Popular Posts

Thursday, February 26, 2009

Post reply ( Re: BILA PEMEGANG BIASISWA SLTP YG DH DI'INTERVIEW AKAN POSTING..? )

untuk forum MYGSTT sebenarnya
(aku x leh reply kat forum tu,,,,sebab connection setting kat cc aku rasa,,,so aku reply kat blog aku nih,...)
.........................................................................................................................


salam...nampaknya thread nih dah jadik makin menarik.. :)...

aritu aku pun menunggu jugak depan com..time ada khabar bayu dkat forum ni yang,,spp nakkuarkan result...
nak jgak aku join memeriahkan keadaan,,,tapi entah mengapa ,,,com kat cc ni ada prob kot...aku reply post asyik x dapat jek,,,so aku pun jadi pemerhati jela,,, :D

sabar,,,,kita sabar je menunggu surat darik kpt tu sampai,,,

diarang pun tengah bersabar dengan kerja diarang,,tekanan yang datang dari pelbagai pihak,,,termasuklah pihak kita yang banyak bersabar ni...diarang punya kerja dan tanggungjawab,..dan ujian tu memang sesuai dengan kekuatan diri diarang...

sebab tu diarang sabar,,,kita umat islam ni di wajibkan bersangka baik....so kita sangka baik yang diarang ni baik2 belake...

sebab kita sabar dan sangka baik pada diarang ni yang menyebabkan kita pun jadi baik dan sabar..dengan dugaan yang Allah bagi kat kita ni,,,,kalau kita sabar dengan dugaan Allah bagi kat kita ni...maka banyaklah terhapus dosa2 kita yang sebelum ni kerana x sabar dalam kehidupan harian yang Allah tentukan pada kita pada masa lalu,..,..

apapapun,,kalau kita rasa ada kesilapan dan kezaliman yang berlaku,,,dan kita rasa kita ada kekuatan untuk buat sesuatu,,,aku sokong 100% anda lakukan usaha yang anda kata nak lakukan itu,,,, ;),,,aku menyokong,,dan kalau aku rasa ada kekuatan nak menolong aku pun nak ikut sekali rombongan tu nanti...

syukur..Alhamdulillah sebab Allah bagi kita rezeki dan peluang untuk membuat satu pekerjaan yang paling mulia sekali,,,iaitu jadi seorang PENDIDIK..

syukur sebab Allah bagi kita kesabaran untuk menunggu berita baik daripada orang2 yang berusaha untuk menolong kita untuk kita berusaha mendapatkan rezeli seorang pendidik,,,syukur sebab kita boleh bersabar,,,

Alhamdulillah.,,.kita dapat sabar dengan ujian dan musibah sepanjang kita menunggu berita baik...syukur kita dapat sabar dengan dugaan Allah ni,,,..

Moga dalam minggu ni dan dalam minggu depan...kita dapat berita yang baik dari pihak kpt...Amin... :)

p.s: Sungguh Allah memberikan ujian kepada kita sesuai mengikut kekuatan diri kita masing2x...dan apasahaja yang Dia bagi tu adalah yang terbaik...dan segala2nya datang dari Dia...

Saturday, February 21, 2009

Siapa sebenarnya penderhaka??

Baru2 ni gempar..kerana digembar dan digemburkan oleh media televisyen…yang pro dan taksub kepada satu pihak sahaja dalam bidang politik mereka…tentang tragedy yang menimpa negeri Perak…

Apa kejadahnya,,,,

Jadi rakyat yang sebenarnya bijak…suka mencari sumber media yang lain seperti internet,,untuk mencari kebenaran,,,

Dan sebenarnya,,,di dunia ini banyak khayalan lebih dari kebenaran,,,

Tapi rakyat juga bijak kerana mampu…untuk membezakan…antara keadilan dan kebatilan,,,


………………………………………………………………………………………….

Aku ingat haritu..masa kerajaan negeri perak dirampas dari Ir Nizar…seorang sahabat aku yang pro dalam bidang politik..sms aku…sms itu berbaur penghinaan dan kutukan kepada Pakatan Rakyat,,,

Kerana kerajaan negeri perak dirampas oleh Barisan Nasional…

Aku hairan,,,kenapa sahabat aku tu x ditangkap pihak berkuasa..

Hmmmm….

Oh,,,rupanya aku terbuat2 hairan sebab aku terbuat2 lupa…ayahnya bekerja dalam pihak berkuasa..

Kenapa aku kata aku buat2 hairan?

Sebab pihak berkuasa ada sebut.,,,masa kemelut yang terjadi kat perak tu,,,bahawa..siapa2 yang sms berbaur hasutan,,akan ditangkap….tapi sahabat yang aku amat sayangi ini x ditangkap…hmm


……………………………………………………………………………………….


Okeh,,kita berbalik kepada persoalan asal….

Iaitu bahasa Peradaban Bangsa Melayu…iaitu adab kita orang2 melayu,,,bila kita bercakap dengan sultan,,haruslah menggunakan bahasa istana…

Kalau x derhaka lah kita ini…

“Patik” apakah maksudnya?

Maksudnya “anak anjing yang baru lahir”

Kenapa kita guna “patik” bila berbicara dengan sultan?

