Popular Posts

Sunday, May 13, 2012

Dilema seorang ‘aku’




'Aku' ini manusia…

'Aku' ada alat….

Alat 'aku' itu ada banyak…

Iaitu:

Akal
Nafsu
Dan jasad…

'Aku' ada sahabat….

Dialah malaikat…

'Aku' ada musuh…

Dialah syaitan dan iblis….

Malaikat dia bisikkan perkara yang hak dan baik belaka…seperti ketenangan dan kasih sayang..

Syaitan dan iblis dia bisikkan perkara yang batil dan buruk belaka…seperti keganasan dan sifat benci dan sombong...

Kadang2 bisikan itu seakan baik…

Tapi bila kaji betul2, ‘apa yang aku mahu dapat dari pilihan ini’

Jika jawapannya ‘makhluk’…

Maka ternyata ia datang dari musuh2ku…

Nafsu, alat yang digunakan untuk sebagai ‘pengenal nikmat’

Akal , alat yang digunakan sebagai ‘pembeza batil dan yang hak’

Jasad, alat yang digunakan untuk ‘berusaha’…..



Syaitan dan iblis membisik kepada hati….

Hati di mana terdetik nafsu…..

Jika bisikan itu  melepasi saringan akal…

Dan diperakui oleh ‘aku’

Maka jasad akan berbuat jahat…



Malaikat membisik kepada hati…

Hati di mana terdetik nafsu….

Jika bisikan itu melepasi saringan akal…

Dan diperakui oleh ‘aku’

Maka jasad akan berbuat baik…



Musuh2ku bijak, mereka selalu membisik pada hatiku,

Mereka menggunakan nafsu ku…

Bila ‘aku’ selalu memperakui keinginan nafsu terhadap bisikan musuh2ku…

Maka ‘aku’ berTABIAT buruk….

‘aku’ selalu berdosa

Lalu ‘aku’ diperalatkan nafsu,

Walhal dia itu cuma alat…

Sampaikan ramadhan tiba, tanpa bisikan2 musuh2ku,

‘nafsu’ tetap bermaharajalela….




Tapi….

Allah Maha Pengasih…

Allah Maha Penyayang…

Malaikat2 sentiasa hadir membisikkan…

Kebaikan di dalam hatiku…

Meningkatkan iman, meningkatkan taqwa,

sebagai perisai, terhadap kebatilan...

Tinggal lagi untuk ‘aku’

Menerima saranan baik malaikat2 itu…

Melihat melalui alat bernama ‘akal’..

Akan perkara2 yang hak….

Lalu ‘aku’ ber’nafsu’kan kebaikan…

Maka jasadku selalu berbuat baik…

Dan TABIATku, adalah kebaikan…

Dan ganjaranku pastilah pahala…




Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, menggunakan akal, menapis hasutan jahat dari iblis dan syaitan…

Ya Allah berikanlah aku kekuatan, menukar nafsuku, dari inginkan kebatilan, kepada inginkan kebenaran…

Ya Allah berikanlah kami petunjuk….hantarkanlah cahaya pentunjuk, hantarkanlah malaikat2 membisikkan kebaikan pada hati kami…

Ya Allah hantarkanlah hidayah dan taufiq kepada kami…sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Engkau Maha Penyayang Engkau Maha Penyelamat,,,,

Semoga kami selamat sampai ke syurga…..

Amin.

Monday, April 23, 2012

TAJUK: PENDAHULUAN TEKNIK MENYURUH ORANG TANPA MENYURUH SECARA LANGSUNG.


Jadi aku mengambil keputusan untuk menulis:




TAJUK:  PENDAHULUAN TEKNIK MENYURUH ORANG TANPA MENYURUH SECARA LANGSUNG.

1. Jika ingin orang melakukan sesuatu untuk kita, maka bagi dia ‘NAMPAK’ perkara yang kita nak dia buat itu SELALU.
                1.1. Syarat perbuatan yang kita nak dia buat:
                                1.1.1. Perbuatan yang BAIK
                                1.1.2. Pebuatan yang boleh diPUJI

2. Bagi dia ‘NAMPAK’ itu, dalam bentuk pujian TERHADAP PERBUATAN yang baik itu
                2.1. bukan pula pujian TERHADAP PERSONALITINYA
                                2.1.1. pujian TERHADAP PERSONALITI menimbulkan perasaan riak si empunya diri.
                                2.1.2. Pada pendapat saya akan demotivate  kan orang lain.
                2.2. Pujian TERHADAP PERBUATAN akan menimbulkan rasa:
                                2.2.1. cenderung orang yang dipuji terhadap melakukan PERBUATAN tersebut.
                                2.2.2. cenderung orang lain di sekeliling terhadap melakukan PERBUATAN tersebut.

3. Kenapa selalu?
                3.1. Manusia adalah makhluk yang berTABIAT
                3.2. Pengulangan adalah konsep ISTIQAMAH
                3.3. Mula-mula rasa berat
                                3.3.1. Kemudian makin mudah
                                3.3.2. Contoh:
                                                3.3.2.1 SOLAT
                                                3.3.2.2 MEMANDU KERETA
                                                3.3.2.3 PUASA
3.4 SELALU = ISTIQAMAH = KUNCI KEJAYAAN = DOA = PROGRAMMING MINDA = KITA  
       MENYURUH ORANG LAIN TANPA MENYURUH SECARA LANGSUNG

4. NAMPAK = Istilah saya.
                4.1. NAMPAK itu bermakna, menyebabkan orang lain SEDAR akan sesuatu.
                4.2. MELALUI PANCAINDERANYA:
                                4.2.1. Mata
                                4.2.2. Mulut
                                4.2.3. Hidung
                                4.2.4. Telinga
                                4.2.5. Hati
                                                4.2.5.1 Hati juga boleh nampak, rasa, dan boleh rasa lapar.
                4.3. PUJIan adalah kaedah memberi
                                4.3.1 Makanan rohani = Makanan Hati
                4.4. Siapa yang x suka makanan percuma?

Sekian Terima Kasih.

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search