Popular Posts

Friday, January 30, 2009

Ini adalah mengenai anda…


Ye anda..anda ada dua mata dua telinga dua lubang hidung,,,,satu mulut….jadi jangan membazir,,,,gunakan mata telinga dan hidung anda lebih dari mulut anda….

Rambut anda tentulah hitam,,,yang perempuan yang agama islam mestilah memakai tudung,.,,eh tapi ada jugek orang rambut kaler lain…

Wau…anda dilahirkan di keluarga yang super kaya,,,,kaya.,,,sederhana,,,miskin atau super miskin…perghh,,,dua2 miskin ke kaya ke,,dua2 masing2 dengan ujian masing2…dua2,,akan terbeban dengan ujian masing2,,,,jadi x ada beza kedua2 musibah,,,sebab segalanya sesuai dengan kekuatan..yang Allah kurniakan,,,,, tabiat iman dalam hati anda yang jadi ukuran,,,itu yang dijadikan standard,,,

Jadi,,,anda dilahirkan susah,,,makan susah,,keja susah,,,xde bumbung,,,malah x pernah buka internet,,,pergh susah betul…

Jadi anda dilahirkan senang …makan bosan,,,keja senang,,,,bumbung banyak,,,internet?....hahaahhaha,,,,senang betul,,,tapi bosan siot,,,,,susah jugak jadi senang ni,,,,lagipun x puas pulak nafsu ni,,,

Eh kejap,,,,anda x kisah,,,susah ke senang,,yang penting anda usaha,,,anda redha,,dan anda syukur,,,,Alhamdulillah..

Betul x?...

X ada makna,,,,kalau susah,,asyik merungut dan menyalahkan tuhan,,,

X ada makna…kalau senang,,,asyik dengan dunia…dan x kenal tuhan,,,

Ada makna,,,kalau tabiat iman dalam hati anda berkadar langsung dengan umur anda,,,

,………………………………………………………………………………………………………………………………………

Anda hensem..anda lawa,,,anda segak..anda cantik…anda kuat,,,anda baik,,,anda pandai,,,anda huduh….anda bodoh..anda selekeh,,,anda lemah,,anda jahat…

Segalanya anda,,,dan segalanya yang anda fikir akan anda,,,dan apa orang fikir akan anda,,,segalanya dalam kepala hotak anda,,,,walhal telinga anda diharamkan mendengar fikiran orang lain,,,jadi apa kisah??

Segalanya anda,,,anda fikir orang fikir dengan kelakuan….tanpa ada penegasan lisan,,,

Salah itu,,,wahai anda,,,sebab fikiran itu fikiran,,,kelakuan itu kelakuan,,,malah tegasan lisan itu pun lisan…

Segala perkara berbeza,,,anda xkan tahu fikiran insan,,,,sebab fikiran tidak berbunyi.,..malah insan sering berkata,,,tanpa memahami lisannya…apa kejadahnya,,,jadi apa anda kisah?...

Jadi apa beza anda dengan dia,,,,anda dengan mereka?...adakah pengalaman anda begitu agong,,sehingga sering di warta beritakan,,,adakah pangkat anda begitu agong,,,sehingga menggantikan nama diberi ibunda?....

Apakah makna kedoktoran dan sarjana,,,jika anda berusaha sekadar untuk namanya,,,,

Dan adakah segala itu begitu agong,,walhal segalanya itu boleh dibeli dengan duit belaka?....

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apakejadahnya,,,,

Anda,,,anda memang baik,,,hari2 ke masjid….bual bicara tertib,,,tabiat dan laku berhak belaka,,,anda nasihat ..dan hati insan x sakit,,,insan tengok anda,,,insan malu dengan dirinya,,,insan mula ingatkan tuhan,,,,Alhamdulillah,,,anda memang hamba Allah,,,-

Anda,,,anda memang jahat,,,,hari2 ke pusat hiburan,,,buat bicara bongkak dan bodoh sombong,,,anda nasihat,,,kerana menaikkan diri sendiri,,dan nak menjatuhkan insan lain,,,insan tengok anda,,,insan hina anda,,,insan mula ingatkan dunia,,bila terpengaruh dengan anda,,,anda memang tentera syaitan,,

