Popular Posts

Tuesday, September 1, 2009

Sayang= nak bersama+ nak ber tanggungjawab…..



Selama beberapa tahun kebelakangan ni,,,,dan beberapa blog kebelakangan ni,.,,ini adalah tulisan aku yang ketiga..berkisar tentang definisi cinta

Cuma kali ketiga ni,,,aku tanak guna perkataan chenta.,,aku nak guna perkataan sayang,,,sebab cinta ni bila ditanya umum…maknanya sudah menjadi semakin huduh,,dan kutur,,,

So aku guna perkataan sayang,,,,

Pada tulisan aku yang pertama,,,aku pun dah x brapa ingat definisi cinta aku pada ketika ethuuu,,,yang aku tahu,,,masa tu aku berumur awal dua puluhan,,,

Tulisan aku yang kedua..aku mendefinisikan cinta itu, dengan maksud yang paling hakiki,,paling berhak..paling benar,,apakah itu cinta yang suci,,,dan pengakhiran,,,permulaan..serta seperjalanan tulisan itu,,apa yang aku tekankan,,,cinta yang suci itu,,,adalah cinta kerana Allah semata2

Tapi tulisan aku yang ketiga mengenai chenta,,,atau sayang ini,,,aku rungkaikan,,,secara lebih jelas dan terang, sesuai dengan sifat akal manusia yang cetek ini,,,,manatahu,..boleh menjadi penyelamat,,,dan menjadi asbab,,,untuk manusia lebih menjejakkan kaki ke pentas yang lebih hakiki…aku rungkaikan dengan ringkas,,

Apabila sayang itu bersamaan = ingin bersama+ingin bertanggungjawab,,,

Ingin bersama:

Ingin bersama itu bermakna ingin untuk dekat,,,ingin untuk melihat, menyentuh dan merasa,,,lebih kepada keinginan yang berteraskan nafsu,,

Ingat, bukan semua nafsu itu buruk dan haram belaka…nafsu ingin belajar,,,nafsu ingin berpuasa,,,nafsu ingin bernikah kahwin dan nafsu apabila sudah bernikah kahwin,,,nafsu akan perkara2 yang baik…ini contoh nafsu yang baik…

Secara x langsung, ingin bersama itu adalah perkara yang baik,,,apabila ia dijalankan daripada, bersama dan untuk Allah….secara ringkasnya = melalui jalan syariat,,,

Ingin bertanggungjawab:

Bermakna ingin menjaga, ingin menyelamatkan, ingin memimpin, ingin menanggung, dan ingin menjawab,,,ingin bertanggungjawab ini, terbukti, jika kita lihat dlam aspek, hubungan antara lelaki dan perempuan, apabila lelaki dan perempuan itu bernikah kahwin,

si perempuan berusaha menjadi wanita solehah, patuh dan menangkan hati suami serta manjaga hak2 suaminya(iaitu tidak menjadi nusyuz dan derhaka), untuk suaminya juga,,

Si lelaki pula berusaha untuk menjadi lelaki soleh, baik dan bertanggungjawab akan isteri dan anak2nya…menjaga hak dirinya sendiri terhadap isteri dan anak2(iaitu tidak menjadi dayus)…..

…………………………………………………………………………………………..

Zaman sekarang yang penuh dengan choooobaan,,,dan dooogaan inih….para lelaki ramai yang menjadi para lelaki dayus, tidak bertanggungjawab,,,penakut…lemah pengawalan nafsunya,,,merosakkan kaum wanita yang sememangnya lemah dengan ‘sentooohan’ kaum lelaki,,,

Yang ujud dan yang diaplikasikan hanyalah eingin bersama….tetapi tidak ingin bertanggungjawab,,,,sesuatu perkara seperti ingin bersama,,adalah satu perkara yng berteraskan nafsu.,.,dan nafsu itu berteraskan kecantikan,,,kecantikan itu berteraskan daya tarikan dan nikmat…

Cuba bayang,,,apabila seorang wanita itu hilang daya tarikan,,,hilang sumber2 kenikmatan pada dirinya,,,seperti wajah,,,badan,,,,sifat perangai,,yang digemari kaum lelaki..maka tidak bernafsulah lelaki,,,bila tidak bernafsunya,,,lelaki,,,maka hilanglah ‘ingin bersama’ dalam naluri lelaki tersebut,,,maka bila habis madu,,,sepahlah di buang,,,

Ini akibat bila ‘ingin bersama’ tidak digandingkan bersama ‘ingin bertanggungjawab’,,,

Karna itholah ramai kaum wanita zaman sekarang ini yang rosak2 belakeee,,rugi betul

Sekurang2nya bila ‘ingin bertanggungjawab’ itu ada bersama,,,maka ‘nikah kahwin’ pun besar kemungkinan akan diusahakan,,,

Dan bila nikah kahwin diusahakan,,,maka walau hilang sumber kenikmatan pada wanita itu,,,barkadut2 lah wajahnya ituh,,,,dan habis segala bahagian badannya ditarik gravity…maka sekurang2nya ada lelaki yang ‘ingin bertanggungjawab’…(sebab itulah aku sarankan agar kesemua wanita yang sudah bersuami…usahalah untuk memikat..dan usaha melahirkan ‘ingin bersama’ didalam naluri kelakiannya terhadap anda, usahalah dari SEGENAP SEGI pun……sebab bukan semua lelaki yang baik2,,dan setia,,,dan yang baik2 bukan terjamin kebaikannya selamanya…apatah lagi tanpa usaha anda)

Kerana ‘ingin bersama’+’ingin bertanggungjawab’ adalah bersamaan= SAYANG,,,

Bila ‘ingin bersama’ sahaja yang wujud maka ianya NAFSU semata2

Bila ‘ingin bertanggungjawab’ sahaja yang wujud maka ianya KASIHAN semata2

Dan kasihan itu pada aku lebih mulia dari nafsu..kasihan itu berasal dari kasih..kasih,,,kasih,,

Jadi jangan pening2 kepala,,,,SAYANG= ingin bersama+ingin bertanggungjawab= nafsu+kasihan….dan semua ini menjadi satu keberkatan dan akan dirahmati tuhan,,,jika kita usahakan diatas jalan Allah,,,

Inilah definisi SAYANG






p.s: usaha selepas nikah= baju tidur yang mengancam…ahhaaaaa

1 comment:

embun_pagi said...

tahniah untuk en usaha..
semoga bkekalan jodoh dunia akhirat..
=)

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search