Popular Posts

Tuesday, September 1, 2009

Sayang= nak bersama+ nak ber tanggungjawab…..



Selama beberapa tahun kebelakangan ni,,,,dan beberapa blog kebelakangan ni,.,,ini adalah tulisan aku yang ketiga..berkisar tentang definisi cinta…

Cuma kali ketiga ni,,,aku tanak guna perkataan chenta.,,aku nak guna perkataan sayang,,,sebab cinta ni bila ditanya umum…maknanya sudah menjadi semakin huduh,,dan kutur,,,

So aku guna perkataan sayang,,,,

Pada tulisan aku yang pertama,,,aku pun dah x brapa ingat definisi cinta aku pada ketika ethuuu,,,yang aku tahu,,,masa tu aku berumur awal dua puluhan,,,

Tulisan aku yang kedua..aku mendefinisikan cinta itu, dengan maksud yang paling hakiki,,paling berhak..paling benar,,apakah itu cinta yang suci,,,dan pengakhiran,,,permulaan..serta seperjalanan tulisan itu,,apa yang aku tekankan,,,cinta yang suci itu,,,adalah cinta kerana Allah semata2…

Tapi tulisan aku yang ketiga mengenai chenta,,,atau sayang ini,,,aku rungkaikan,,,secara lebih jelas dan terang, sesuai dengan sifat akal manusia yang cetek ini,,,,manatahu,..boleh menjadi penyelamat,,,dan menjadi asbab,,,untuk manusia lebih menjejakkan kaki ke pentas yang lebih hakiki…aku rungkaikan dengan ringkas,,

Apabila sayang itu bersamaan = ingin bersama+ingin bertanggungjawab,,,

Ingin bersama:

Ingin bersama itu bermakna ingin untuk dekat,,,ingin untuk melihat, menyentuh dan merasa,,,lebih kepada keinginan yang berteraskan nafsu,,

Ingat, bukan semua nafsu itu buruk dan haram belaka…nafsu ingin belajar,,,nafsu ingin berpuasa,,,nafsu ingin bernikah kahwin dan nafsu apabila sudah bernikah kahwin,,,nafsu akan perkara2 yang baik…ini contoh nafsu yang baik…

Secara x langsung, ingin bersama itu adalah perkara yang baik,,,apabila ia dijalankan daripada, bersama dan untuk Allah….secara ringkasnya = melalui jalan syariat,,,

Ingin bertanggungjawab:

Bermakna ingin menjaga, ingin menyelamatkan, ingin memimpin, ingin menanggung, dan ingin menjawab,,,ingin bertanggungjawab ini, terbukti, jika kita lihat dlam aspek, hubungan antara lelaki dan perempuan, apabila lelaki dan perempuan itu bernikah kahwin,

si perempuan berusaha menjadi wanita solehah, patuh dan menangkan hati suami serta manjaga hak2 suaminya(iaitu tidak menjadi nusyuz dan derhaka), untuk suaminya juga,,

Si lelaki pula berusaha untuk menjadi lelaki soleh, baik dan bertanggungjawab akan isteri dan anak2nya…menjaga hak dirinya sendiri terhadap isteri dan anak2(iaitu tidak menjadi dayus)…..

…………………………………………………………………………………………..

Zaman sekarang yang penuh dengan choooobaan,,,dan dooogaan inih….para lelaki ramai yang menjadi para lelaki dayus, tidak bertanggungjawab,,,penakut…lemah pengawalan nafsunya,,,merosakkan kaum wanita yang sememangnya lemah dengan ‘sentooohan’ kaum lelaki,,,

Yang ujud dan yang diaplikasikan hanyalah eingin bersama….tetapi tidak ingin bertanggungjawab,,,,sesuatu perkara seperti ingin bersama,,adalah satu perkara yng berteraskan nafsu.,.,dan nafsu itu berteraskan kecantikan,,,kecantikan itu berteraskan daya tarikan dan nikmat…

Cuba bayang,,,apabila seorang wanita itu hilang daya tarikan,,,hilang sumber2 kenikmatan pada dirinya,,,seperti wajah,,,badan,,,,sifat perangai,,yang digemari kaum lelaki..maka tidak bernafsulah lelaki,,,bila tidak bernafsunya,,,lelaki,,,maka hilanglah ‘ingin bersama’ dalam naluri lelaki tersebut,,,maka bila habis madu,,,sepahlah di buang,,,

Ini akibat bila ‘ingin bersama’ tidak digandingkan bersama ‘ingin bertanggungjawab’,,,

Karna itholah ramai kaum wanita zaman sekarang ini yang rosak2 belakeee,,rugi betul…

Sekurang2nya bila ‘ingin bertanggungjawab’ itu ada bersama,,,maka ‘nikah kahwin’ pun besar kemungkinan akan diusahakan,,,

Dan bila nikah kahwin diusahakan,,,maka walau hilang sumber kenikmatan pada wanita itu,,,barkadut2 lah wajahnya ituh,,,,dan habis segala bahagian badannya ditarik gravity…maka sekurang2nya ada lelaki yang ‘ingin bertanggungjawab’…(sebab itulah aku sarankan agar kesemua wanita yang sudah bersuami…usahalah untuk memikat..dan usaha melahirkan ‘ingin bersama’ didalam naluri kelakiannya terhadap anda, usahalah dari SEGENAP SEGI pun……sebab bukan semua lelaki yang baik2,,dan setia,,,dan yang baik2 bukan terjamin kebaikannya selamanya…apatah lagi tanpa usaha anda)