Tahniah,,,walau manasatupun hakikatnya diri anda,,,yang ghaib tetap ghaib...hanya Allah yang tahu,,,dan kadang2 diri anda sendiri pun x perasan tentang tabiat iman dalam hati itu,,

Apa2 pun mengenai anda,,anda tetap anda ,,,,dan mereka tetap mereka,,dan dia tetap dia…tapi pemikiran ini pemikiran yang salah,,,kerana tidak ada yang tidak berubah,,,melainkan perkataan ‘berubah’ itu sendiri,,,jadi tetap itu patut berubah menjadi lebih baik dan menuju kearah kebaikan...itu yang anda sentiasa usahakan..sebagai seorang hamba Allah...

Dan apa yang paling penting sekali mengenai anda,,,adalah bukan pemikiran..pangkat…susah,,,atau senang diri anda,,yang paling penting adalah tabiat iman dalam diri anda,,,yang sudah tentu,,,anda punya pilihan untuk menjadi lebih baik,,,

kalau nak tulis mengenai anda lagi,,,,memang x habis dakwat selautan dunia,,,

Apa2 pun...,yang penting karangan ini mengenai dri andai,,walau hanya secebis Cuma berkait dengan diri anda,,,.....

Kerana dalam karangan ini,,,hanya dalam ayat ini sahaja,,,ada satu2nya,,,perkataan AKU,,,,

Wednesday, January 28, 2009

stop trading..

maknanya aku mungkin stop trading sekejap..sementara menunggu dapat gaji first aku...sebba xda duit nak bayo 3g..hahahahah...

apa2pun...sekadar maklumat,,,

aku dah ada pengalaman 2 tahun dalam berdagang saham,..sekarang ni aku cuma trade forex...tahun depan insyaAllah aku trade stock sama...

aku sekarang ni tengak kaji sistem aku yang the latest..dah 6 bulan lebih kurang...dan profit lebih kurang 30% dari initial account size...

aku guna trading platform marketiva....ada orang kata marketiva itu bucket shop.....semacam tempat berjudi....secara rumusannya...

dan aku malas nak terang lanjut apa maksud bucket shop...tapi marketiva nafikan...dah tentu le...

apa2pun...duit aku yang hangus..dan duit aku yang aku dapat darik trading sebelum2 ni adalah proses pembelajaran...dan bagi aku nilainya hanyalah setanding dengan ilmu dan pengalaman aku...bukan untuk aku gunakan di dunia ini...so aku x kisah...yang penting aku belajar...dan Alhamdulillah aku belajar...dan aku dah ada kepakaran..yang aku jangkakan aku boleh jana lebih kurang 100% profit dari initial account ammount, annually...banyak sikit dari amanah saham...rendah sikit dari macam orng yang amacam gila dok tenung komputer setiap saat,...sebab aku ni daily chart trader...bukan minutes or hourly trader,,,

Alhamdulillah sistem dan kepakaran aku boleh diaplikasikan dimana2 sahaja jenis trading..asal ada daily chart n 1 hour chart..untuk aku kaji...sebab tu aku nak masuk stock...yang islamic ler.,,,

nasihat aku untuk orang yang baru berjinak2 dalam saham forex:

ko xkan jadi jutawan...



....

hahhahahahaha

jahat x aku...bukan aku nak menghancurkan impian ko..tapi..aku cakap trading ini bukan untuk semua orang...tambah2 forex...

ko cube tengok orang2 yang tertipu...yang agak pandai...yang g report kat media...yang dia kena tipu dengan FOREX,,

itulah ke'pandai'an orang2 malaysia,,..yang kebanyakannya tamak...dan bila nafsu menguasai akal...sudah tentu dia menjadi bodoh..tidak mengkaji dulu pelaburannya...tanpa mengira halal dan haram...lalu melabur membuta tuli...dan ditipu orang..kasihan,,,

lalu dicerita kat 360degree...

walhal forex itu sendiri adalah sejenis saham....bukannya sebuah syarikat atau ornag perseorangan,,,atau sistem pelaburan,,,apakejadahnya,,,berhentilah menjadi bodoh,,,sekurang2nya,,,tanya dulu kepada orang yang lebih arif...

