Popular Posts

Wednesday, February 29, 2012

"encik, kenapa kurus sangat....sakit ke?"


  student aku tanya,"encik, kenapa kurus sangat....sakit ke?"

(kurus biasa je, cuma orang dah biasa tengok aku agak chubby)

sambil menjawab aku flex bicep sket..."eh manada kurus, tengok ni muscle..."

  student balas, "ye la, dah kurus, memang nampak muscle"...

aku balas nada melawak " salah ke kurus?"......

memang mengundang persoalan orang, kalau tiba2 kita jadik kurus...tapi atas dasar keseronokan aku mencari ilmu kesempurnaan duniawi,,,dan aku nak membuktikan, orang lelaki, xkan jadi buncit lepas kahwin, kalau betul tekniknya, Alhamdu Lillah dah terbukti...(ada juga orang kurus tapi perut buncit)....

ada beberapa motivasi, kenapa aku menjadi kurus...

1. Sayang isteri, sebab tau isteri pun berusaha untuk aku

2. Sayang ilmu kesempurnaan, dan sayang aplikasi kesempurnaan

3. Sayangkan kecantikan

4. Bisnes- consultant

5. menulis buku

6. Sayang nabi

7. Benci rasa gemuk dan perut buncit

8. X selesa dengan lemak.

9. dan banyak lagi....

aku percaya, pasangan, suami atau isteri, yang sayang kepada pasangannya, akan berusaha, memberikan rasa kenikmatan dan keselesaan kepada pasangan masing2....

kenikmatan?

cantik itu nikmat di mata kita dan orang lain yang berhak....

sihat itu nikmat di badan kita dan orang lain yang berhak...

sedap makanan itu sentiasa kita nikmati di mulut kita, bila betul teknik pemakanannya...

dan lain2 lah bab nikmat....

kita cuba mengkaji satu perkara..faktor permasalahan rumah tangga

janganlah lelaki atau perempuan bertanya2 lagi....kenapa, kenapa dan kenapa pasangannya curang...kita tolak ketepi asbab, 'memang nafsu syaitan' kita cuba kaji asbab lain...

contohnya, kerana kita x jaga kecantikan diri mungkin?....gemuk sangat...kurus sangat...buncit sangat?

aku pernah dengar ustaz kazim cerita....khadijah r.a. meninggalkan dunia,dalam keadaan badannya seperti umur belasan tahun...nampak x betapa dia menjaga kecantikan...dan x lain x bukan, rasulullah lah yang berhak terhadap dirinya....dan sudah tentu dia berhias dan menjaga kesihatan serta kecantikan tubuh badan untuk suaminya sendiri...

kita lihat situasi sekarang....ramai suami berperut buncit dan gemuk...kasihan isteri2 mereka...

atau...ramai isteri yang menjadi gemuk setelah berkahwin atau setelah beranak pinak...kasihan suami2 mereka...


tidakkah mereka sayang kepada pasangan mereka, dengan USAHA menjaga kecantikan diri?...

mereka jawab sekarang "eh, cinta kami berteraskan kasih sayang sejati dan kepercayaan terhadap pasangan, nafsu terhadap fizikal yang cantik ithoo bukan pegangan kamey...."

dan mereka (lelaki atau perempuan) bertanya nanti "kenapa u!!! kenapa u!! dengan dia tu!!! sanggup u curang dengan i/kahwin lain(ini kes orang laki jela)"

mereka2 ini...memberi jawapan dahulu....sebelum memberikan persoalan....tapi malangnya jawapan mereka itu salah...dan..mereka menjawab soalan mereka sendiri, tanpa ingin berfikir lebih lanjut, atau bertanya kepada yang lebih arif....kita lihat kepincangan di sini....

oh...

ini cuma huraian salah satu penyebab kes2 penceraian....mungkin hanya kes2 terpencil...

oleh itu...rumusannya jagalah kecantikan, dan kesihatan tubuh badan diri sendiri, demi orang yang tersayang.....



p.s: ya...dalam hati manusia itu mungkin ada perasaan cinta yang kononnya menyebabkan dia setia, tapi kena ingat, manusia juga ada nafsu, yang boleh menyebabkan manusia jatuh darjat lebih dari binatang dan syaitan.....bila akal dan iman diketepikan....so kadang2 kena lawan api dengan api...dan jangan sesekali berfikir, semua manusia patut punya kasih dan kesetiaan yang suci murni..bukan semua mampu......kena terima hakikat ni...

Saturday, February 11, 2012

11/2/12 SBPA: HIGHLIGHT JAMINAN KERAJAAN TERHADAP KAJIAN SEMULA SBPA

saja aku nak highlight..tengok perkara 10 pengumuman KSN nih....Kerajaan JAMIN gaji dan keuntungan SBPA akan jadi lebih baik, selepas kajian semula...so kalau jadi sebaliknya (cth: PNP jadi makin teruk deraf SBPA CUEPACS)..maka bolehlah dipertikai....


..................................................

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Aras 13, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara

13 Januari 2012

Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA

Draf Gaji SBPA CUEPACS

Dikatakan ini draf gaji SBPA CUEPACS:



Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA


Wednesday, February 1, 2012

Maka kami...

Maka telah diterima satu hukum, maka hati yakin ia datang dari Allah, dijelaskan oleh rasul, maka kerana yakin atas sumbernya, maka patuh dan tunduk, walau tidak tercapai akal akan maksud di sebalik hukum….tapi patuh kerana yakin atas sumbernya…maka selamatlah…akan akal yang belum memahami hikmah, akan hukum yang di beri Allah diberita rasul, maka sampai masa jika ada rezeki, akan faham dan diluaskan ilmu..mungkin tidak jelas di dunia, dan akan jelas di akhirat….maka jelas itu cahaya, ilmu itu cahaya, dan berbagai-bagai getaran ia berputar, menjadi pejal menjadi udara, menjadi bunyi menjadi rasa, dan menjadi cahaya dek mata fizikal ini,maka segala rasa dek deria yang dipinjamkan ini, maka kami syukur..dan kami redha, kerana Allah tetapkan, ia itu nikmat…dan nikmat yang hakiki,bila kami kembali kepada Allah….Alhamdu Lillah..

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search