Popular Posts

Monday, November 5, 2012

BAHAGIA?



"Fikiran menyediakan manusia berhadapan dengan kebahagian dan kesulitan dalam hidupnya"

~TPBONG
Kata2 di atas ini, adalah satu kata2 mutiara yang saya jumpai di wall facebok kawan saya…en cik matte taro…TPBONG = think positive, be optimist, and never give up….

Ada juga kata2 mutiara:
“Fikiran merupakan penyebab manusia merasai BAHAGIA atau DUKA dalam hidupnya”
Alhamdu Lillah…sebenarnya inilah dia jiwa, seorang mukmin yang sejati…
Mukmin yang sejati sentiasa besangka (fikiran) baik terhadap tuhannya….tuhannya yang memberikannya segala nikmat, dan segala kesakitan sementara yang dia pernah rasakan…
Tapi jiwa mukmin sejati, sentiasa tenang dan bahagia…

Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; "Sungguh menakjubkanku apabila melihat orang beriman. Tidak ada suatu ketetapan yang Allah putuskan untuknya melainkan semuanya baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara yang menggembirakan, ia bersyukur, maka itu adalah baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara yang memudaratkannya, ia bersabar, maka itu juga baik baginya” (Diriwayatkan dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu) -. Lihat hadis ini dalam; Tafsir Ibnu Kathir, surah Saba’, ayat 19).
Sumber hadis dipetik:  http://razipothman.blogspot.com/2011/03/bersangka-baik-dengan-allah.html

Kita semua boleh bahagia….dan kita semua boleh menjadi mukmin sejati..insyaAllah…
Disamping ilmu syariat, dan pengamalannya yang istiqamah, ada satu perkara dalam diri manusia, yang bergelar ‘jiwa’...dan kita mesti mempelajari ilmu untuk menjaganya,,,,
Kita wajib membersihkan jiwa kita, untuk layak bergelar hamba Allah..

Jadi kita kembali kepada topic asal, apakah kaitan kata2 mutiara di atas dengan jiwa seorang mukmin sejati?
Mari kita merungkai kata2 mutiara di atas…
 
Bagaimanakah proses untuk kita merasai bahagia, atau kesulitan dalam hati? Rasa manis atau sakit dalam hati?...

Beginilah prosesnya:
1. Apabila datang satu KEADAAN,
contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….

2. keadaan membuahkan FIKIRAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘ah orang ni, x penyabar langsung, x beradab, highlight sekali dua sudah le, ini yang aku marah ni’…

3. Fikiran membuahkan RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan marah (bukan kerana Allah), dan tidak ingin mengalah….perasaan2 ini sebenarnya perasaan yang menyakitkan hati…dan merosakkan hati, perasaan2 ini juga dalam konteks keadaan ini, adalah sifat mazmumah, jika dilayan…

4. Rasa dalam hati membuahkan MOTIVASI:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk tidak ke lane kiri, lalu…

5. Motivasi membuahkan PERBUATAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita pun memecut laju dan tidak memberi laluan kepada kereta tadi…

6. Perbuatan membuahkan KEADAAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu berlakulah adegan kejar mengejar kenderaan antara kita dan kereta tadi…

7. KEADAAN ini pula membuahkan FIKIRAN yang lain… dan proses ini berulang…. akan mencetuskan lagi fikiran2 –ve dan, perasaan2 yang menyakitkan hati, dan merosakkan jiwa, jika kita tidak MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka  +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….
Proses di atas mengambil contoh, sekiranya kita berfikiran –ve, dan berfikiran berteraskan sifat MAZMUMAH, ikutkan nafsu dan sebagainya….tetapi jika kita berfikiran +VE dan sentiasa kembali kepada Allah, maka, jiwa kita, adalah jiwa yang tenang, dan insyaAllah menjadi hamba Allah di dunia dan di akhirat…


Mari kita ambil contoh dari pemikiran jiwa yang tenang dan bahagia pula..

1. Apabila datang satu KEADAAN,
contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….

2. keadaan membuahkan FIKIRAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘berkali2 dia high beam aku…..mungkin isteri nak bersalin kot, xpun anak sakit, x pun die yang sakit perut..xpun anak2 muda bawa kereta, fikiran belum matang…semoga dia selamat sampai ke destinasi, semoga dia berubah menjadi lebih bailk….Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Memaafkan….”

3. Fikiran membuahkan RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan kasihan (kasih sayang itu dari Allah) dan risaukan keadaan beliau, ….perasaan2 ini sebenarnya perasaan yang menenangkan, dan perasaan ketenangan, dan ingat Allah (kembali kepada Allah inilah) dipanggil :BAHAGIA…ia makanan hati dan jiwa, perasaan2 ini juga dalam konteks keadaan ini, adalah sifat mahmudah, …

4. Rasa dalam hati membuahkan MOTIVASI:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk ke lane kiri, lalu…

5. Motivasi membuahkan PERBUATAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita memberi lampu isyarat kekiri, dan apabila keadaan membolehkan, kita masuk ke lane kiri……

6. Perbuatan membuahkan KEADAAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu kereta tersebut melepasi kita dengan laju…
7. KEADAAN ini pula membuahkan FIKIRAN yang lain…dan proses ini berterusan…. akan mencetuskan lagi fikiran2 +ve dan, perasaan2 yang menenangkan hati, dan menyenangkan jiwa, jika kita MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka  +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….