Kerana kita adalah rakyat yang merendah diri dan penuh dengan adab

Orang melayu terutamanya harus faham…dan menghayati bahasa yang kita gunakan di dalam istana,,,baharulah kita ini betul2 bangsa yang sayangkan sultan2 kita,,,

“duli” apakah maknanya?

Ia adalah debu2 yang melekat dikaki sultan,,,,

Sebab itu perkataan iu digunakan,,kerana kita rakyat yang merendah diri..(korang cari sendiri ayat yang menggunakan perkataan ‘duli’)

………………………………………………………………………………………..

Sememangnya bangsa melayu yang benar2 sayangkan Sultan …

Sememangnya rakyat Malaysia yang benar2 sayangkan Sultan…

Haruslah tidak mempermainkan keindahan bahasa Peradaban Bangsa Melayu

Aku bagi contoh:

Baru2 ni Ir Nizar….menyebut ayat “…sembah derhaka” yang diputarbelitkan oleh media televisyen

Ayat itu adalah bahasa dan istilah yang digunakan semasa kita tidak dapat memenuhi perintah sultan,,,,dan digunakan sebagai tanda kita(rakyat biasa) menghormati dan menjunjung sultan….

Kita x boleh kata

“patik x boleh buat”

Tapi kita wajib menyebut

“patik terpaksa sembah derhaka”

Ini…bahasa istana,,,adab kita rakyat Malaysia,…secara spesifiknya bangsa melayu,,,

Bila kita bercakap dengan sultan…

Jadi,,,orang yang sebenarnya menderhaka kepada sultan…adalah ornag yang memutarbelitkan keindahan bahasa peradaban bangsa melayu ini,,,untuk kepentingan kroni2 sendiri,,,

Memang segelintir rakyat..otaknya juga terputar belit oleh tipu daya media televisyen,,

Tapi bukan semuanya berfikiran pendek,,,dan taksub…kepada satu pihak sahaja…

Sperti pihak media televisyen,,,

Ingat masa pilihanraya haritu?....

Berdesup2 iklan promot BN..aku x nampak iklan promote PR,,,

Ingat wahai sahabat semua….siapa yang sebenarnya menderhaka kepada pihak istana,,,

Siapa yang sebenarnya kurang ajar dengan sultan kita..

Lihatlah sejarah…

Kaji betul2….

…………………………………………………………………………………………

Ingat wahai sahabat semua…

Perjuangan yang dilihat Allah,,,

Adalah perjuangan AGAMA,,,,

Bukan bangsa,,,

Analogi:

Bangsa diibaratkan sperti satu ‘kecantikan rupa paras’,,,

Dan agama diibaratkan seperti ‘akhlak yang baik’…..

Antara rupa paras dan akhlak yang baik..mana satu yang menjadi modal kita ke syurga?...

Seperti juga,,,antara dunia dan akhirat,,,,yang mana satu anda lebih utamakan???

……….

Nak tau lagi lanjut fasal “sembah derhaka”

Buka laman bawah, tentang cara ulama kita Ustat Haron Din bagi penerangan:

ustat haron din











gambar sebelah....ustat haron din,,,hensem kan beliau....Alhamdulillah,,,


Bagaimana cara aku berdagang/bermain saham?...

Aku bagi hint sket….

=

Sepertimana perniagaan yang lain,,,,contohnya jika kita menjual satu barang,,,kita BERHARAP orang membeli barang kita itu..dengan harga yang kita tawarkan..

Tetapi kita X menjangkakan/menilik/meneka/menjamin orang akan membeli barang itu dengan harga yang kita tawarkan…

……………………………………………………………………………………………………….

Bermakna,,,jika aku BERHARAP sesuatu jenis saham itu naik harga…aku akan set dekat satu point/ aras harga yang menunjukkan harga saham tu tengah naik dan ada kebarangkalian besar untuk aku profit…kemudian bila setting aku sudah kena(triggered to buy)…maka mengikut setting aku..aku akan jual(take profit) dekat satu aras harga yang lebih tinggi yang aku dah set…yang aku HARAPKAN ada orang nak beli unit saham tu pada harga yang aku set tu…dan vice versa untuk short selling.

Nampak x?

Aku x menjangkakan.,..aku x menilik….aku x meneka…aku x jamin..tapi aku BERHARAP…

Seperti juga orng yang menjual barang…dia mengharapkan barang dia terjual…

Bila disebut harap…bukan bermakna berjudi…sebab harapan itu haruslah setimpal dengan ilmu tentang produk yang kita nak jual tu,,,

Contohnya aku…dalam trading aku…aku set,,,untuk buy atau short selling…semasa harga mencecah satu aras harga yang menunjukkan perubahan harga daripada harga asal semasa awal pasaran saham itu dibuka…

Ada lagi beberapa syarat atau petanda lain yang aku guna untuk timbang tara…untuk aku masuk ke dalam pasaran,,,

Syarat2 dan ilmu2 yang kita guna untuk membuatkan kita menilai trading kita inilah yang membezakan antara seorang pedagang saham….dengan seorang penjudi saham…

Seorang penjudi saham = selalu masuk kedalam pasaran saham…tanpa mengetahui kenapa dia masuk…dan…ada satu jenis penjudi saham yang suka guna indicator2 tanpa memahami mekanisma indicator2 itu sendiri…sifat mereka membuta tuli…dan hanya bergantung kepada nasib…

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Kenapa aku tekankan aku x meneka/menjangka/menilik masa depan harga saham?...

