Sebenonye aku selalu fikir…cara untuk aku ajar anak aku,,tentang apa perkara yang boleh dibuat,,dan apa yang x boleh dibuat…
aku ingat,,,zaman aku dulu2,,,yang menyebabkan aku benci JERKAH,,,
Iaitu memarahi orang lain dengan nada yang nyaring dan kuat…ini satu perkara yang aku cukup anti,,,dan kalau aku boleh lawan,,,aku lawan balik…
Sebab bapak aku.,,dan bapak2 sedara aku dulu…semuanya terrer dalam bidang JERKAHAN tersebut,,,sampai aku umur 24 tahun pun tabiat depa x bleh ubah lagi,,,,(bapak aku dah x jerkah dah)
Kadang2 depa lupa yang aku boleh lawan balik,,,tapi kalau x kerna hormat….maka aku,.,,tetap aku yang dulu pada pandangan depa…dan dah tentu aku x suka mencari musuh,,,tambah2 dalam keluarga sendiri,,,
..............................................................................................
Kit a berbalik kepada persoalan sekarang… Kalau anda x PENAMPAR anak anda sendiri kerana satu perkara batil yang mereka buat….1 hari nanti,,,dia akan diTAMPAR oleh orang lain dan kadangkala boleh membawa maut…
Sebab ibu bapa sekarang,,,terlampau manjakan anak,,,,bagi aku..penampar…rotan atau kesakitan yang lain adalah satu perkara yang wajar…untuk menyedarkan anak2 yang di dunia ini ADA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT….ADA BATASAN,,,SERTA ADA KESAKITAN YANG MENURUT SETELAH MEREKA NAK JUGAK MEMBUAT PERKARA YNAG DILUAR BATASAN….
‘anak aku,,,aku ada cara sendiri..untuk ajar mereka…dan mereka pun masih kecil lagi..’
Ya….tapi jangan sampai satu masa nanti anda menangis kerana anak anda x sedar dunia ini ada batasan,,,,dan ada kesakitan yang kadangkala membawa maut,,,jika mereka sengaja melanggar batasan itu,,,
Kalau anak anda dirotan di sekolah oleh guru disiplin,,,anda patut malu,,,kerana anda adalah ibu bapa yang GAGAL mengajar mereka terlebih dahulu di rumah..
Ya,..mungkin ada segelintir guru yang yang kepala hotak depa x betul,,,lalu menyakiti anak anda dengan cara dan sebab yang x betul…
Tapi majoriti guru adalah mulia…dan kini mereka sanggup memendam rasa lalu menimbulkan penyakit dalam hati mereka sendiri,,,dan boleh menyebabkan mereka mati tiba2 kerana penyakit fizikal yang didatangkan oleh stress yang dibawa oleh anak2 anda…
Dan kadang kala guru yang mulia ini( guru yang sanggup menerima risiko),,,merotan,,atau mencubit,,,atau memberi nasihat dalam bentuk2 kesakitan,,,supaya anak anda sedar,,pada peringkat awal yang dunia ini ada batasan,,,dan banyak kesakitan,,,dan mereka perlu berhati2 dalam kehidupan,,
Daripada membiarkan anak anda terus dengan lamunan kesenangan dan kenikmatan yang sebenarnya hanyalah khayalan,,,di dunia yang nyata ini,,,daripada membiarkan anak2 anda DITAMPAR oleh anasir2 dunia,,,yang menyebabkan anak2 anda sedar dalam kegagalan kehidupan,,,,dan kadang2,,,terus koma atau x sedar terus…kerana mati mengejut.,…kerana diTAMPAR dunia….
Sebab tu sekarang ni aku syukur,,,sebab selalu dijerkah,,,oleh bapak aku dan sedara2nya kerana aku suka melanggar batasan,,,(masa kecik dulu le)
Dan aku syukur,,,sebab pernah ditampar dan dirotan guru sekolah aku dulu,,,seingat aku…
Jadi wahai ibu bapa,,,,kadang2 anda kena beri mereka(anak2 anda) nasihat dalam bentuk kesakitan,,,supaya mereka sedar diri…jangan terlampau manjakan mereka….jangan sampai satu masa nanti,..mereka diTAMPAR oleh selain anda,,,,kerana sudah pasti anda menampar kerana kasih sayang,,,,tapi belum pasti dunia MENAMPAR mereka kerana sayang,,,
Ingat,,jika anak anda disakiti orang lain,,,kerana kesalahan atau tabiat anak2 anda sendiri …salahi diri anda sendiri,,,kerana gagal mengajar mereka dengan sebetulnya,,,
Dan sudah tentu jika anda tidak mengakui yang anak anda tidak bersalah,,,ini adalah kerana anda mahu mempertahankan satu khayalan iaitu ’ anda memang pandai menjaga anak’….lebih daripada anda mahu memperjuangkan keadilan…
ada banyak cara untuk mengatasi masalah,,,Allah turunkan racun dengan penawar,,memang nasihat bukan hanya dalam bentuk kesakitan,,,,tapi jangan sampai anak anda ditampar orang lain,,,semata2 kerana alasan anda,,,’anda mahu mencuba cara yang lebih lembut atau cara anda sendiri, untuk mengajar anak2 anda’…lalu DUNIA mengambil tindakan sendiri…
ingat,
‘jika anda gagal MENAMPAR anak anda sendiri atas dasar kasih sayang,,,satu hari dia akan DITAMPAR oleh dunia,,,atas dasar kegagalan anda’
p.s: anak ibarat kain putih,,,yang mencorakkan kain itu,,,anda,,,,samada dengan corak Islamic…atau yahudi yang zionis laknatullah,,,
No comments:
Post a Comment