Kerana ‘ingin bersama’+’ingin bertanggungjawab’ adalah bersamaan= SAYANG,,,

Bila ‘ingin bersama’ sahaja yang wujud maka ianya NAFSU semata2…

Bila ‘ingin bertanggungjawab’ sahaja yang wujud maka ianya KASIHAN semata2…

Dan kasihan itu pada aku lebih mulia dari nafsu..kasihan itu berasal dari kasih..kasih,,,kasih,,

Jadi jangan pening2 kepala,,,,SAYANG= ingin bersama+ingin bertanggungjawab= nafsu+kasihan….dan semua ini menjadi satu keberkatan dan akan dirahmati tuhan,,,jika kita usahakan diatas jalan Allah,,,

Inilah definisi SAYANG…






p.s: usaha selepas nikah= baju tidur yang mengancam…ahhaaaaa

Monday, August 31, 2009

Hakikat ilmu…


Mengapa ppsmi gagal?..

Mengapa anak melayu sekarang ramai yang ‘bodoh’ ?

Mengapa anak bangsa kita sekarang ramai yang x mahu mengamalkan silat?

Mengapa dan mengapa….mengapa …

Mengapa anak muda sekarang lebih ‘barat’ lebih daripada ‘timur’ di dalam perspektif ‘budaya’ nya…

Mengapa tidak diikut sekali intelektual dan daya mengkaji, daya mencipta perkara baru yang bermanafaat,,,mengapa tidak diikut sekali kemajuan pemikiran didalam mencipta perkara2 yang baru didalam teknologi dan sains?

Mengapa anak melayu kita amat maju dalam perkembangan fizikal dan ilmu2 mengenai seks,,,mengapa tidak mereka maju sekali dengan ilmu agama kekuatan akhlak yang tinggui yang dapat mengekang hawa nafsu….

Mengapa?

Ada satu jawapan yang dapat diberikan..iaitu

kita tidak mengamalkan budaya HAKIKAT ILMU….

Ingat zaman nabi?...ingat zaman2 sahabat?..ingat zaman2 ilmuwan islam?....

Aku x tahu zaman tu orang2 yang mengamalkan ilmu yang bermanafaat ini, faham atau tidak dengan hakikat ilmu…yang pasti mereka maju dengan ilmu duniawi yang tertakluk di dalam ilmu ukhrawi dan deen yang benar…

HAKIKAT ILMU…

Inilah basic..atau akar…atau teras….teras bagi pedagogi,,,teras bagi andragogi…teras bagi pengajaran dan pembelajaran,,,teras bagi ruang lingkup penguasaan ilmu…samada ilmu yang baik atau ilmu yang membawa kepada bencana,,,

Itulah HAKIKAT ILMU…

Aku bagi contoh di bawah…contoh amalan hakikat ilmu anda fikirlah budaya apa yang ada dibawah:

1. Ilmu itu datang kepada yang mencari..(anak melayu sekarang mencari x ilmu yang kita PAKSAkan kepada mereka???ilmu nikmat dunia yang depa cari,,ilmu yNG BguS2 ni susah sket depa nak cari sebab depa dah biasa dengan kesenangan dan nikmat)

2. Anak murid mencari guru…(anak melayu sekarang mencari x guru untuk mendapatkan ilmu???cari guru untuk ilmu binasa banyak le)

3. Guru mengajar sekumpulan anak murid yang kecil saiznya…5 hingga 10 orang dah cantek (berbanding kelas sekarang dimana muridnya baaarpuluh2 anak murid)

4. Guru menguasai ilmu….(amcam para pendidik,,,semakin berkembang dan kukuh x penguasaan ilmu anda….)

5. Guru menyayangi anak murid …(sayang x?)

6. Anak murid menyayangi guru…(depa sayang kita x?)

7.........dan banyak lagi

INI lah antara budaya2 hakikat ilmu yang sebenar..dimana anak2 kita boleh munguasai ilmu dengan sehebatnya,,,dan banyak lagi yang aku x sebutkan di atas.,..fikirlah shabat2 sekalian..ada x budaya2 dia atas ini diamalkan didalam system pendidikan kita….

Yang aku tahu ,..ia ada diamalkan didalam pengasaan ilmu yang membawa bencana…seperti..budaya kuning,,..cara2 menghisap dadah…cara menjerat dan merosakkan anak dara…black metal dan budaya2 kuning yang lain…sekularisme…eksistensialisme… merempit…berjudi,…skim cepat kaya,,,ilmu2 duniawi semata2…

Dan LAIN2…

Maka x hairanlah,,,perkara yang lebih membawa binasa itu lebih tersebar luas…dari pada perkara yang membawa kebaikan,..,,seperti

Ilmu agama…ilmu ukhrawi,,,ilmu silat..budaya melayu,,,adab melayu.,…engineering,,,medic…

Kerana itu anak2 bangsa melayu kita ramai yang jatuh rebah hancur luluh,,,kerana ilmu lain yang mereka cari(lihat perkara 1)

………………………………….

p.s: seorang ilmuwan masa kini pernah berkata lebih kurang ‘sistem pendidikan kita sudah hilang adabnya, kerana itu, kita semakin hancur’…sebab ilmu yang pertama yang wajib dicari dan diamalkan ialah ilmu agama, akhlak terpuji…kemudian barulah diteruskan dengan ilmu2 duniawi yang baik…barulah anak2 kita selamat dunia akhirat,,,

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search