Kita mana boleh tahu masa depan…(kecuali kita suka guna jin yang dok curi2 dengaq para malaikat berbisik)

X ada satu kepastian pun di dalam pasaran saham…

Dan kalau ada kepastian…boleh untung dalam saham…ini

Bermakna kita sebagai umat islam…haram untuk masuk dalam arena ni,,,

Sebab jaminan dan kepastian itu tidak ada apa yang boleh berikan ia…selain Allah,,,

Jika ada kepastian dan jaminan untung…samada dari orang atau system..dalam apa2 jenis perniagaan…

Ini dipanggil RIBA,,,

Fahami ayat mutiara dibawah

‘ tidak ada yang pasti selain dari pada ketidak pastian’

‘tidak ada yang terjamin selain dari ketidak jaminan’

Kerana Allah yang menjamin segala sesuatu…

p.s: betulkan niat

1. SEBAB kita berharap kepada selain Dia…kerana HAKIKATNYA kita berharap pada Dia..

2. kerana selain Dia….adalah dalam kekuasaan Dia …secara hakikatnya,..

Friday, February 20, 2009

‘jika anda gagal MENAMPAR anak anda sendiri atas dasar kasih sayang,,,satu hari dia akan DITAMPAR oleh dunia,,,atas dasar kegagalan anda’

Sebenonye aku selalu fikir…cara untuk aku ajar anak aku,,tentang apa perkara yang boleh dibuat,,dan apa yang x boleh dibuat…

aku ingat,,,zaman aku dulu2,,,yang menyebabkan aku benci JERKAH,,,

Iaitu memarahi orang lain dengan nada yang nyaring dan kuat…ini satu perkara yang aku cukup anti,,,dan kalau aku boleh lawan,,,aku lawan balik…

Sebab bapak aku.,,dan bapak2 sedara aku dulu…semuanya terrer dalam bidang JERKAHAN tersebut,,,sampai aku umur 24 tahun pun tabiat depa x bleh ubah lagi,,,,(bapak aku dah x jerkah dah)

Kadang2 depa lupa yang aku boleh lawan balik,,,tapi kalau x kerna hormat….maka aku,.,,tetap aku yang dulu pada pandangan depa…dan dah tentu aku x suka mencari musuh,,,tambah2 dalam keluarga sendiri,,,

..............................................................................................

Kit a berbalik kepada persoalan sekarang… Kalau anda x PENAMPAR anak anda sendiri kerana satu perkara batil yang mereka buat….1 hari nanti,,,dia akan diTAMPAR oleh orang lain dan kadangkala boleh membawa maut…

Sebab ibu bapa sekarang,,,terlampau manjakan anak,,,,bagi aku..penampar…rotan atau kesakitan yang lain adalah satu perkara yang wajar…untuk menyedarkan anak2 yang di dunia ini ADA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT….ADA BATASAN,,,SERTA ADA KESAKITAN YANG MENURUT SETELAH MEREKA NAK JUGAK MEMBUAT PERKARA YNAG DILUAR BATASAN….

‘anak aku,,,aku ada cara sendiri..untuk ajar mereka…dan mereka pun masih kecil lagi..’

Ya….tapi jangan sampai satu masa nanti anda menangis kerana anak anda x sedar dunia ini ada batasan,,,,dan ada kesakitan yang kadangkala membawa maut,,,jika mereka sengaja melanggar batasan itu,,,

Kalau anak anda dirotan di sekolah oleh guru disiplin,,,anda patut malu,,,kerana anda adalah ibu bapa yang GAGAL mengajar mereka terlebih dahulu di rumah..

Ya,..mungkin ada segelintir guru yang yang kepala hotak depa x betul,,,lalu menyakiti anak anda dengan cara dan sebab yang x betul…

Tapi majoriti guru adalah mulia…dan kini mereka sanggup memendam rasa lalu menimbulkan penyakit dalam hati mereka sendiri,,,dan boleh menyebabkan mereka mati tiba2 kerana penyakit fizikal yang didatangkan oleh stress yang dibawa oleh anak2 anda…

Dan kadang kala guru yang mulia ini( guru yang sanggup menerima risiko),,,merotan,,atau mencubit,,,atau memberi nasihat dalam bentuk2 kesakitan,,,supaya anak anda sedar,,pada peringkat awal yang dunia ini ada batasan,,,dan banyak kesakitan,,,dan mereka perlu berhati2 dalam kehidupan,,

Daripada membiarkan anak anda terus dengan lamunan kesenangan dan kenikmatan yang sebenarnya hanyalah khayalan,,,di dunia yang nyata ini,,,daripada membiarkan anak2 anda DITAMPAR oleh anasir2 dunia,,,yang menyebabkan anak2 anda sedar dalam kegagalan kehidupan,,,,dan kadang2,,,terus koma atau x sedar terus…kerana mati mengejut.,…kerana diTAMPAR dunia….

