..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
sekarang ni dah banyak gadis2...yang pakai separuh islam separuh bukan islam : Dan yang terbaru aku jumpa di akhbar tempatan: ...
Friday, February 19, 2010
kenapa WAJIB khusyu'...dan bagaimana untuk khusyu' dalam SOLAT,,,,
Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;
1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.
Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;
1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.
2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.
dipetik dari: http://www.oasetarbiyah.com/?p=203
itulah dia...maknanya khusyu',,,
kenapa wajib khusyu'????
1...mestilah.... kerana kita ini hamba dan Dia Allah,,,,
2...kerana Dia Allah maka segala perkara berlaku dari Dia, bersama Dia dan untuk Dia..
3..kerana itu jika kita khusyu' adalah kerana perkara dua...
4..hang nak ka,,,hang tak nak ka....segala2nya Dia Yang Kuasai,..
Bagaimana untuk khusyu'?
1...sedar diri dunia ini Dia yang 'pegang'
2...Bila Dia Yang 'pegang' kerna itu kita WAJIB khusyu'
3...kerana apa lagi yang nak takut(waktu solat)...melainkan DIA....Dia yang 'pegang' dunia...
4...kerana apa lagi nak fikir(waktu solat),,,melainkan DIA...kerana selain Dia..Dia Yang
'pegang',,
5..apalagi nak risau(waktu solat)...melainkan DIA....kerana dunia Dia Yang 'pegang'
6...jadi bila kita 'nampak' satu perkara melainkan Allah Yang Esa..waktu solat,,,cepat2lah zikir 'Dia menguasai perkara itu,,Dunia ini dan akhirat,,,dan segala2nya'
semasa di dunia kita hidup menggunakan asbab...semasa solat kita zikirkan hakikat,,,
SALAM,...
Wednesday, February 17, 2010
Cikgu pun jiwa 1.
Sepanjang hidupnya, Irsyad tidak pernah merasa kasih yang sedalam ini..Irsyad seorang lelaki yang jarang sekali mengalirkan air mata, tapi pada hari ini, setitis, dan hanya setitis air mata yang keluar dari matanya..hatinya seakan pedih cuba dihiris pisau yang tumpul,,semenjak Irsyad kenal dunia…tidak pernah emosinya terkesan dengan keadaan di luar jasadnya,,,tapi pada hari ini, apabila kamil, pelajarnya yang lembap dan dungu itu datang menemuinya dengan permintaan
“cikgu..ajar saya..saya nak jadi pandai macam Burhan”
Burhan sudah arwah, baru minggu lepas dia meninggalkan dunia ini..Kamil teman rapat arwah , dan arwahlah yang selalu melindunginya dari kekasaran rakan-rakan kelasnya yang memandang hina Kamil yang dungu dan lembap itu. Tapi Allah lebih menyayangi arwah…Burhan meninggal kerana penyakit yang dirahsiakannya,,Lukemia.
“Apa yang kau nak belajar, kau x sedar ke diri kau tu, mengeja pun x mahir” jawab Irsyad.
“ Sebab saya x mahirlah saya mahu belajar cikgu, ajarlah saya mengeja cikgu” jawab Kamil dengan senyumannya yang lebar…
“x pilukah dalam hati engkau, baru minggu lepas si burhan tinggalkan kau” monolog hati Irsyad..
kemudian Irsyad meneliti wajah Kamil…Jelas bengkak sekeliling matanya…Jelas kamil sudah kehabisan air mata untuk dititiskan lagi,,,
Irsyad selama ini, bersikap kasar, hatinya kering, wajahnya tiada emosi,,,tapi pada hari ini, selepas mengajar Kamil membaca satu muka surat buku teks sejarah tingkatan 3 yang dibawa oleh Kamil sendiri…Irsyad termenung panjang…Irsyad selalu mengakui dirinya kasar…dan tidak menghiraukan perasaan orang lain…tapi hari ini, emosinya meronta-ronta ingin diluahkan badan fizikalnya… “begitu lemahnya jiwa aku ini” monolog hati Irsyad lagi….
Selama ini Kamil si dungu itu..jarang sekali senyum, selalu menangis dibuli rakan sekelas…selalu dilindungi arwah…pernah sekali dua terkencing apabila dimarahinya,,,bila dipanggil ke hadapan untuk menjawab soalan….menggelabah tidak tentu arah,,mata bergelinang, sedia untuk menangis…kaku dan terdiam,,,menggeletar seperti dilempar kedalam peti sejuk…
Tapi hari ini, Irsyad seperti tidak nampak, sifat-sifat Kamil itu,,,seperti kamil ini, adalah orang yang lain…semasa Irsyad mengajarnya membaca…Kamil tenang dan senang memproses ilmu yang diajar Irsyad..sepanjang pembelajarannya itu,,,irsyad senyum dan ceria,,,tenang dan tidak menggelabah lagi,,,tidak menggeletar dan takut walau dimarahi Irsyad…
Kamil seperti insan yang lain,,seperti pelajarnya yang lain,,,
Serta merta Irsyad teringatkan arwah Burhan,,,
Dan pada ketika itulah,,setitis air matanya menitis,,,dan segera diusapnya,,,