Popular Posts

Saturday, July 14, 2012

Aku inginkan apa?


Rezeki telah ditetapkan, penetapannya telah datang bersama- sama roh semasa masuk ke dalam jasad dahulu…

Jadi sentiasalah tenang mencari rezeki dan senang dengan apa sahaja yang telah kita dapati.
Sentiasa lihat orang yang kurang berada daripada kita, supaya kita sentiasa ingatkan apa yang kita ada, dan supaya kita syukur dan redha dengan apa yang Allah kurniakan pada kita. Jika kita tidak ada kasut, maka carilah orang yang tidak ada kaki, dan berfikir, ‘sekurang-kurangnya aku ada kaki’

Tidak salah berusaha rajin dalam mencari rezeki, Cuma yang salah jika terlalu mengejar duniawi dan material penuh dengan nafsu inginkan sesuatu sehingga iman tergadai, selalu terlupa bahawa apa yang kita kejar itu tidak semestinya dapat, dan apa yang kita kejar itu tidak sepatutnya dikejar.

Wajib kita bezakan antara Keperluan dan Kehendak.
Dan pelu kita bezakan antara Tujuan dan keperluan

Kehendak itu adalah sesuatu perkara yang sekiranya kita tidak ada perkara tersebut maka tidak mengapa, tiadalah ia membawa apa-apa kerosakan.

Keperluan itu adalah material duniawi yang kita perlukan untuk mencapai…..

Untuk mencapai apa?

Mencapai Tujuan,,,

Apakah tujuan kita???

Allah S.W.T.

Bukankah keliru manusia-manusia yang tujuan hidupnya adalah untuk mencapai material duniawi?
Walhal dunia ini akan hancur!

Tujuan kita tujuan yang hakiki, tujuan kita keredhaan ilahi!

Yang patut dikejar adalah kayanya jiwa, tetapnya iman, syukurnya diri, redhanya hati, tenang dan senang dengan Allah SWT.

Bukannya material yang tiada penghujung khayalannya ini.
Hati jika tidak dijaga dan ditanam sifat syukur dan senang dengan apa sahaja yang telah kita ada,
Maka akan sentiasa tidak puas mencari-cari dan cuba memegang sesuatu yang tidak boleh dipegang,
Iaitulah alam material dunia ini…

Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada, berbelanja setakat apa yang mampu, dan hindari hutang.

Senang saja ingin mengetahui kemampuan diri,
Apa sahaja yang kita mampu membelinya tanpa berhutang, maka itulah kemampuan diri kita,
Tabiat berhutang itu merupakan satu amalan merosakkan hati, kerana selalu sahaja menginkan sesuatu yang tidak mampu dimiliki.

Hidup sentiasa dibebani hutang, sentiasa mengunakan kad kredit, untuk membeli sesuatu yang tidak mampu dimiliki.Sentiasa membuat pinjaman bank untuk memperolehi sebahagian dunia ini. Sentiasa berhutang dan membebankan diri..,Inilah bentuk kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan....

Allah Menjaga kita,
diberikan sesuatu kurang daripada orang lain, kerana mungkin kekurangan itu ada rahmat di dalamnya.
Mungkin sekiranya kita kaya raya, maka kita berkemampuan berbuat dosa…berkemampuan membeli sebahagian dunia dan menggunakannya untuk perkara maksiat…mungkin berzina..pergi ke kelab-kelab malam, minum arak, sertai majlis-majlis maksiat, memakan makanan makanan haram, mengamalkan makanan yang merosakkan tubuh badan.
Hasilnya kita mungkin bercerai berai, jauh dari anak-anak, tiada masa untuk keluarga, dihina masyarakat, mati dalam keadaan berbuat maksiat, mati muda akibat pemakanan yang melampau, mati berseorang diri dalam keadaan hina, dan sebagainya.

Kita,
 hamba yang zalim ini, sering meminta-minta daripada Allah, akan kemewahan dunia….
tapi adakah kita mampu untuk menjaga iman, dan menjaga amanah sekiranya dikurniakan rezeki sebegitu rupa?...

Memang ada hamba-hamba Allah yang tidak rosak imannya walau dikurniakan kemewahan dunia, makin bertambah kemewahannya, makin bertambah sedekahnya, makin dasyat pengorbanannya terhadap agama, makin menebal imannya. Tidak berubah hatinya, malah lebih kuat imannya, menjadi contoh kepada orang lain tentang makna menjadi khalifah di bumi Allah..

Memang ada hamba-hamba Allah yang sebegitu, bahkan sebelum menjadi kaya raya, hatinya telahpun terlatih, dan bersedia menerima tanggungjawab dan amanah kemewahan dunia…

Adakah kita, insan-insan yang terpilih ini?

Dan adakah kita semua yang masih belum ‘mewah’ ini sudah bersedia?
Sudah bersediakah kita dengan iman yang tebal di dalam dada?

Jika kemewahan yang kita damba-dambakan itu tidak juga kunjung tiba, maka besar kemungkinan,

kita belum bersedia……………

banyak contoh-contoh manusia yang mewah hidupnya didunia, tetapi hatinya rosak jiwanya punah, akhiratnya celaka...

syukukurlah kita,,,,

Allah Menyelamatkan kita….betapa Kasihnya Allah kepada kita…
ditetapkan rezeki kepada kita dengan secukupnya..

cukup dengan keluarga yang bahagia, isteri yang rajin menjaga hal-hal rumah dan anak-anak..
anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal membela agama…
keluarga yang penuh harmoni dan kasih sayang…
waktu terluang untuk keluarga, untuk makan bersama, bergembira bersama, beribadah bersama…
kasih dan sayang di dalam hati serta rasa syukur dan tenang di dalam hati…
rumah walaupun tidak besar, tetapi selesa dan boleh berteduh di dalamnya…
kereta walau tidak mewah tetapi dapat digunakan untuk keperluan harian…
gaji yang secukupnya untuk keperluan keluarga,,,,
dan tiada hutang yang membebani bahu ini…
Alangkah nikmatnya tempat persinggahan sementara ini….
Dunia ibarat secelup jari di lautan ukhrawi….

Tidak salah berusaha untuk mendapat sesuatu yang lebih baik….
syaratnya wajiblah bersandarkan Islam dan sunnah rasulullah..
syaratnya hati wajiblah syukur dan redha dengan apa yang ada…
syaratnya mengharapkan Allah Yang Memberi segala..
syaratnya tujuan hidup adalah untuk mencapai keredhaan Allah…

bila inginkan sesuatu, maka penuhilah syarat ini terlebih dahulu…

p.s: jika sudah terlanjur berhutang piutang, bukan bermakna tiada jalan kembali, sentiasa betulkan diri dan mencari kebaikan.....

No comments:

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search