Sebab tu sekarang ni aku syukur,,,sebab selalu dijerkah,,,oleh bapak aku dan sedara2nya kerana aku suka melanggar batasan,,,(masa kecik dulu le)

Dan aku syukur,,,sebab pernah ditampar dan dirotan guru sekolah aku dulu,,,seingat aku…

Jadi wahai ibu bapa,,,,kadang2 anda kena beri mereka(anak2 anda) nasihat dalam bentuk kesakitan,,,supaya mereka sedar diri…jangan terlampau manjakan mereka….jangan sampai satu masa nanti,..mereka diTAMPAR oleh selain anda,,,,kerana sudah pasti anda menampar kerana kasih sayang,,,,tapi belum pasti dunia MENAMPAR mereka kerana sayang,,,

Ingat,,jika anak anda disakiti orang lain,,,kerana kesalahan atau tabiat anak2 anda sendiri …salahi diri anda sendiri,,,kerana gagal mengajar mereka dengan sebetulnya,,,

Dan sudah tentu jika anda tidak mengakui yang anak anda tidak bersalah,,,ini adalah kerana anda mahu mempertahankan satu khayalan iaitu ’ anda memang pandai menjaga anak’….lebih daripada anda mahu memperjuangkan keadilan…

ada banyak cara untuk mengatasi masalah,,,Allah turunkan racun dengan penawar,,memang nasihat bukan hanya dalam bentuk kesakitan,,,,tapi jangan sampai anak anda ditampar orang lain,,,semata2 kerana alasan anda,,,’anda mahu mencuba cara yang lebih lembut atau cara anda sendiri, untuk mengajar anak2 anda’…lalu DUNIA mengambil tindakan sendiri…

ingat,

‘jika anda gagal MENAMPAR anak anda sendiri atas dasar kasih sayang,,,satu hari dia akan DITAMPAR oleh dunia,,,atas dasar kegagalan anda’



p.s: anak ibarat kain putih,,,yang mencorakkan kain itu,,,anda,,,,samada dengan corak Islamic…atau yahudi yang zionis laknatullah,,,

Wednesday, February 18, 2009

95% of traders fail???

Adakah engkau seorang trader,,,(pedagang..ayat skema bahasa melayu)

Jadi,,,,selalunya,,,umumnya,,,orang mengatakan (people say) statistik dan fakta dalam dunia saham mengatakan,,,95% dari pedagang saham,,,gagal,,,

'95% of traders fail'

Maknanya 95% dari pedagang saham ni,,hilang dianya akaun,,,dianya duit dalam akaun,,,

maknanya dia gagal dalam berdagang saham…

………………………………………………………………………………………….

salah sebenarnya,,,95% yang gagal tu,,bukan pedagang saham,,,,

95% yang cuba berdagang saham tapi gagal lalu berhenti berdagang saham…

diarang ni bukan pedagang saham,,,,tapi diarang Cuma gagal dalam percubaan nak menjadi seorang pedagang saham,,,(atau ada yang x pernah berniat macam tu pun)

they are not TRADERS.. they are QUITTERS… or LOOSERS,,,or just GAMBLERS…

mungkin keras sikit apa yang aku kata ni,,,tapi semulia2 orang yang mula nak berdagang saham,,,tapi kemudian bercadang untuk tidak meneruskan usaha dalam bidang ni,,,paling mulia ialah dia semulia seorang yang berhenti berusaha,,,yang berhenti,,,,dialah QUITTERS..

dan seburuknya ,,,diarang adalah penjudi,,,,masuk market saham,,tanpa ilmu,,,tanpa niat,,untuk berniaga ,,,,,tapi sebab nak bergantung pada nasib semata2,,,dialah GAMBLERS

dan pertengahan nya,,seperti orang kebanyakan,,,,they are just loosers,,,,memang belajar saham,,,dan cuba berdagang saham,,,tapi sentiasa rugi,,,,,tapi masih belum berhenti berdagang,,,selagi dia berdagang,,,dan rugi,,,x pernah breakeven,,atau profit dalam akaun dia,..maka dialah LOOSERS,,,

inilah 95% manusia yang bukan PEDAGANG…

PEDAGANG saham,,,adalah mereka2 yang beruntung,,,dalam perniagaan saham,,,yang sekurang2nya punya ilmu yang betul untuk membuat keuntungan,,,dalam arena saham,,,,

Sebenarnya,,,ayat itu ialah…(the real fact is),,,:

“95% of market participants fail”

but only 5% of the market participants are traders,,,,the other 95% is apa yang aku sebut kat atas tu,,,

…………………………………………………………………………………………………………

TRADER=PEDAGANG SAHAM=ORANG YANG BERJAYA MEMBUAT KEUNTUNGAN DALAM SAHAM YANG DIA CEBURI……

So beware and watch your tongue when you speak of the what so call facts,,,,




p.s: only 5% of the market participants are the traders...

Tuesday, February 17, 2009

Hendak Seribu Daya,,,x hendak? Engkau punya suka….