.........................................................................

sori2,,,terkasar bahase lak..kembali kepada topik asal...so Alhamdulillah aku dah yakin dengan kebolehan aku,..aku tanak minta modal kat orang lain(tolong labur untuk orang)..nanti kena tangkap..hahahah,,so aku kan guna duit aku sniri..dan sorang2 aku trade.,...

bskl bercadang nak buat satu platfom elektronik untuk stock islamic dengan usahasama korea.....so ini peluang aku untuk masuk stock....sekarang stock memang kita leh masuk..melalui maybank2u...cimb i-trade...rhb....ni antara platform elektronik yang ada sekarang kat malaysia...tapi xde stop loss...so aku xble guna le...aku nak tunggu platform yang diura2kan oleh bskl-korea tersebut..

mungkin sekarang aku kena cuti skejap sementara aku boleh ada modal nak sambung balik internet aku(hampeh betul)

dan aku dah terlepas 2 trade yang best adus....akungatkan sebab raya cina..so celcom ada masalah gprs sket,,,rupanya aku suspect sekarang,sebab x bayar bill kot..hahahhahah(kat kampung aku dapat gprs je...pun boleh..setakat nak trade)

......................

argggghhhh rindunya aku dengan kehangatan cinta trading,,,hahahahahhaha,,,sekarang aku trade bukan sebab duit....(sebab utama = mesti sebab berjuang) tapi sebab excitement bila ber trading..hahahahaha...seronok siout....

.......................................................................

tapi yang menjadi kesedihan,,,bila rakyat malaysia sekarang ni..dok pulun bertrade forex,,tanpa ada ilmu...dan ada mindsetting seorang trader,,,,excite sangat ke trade dan sentiasa rugi???
.....................................................................

perlu difahami,,,,

trade,,tanpa ilmu+nafsu nak kaya cepat = berjudi...


trade dengan ilmu+pengalaman pulak+niat betul(sentiasa perbetulkan) = berniaga


so..jangan jadi bodoh..kalau nak berdagang,,,pastikan anda berdagang dengan standard seorang peniaga....bukan standard seorang penjudi...

tolong belajar....supaya anda x jadi penjudi yang bodoh...

supaya anda dapat jadi pedagang saham yang bijak..dan dirahmati serta diberkati Allah...aamiiiiin....

dan betulkan niat...

p.s: rehaaaaat...argghhh

Friday, January 23, 2009

karangan aku dulu....

Pada hujung tahun ke tiga aku kat university,,,aku jalani kursus asas keussahawanan siswa….selama lebih kurang tujuh hari kat hotel straits meridian….melaker…

Kursus tu memblehkan aku memperolehi satu sijil..yang membolehkan aku membuat pinjaman bank max rm 250 k kalau x silap aku…yang pasti dari SME bank… kena check balik ni,,,haha….

Hari yang keberapa ntah…yang pertama..kalau x silap…ada satu sesi..menulis karangan mengenai diri sendiri….dan beberapa orang telah dipilih untuk membentangkan karangannya selepas itu….ikut firasat aku… aku adalah antara manusia yang kena bentang..so aku pun watle satu karangan yang agak menarik..tapi menceritakan prinsip aku masa itu..

Dan karangan yang kat bawah ni adalah perkara yang aku bentang,,,(dah terpilih..hahahhah)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Saya berasal dari keluarga yang sederhana, 4 adik beradik,dan masih mempunyai ibu bapa…hubungan antara keluarga, antara mesra dan tidak mesra..

Hobi saya ialah, mencungkil ilmu dan idea2 mengenai sifat manusia dan rahsia2 tubuh badan, dan belajar ilmu mengawal pemikiran orang lain. Saya suka ilmu persilatan, membuatkan badan sihat, keyakinan naik dan tubuh badan menjadi lebih sempurna…

Saya boleh menggunakan otak kiri dan kanan samarata, jadi saya terkadang keliru dengan kreativiti dan kritikaliti…Saya berazam mempunyai tubuh badan .minda, dan pemikiran yang sempurna. ‘nama aku’ bermaksud sempurna dan sangat bijak. Tetapi tulisan saya buruk dan saya agak malas dalam pelajaran..(kelas dok gelak)..Semester pertrama 3.7, kedua 2.9, ketiga 2,6, keempat 2.9, kelima 3.2, keenam belum diketahui (sekarang aku dah tau le)

Saya ingin berniaga dan kaya raya..tetapi tidak mahu hidup mewah..kemewahan menyebabkan orang melayu menjadi menjadi lupa akhirat, lemah dan bodoh ( masa ni pun kelas gelak…tapi aku perli orang melayu ni…)..

