Popular Posts

Sunday, July 12, 2009

Untuk cik ambun_pagi…


encik usaha..encik xpnah fedap ke dlm berusaha..camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??-ambun_pagi

sebab cik embun pagi ni Tanya soalan..so aku dedikasikan post ni untuk jawab soalan dia…

1. xpnah fedap ke dlm berusaha..

2. camner nk jdkn seme bende istiqamah dlm life kiter..sbb pglaman sy sendiri sbg manusia mmg kdg2 saya kalah dgn diri sendiri..fedap ler tuh..

3. pastu camner encik usaha motivate diri sndiri??

3 soalan dia Tanya,,,

Ini jawapan soalan 1;

Pernah….aku jugek manusie biase…tpi ego aku yang amat besar…mengharamkan diri aku untuk menjadi lemah dan menerima kelemahan diri..so aku berkeputusan untuk sentiasa berusaha,,,dalam perkara yang aku nak…sehingga sekurang2nya aku mati berusaha…

Ini jawapan no 2:

Istiqamah itu rohnya ialah hati yang ikhlas…ada dua saja keadaan hati kita dalam berbuat sesuatu…kalau x ikhlas,jawapannya ialah syirik…ikhlas itu bermakna membuat sesuatu semata2 kerana Allah…syirik itu berbuat sesuatu semata2 kerana bukan Allah,,,bahkan berbuat sesuatu kerana diri sendiri juga adalah satu kategori syirik…setiap perbuatan samada di hujung atau di depannya wajiblah kita ‘nampak’ Allah,,,,barulah namanya ikhlas…contohnya…’aku solat dan beribadat...nakkan syurga Allah/takutkan seksaan Allah’ juga satu tahap ikhlas yang rendah,,,dan diterima,..

‘aku Nampak orang Nampak aku berbuat dosa..isk malunye aku’….ini sifat munafiq..tapi kalau ada ‘tentu Allah yang membuka aib aku ni supaya aku bertaubat’ pada hujung niat dan prasangkanya..maka inilah ikhlas….

Dan ikhlas ada satu sifat..yang boleh dilihat.,..iaitu istiqamah….

Sifat ikhlas ialah istiqamah…sebab itu roh istiqamah itu sendiri ialah ikhlas…

Jadi jawapan bagi soalan no dua ini,,,ialah,,,cik embun_pagi wajib berusaha(usaha jugak) untuk membetulkan niat supaya menjadi ikhlas…berbuat sesuatu kerana Allah,,,,sangkutkan nama Allah pada hujung, depan,,atau pertengahan perbuatan kita,,betulkan niat,,,

Contoh:

Aku ternampak awek cantik, aku kata ‘wau cantiknya!!’ maka prasangka aku masa tu adalah tahap syirik,,,tapi ia akan jadi ikhlas kalau ‘wau cantiknya,,,,,,,,,,,,masyaAllah ciptaan Allah,,,Alhamdulillah rezeki aku’..

Prasangka aku yang pertama tidak lengkap dan berhenti setakat dunia,,,prasangka aku yang kedua…walau pada mulanya hanya dunia…tapi pada akhirnya,,,,aku teringat,,,akan Allah Yang Memberi Segala Sesuatu,…

Jadi contohnya jika cik ambun,,,nak pegi keje,,,contohnya jadik cikgu….niat dihati haruslah ada sangkutkan nama Allah,,,,kita manusia yang lemah selalu ‘nampak’ Allah dihujung prasangka,,,,

Contohnya ‘aku bekerja mendidik anak bangsa kerana Allah,,,kerana amanah dari Allah,,,kerana takutkan Allah,,,,’

Niat begini ok,,,dan bagus,,inilah usaha mengikhlaskan diri,,,

Tapi orang yang imannya tinggi niatnya ‘kerana Allah aku mendidik anak bangsa, Allah memberiku kekuatan untuk mendidik, Allahlah yang menyelamatkan aku ke jalan yang benar”

Ini tahap ikhlas yang tinggi,,,(Allah mendahului dunia) ......malah ada lagi tahap ikhlas yang lebih tinggi,,,

Jadi cik ambun,,,pertama sekali usaha untuk anda menjadi istiqamah,,,ialah berusaha menjadi ikhlas…dengan membetulkan matlamat, niat,objective hidup dan mati,,,dalam usaha,,,dalam perbuatan,,,semuanya kerana allah,,,,betulkan niat..betulkan niat..betulkan niat,,,,ini perkara pertama yang anda kena buat,,,balik kepada basic..