Dulu masa aku tulis blog kat frenster aku..ada le beberapa orang yang ska dengaq nasihat aku,,,dan suka baca tulisan2 aku,,,ada satu masa tu ada seorang minah yang sedang sambung master edu mintak nasihat aku,,,

‘macamana nak rasa puas hati dengan kecemerlangan diri dan kelayakan diri’

Sebab dia kata dia fikir diri dia masih x sempurna…masih belum cukup berusaha,,,,dan masih belum layak untuk menjadi seornag pendidik yang cemerlang,,,,wau!!!

dan aku nasihat dengan cara aku,,iaitu memberitahu hakikat(yang aku rasa ia hakikat) pada dia,,,dalam bentuk nasihat yang tegas…

‘jangan fikir…jangan fikir…jangan fikir,,,buat saja,,,,jangan fikir anda itu sesuai,,,anda itu layak atau tidak,,,kalau anda mahu…terus buat dan jangan berhenti sebelum mati….masalah kita,ialah kita selalu fikir,,,samada kita boleh buat atau tidak,,,atau kita layak buat atau tidak,,,sebelum kita nak buat sesuatu perkara,,,saya x percaya kepada kekurangan ,,,,atau pengakuan bahawa diri itu lemah dan kurang,,dan x layak..tapi saya percaya kepada usaha,,,tanpa memikirkan kita layak..kita hebat atau tidak…tapi jika mahu…buat saja…jangan salahkan orang lain,,,kalau gagal, tapi terus buat,,,dan jangan merungut,,,,kalau nak merungut,,,berhenti,,,kalau nak..buat terus,,,dan jangan berhenti sebelum mati…’

Lebih kurang camtu le nasihat aku,,,amcam…keras x?

X tahu le,,,,tapi aku rasa aku ikhlas kut,,,,yang aku pasti,,,minah tersebut,,terus x balas nasihat aku tu…sampai sekarang dia x kontek aku dah…

Ahhahahahahah,,,,

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Mungkin aku x pandai bagi nasihat,,,tapi aku paling x suka PERANGAI orang yang suka merungut,,,,terhadap kesukaran hidup dia….

PERANGAI suka merungut bila dia sendiri yang memilih untuk memikul tanggungjawab,,,,

Dan kerana ke x sukaan aku kepada perangai yang demikian,,,aku jarang mengambil tugas dan tanggungjawab,,melainkan orang pilih,,,sebab aku x suka buat satu perkara yang aku X SUKA BUAT,,,lalu menyebabkan aku merungut,,,

Jangan jadi manusia yang sanggup terima tanggungjawab,,,semata2 kerana nama,,,kerana inginkan pujian dari orang ramai,,,kerana fikir diri itu baik,,,dan kerana fikir bahawa anda punya niat yang baik…TAPI dalam pada masa yang sama..anda merungut,,,dan bising2 dengan kerja dan tanggungjawab yang anda sendiri pilih…

Niat suci,.,usaha murni,,,,,kekuatan diri,,,kerajinan,,,akhlak yang baik,,,,,perkara2 ni x selari dengan PERANGAI suka merungut,,,,dan jika anda merungut bermakna perkara2 baik yang aku sebut kat atas ni…Cuma lakonan kita,,,supaya orang pandang tinggi kita yang baik inih,,,,

Macam orang putih kata,,,hahahah

Anda kena ‘JUST DO IT’

buat saja…dan ingat,,anda buat kerana anda puas,,,dan kerana anda mahu ganjaran dari Allah,,,dan bukan kerana anda mahu pandangan dan ganjaran dari selain Allah,,,inilah definisi ikhlas…tahap yang rendah lak tu,,tapi ok le…

Hendak seribu daya,,,,jika anda mahu, perkara yang anda mahu..usahalah untuk mendapat apa yang anda mahu itu,,,dan jangan berhenti selagi belum mati…..sekurang2 nya jika anda mati sebelum mencapai cita2 anda itu, anda mati dalam keadaan anda tahu anda x pernah menyerah kalah,,,x pernah merungut,,,dan anda mati dalam keadaan anda mengejar cita2 dengan hasrat, niat dan semangat yang berkobar2,,,yang amat nikmat…

Cita2 dan tujuan itu,,,sebenarnya perkara yang kedua…dan perasaan nikmatnya hanya singkat,,,tapi yang menjadi perkara pertama adalah PROSES bagi mencapai cita2 dan tujuan itu,,,ia adalah nikmat yang berterusan,,,,

ni nasihat aku yang lembut sikit,,,moga kita semua dapat kebaikan dari apa yang aku tulis….amin.,..

p.s: satu kata mutira yang cantik “Hapiness is a voyage not a destination”

Thursday, February 12, 2009

Multilevel marshitting…..episod terakhir….


So…kami sampai kulim…pagi tu….pagi tu kawan aku dah g keja…lagi dua orang yang mengajak dia tu tengah tido,..aku pun kemas2 barang dengan hati yang agak kecewa dengan sahabat aku…tapi sebab aku x mengharap,,,so aku relaks je,,,bila aku kat atas moto aku check sms…

“hang lepaak la dulu kat rumah aku..layan dvd2 tu,,,malam nanti kita bincang..aku nak tau gak pendapat hang….”

Pergh,,,,la,,,,berubah fikiran lak dia….aku lak x leh lepak….so aku balik rumah aku dulu kat selama…petang tu aku lepak kat rumah kakak aku..kat kuaters poli sultanah bahiyah,,malam tu aku bawa bahan2….nak menasihat kawan aku tu,,

Aku nak menasihat,,yang mana mlm yang dia nak join tu…sebenarnya satu perkara yang x suci…dan memperbodohkan bangsa melayu…

Kenapa x suci:

  1. Menggunakan duit dan material,,,untuk menjerat orang melayu,,,jadi kera…dan jadi ahli depa…
  2. Aku x nampak upline dia solat.
  3. sedih aku nampak ramai orang teruja2 dengan adrenalin rush,,,melompat2 dan hu ha,,,macam depa memang terjamin bakal dapat jadi ‘macam orang kaya’..sepanjang progam tersebut..
  4. depa x baca doa pembuka majlis….
  5. depa memuja duniawi….dan keseronokan hidup di dunia…

kenapa memperbodohkan bangsa melayu:

  1. Sebab bangsa melayu yang x mengenal mlm adalah seperti kera…
  2. Sebab mlm depa ni,..walau kononnya kukuh dah meluas 11 buah Negara

: ini bermakna bangsa melayu dah lewat masuk pasaran,,pasaran dah tepu..