Saya suka kesakitan, kesakitan itu nikmat, dan mengurangkan dosa. Tetapi saya tidak suka kekeliruan. Saya tidak panic, saya yakin setiap kejadian ada hikmah(nya).

Saya hensem dan tampan, (kelas riuh gelak kat aku..hahhaha),agak kasar, suka berlawan tetapi tidak bergaduh…

Saya tidak suka kelemahan dan kebodohan, Saya cuba pertingkatkan dir dan orang lain.Saya adalah apa yang saya fikirkan…

Antara kelemahan saya ialah nafsu, “tidak sempurna iman seorang muslim sehingga ia bernikah kahwin” (masa ni depa gelak jugak)

Saya suka berkongsi idea dengan orang lain ( pergh..patut le aku tulis blog). Saya yakin sifat lelaki dan perempuan adalah berbeza, kerana tanggungjawabyang berbeza. Saya suka perempuan yang cantik(bergantung kepada pandangan kita yang melihat dan ‘melihat’), lemah lembut (bergantung kepada pandangan kita yang melihat dan ‘melihat’), dan sedar akan dirinya hamba tuhan.

Saya suka main ping pong dan mengangkat besi “weight training” bukan bermaksud membina badan, tetapi menyempurnakan tubuh badan. Saya suka silat cekak.

Saya suka perniagaan dan ingin duit yang banyak untuk keuntungan dunia dan akhirat,,,(aku pilih dua2)

Antara cita2 – menolong islam melayu yang muda(pemuda)

Arigatogozaimas…

Yang bener,,,

Aku le..

……………………………………………………………………………………………………

Aku baru jumpa karangan aku ni tadi…haha,,,

p.s: yang merah tu..aku baru tambah tadi…

Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman aku….temuduga perlantikan jawatan..pegawai pendidikan pengajian tinggi DH41….


Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggerik pejabat setiausaha negeri..,,,

Aku kena diinterview pada sesi pertama pukul lapan pagi…semalam.,..dan nama aku adalah yang pertama…kalau ikut..aku orang first yang akan diinterview di penang la pada sesi januari ni..cuak jugak..jadi orang first…

Dan aku sampai dekat komtar…di bilik anggerik dalam jam 7.30 pagi…perghhh…

Aku tekejut jugak sebab ramai yang dah menunggu….walau masih awal(hah ye le)…

Aku g kat kaunter abang pegawai spp,,,,

“encik, pergi sain kat situ, dan tunggu saya panggil ye”…perghhh

So aku g sain,,,dan tunggu le…jam dah 8.15 tapi sesi temuduga x start lagi…manakala abang pegawai spp tu dok sibuk layan orang yang datang awal dari aku…

Dan kemudian dia hantar orang yang datang awal dari aku untuk masuk ditemuduga dulu…

Aku kena temuduga lebih kurang jam 10…

Aku orang 3 dari terakhir..yang ditemuduga…x silap aku..aku orang yang ke 7…

So..moralnya:datang awal…sebab temuduga dijalankan ikut siapa yang datang dulu…bukan ikut list nama…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“assalamualaikum”

“waa’laikumussalam” jawab datuk spp dan puan ketua jabatan tersebut(pkjp)…

“sila” kata datuk spp sambil seakan2 menunjukkan kerusi…

Aku pun duduk le..

“smart harini?”datuk spp Tanya (peril ke puji?)

Aku senyum..dan jawab “semangat, datuk”

“apa kamu kata?” datuk spp cakap dengan suara nyaring…

Aku dah cuak..”saya semangat datuk” aku jawab...aku jawab slo sikit

“apa kamu sebut tadi” dia Tanya lagi..sebut aku jawab slo tadi…

“saya semangat datuk” aku cakap dengan nada yang kuat.….