‘aku hidup…aku mati,,,aku berusaha…,kerana Allah’ kerana Allah Yang Menguasai segala2nya,,,,

Ini jawapan no 3:

Aku memotivatekan diri sendiri,,dengan,,,musahabah diri,,,,back to basic..bagaimana?...lihat jawapan no 2…

Dan selepas itu,,,aku berpegang kuat kepada prinsip

“berusahalah untuk mendapatkan apa yang kita mahu samada sehingga mendapat apa yang kita mahu,,,atau sekurangnya mati berusaha”

“Allah Menentukan Segala Sesuatu,,,,dan hamba Allah wajib berusaha”

“tugas manusia ialah berusaha”

Dan aku senang dengan niat, focus,,dan matlamat hidup aku ini,,,,

Aku suka, aku tenang,,dan aku senang dengan prinsip aku ni,,,,,

Cara untuk cik embun memotivasikan diri sendiri,,ialah untuk mencipta satu prinsip…atau niat,,,,atau fahaman,,,yang anda sendiri senang,,,tenang,,,dan suka dengannya,,,insyaAllah,,,cik ambun/embun,,,,boleh sentiasa istiqamah,,,

Istiqamah itu sifatnya ikhlas….ikhlas itu rohnya istiqamah,,,,,

Nak ikhlas kena istiqamah,,,,

Nak istiqamah kena ikhlas,,,

Nak kedua2nya kena senang, tenaang, dan suka dengan usaha kita kearah kedua2nya,,,

Nak dunia,,,dengan ilmu..

Nak akhirat,,,dengan ilmu…

Nak kedua2nya dengan ilmu….

NAK…..

kalau kalah,bangun balik,,,kalau salah , taubat dan sentiasa usaha kembali pada Allah,,,,kalau gagal, usaha lagi,,,,sentiasa bangun usaha,,,dan sentiasa berjuang,,,sentiasa berperasangka baik kepada Allah,,,,,

Hadis Qudsi,yaitu Allah berfirman bahawa "Ana 'inda dloni 'abdii" yang artinya " Aku ( ALLAH ) ada dalam
prasangka hambaKu atau Aku mengikuti prasangka hambaku."

dan jika kita sentiasa berperasangka baik pada Allah.,,,maka wajiblah kita sentiasa bertaubat, mengharapkan pengampunan Allah, sentiasa bangun dari kegagalan dan kelemahan,,,dan sentiasa usaha,,,kalau tidak,,,kitalah hamba Allah yang berprasangka buruk padaNya...sedangkan Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun..kalu kita menolak diri untuk berusaha ,,,bermakna kita sombong dengan Allah,,,

jadi pilih,,,,nak jadi hamba yang sombong,,atau hamba yang sedar dirinya itu hamba,,,

Sekian dahulu…moga cik ambun dapat kebaikan dari nasihat saya ini,,,

Tidak ada daya untuk aku melakukan kebaikan, atau menghindari kejahatan,,melainkan dengan pertolongan Allah semata2…dan segala puji hanya bagi Allah,,,

p.s: Anda semua,..disayangi Allah,,,kerana itu Allah membuatkan/mentakdirkan anda membaca ayat2 ini,…….


p.s2:

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.

Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia seorang yang mahir dalam bacaann Al-Quran dijanjikan kepadanya akan bersama-sama dengan malaikat yang mulia iaitu pemimpin para malaikat. Adapun mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, tergagap-gagap, dijanjikan kepadanya dua pahala. Iaitu satu pahala untuk bacaannya dan satu lagi untuk kesungguhan dia berusaha membaca Al-Quran.

p.s3: sombong itu jubah tuhan...diharamkan untuk manusia,,,siapa yang cuba merampas jubah tuhan,,,cuba anda fikir..dimana tempatnya di akhirat kelak...so fahamilah p.s no 2...dalam belajar baca quran,,,kalau salah tajwid,,mestilah dosa,,,tapi kalau kita USAHA,,,membetulkan bacaan,,,USAHA melancarkan bacaan,,,walau sakit.,..dan susah,,,maka kita mendapat lebih banyak pahala...berbanding dosa kerana kelemahan diri kita,,,ini sesuai untuk semua perbuatan,,,

Tuesday, June 30, 2009

Forex dan Ragu,,,,

Dalam bisnes islam, satu akad mestilah disertai dengan kepastian yang JELAS...dan YAKIN, dan TELUS...dan BENAR,,,,

Jika ke empat2 nilai yang aku sebut diatas x wujud(ada banyak lagi..aku x larat sebut)....maka akad terbatal...nilai nilai yang membezakan antara perniagaan islam dan perniagaan konvensional...

