..................................Subhanallah,Alhamdulillah.Lailahaillallah,Allahuakbar.................................
Popular Posts
-
Aku bertolak dari rumah kakak aku di kulim…di poli sultanah bahiyah…kat quarters…dan tempat yang dituju adalah di komtar,bilik anggeri...
-
Dulu masa aku tulis blog kat frenster aku..ada le beberapa orang yang ska dengaq nasihat aku,,,dan suka baca tulisan2 aku,,,ada satu mas...
Wednesday, November 21, 2012
Monday, November 5, 2012
BAHAGIA?
"Fikiran
menyediakan manusia berhadapan dengan kebahagian dan kesulitan dalam
hidupnya"
~TPBONG
~TPBONG
Kata2 di atas ini, adalah satu kata2 mutiara yang saya
jumpai di wall facebok kawan saya…en cik matte taro…TPBONG = think positive, be
optimist, and never give up….
Ada juga kata2 mutiara:
“Fikiran merupakan penyebab
manusia merasai BAHAGIA atau DUKA dalam hidupnya”
Alhamdu Lillah…sebenarnya inilah dia jiwa, seorang mukmin
yang sejati…
Mukmin yang sejati sentiasa besangka (fikiran) baik terhadap
tuhannya….tuhannya yang memberikannya segala nikmat, dan segala kesakitan
sementara yang dia pernah rasakan…
Tapi jiwa mukmin sejati, sentiasa tenang dan bahagia…
Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; "Sungguh menakjubkanku apabila melihat
orang beriman. Tidak ada suatu ketetapan yang Allah putuskan untuknya melainkan
semuanya baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara yang menggembirakan,
ia bersyukur, maka itu adalah baik baginya. Tatkala ia ditimpa perkara-perkara
yang memudaratkannya, ia bersabar, maka itu juga baik baginya” (Diriwayatkan
dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu) -. Lihat hadis ini
dalam; Tafsir Ibnu Kathir, surah Saba’, ayat 19).
Sumber hadis dipetik: http://razipothman.blogspot.com/2011/03/bersangka-baik-dengan-allah.html
Kita semua boleh bahagia….dan kita semua boleh menjadi
mukmin sejati..insyaAllah…
Disamping ilmu syariat, dan pengamalannya yang istiqamah,
ada satu perkara dalam diri manusia, yang bergelar ‘jiwa’...dan kita mesti
mempelajari ilmu untuk menjaganya,,,,
Kita wajib membersihkan jiwa kita, untuk layak bergelar
hamba Allah..
Jadi kita kembali kepada topic asal, apakah kaitan kata2 mutiara
di atas dengan jiwa seorang mukmin sejati?
Mari kita merungkai kata2 mutiara di atas…
Bagaimanakah proses untuk kita merasai bahagia, atau
kesulitan dalam hati? Rasa manis atau sakit dalam hati?...
Beginilah prosesnya:
1. Apabila datang
satu KEADAAN,
contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak
tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight
berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….
2. keadaan membuahkan
FIKIRAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘ah
orang ni, x penyabar langsung, x beradab, highlight sekali dua sudah le, ini
yang aku marah ni’…
3. Fikiran membuahkan
RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan
marah (bukan kerana Allah), dan tidak ingin mengalah….perasaan2 ini sebenarnya
perasaan yang menyakitkan hati…dan merosakkan hati, perasaan2 ini juga dalam
konteks keadaan ini, adalah sifat mazmumah, jika dilayan…
4. Rasa dalam hati
membuahkan MOTIVASI:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk
tidak ke lane kiri, lalu…
5. Motivasi
membuahkan PERBUATAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita pun memecut laju
dan tidak memberi laluan kepada kereta tadi…
6. Perbuatan
membuahkan KEADAAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu berlakulah adegan
kejar mengejar kenderaan antara kita dan kereta tadi…
7. KEADAAN ini pula
membuahkan FIKIRAN yang lain… dan proses ini berulang…. akan mencetuskan
lagi fikiran2 –ve dan, perasaan2 yang menyakitkan hati, dan merosakkan jiwa,
jika kita tidak MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….
Proses di atas mengambil contoh, sekiranya kita berfikiran –ve,
dan berfikiran berteraskan sifat MAZMUMAH, ikutkan nafsu dan sebagainya….tetapi
jika kita berfikiran +VE dan sentiasa kembali kepada Allah, maka, jiwa kita,
adalah jiwa yang tenang, dan insyaAllah menjadi hamba Allah di dunia dan di
akhirat…
Mari kita ambil contoh dari pemikiran
jiwa yang tenang dan bahagia pula..