Nampak prosesnya?

Keadaan – fikiran – perasaan – motivasi – perbuatan – keadaan

Jadi kesimpulan di sini jika ingin BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INGIN MEMILIKI JIWA YANG TENANG, bermula dari belajar ILMU…ingin dunia dengan ilmu, ingin akhirat dengan ilmu, ingin kedua2nya sekali dengan ilmu…

Saya mahu focus kepada kebaikan sahaja:

Jika kita berfikiran/sangkaan +ve, dan memilih jalan yang disarankan Allah dan rasul, jiwa kita akan TENANG dan BAHAGIA….

Inilah JIWA2 YANG TENANG….

·         Jiwa jenis ini, sering kembali kepada Allah walau apapun keadaannya, samada manis atau pahit, samada susah atau senang, samada di dunia(JASAD SENANG, JIWA TENANG DAN BAHAGIA)  atau di akhirat (SYURGA)….

·         Jiwa yang berperangai sebegini, bertabiat mahmudah…bertabiat melakukan kebaikan, samada dalam perbuatan jasad, atau perbuatan jiwa…

·         Jiwa sebegini, belajar mengenal Allah, asma2NYA, sifat2NYA dan af’al2NYA, bila dia belajar, pelajaran itu akan disimpan di dalam memorinya….

·         Memorinya yang membentuk fikiran +ve dan selaras dengan islam…
fikiran membuahkan rasa nikmat di dalam hati, bahagia dan tenang di dalam jiwa…
rasa membuahkan motivasi untuk berkelakuan selaras dengan syariat….
kelakuan atau perbuatan membuahkan keadaan yang lain.…

·         bila proses ini berulang dalam kehidupan harian, maka, ia menjadi tabiat hati untuk merasakan kenikmatan, tabiat jiwa untuk tenang dan bahagia…tabiat jasad untuk menjalankan syariat….

ALLAHU AKBAR!!!

saya sering berseloroh dengan isteri, pabila berhadapan dengan sedikit keperitan keadaan…dengan berkata ‘ amacam, BAHAGIA x?’…isteri menjawab ‘BAHAGIAAA’ sambil tersenyum…..

kerana BAHAGIA ADALAH PILIHAN…BAHAGIA ADALAH JALAN, BUKANNYA DESTINASI….BAHAGIA BERASAL DARI DALAM DIRI (ROHANI), BUKAN DARI LUAR (MATERIAL)..

kerana itu, manusia paling bersyukur adalah manusia yang paling kaya…kaya sebeginilah , kaya yang mendatangkan kebahagiaan sebenar….

“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” H.R Bukhari.

"Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku .dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)



Saturday, August 11, 2012

Taubat dan Istighfar


KELEBIHAN
JIKA TIDAK
DiSAYANGI Allah
Dimurkai Allah
Di doakan Para Malaikat
Tidak didoakan para malaikat
Di AMPUNkan dosa DIGANTI PAHALA JIKA BERAMAL KEBAJIKAN
Berdosa
Diberi Pelepasan oleh Allah daripada SEGALA MASALAH
Selalu BUNTU DALAM MASALAH
DiMURAHkan REZEKI
SUSAH DALAM HAL Rezeki
DiTINGGIKAN KEDUDUKAN DISISI ALLAH
HINA Disisi Allah
CIRI ORANG BERIMAN
CIRI ORANG TIDAK BERIMAN
HATI TENANG
Hati resah gelisah
MASUK SYURGA!!!!
Masuk NERAKA!!!


Al-Imam Al-Ghazali pula menjelaskan bahawa taubat itu mengandungi pengertian yang tersusun daripada tiga unsur, iaitu: Ilmu, keadaan dan perbuatan.

·         Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu’ itu ialah mengetahui tentang besarnya bahaya dosa yang mana dianggap sebagai pemisah di antara hamba dengan setiap yang dicintai.

·         Yang dimaksudkan dengan ‘keadaan’ itu pula ialah rasa pedih hati yang timbul dari perbuatan yang menyebabkan terpisah dengan yang dicintai. Rasa pedih itu dinamakan penyesalan.

·         Sementara yang dimaksudkan dengan ‘perbuatan’ pula ialah meninggalkan dosa itu, sama ada pada masa sekarang mahu pun pada masa akan datang, serta memperbaiki apa yang telah terlanjur di masa lalu.

Sering juga taubat itu diertikan sebagai satu penyesalan semata-mata. Dalam hal ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Penyesalan itu adalah taubat.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


SUMBER: PELBAGAI DARI INTERNET

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search