Popular Posts

Friday, January 23, 2009

karangan aku dulu....

Pada hujung tahun ke tiga aku kat university,,,aku jalani kursus asas keussahawanan siswa….selama lebih kurang tujuh hari kat hotel straits meridian….melaker…

Kursus tu memblehkan aku memperolehi satu sijil..yang membolehkan aku membuat pinjaman bank max rm 250 k kalau x silap aku…yang pasti dari SME bank… kena check balik ni,,,haha….

Hari yang keberapa ntah…yang pertama..kalau x silap…ada satu sesi..menulis karangan mengenai diri sendiri….dan beberapa orang telah dipilih untuk membentangkan karangannya selepas itu….ikut firasat aku… aku adalah antara manusia yang kena bentang..so aku pun watle satu karangan yang agak menarik..tapi menceritakan prinsip aku masa itu..

Dan karangan yang kat bawah ni adalah perkara yang aku bentang,,,(dah terpilih..hahahhah)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Saya berasal dari keluarga yang sederhana, 4 adik beradik,dan masih mempunyai ibu bapa…hubungan antara keluarga, antara mesra dan tidak mesra..

Hobi saya ialah, mencungkil ilmu dan idea2 mengenai sifat manusia dan rahsia2 tubuh badan, dan belajar ilmu mengawal pemikiran orang lain. Saya suka ilmu persilatan, membuatkan badan sihat, keyakinan naik dan tubuh badan menjadi lebih sempurna…

Saya boleh menggunakan otak kiri dan kanan samarata, jadi saya terkadang keliru dengan kreativiti dan kritikaliti…Saya berazam mempunyai tubuh badan .minda, dan pemikiran yang sempurna. ‘nama aku’ bermaksud sempurna dan sangat bijak. Tetapi tulisan saya buruk dan saya agak malas dalam pelajaran..(kelas dok gelak)..Semester pertrama 3.7, kedua 2.9, ketiga 2,6, keempat 2.9, kelima 3.2, keenam belum diketahui (sekarang aku dah tau le)

Saya ingin berniaga dan kaya raya..tetapi tidak mahu hidup mewah..kemewahan menyebabkan orang melayu menjadi menjadi lupa akhirat, lemah dan bodoh ( masa ni pun kelas gelak…tapi aku perli orang melayu ni…)..

Saya suka kesakitan, kesakitan itu nikmat, dan mengurangkan dosa. Tetapi saya tidak suka kekeliruan. Saya tidak panic, saya yakin setiap kejadian ada hikmah(nya).

Saya hensem dan tampan, (kelas riuh gelak kat aku..hahhaha),agak kasar, suka berlawan tetapi tidak bergaduh…

Saya tidak suka kelemahan dan kebodohan, Saya cuba pertingkatkan dir dan orang lain.Saya adalah apa yang saya fikirkan…

Antara kelemahan saya ialah nafsu, “tidak sempurna iman seorang muslim sehingga ia bernikah kahwin” (masa ni depa gelak jugak)

Saya suka berkongsi idea dengan orang lain ( pergh..patut le aku tulis blog). Saya yakin sifat lelaki dan perempuan adalah berbeza, kerana tanggungjawabyang berbeza. Saya suka perempuan yang cantik(bergantung kepada pandangan kita yang melihat dan ‘melihat’), lemah lembut (bergantung kepada pandangan kita yang melihat dan ‘melihat’), dan sedar akan dirinya hamba tuhan.

Saya suka main ping pong dan mengangkat besi “weight training” bukan bermaksud membina badan, tetapi menyempurnakan tubuh badan. Saya suka silat cekak.

Saya suka perniagaan dan ingin duit yang banyak untuk keuntungan dunia dan akhirat,,,(aku pilih dua2)

Antara cita2 – menolong islam melayu yang muda(pemuda)

Arigatogozaimas…

Yang bener,,,

Aku le..

……………………………………………………………………………………………………

Aku baru jumpa karangan aku ni tadi…haha,,,

p.s: yang merah tu..aku baru tambah tadi…

No comments:

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search