“bagus….kita memang mahu orang yang bersemangat…kita memang mahu orang yang bersemangat bekerja dengan kita” kata datuk spp tersebut…(perli ke puji?)

Aku memang cuak tadi…sebab ingat…aku nak kena paku…kot datuk spp ingat nak marah aku…sebab kot semangat hangat2 taik ayam…macam orang berlakon nak minta kerja…hakikatnya…memang aku nak minta kerja….tapi semangat aku insyaAllah xkan pudar…sebab aku x boleh kerja dengan satu pekerjaan yang aku x bersemangat nak buat…dna memang ni harapan aku..

“kamu kerja dimana sebelum ni??” Tanya datuk lagi…manakala PKJP tengah dok usha akunya sijil2 apasuma..start dari awal tadi lagi…

“saya x bekerja lagi datuk..saya baru habis pengajian DPLI bulan sebelas tahun lepas…”jawab aku…

“kpli?...awak masuk kpli tapi awak minta kerja sebagai pensyarah, kenapa awak x minta kerja dengan kpm?”Tanya datuk spp lagi

“bukan kpli datuk, tapi dpli..dan saya bawah tajaan kpt..” jawab aku lagi…

“ ohh dpli, tapi awak masuk dpli awak belajar cara mengajar budak2…macamana awak nak mengajar sebagai pensyarah??” Tanya datuk lagi

“ saya ambil DPLI, untuk belajar ikhtisas pendidikan datuk..saya bukan saja belajar pedagogi…tapi saya belajar juga andragogi…saya belajar PTV…teknik2 untuk mengajar semua lapisan umur”…jawab aku….

“oh…hmm.,..awak pasti awak ni tajaan kpt, bukan KPM?” Tanya datuk spp..

“pasti datuk” aku jawab…

“betul awak pasti awak ni dihantar oleh kpt untuk melalui dpli?”soal datuk spp lagi…

“saya memang pasti datuk, memang saya dihantar KPT, bawah tajaannya untuk mengikuti DPLI” aku jawab…

Manakala PKJB sibuk baca sijil2 aku lagi..tapi dalam pada masa yang sama…dia dengar perbicaraan(perghh) aku ngan datuk spp…sambil dia angguk2…

“ok, baiklah….apa yang kamu dapat belajar dari DPLI?” soal datuk lagi..

“banyak yang saya dapat datuk…saya belajar teknik2 untuk pnp…psikologi pendidikan…falsafah…” x dan aku nak terang habih2 datuk mencelah..

“falsafah pendidikan?” datuk spp celah…

“ya datuk falsafah pendidikan..”sekali lagi aku x dan nak habih terang..

“falsafah pendidikan Negara?...cuba kamu terang falsafah pendidikan Negara..” soal datuk…

“falsafah pendidikan negaga ialah….pendidikan di Malaysia…(dan aku terang sampai peranggan pertama)”

“bagus,,,tahniah saya ucapkan..sebab selalunya,,,pendidik yang dah berpengalaman 10,20 tahun pun masih x hafal lagi falsafah ini…” kata datuk (perli ke puji?)

“betul,kamu harus jadikan fpn sebagai satu guide bagi kamu jika menjadi pendidik” kata PKJP sambil angguk2

“macamana kamu boleh ingat FPN, entah2 kalau x kerana interview ini, kamu dah x kenal apa itu fpn…”

Datuk persoalkan aku lagi..

“sebanarnya datuk..saya dah hafal FPN,,,sejak temuduga DPLI lagi” aku jawab,,sambil senyum..

Datuk spp ngan PKJP poli pun ketawa…(aku pun makin bersemangat nak menjawab soalan)

……

Puan PKJP ada soal lagi tentang Modal insan, Mentor Mentee,pembangunan diri aku sebagai pensyarah…dan ada le lagi sket2…

Datuk ada Tanya lagi apa beza orang yang melalui DPLI dan x melalui DPLI dari segi membantu dlam PNP…dan ada le lagi sket2…

…………………………………………………

Dan akhirnya.,..

Antara kata semangat…PKJP..

