Agak2 siapa menang?...(boleh agak kot)
CUEPACS
TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011
Oleh G Manimaran
December 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah
pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan
menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim
gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana
menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA
tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan
kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu
jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika
dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri
alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara
lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak
memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan
SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai
dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan
diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,”
kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi
membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari
ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa
tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar
pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres
(di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada
kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada
penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu
singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat
awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan
penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah
negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka
tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang
mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan
dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
sumber......
JPA
PUTRAJAYA: Tempoh untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula esok sehingga 30 Disember ini
tidak akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri
Abu Bakar Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata hanya penjawat awam yang mempunyai alasan
yang munasabah saja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas
tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.
Menurutnya, jika tempoh itu dilanjutkan, ia tidak adil kepada penjawat
awam yang menerima kenaikan gaji pada Januari atau yang mencapai gaji
mati, katanya.
Abu Bakar berkata, tempoh masa yang diberikan untuk penjawat awam
membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim
perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat
pertimbangan sewajarnya.
"Saya rasa singkat atau tidak tempoh itu adalah atas tuan punya diri
untuk membuat keputusan. Individu boleh membuat keputusan atas budi
bicara sendiri.
Jika puas hati mereka boleh terima. Jika tidak, mereka boleh tolak," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam akan membuat keputusan
secara individu yang akan memberikan faedah kepada diri sendiri, tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Abu Bakar berkata, mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal
kepada skim perkhidmatan lama dan tidak akan menerima sebarang
penambahbaikan kepada skim tersebut.
Beliau juga berkata, individu yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari depan secara automatik akan menyertai SBPA.
Sementara itu, beliau berkata penjawat awam yang masih kurang faham
mengenai SBPA diminta menghubungi talian Hotline SBPA dari 8.30 pagi
hingga 9 malam pada hari bekerja bermula hari ini.
Mereka boleh menghubungi talian 03-8885 3293 untuk pertanyaan mengenai
pencen dan persaraan, pembangunan organisasi perjawatan dan skim
Perkhidmatan (03-8885 3072); dasar Perkhidmatan prestasi dan prospek
(03-8885 3201/03-8885 3227); elaun, gaji dan kemudahan cuti/perubatan
(03-8885 3232), manakala untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan lain
mereka boleh menghubungi 03-8885 3283.
Selain itu, Abu Bakar berkata, mereka boleh mengemukakan pertanyaan
mengenai SBPA kepada bahagian sumber manusia di agensi dan kementerian
masing-masing.
"JPA juga sudah membuat kunjungan di peringkat persekutuan dan peringkat
negeri untuk memberi penerangan kepada penjawat awam. Hari ini pula
kita ada buat taklimat di Sabah," katanya. - BERNAMA
sumber,,,,,,,,,,,,,
Link2 berkaitan:
KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA
1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting Mengenainya
2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam
3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA
4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT
5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA
6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA
7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...
8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1
9. CUEPACS vs JPA..
10. PM stuju Tangguhkan SBPA