  1. Bangsa cina…dah amik tempat first,,,,depa makin kaya,,,,depa dah tarik bangsa depa masuk awal,,,last sekali baru depa tarik bangsa melayu,,,,
  2. aku pun ada darah orang cina jugak mengalir dalam saluran darah aku,,,

tapi,,,dalam pada masa yang sama…aku juga ada darah bangsa melayu,,,

ini memang seperti skim pyramid…sebab bangsa cina…telah berjaya mendapat untung dari pada bangsa melayu…yang x faham apa makna ‘pasaran dah tepu’

dan makna ‘terlewat’…

  1. Aku lihat betapa ceteknya pemikiran bangsa kita(melayu) cetek sampai senang untuk di basuh,,,,,di brain wash..sampai bangsa cina cakap “melayu senang kena brainwash mehhh”
  2. ceteknya pemikiran melayu bila ditayang sikit dunia kat depan mata kita….kita lupa apa makna ‘keberkatan hidup kerana Allah’
  3. ceteknya pemikiran melayu…bila upline depa cakap,,,,kerja makan gaji juga skim pyramid,….dan semuanya angguk2…dan hu ha2,,,,macam kera,,,,walhal apa yang disebut itu x benar,,,,
  4. depa panggil satu keluarga…empat adik beradik berbangsa melayu…yang telah bersatu,,,,membalas jasa mak ayah depa,,,untuk bagi testimoni....sebab masuk mlm ni….
  5. dalam pada masa yang sama…depa x sebut…bepuluh2 keluarga yang putus hubungan semata2 kerana join mlm ni,.,,,

dan semua kera pun tertipu,,,

apakejadahnya,,,

bukan aku mengatakan manusia hina seperti haiwan kera ini,,,,tapi aku kata perangai kita orang melayu ni,,,senang terleka ..senang terbuai,,,dengan angin sepoi bahasa….yang sedap dinikmati,,,,

tapi ingat…kerana terlalu enak dibuai angina itu,….kera2 jatuh tersungkur di bumi sendiri….sebab kera…x ada sayap untuk terbang….tapi kera lupa daratan,,dan x sedar pun dia lupa daratan,,,lalu dia mendarat jugak..dan tersungkur di tanah…

so bila kita terleka dengan impian janji2 manis duniawi….tanpa memikir kan apa sebenarnya tujuan hidup kita di dunia ini….

Samalah kita…seakan2…kera,,,,,(aku cuma menyamakan sikap kita yang buruk)

Aku terang segala ni kepada sahabat aku….tapi aku tekankan,…hukum2 agama yang disalahi…mlm ni,,,juga aku terangkan apa tujuan kita semua berniaga…

Sebenarnya untuk Allah…

Aku kata…jangan malu untuk mengatakan kita sentiasa betulkan niat untuk Allah,,

Dan jangan malu untuk menyatakan rasa hati kita sentiasa betulkan niat,,,,semata2 kerana Allah,,,dan kerana syurga Allah,,,

Kan kita nak masuk syurga…betulkan?

Aku juga terangkan…bagaimana mlm yang dia nak join ni ada sekurangnya 4 redflag yang mlm dia ni….betul2 menipu orang ramai…cuba buka page bawah,,,

http://www.mlm-thetruth.com/5RedFlags-summary.htm

kalau korang rajin.,..surf la web tu,,,,siap ada nama syarikat besar dia….iaitu DCHL….tersenarai di dalam syarikat yang sudah dikaji,,,dan terbukti wujud unsur2 scam…

aku x cakap tipu duit,,,tapi aku boleh kata..majoriti orang tertipu dengan cara syarikat ini menggunakan nafsu kita sendiri..untuk membelit kita sendiri…



BERKATKAH REZEKI KITA?

sehabat sekelian,,,fahamilah,,,

kalau dah nama MLM….sesungguhnya modal dia mestilah sikit..kerana tujuan mlm adalah nak bagi kita peluang berniaga…walau xda duit,,,

tapi sampai kena wat loan bepuluh ribu semata2 nak beli pangkat dalam MLM ni…apakejadahnya?????

Kalau berjaya,,,okle leh bayo balik…kalau x berjaya..macam kebanyakan orang ..amcam????

Kalau kita berjaya pun…anak2 buah kita banyak yang x berjaya,.,dan rasa depa tipu…

BERKATKAH REZEKI KITA DALAM MLM INI!!!

Dan…bila dah nama beli pangkat,,,,HARAM hukumnya,,,sebab dalam undang2 negara,,haram beli pangkat…bila satu undang2 negara yang x bercanggah dengan hukum agama…maka wajib kita ikut…so bila Negara kata haram….so haram lah jadinya…FAHAM??

Ini baru sikit…bacalah dalam web ustat zaharuddin…buka minda..baca bab MLM yang ada dalam web dia….dan cuba nilai rezeki anda dalam MLM ni…

Betul..ada sedikit mlm yang ok dan betul,…

Tapi majoritinya,.,..menipu belaka….