“ saya harap..apa yang awak sebutkan bukan berakhir setakat dalam bilik ini saja…kita akan bertemu lagi nanti”…

Dan aku nak jawab tapi x tekeluar sebab banyak sangat aku jawab…rasa bersalah lak nak melebih2…

Yang aku pasti, dalam hati aku…aku nak dan sedang jadikan agama tujuan hidup..pendidikan adalah satu perkara yang terpenting di dalam agama…jadi kalau aku permainkan tugas dan amanah sebagai pendidik…bermakna aku lah orng yang tercela sekali….dan bila aku menjadikan..dan mengharap..diri aku menjadi baik sebagai seorang pendidik…aku berdoa agar Allah..menyelamatkan aku..dan memimpin aku dengan tali perjuangan yang betul…untuk aku sampai kepangkuanNya..bersama2 anak2 didik aku..amin..

………………………………………………….

So sahabat2……skit ja soalan fakta yang ditanya kepada aku…dan x ada langsung soalan bidang mekanikal yang ditanya kepada aku,,walhal rakan2 yang di temuduga sebelum aku..ada yang ditanya soalan bidang…dan fakta yang bermacam ragam… dan ada juga yang ditanya soalan2 seperti aku…

Jadi mengikut analisis aku…

Ada beberapa kemungkinan:

1. Aku orang ke 3 last…mungkin penemuduga…tanya soalan2 perlu sahaja…

2. Dari awal temuduga soalan dah ditumpukan ke bahagian..keyakinan, integrity dan sifat optimistik..dan dah jauh menyimpang dari soalan fakta,pengalaman dan soalan bidang..

3. Atau memang soalan2 dah penemuduga buat skema siap2..dan kena random…haha…

Dan aku fully BM…mcam aku tadi..rakan2 sebelum aku,,,ada ditanya soalan bidang..pengalaman..fakta,,,dan ada yang ditanya dalam BI..

So aku syukur…Alhamdulillah semua soalan aku dapat jawab dengan lancar dan baik…

Dan moga Allah tetapkan aku dengan jawapan2 yang aku berikan…sepanjang kehidupan aku sebagai pendidik nanti…

Sebab boleh dikatakan semua jawapan yang aku berikan,,adalah seakan janji aku..pada amanah Allah…sebagai seorang pendidik…

Aku x sanggup di cela…dan masuk neraka semata2 sebab aku permainkan janji..amanah dan tanggungjawab aku…mengerjakan sunnah nabi yang satu ini…

……..

Sahabat…yang penting anda jawab dengan ikhlas…dan paling bersemangat…dan TEGAS…..

Itu yang aku buat,,,

Ok sahabat..moga temuduga anda semua…lancar,,,

Dan moga kita semua lulus dalam perlantikan jawatan ini…

p.s: abang pegawai spp kata..keputusan keluaq bulan 3….aku rasa,,,keputusan keluaq hujung bulan 2..bulan 3.,,,insyaAllah,,posting…amin…

p.s2:perhatian…dialog adalah atas pengolahan memori aku…dan ayat yang paling sopan aku boleh buat,,haha,,(yang merah2 tu penting le..)

Saturday, January 10, 2009

nasihat untuk sahabat,,,,dan yang selalu aku hadapi...

manusia sentiasa berjuang,,,
dikala paling perlukan teman,,,
terasa sepi,,,
sebab kebanyakan yang mengakui teman,,,dah lari......
dikala kita diatas,,teman mula memenuhi,,,
itulah hakikat,,,duniawi..dan insani...
hakikatnya kita lahir seorang diri,,
begitu juga bila kita mati,,,
dan diantara kita lahir dan kita mati...
hakikatnya kita mahu ditemani...
samada jasmani,,atau rohani...
moga kita semua dilimpahi,,
rahmat dan berkat,..dari ilahi..
amin...

mengapaaaaaaa?mengapa perlu aku ditemuduga lagi???(lu pk sendili le)...temuduga perlantikan pppt dh41

