Popular Posts

Saturday, April 18, 2009

Bila ‘Aku’ itu…hanya untuk Yang Satu……

Sebab keakuan itu…menunjukkan ke satuan…

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Personality manusia itu terbentuk daripada tabiat dan pemikiran seseorang manusia pada satu2 waktu yang tertentu…

Jadi bila manusia berkata

“aku ini baik hati,,,”

“aku ini jahat..”

“aku memang best”

Dan sebagainya,,,ia hanya valid untuk satu2 waktu yang tertentu,,,

Kerana hakikatnya tidak ada sesuatu keakuan yang tetap selain keAkuan Allah subhana wataa’la,,

Kerana hakikatnya ayat2 diatas hanyalah perasan manusia terhadap dirinya,,,boleh jadi doa,,,dan boleh juga dijadikan perisai supaya dirinya boleh menjadi malas,,,dan melepaskan tanggungjawab…boleh juga dijadikan untuk manusia meninggi diri..dan untuk mendapat sanjungan orang lain,,,

dan boleh juga dijadikan sebagai pengakuan sifat2nya yang lepas…

TAPI ia tidak boleh dijadikan sebagai pengakuan sifatnya yang hakiki…dia tidak boleh ‘ikhlas’ menyatakan keakuan dirinya….

“aku memang baik”

“perangai aku memang macam ni”

“memang aku malas”

“memang aku ………………………….. dan x boleh diubah2 lagi”

Dan memang ayat2 diatas hanyalah pengakuan yang tidak benar,,,mempraktikkan keakuan,,,,semacam sifat2 yang dia tetapkan pada dirinya itu datang dari dirinya sendiri,,,walhal,,Allah yang beri…

Kerana itu aku tidak dapat menerima penetapan diri,,,pengakuan diri,,,tambah2 yang ikhlas,,,tanpa terdetik dalam hati…

“Allah Yang memberi ku segala2nya,,,segala puji hanya bagi Allah”

………………..

Kerana jika anda mengaku dengan ikhlas yang dirimu itu,,,dulu kini dan selamanya adalah sebagaimana yang anda katakan,,dengan ikhlas…tanpa ada rasa akan kaitannya dengan kurniaan Allah,,,maka fahamilah anda sudah mula memasuki arena mensyirikkan Allah dengan diri sendiri,,,

Dan juga,,,fahamilah,,,,sifat manusia itu fana dan selalunya batil,,,,,inilah yang dikatakan hamba,,,dan ciptaan,,,

Manakala sifat Allah itu hakiki,,,tetap dan tidak berubah2 lagi,,,,inilah yang dikatakan tuhan,,,,,

Atas dasar inilah juga keakuan itu hanya layak bagi Allah,,,

keAkuan Allah adalah tetap….

Dan tidak ada yang tidak diberikan selain dari yang diberikan Allah,,,,

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Jadi wahai manusia,,,jangan ujub dan takbur dengan sifat 2 anda yang baik,,kerana ia adalah kurniaan Allah,,,cukuplah dengan memuji Allah,,,bersyukur,…dan mengharapkan Allah tidak membolak balikkan hati anda ke jalan yang sesat,,,,setelah anda berada di jalan yang lurus,,

Juga wahai manusia,,,,jangan lah sesekali menerima sifat dan perangai anda yang buruk belaka,,,kerana kononnya inilah Aku,,,inilah diriku,,,,,dan aku sememangnya layak ke neraka.......KERANA,,,inilah yang dipanggilkan sifat menyalahkan Allah..melepaskan tanggungjawab..malas,,,dan sememangnya,,,,sekiranya sifat ini diteruskan tanpa ada taubat,,dan cubaan sedaya upaya untuk berubah,,,maka anda sebenarnya cuba mencuri jubah tuhan,,,,kerana sombong itu hanya milik Allah,,,anda dengan sombongnya mengaku diri anda itu tetap dalam kekafiran,,,,walhal anda hamba dan wajib cuba untuk berubah,,,dan ketetapan,.,,malah ketetapan dalam keAkuan,,,hanyalah milik Allah semata2…

Manusia sentiasa berubah,,,,dan sentiasa boleh berubah,,,

Bertaubat,,,bersyukur,,,dan berubahlah untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya hamba…

Dan akhir sekali,,,sentiasa berharap akan kasih sayang Allah,,,,,dan sentiasa bersangka baik kepada Allah,,,

Hakikatnya sangkaan anda terhadap Maha Kuasa adalah kenyataan,,,

“kerana anda pada sisi Allah adalah sebagaimana (anda meletakkan)kedudukan Allah dalam hati anda…”

Moga kita semua selamat,,,

p.s:kalau x faham tulisan di atas sile bertanye…jangan memandai ye,,,dan jangan MERASA diri pandai,,,sesat kang,,,

No comments:

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search