Dan,,,pada malam tu…sahabat aku berubah fikiran…walau pada mulanya dia berdebat gak dengan aku,tapi aku kata relaks...aku xnak berdebat..aku nak hang dengaq ja sampai habis,,,


( maklumle,,,dah kena brainwash)…

Tapi makin lama..dia makin fikir rasional kembali,,,dan menerima nasihat aku..Alhamdulillah,,,,

X sia2 jugak aku x kisah dengan apa yang dia buat pada aku,,,sebab memang kita mudah untuk di brainwash bila dah sentuh MLM ni,,,aku x salahkan dia…

Lagipun aku xnak menghalang impian2 dia,,,,

Aku Cuma beri pendapat,,,

Dan dia terima…

So sahabat2 kat luaq sana,,,kot nak join apa2 bisnes pun…leh Tanya aku,,,aku leh tolong teliti dan kaji,,,sebab aku sedih,,hari demi hari..aku dok denga kawan2 aku kena tipu beribu riban,,,

X kurang juga yang minta pendapat dan nasihat dan berjaya diselamatkan,,,selagi aku mampu,,dan berada dalam kekuasaan ilmu aku,,,aku kan bantu…Alhamdulilah,,,

Dan La haulawala kuwwataillabillahil’aliyyala’zim…..

Yang paling penting sekali,,,,buat apa pun…PASTIkan HATI anda PUAS dengan keTENANGan dan keYAKINan, bahawa USAHA KITA diBERKATi ALLAH….

Fikir2Kn,,,, sahabat sekelian…

Salam,,,,

Tuesday, February 10, 2009

multi level marshitting...post 2

Lpas habis ja ceramah2 depa tu..aku pun dibawa beramai2 dengan bdak2 yang baru nak mengkerakan diri sendiri…tunggu punya tunggu,,,,wau….sampai jam 8..depa bawa aku p cari tempat depa nak open,,,

(open marketing plan dan apa kejadahnya semua…)……….

Ada satu perkara yang aku bagitau sahabat yang bawa aku ke sini,,,satu perkara yang kita kena pertimbangkan seblum join apa2 business yang dibawa orang,,,,

kalau dia islam,,,hang tengok,,,macamana solat dia,,,,kalau aku ajak hang nak bisnes,,,tapi hang tengok aku x smayang,,,hang jangan berbisnes ngan aku

Ni satu perkara yang aku cuba lihat,,,nak lihat,,,dan sedang lihat,,,masa aku nak trima atau x satu2 bisnes,,,sebab kita belajar,,dari pengalaman,,,(tapi mlm bukan bidang aku sekarang..so haramlah kalau aku nak join)

Cuba bayang,,kalau depa crita kat aku marketing plan,,,tapi dalam proses tu,,,depa x smayang,,,apahal,,,aku len le,,,musafir.,,dah niat nak jamaq takhir,,,

Depa dok ctu ja…tapi aku x Nampak depa solat(dan aku x Nampak depa x solat)..tapi sebab aku manusia…aku xmau fitnah depa..aku Cuma leh kata..aku x Nampak depa solat,,,aku x kata depa x solat,,,

Satu perkara yang baguih fasal mlm ni,,,bila depa tarik orang,,,depa x blanja orang tu,,,,hahhahaha

( even progam motivasi depa pun,,,,orang yang tertipu tu kena bayaq sniri)………….

Apatah lagi setakat makan minum yang sikit di kedai mamak,,,

On the way depa nak open kat aku ni,,,depa bekumpul kat satu tempat dimana depa leh memuja dan memuji ‘orang2 yang dah berjaya’ dalam grup depa,,,,ada yang pakai SLK brabus,,,bm x3 pun ada kot,,,dn macam2 la keta mahai2,,hang pa paham la kan,,,so ini yang depa puji dan depa puja,,,so kalau kera2 junior,,,memang kejar,,perkara2 menarik ni,,memang naik adrenaline dia..memang dia semangat nak join,,,

INI LAH YANG DIPANGGIL mlm….

Dan ini lah cara yang aku benci,,,(benci2 sayang),,,,

So,,kami pun berlepas ke satu kedai mamak dekat2 situ,,,,naik keta Toyota apakejadahnya ntah,,,mpv yang hebat le,…

Yang aku sedihnye…sahabat kepada sahabat aku,,,yang nak ajak aku ngan sahabat aku join tu,,,dia dok sebot fasal keta ni,,sebut nama keta ni 2 tiga kali,,,macam agung sangat,,,,macam la aku ngan sahabat aku ni pentingkan sngat kereta2 mewah,,,dan dah tentu ini untuk perangkap aku,,,dan sahabat aku,,,

Sahabat aku tu,,,dia kata

“aku x penting sangat kereta2 mewah,,material, duit apasuma…tapi aku suka bekawan..(network le maksud die)”

Iyele sahabat,,,memang network ni satu perkara yang menarik dalam mlm…

Dan bila depa open kat aku kat kedai mamak tu,,,

Aku jadi pak angguk je,,,sebab sahabat aku punya fasal,,,aku tolong dengar,,sebab sahabat nakkan nasihat aku,,,

So mamat yang nak tarik aku ni pun crita la dari produk..minyak wangi dan apakejadahnya semua lagi,,,