Salam,,,,isk3…nampak gayanya,,,ada lagi sahabat2 yang bertanya

mengapa mesti ditemuduga sekali lagi…untuk bekerja sebagai pppt dh41?????”…

Macam aku sndiri pun biasiswa sltp…(amik dpli lagi,haha)….dan ada orang kata…dpli dijanjikan kerje…salaaaaah….Temuduga dpli lain le,,,,itu temuduga samada kita layak atau x menerima biasiswa,,,dan kementerian x janji untuk aku terus dapat kerja….tapi mereka mengambil aku (dan sahabat2 dpli kpt) dahulu..adalah berasaskan kekosongan tenaga pengajar,,,di poli dan kk…

Jangan menjerit,,,,jangan merungut,,,jangan menyusahkan keadaan,,ini nasihat aku,,

X kira le anda lepasan biasiswa sltp, atau kontrak nak jadi kekal,,,atau terus nak masuk jadi kekal…

Sebab temuduga perlantikan kita ini….adalah memang wajib..,..supaya kita disahkan jawatan nanti,,,standard pengesahan jawatan(ha baru le senang nak buat apa2 pun,,,dak wat dah keriiing..paham?),,adalah setahun selepas dilantik,,,

So sahabat2,,,aku sarankan,,supaya kita bersyukur,,,sebab temuduga ini dijalankan sebelum posting,,,bukannya selepas posting,,,macam dulu2…

Dulu aku post kat sini…satu sebab rasionalnya kementerian buat temuduga perlantikan,,,sebelum posting,,

Sekarang aku post kat sini,,,,apa relevennya temuduga perlantikan ini sendiri

Kalau dulu…kalau x lulus temuduga perlantikan…ada beberapa elaun yang kita x dapat…

So syukur le temuduga awal2,,,

Dapat terus segala jenis elaun yang patut kita dapat,,,awal2 lagi,,

Tapi sebenarnya sebab utama temuduga perlantikan ini wujud…adalah untuk memastikan para pendidik BERSEDIA untuk mendidik.,…

Kalau kerja…tapi xda jati diri dan persediaan sebagai pendidik,,,maka risikonya anak bangsa kita jugak lah,,,

Sekurang2nya.,,,kita semua bertungkus lumus untuk bersedia untuk interview perlantikan,,,sekurang2nya kita ada ilmu untuk menjadi pendidik…sekurang2nya kita diberi peringatan,,,supaya menetapkan niat untuk mendidik,,,sekurang2nya,,,kita tahu apa yang kitya perlu tahu,,,ini lah relevennya temuduga perlantikan,,,,(walau ada diantara kita,,,hati x seikhlas mana),,,,

Sapa cakap aku relaks,,,cool,,,bertenang(aku berTENDANG..haha),,,slambeeee..menghadapi interview ni….

Aku pun kalut jugak,,,hahaha,,,tapi kekalutan aku ini membawa kepada persediaan,,,

Kan begitu kawan2?

Stress ini membawa kita kepada focus untuk menghadapinya…bukan untuk melarikan diri daripadanya…

Harap2 kekalutan ini X membawa kita kepada persoalan2 yang X munasabah,,,,soalan2 yang menampakkan kita seperti X ambil endah….

Contohnya…

Kenapa perlu interview lagi???

selalunya soalan2 ini ditanya mereka2 yang sudahpun melalui temuduga dpli@biasiswa sltp@temuduga di poli….dan len2 lagi lah,,,

Tolonglah,,,ini dua temuduga yang berbeza….sila ambil tahu…

………………………………………………………………………

Syukur dengan apa yang Allah bagi,,,

Jangan banyak soal perkara yang patut anda sendiri tahu jawapannya,,,,

Sahabat2 sekelian,,

Jom kita stadi..dan bersedia untuk interview ni…

Moga Allah tenangkan hati2 kita….sebab kita nak tetapkan niat untuk Dia…untuk agama…untuk bangsa,,,

Moga Allah tenangkan hati2 kita….

Aku mohon ampun kalau terkasar bahasa,,,

Nasihat ini adalah untuk kepentingan umum…

Moga Allah lancarkan temuduga kita semua…moga kita semua lulus dengan jayanya.,,

Moga langkah2 kita menghadapi temuduga ini…lancar,,,

Dan moga kita semua diberkati dan dirahmati Allah,,,sepanjang hidup kita,,,

Sebagai pendidik,,,,

Amin Ya Allah,,,,

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search