan

“  aku berpuasa…”

Kemudian Salman Al FarisiR.A. menyebut

“ sesungguhnya aku tidak akan makan makanan ini, melainkan engkau makan sekali”

Lalu Abu Darda R.A.menyerah kalah dan makan sekali dengan Salman Al Farisi R.A.…

Bila tiba malam hari, Abu Darda R.A. bangun untuk solat malam…
Tapi Salman Al Farisi R.A. melarang beliau dan menyuruh beliau tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur
Selepas beberapa ketika Abu Darda R.A. bangun kembali untuk solat..
Sekali lagi dilarang SalmanAl Farisi R.A., dan disuruhnya tidur…Abu Darda R.A. kembali tidur..
Kemudian semasa sepertiga malam yang akhir, Salman Al Farisi R.A. membangunkan Abu Darda R.A. dari tidur,dan mereka solat bersama-sama….
Kemudian Salman Al FarisiR.A. memberitahu Abu Darda R.A.…

“ Allah punyai hak ke atas kamu, dirimu(roh/jiwa) punyai hak ke ataskamu, keluargamu, punyai hak ke atas kamu, maka tunaikanlah hak-hak semuanyayang mempunyai hak ke atas kamu…….”

Kemudian Abu Darda R.A.berjumpa Rasulullah S.A.W., dan menceritakan kesemuanya daripada awal sehingga akhir…

Rasulullah S.A.W. bersabda

“ Salman Al Farisi R.A. telah bercakap benar”

Sumber cerita ini, dari Sahih Bukhari…sila rujuk http://sahaba.net/salman-farisi-rights/

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

banyak pihak, mempunyai hak ke atas diri kita....aku nak fokuskan kepada hak suami terhadap isteri...dan hak isteri terhadap suami.....

Wahai para suami hargailah isterimu….isterimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya….

Para suami mungkin hairan…ohhh mengapakah apabila aku memandang isteriku, aku tidak merasa suka…

Barang kali kerana mata mu itu sering melihat kepada para wanita yang haram bagimu untuk dilihat…bukan boleh dapat semua pun…

Sesungguhnya pabila nikmat yang halal, kita tidak hargai, dan kita suka kepada nikmat yang haram…rasa nikmat kepada yang halal itu akan berkurang,,,,dan kita akan ketagih kepada nikmat yang haram…

Setelah itu, isterimu pula pabila melihat suaminya tidak bernafsu kepadanya, tidak suka melihat dan memujinya…tidak khusyuk kepadanya…maka mulalah ia mencari orang lain yang dapat menghargai dirinya…..oh dunia….

Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….



Wahai para isteri hargailah suamimu….suamimu itu sesungguhnya satu nikmat Allah kurniakan yang tiada tolok bandingnya…

Para isteri mungkin hairan..ohhh mengapakah suamiku tidak memandang diriku, mengapakah dia tidak suka membelai aku…

Barangkali kerana dirimu tidak terurus, perpakaian kusut di rumah, bau belacan, tidak berhias, dan tidakmenggoda suamimu itu, mungkin engkau lebih berhias…lebih cantik dan menggoda,di luar rumah, di hadapan lelaki yang lain…mungkinkah?

Setelah itu suamimu itu pula, pabila melihat isterinya tidak cantik, tidak menjaga badan, bau belacandan sebagainya bila berada di rumah…maka mulailah dia mencari orang lain yang menjadi orang ketiga…oh dunia….

Apa hasilnya?......kemusnahanrumah tangga….




Percayalah wahai suami jika anda tidak melayan isterimu yang halal bagimu, nescaya ada orang yang  akan dapat melayannya sepertimana yang dia mahu…

Percayalah wahai isterijika anda tidak melayan suamimu yang sesungguhnya halal bagimu, nescaya ada orang yang  akan dapat melayannya sepertimana yang dia mahu…


Zaman sekarang…segalanya ada depan mata….yang berkat dan halal, selalunya di dalam rumah…yang merosakkan dan haram selalunya di luar rumah…


Para suami layanlah isterimu sebelum dia dilayan lelaki lain…jagalah perasaanya, pujilah kecantikannya, khusyuk kepada dirinya..sesungguhnya khusyuk tangga kejayaan..


Para isteri layanlah suamimu sebelum dia dilayan perempuan yang lain, jagalah haknya, jagalah badan dan kecantikanmu untuk dirinya, godalah dia, tercantikkanlah dirimu semasa didalam rumah, khusyuk kepada dirinya…sesungguhnya khusyuk tangga kejayaan….



Nah….apa lagi yang Allah SWT tidak sediakan di dalam Islam ini…


Inilah cara bagaimana nikmat bertambah kepada yang halal..iaitu dengan kita focus/khusyuk kepada nikmat yang Allah Kurniakan kepada kita…dan menundukkan panca indera terhadap yang haram..

Bayangkan sekiranya semua wanita menutup aurat dengan sempurna…tidak langsung menayangkan kecantikannya kepada lelaki yang haram baginya…tidak ternampak langsung bentuk tubuh wanita, di luar rumah......nescaya secara automatik nikmat bagi setiap suami adalah tertumpu pada  isterinya…..


Indahnya Islam….

anda faham cinta?

Monday, December 2, 2013

Tips Kuruskan badan : Kurangkan 1kg setiap 3 Minggu dengan Stationary Bike Machine, Mesin Basikal.

Ok berdasarkan kajian ini    KLIK SINI

anda dapat kurangkan lebih kurang 1kg lemak dalam masa 3 minggu dengan buat exercise menggunakan mesin basikal...

kadang2 boleh beli di giant(kalau x silap aku pernah nampak) harga serendah  dari rm 300 lebih pun ada, kedai alat sukan...fitness konsep pun ada...harga dari beratus, ke beribu ringgit..





Tekniknya:

1. Warmup guna basikal tu dalam 5 minit.
2. Sprint (mengayuh dengan kelajuan maksimum) selama 8 saat
3. Rehat 12 saat (tapi masih mengayuh perlahan-lahan)
4. Ulang selama 20 minit!
5. Warm down selama 5 minit...

Buat 3 kali seminggu...dengan selang sehari dua rehat, untuk recovery...



apa yang nak recover???




bagi yang baru buat sahih akan rasa sakit2 sengal2.... aku nak cerita secara saintifik, memang panjang dan memeningkan...so apa aku boleh kata, sakit2 sengal2 dalam eksesais tu memang elok...pegang pada prinsip ini " what does not kill you, make you seterongger (strongger) " ...


Pilih...anda nak "exercise or extraSIZE??"
 

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search