Popular Posts

Sunday, December 7, 2008

Bila orang bertanya “anda mahu semuanya sempurna?”

Apa yang aku ingin jawab

”ya”

Jadi akan dapatkah segala kesempurnaan di dunia?

x....

sempurna tu Cuma kat syurga...jadi bila aku nakkan kesempurnaan aku kena usaha balik ke syurga...kat situ segala perkara halal...sampai arak tu dijadikan sungai...dan bermacam2 lagi,,,ahhaaaa

dah tentu aku nak segalanya sempurna,,,

dah tentu aku nak segalanya yang terbaik...

sebab bila aku ni namanya aku...yang bila namanya aku ini sendiri bermakna ’sempurna’ maka di doakan hari2 oleh semua orang akan namaku itu di tepi telinga aku...

’sempurna’....

Maka sempurnakah aku? Dan layakkah aku untuk dapat segala yang sempurna...

Maka aku jawab....

”aku ini hamba Allah yang kosong, dan Allah Maha Sempurna dan menyempurnakan....layak atau tidak itu terserah pada Allah yang penting aku berusaha dalam konsep kesempurnaan”

Fikir...

Hamba yang sempurna itu bagaimana?

Hamba yang sempurna itu adalah hamba yang sentiasa kurang dan inginkan Allah kerana Dia Maha sempurna...

Jadi sanggupkah anda menerima ketidak sempurnaan?

Aku jawab

”x, sebab jika aku jumpa perkara yang kurang sempurna, aku akan usaha untuk sempurnakan perkara tersebut, selagi aku hidup....”



Bagaimana kalau takdirnya di dunia ini, engkau memang menjadi tidak sempurna dan mendapat perkara yang tidak sempurna, malah hidupmu tidak sempurna belaka??

Aku jawab

’”hanya hamba yang kurang sempurna mempersoalkan takdir, hamba yang sempurna berusaha untuk menjadi sempurna, sempurnakan yang kurang sempurna dan usaha sempurnakan hidupnya”


bermakna dalam dunia ini yang sentiasa x sempurna, mustahil untuk aku menjumpai perkara yang benar2 sempurna...so aku sendiri aku usaha semprunakan perkara yang x sempurna...selagi au hidup,,,


Sah2,,,sempurna itu hanya wujud di syurga,,,jadi apa guna mencari sempurna di dunia?

Aku jawab

”itu termasuk dalam ilmu hakikat, hakikatnya Allah Maha Sempurna, kita jumpa Dia di syurga,,,tapi di dunia adakah kita xkan berjumpa Allah?Berjumpa bagi hamba yang terbuka matahatinya,,,,hamba itu buta terhadap dunia,,,kerana yang dia nampak hanyalah Allah, itulah dia hamba yang sempurna,,,d dunia ini x ada kesempurnaan, tetapi bila sampai ke syurga, terbuktilah kesempurnaan..sebab sempurna yang di cari ini tidak kekal selagi tidak sampai ke syurga...malah sempurna yang dicari ini tidak akan dapat dicapai kerana sempurna itu wujudnya di syurga...tapi ingat jika tidak mula usaha dan pencarian kesempurnaan dari dunia ini, maka diharamkan menjumpai sempurna di akhirat....”

Jadi sahabat2...sempurna itu satu proses yang berterusan,,,yang bermula usahanya di dunia,,,,

Bagi aku sempurna itu sifatnya(jika manusia) berusaha menjadi yang terbaik demi Allahdalam segala bidang, dalam bentuk mental, fizikal, rohani dan segalanya...

Bagi aku, orang yang x mahu berusaha untuk menjadi lebih baik sentiasa merungut dan selalu berkata ”inilah aku, dan aku x dapat diubah2 lagi”..atau "terimalah aku seadanya"

Aku jawab

”yang x dapat di ubah2 lagi bila nyawa dah kat kerongkong, yang x dapat diubah tu, insan2 yang dah masuk dalam tanah”

Dan ingat

Berusaha untuk menjadi lebih baik selagi belum mati...inilah yang dipanggil kesempurnaan untuk mencapai kesempurnaan yang hakiki....

p.s.: jangan fokus kepada kekurangan, fokus kepada kelebihan....dan lebih fokus kepada potensi..atau kalau nak lagi senang faham..fokus kepada KESEMPURNAAN,,,,,samada capai atau x itu takdir yang tuhan tentukan,,anda sebagai manusia... jalankan tugas anda..usaha selagi belum mati,..jangan sesekali soalkan takdir...jangan sesekali putus usaha...dan harapan kepada rahmat Allah...

No comments:

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search