Aku start berniaga sejak sekolah rendah lagi...dari jual kalung, kepada jual sandwich, kepada jual biskut, kepada jual toppup, buat sewa tu...sewa ni....buat pelbagai multilevel...belajar manipulate marketing plan(haram)....belajar buat rancangan perniagaan(business plan)...g kursus KAKS(leh apply modal dari kerajaan dengan sijil yang aku dapat)....dan pelbagai lagi mengenai perniagaan yang aku dah belajar,,,,dan hakikatnya segala kebaikan dan kekuatan adalah dari Allah semata2...

Dan setelah 2 tahun aku stadi menganalisis carta saham.....dan saham utama yang aku fokus adalah forex....disamping tu aku stadi jugak sket2 fasal stock...segala puji bagi Allah telah mengurniakan aku ilmu, keupayaan, kekuatan, keyakinan...untuk berdagang saham,,,

Sahabat aku lagi dua orang tu plak dok sibuk kuatkan syarikat...yang depa baru tubuhkan setengah tahun yang lepas...masing3 kami bertiga saling kuatkan kekuatan diri sendiri dalam arena perniagaan ni....

Dalam 2 tahun,,,aku dok stadi fasal forex....dan memang forex menggunakan internet broker ni,,,,boleh buat untung berpuluh percent dalam masa setahun......Alhamdulillah,,,aku punya keupayaan untuk buat sistem2 untuk berdagang saham, mainly forex...ada sistem yang boleh jana beratus percent satu tahun tapi high risk......ada yang stabil dan boleh jana untung tiap2 tahun,,,minimum 12%...

Tapi,,,,dalam dua tahun ni juga aku mengkaji,,,hukum,,,,dagang saham forex di internet ni...

Dan sekarang aku berkeputusan meninggalkan forex dan Cuma fokus kepada stock BSKL...

Kerana terlampau banyak keraguan dalam forex internet ni,,,,

Dari segi fasiliti leveragenya,,,

Dari segi kejujuran brokernya,,,,

Dari segi ketenangan hati aku sendiri dalam menerima perniagaan ni..

Dari segi ketelusan,,kejujuran,,,dari segi istilah2 dan mekanisma yang diguna pakai,..

Kebanyakannya lebih kepada negative daripada positive,,,..

Aku tanak ulas lanjut,,,sebab dah pelbagai alim ulama’...dan pakar keuwangan islam..dah jelaskan ...ada mufti yang dah haramkan....

.............................................................................................................................................

NAFSU-.....

Orang kita,,,,nak kaya cepat...nak senang,,,dan nak malas,,,,bila munculnya forex internet...dipersada malaysia ni...semua anak2 muda,,,dan budak2,.,,,pakat ralit masuk forex...depa masuk forex,,,bukan belajar berdagang saham...

Ini satu fahaman yang terpesong,,,,analoginya,,,,macam kalau orang bukan melayu kata masuk islam...depa salah sangka ‘masuk melayu’...

Dan budaya dan sikap depa(budak2 ni) pun dah macam masuk forex....

Aplikasikan sistem berdagang tanpa faham secara dalam isi2 sistem tu,,,

Guna indikator,,,tapi x tahu macamana indikator tu boleh terbentuk,,,,

Dan x faham apa tujuan indikator,,,

Yang dia tahu,,,,aku nak kaya cepat,,,aku nak hidup senang....WAUUU!!!

............................................................................................................................

Aku pun camtu jugak,...tapi bila aku dah niatkan perniagaan aku untuk berniaga dengan tuhan,,,,iaitu berniaga untuk islam....aku cuba untuk meyakinkan hati untuk menerima forex....aku kaji hukum hakam...dan semakin aku kaji...semakin aku nampak kekelabuan broker forex internet,...kekelabuan fasiliti broker forex....dan semakin ragu dan x tenang lah hati aku ini,,,

So aku amik keputusan,,,berhenti berdagang saham FOREX,,,,

FOKUS kepada BSKL sahaja,,,

....

p.s: sahabat2 sekelian,,,jika dalam hati anda dah timbul keraguan kepada sesuatu perniagaan....cuba teka,,apa hukumnya anda terus dengan perniagaan itu,,,dan cuba teka apa potensi akad perniagaan anda untuk menjadi sah....kalau x tahu..tanyalah kepada yang tahu ye,,.jangan guna perkataan 'bagi aku' 'pada pendapat aku' dan sebagainya...

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search