Pastu dia masuk bab marketing plan,,,aku tengok marketing plan dia simple jek,,,dan ikut ilmu aku,,,leh je aku join,,,dan tarik orang guna jaminan,,guna psiko..dan ayat yang tipu tapi murni dan suci,,,dan boleh je aku manipulate marketing plan dia..,.bagi aku untung berganda,,,

Tapi,,,perkara merah kat atas ni la yang aku nak hindari,,,sebab kalau join,,memang sah2 aku join sebab duit,,sebab aku benci produk dia,,,aku tahu lakonan persahabatan network depa ni,,,sebab aku dah biasa dengan apakejadahnya semua ini,,,sbab tu dah lama aku tinggal untuk join mana2 mlm,,,

kalau korang join apa2 mlm, bukan kerana produk..HARAM lah urusniaga anda,,,akad anda x sah...

Aku faham,,,,x sampai 10% yang masuk satu2 mlm yang ‘product based pyramid multilevel marketing’ kerana product nya,,,sebab depa masuk kerana duit,,,jaminan kaya,,,jaminan pertolongan untuk jadi ‘macam orang kaya’..

Aku nak bagitau satu perkara,,,MLM yang sebenar,,,yang sebetulnya suci,,,,’mlm yang dimana upline Cuma boleh makan point hingga level yang ke 5’

Dan bukannya anda boleh makan untung sampai level yang ke infiniti,,,,cuba teliti mlm yang anda kenal,,,aku boleh katakan,,,kebanyakan mlm boleh makan point(boleh dapat untung) sampai level infiniti( sampai bila2 selagi ada orang masuk bawah dia)….

So mamat ni pun crita la kat aku,,sambil provoke2 aku,,,aku jadi ‘macam orang bodoh’ je….mengiyakan apa sahaja yang dia cakap,,dan aku lihat sahabat aku ni yang nak join ni,,,dia bertambah bersemangat,,,bila dengar point2 yang mamat yang open kat aku ni bawa….sahabat aku ni jadi bersemangat,,,dan jadi bersungguh,,,macam dah memang join,,,aku pulak terus le dengan lakonan aku,,,

Dan bila dah habis apakejadahnya semua itu aku bersembang dengan sahabat aku ni..yang bawa aku ni,,

Dia cakap “ aku dah betul2 dah bersungguh nak buat benda ni,,,memang aku bersemangat ni”

So aku teliti balik alasan dia bawa aku kononnya nak nasihat,,,,

“jadi kalau aku x bagi nasihat aku pun hang memang nak join,,,kiranya kalau aku bg nasihat aku pun memang hang nak join, memang sia2 usaha aku? Macamtu?”

Wau,,,walhal dia yang minta aku tolong,,,

“ya..memang aku nak join,,sebab aku tau,.,,hang memang nak halang aku masuk punya,,,hang memang x mau masuk,,,sebab hang dah ada pengalaman sampai 5 tahun,(wau!!!!!! Yeke?hahahhaha)jadi hang memang ego”

Perghhhh,,,,

Cuba bayang apa yang aku rasa sekarang,,,dia minta tolong kita….dan kita berusaha nak tolong..tapi sampai masa kita nak tolong,,,dia tolak pertolongan kita,,,sampil kritik kita,…

Wauuu!!!!!!

Cuba bayang apa yang aku rasa…

“ok…kalau macam tu x pala…esok kita x payah jumpa,,,sebab kalau jumpa pun xda makna,,,,tapi ingat,,,kalau hang dah kaya nanti..rm 150 tu..kira burn a,,,sebab hang dah kaya,,,so kira halal le”

Amcam,..bijak x aku,,,hahahha,,,,sebenonye,,,memang aku bijak pun,,,hahahha(sapa g nak angkat bakul aku,hehe),,,tapi aku nak mencabar dia…supaya dia betul2 kaya kalau dia nak wat,,,,cuba bayang kalau dia gagal..saheh malu nak jumpa aku,,dan minta duit tu….duit yang aku kena bayaq balik kat dia tu la,,,

Lagipun aku memang kecewa dengan sikap dia malam tu…sangat x betul…nilah bahana,,,bahaya,,,brainwash,,,motivasi….yang dibawa oleh mlm….tengok…sampai kawan kita,,,dah jadi macam bukan kawan.,..memang boleh merosakkan hubungan sesame insan…

”ok xpa…tapi hang ingat,,,lepas ni aku tinggai hang terus ja,,,aku terus ngan benda ni”

Dia nak habaq.,.kata bila dia kaya,,,dia x ingat aku dah.,.,.hahahahahahah

Aku x kisah sahabat..memang aku x suka pun bersahabat dengan sahabat yang ‘macam orang kaya’

Tambah2 kalau join mlm…dengan cara menarik orang melalui NAFSU…..

Sungguh x berkat amalan ni,,,

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

So ni baru part kedua dalam bab mlm yang aku kena p haritu,,,

Bab ketiga,,,,

Kita masuk bab …sahabat aku boleh berfikir rasional semula,,,,dan tarik balik ayat dia,,,lalu dia nak nasihat aku,,,,dua malam lepas aku dah nasihat,,,

Post ketiga aku akan crita….sgalanya,,,dan rumusan,,,,

Nantikan,,,,zasssss,,,,hahhahaa

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search