1. Apabila datang
satu KEADAAN,
contohnya:kita sedang memandu dengan kelajuan yang agak
tinggi di lane paling kanan, tiba2 ada orang memandu laju, dan memberi highlight
berkali2 supaya kita ke lane kereta perlahan..keadaan ini menyakitkan mata lalu….
2. keadaan membuahkan
FIKIRAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas) kita pun berFIKIRAN, ‘berkali2
dia high beam aku…..mungkin isteri nak bersalin kot, xpun anak sakit, x pun die
yang sakit perut..xpun anak2 muda bawa kereta, fikiran belum matang…semoga dia
selamat sampai ke destinasi, semoga dia berubah menjadi lebih bailk….Allah Maha
Pengasih Maha Penyayang, Maha Memaafkan….”
3. Fikiran membuahkan
RASA di dalam HATI (hampir sama waktu, pabila fikiran dibentuk):
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita merasai perasaan kasihan
(kasih sayang itu dari Allah) dan risaukan keadaan beliau, ….perasaan2 ini
sebenarnya perasaan yang menenangkan, dan perasaan ketenangan, dan ingat Allah
(kembali kepada Allah inilah) dipanggil :BAHAGIA…ia makanan hati dan jiwa,
perasaan2 ini juga dalam konteks keadaan ini, adalah sifat mahmudah, …
4. Rasa dalam hati
membuahkan MOTIVASI:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..kita bermotivasi untuk
ke lane kiri, lalu…
5. Motivasi
membuahkan PERBUATAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)….kita memberi lampu
isyarat kekiri, dan apabila keadaan membolehkan, kita masuk ke lane kiri……
6. Perbuatan
membuahkan KEADAAN:
Contohnya: (sambung cerita di atas)..lalu kereta tersebut
melepasi kita dengan laju…
7. KEADAAN ini pula
membuahkan FIKIRAN yang lain…dan proses ini berterusan…. akan mencetuskan
lagi fikiran2 +ve dan, perasaan2 yang menenangkan hati, dan menyenangkan jiwa,
jika kita MEMILIH untuk mengikut berfikiran/bersangka +ve dan merasakan kebahagiaan dan ketenangan….
Nampak prosesnya?
Keadaan –
fikiran – perasaan – motivasi – perbuatan – keadaan
Jadi
kesimpulan di sini jika ingin BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INGIN MEMILIKI
JIWA YANG TENANG, bermula dari belajar
ILMU…ingin dunia dengan ilmu, ingin akhirat dengan ilmu, ingin kedua2nya sekali
dengan ilmu…
Saya mahu focus kepada kebaikan
sahaja:
Jika kita
berfikiran/sangkaan +ve, dan memilih jalan yang disarankan Allah dan rasul,
jiwa kita akan TENANG dan BAHAGIA….
Inilah JIWA2
YANG TENANG….
·
Jiwa
jenis ini, sering kembali kepada Allah
walau apapun keadaannya, samada manis atau pahit, samada susah atau senang,
samada di dunia(JASAD SENANG, JIWA TENANG DAN BAHAGIA) atau di akhirat (SYURGA)….
·
Jiwa
yang berperangai sebegini, bertabiat
mahmudah…bertabiat melakukan kebaikan, samada dalam perbuatan jasad, atau
perbuatan jiwa…
·
Jiwa
sebegini, belajar mengenal Allah,
asma2NYA, sifat2NYA dan af’al2NYA, bila dia belajar, pelajaran itu akan
disimpan di dalam memorinya….
·
Memorinya
yang membentuk fikiran +ve dan selaras dengan islam…
fikiran membuahkan rasa nikmat di dalam hati, bahagia dan tenang di dalam
jiwa…
rasa membuahkan motivasi untuk berkelakuan selaras dengan syariat….
kelakuan atau perbuatan membuahkan keadaan yang lain.…
·
bila
proses ini berulang dalam kehidupan harian, maka, ia menjadi tabiat hati untuk
merasakan kenikmatan, tabiat jiwa untuk tenang dan bahagia…tabiat jasad untuk
menjalankan syariat….
ALLAHU
AKBAR!!!
saya sering
berseloroh dengan isteri, pabila berhadapan dengan sedikit keperitan keadaan…dengan
berkata ‘ amacam, BAHAGIA x?’…isteri menjawab ‘BAHAGIAAA’ sambil tersenyum…..
kerana
BAHAGIA ADALAH PILIHAN…BAHAGIA ADALAH JALAN, BUKANNYA DESTINASI….BAHAGIA BERASAL
DARI DALAM DIRI (ROHANI), BUKAN DARI LUAR (MATERIAL)..
kerana itu,
manusia paling bersyukur adalah manusia yang paling kaya…kaya sebeginilah ,
kaya yang mendatangkan kebahagiaan sebenar….
“Bukanlah
kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya)
ialah kaya jiwa.” H.R Bukhari.
"Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku .dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Custom Search