tapi di akhirat nanti semuanya realiti, jelas sejelas jelasnya, tiada lagi mimpi, tiada lagi fotografi, semuanya benar..tiada hipokrasi....iblis dan syaitan tiada lagi kuasa,,,malah boleh bersama, tentera-tenteranya...
“Demi sesungguhnya, Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan jenismu (jin) dan juga orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya” (Shood ayat 85)
7-1-14
Melayu ini jasad, ini darah, bila habis tugasnya, kembali menjadi tanah.....jadi melayu itu bakal hancur juga....tapi islam, itu perbuatan , itu membolehkan beroleh pahala, dan jalan ke syurga....yang membela kita nanti, bukannya melayunya kita, tetapi islamnya kita.......
Mana satu perjuangan kita?
4-1-14
buat yang baru mengenali islam..........
"seorang yang islam (syariat ) x semestinya beriman...islam itu perlakuan yang mengikut suruhan Allah Yang Mencipta kita....manakala iman (hakikat) itu bermakna mengakui sepenuh di dalam hati bahawa Allah Yang Layak Disembah, tiada tuhan selain Allah, dan nabi Muhammad yang mengajar Islam kepada ialah utusan Allah...tanda seseorang itu beriman ialah dia sentiasa melaksanakan islam (syariat)....sebagai seorang yang islam dan beriman, anda akan merasai ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki......islam itu mudah dan teramat mudah...kajilah al-quran dan hadis, caranya sekiranya timbul sedikit pun persoalan dan tidak faham, terus bertanya kepada alim ulama, supaya syaitan tak hasut perkara bukan-bukan, dan banyakkan bertanya kepada orang islam yang anda senang dengan caranya melayan anda.....sekiranya anda nampak suatu perbuatan umat islam yang buruk, itu bukanlah ajaran islam...kerana islam mengajar manusia berhikmah, berlembut dan kasih sayang, mengharamkan menyakiti, kekasaran terutamanya terhadap hati.....akhir kata, teruskan bersama islam sepenuhnya dan merasai kemanisan iman...."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Berkatnya Rezeki lebih baik dari Murahnya Rezeki...
kerana dengan keberkatan, rezeki sedikitpun cukup dan disyukuri...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Antara semua isteri2 rasullulah para ummul mukminin, hanya seorang sahaja yang anak dara, beliaulah Aisyah R.A....kesemuanya yang lain telah pun pernah bernikah kahwin sebelum menjadi isteri rasulullah...
para sahabat pula ramai yang menikahi wanita yang mana suami mereka syahid di medan perang atau yang telah meninggal...
ini adalah kerana konsep kasih sayang di dalam islam, dimana wanita2 yang kematian suami, anak-anak mereka yang telah yatim,perlu dibela, dan perlu dijaga, inilah keistimewaan islam,
sunnah rasulullah, dimana pembelaan terhadap ibu tunggal dan anak-anak yatim adalah yang utama...dan mendapat balasan terbaik, seumpama seorang yang berpuasa setiap hari dan bersolat malam setiap hari....
pernikahan atas dasar yang mulia kerana kasih sayang, pembelaan, penjagaan maruah, dan perlindungan.....bukan kerana nafsu semata-mata
1-1-14
kalaulah semua yang anda nak....Allah dah bagi kat dunia ni....
apalah gunanya syurga itu...
jangan sedih sangat kalau x dapat....ini supaya kita kembali kepada Allah...
jangan gembira sangat kalau selalu dapat.....ini supaya kita kembali kepada Allah...
supaya akhirnya boleh kembali kepada Allah...
31-12-13
setiap kali melihat dunia, kadang2 nafsu mengajak ke arah ke batilan...
kemudian malaikat membisik..."ingatlah syurga, dimana disitu apa sahaja engkau inginkan akan muncul, ia akan kekal abadi, dan tidak akan sama dengan dunia yang bakal hancur ini"
tidak ada satu perkarapun dari dunia ini yang akan kekal....kereta mewah yang laju berdesup dari besi akan hancur kembali ke bumi...rumah istana dari batu permata akan hancur dan kembali ke bumi..pakaian mewah lembut dari sutera juga bakal hancur kembali ke bumi...
oh jasadku, berasal dari tanah....bakal hancur dan kembali ke bumi....
oh roh ku.....kemanakah bakal engkau pergi?
bila sangkar dunia ini hancur..
kembali ke bumi...
29/12/13
Minta turunkan harga bukan bermakna nak gulingkan kerajaan....minta turunkan harga bermakna = minta turunkan harga..buat pengetahuan orang2 yang belum sampai akalnya.....
27/12/13
Antara sifat suami yang terbaik, ialah yang menjaga aurat isterinya...untuk kesejahteraan isterinya....
Antara sifat isteri yang terbaik, ialah yang menjaga aurat dirinya...untuk kesejahteraan suaminya....
jadi wanita....adakah nampak BENTUK tubuhmu di facebook?...adakah terdedah serata KULITmu untuk dilihat lelaki selain suamimu?....begitu MURAHkah harga dirimu?..
dan lelaki...adakah engkau DAYUS?...atau apakah engkau TAKUTkan isteri lebih dari bertaqwa kepada Allah?...
jom...kita berusaha menjadi lebih baik.
26/12/13
Tngok, semua benda kita nak capai...duit mesti nak banyak, isteri/suami, mesti nak rupawan, isteri kalau boleh nak banyak, suami kalau boleh nak yang banyak duit...rumah, pasti nak yang serupa istana, deco2 mesti mantap, tanah mesti nak berekar2...gaji mesti mau berpuluh ribu...pangkat darjat mesti paling tinggi...kereta, nak ferrarri, porsche, dsbnya....naik di highway mesti mau capai 200km/j...semua benda nak dicapai...inilah dunia....mengajar kita mengejar perkara yang tidak patut dikejar....dan hakikatnya hanya boleh capai yang direzekikan kepada kita...
Kajilah makna.... berkat....syukur....mencukupi.
14/12/13
xpala biar la semua naik, biar semua naik, bila semua dah naik tinggi, dia akan jatuh, dan akan jatuh, dan hancur,
dan kita akan susah, biar kita susah....Allah sayang kita...bila kita susah, baru nak ingat Allah...Allah Sayang kita..mana tau, boleh mati dalam ingat Allah, mati dalam Iman....
bila peringatanNya yang lembut, kita xnak beringat, maka direntap dengan peringatan yang kuat....bila semua sistem buatan manusia hancur,,,,baru manusia kembali ke sistem yang xkan hancur, sistem yang kekal sampai akhirat, sistem dunia akhirat, sistem Allah....dunia ini xkan bertambah baik, akan bertambah hancur, bila dunia ni dah hancur..apa lagi yang tinggal?...apa lagi yang tinggal.........mestilah yang hak...yang hakikat...
xpala biar semua naik, biar kita susah......Allah sayang kita....
11/12/13
sakit itu kerana engkau sayangkan dunia....tenang itu kerana engkau ingatkan akhirat....sesungguhnya roh itu merindukan ketenangan, dan ketenangan itu hanya dengan mengingati Allah...semakin engkau memandang dunia, makin kurus dan sakit roh mu, cuma mungkin dikuatkan jasadmu...kemudian bila jasadmu itu hancur kembali menjadi tanah, cuma yang tinggal roh yang sakit dan lemah...
28/11/13