Popular Posts

Wednesday, December 21, 2011

PM setuju Tangguhkan SBPA...CUEPACS...

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN



sumber:KLIK




Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA





Sunday, December 18, 2011

Langkah-langkah Bagaimana Nak Mendapatkan Wang KWSP+ Henti Caruman, setelah pilih SKIM PENCEN…


Ji           STEP 1-
      
      Jika Kerani anda rajin – Mereka akan siapkan dokumen Permohonan Surat Pengesahan Masuk  Skim Pencen sepantas kilat boboboy sebelum tarikh anda berkhidmat 3 tahun pun…

a.       Jika tidak rajin (normal, bukan malas ye), anda harus ingatkan mereka 1 atau 2 hari sebelum tarikh anda berkhidmat 3 tahun.

2.     STEP 2-
  
      Selepas step 1 , Dokumen itu akan dihantar ke SPP (bagi guru dan pensyarah Politeknik serta Kolej Komuniti)….Kalau selain itu mungkin SPA.

3.       STEP 3-
      
      SPP akan membalas dokumen itu dengan SURAT  Pengesahan Masuk Skim Pencen.

a.       Surat diterima kerani
b.      Salinan surat akan diberikan kepada anda.

4.       STEP 4-

      Kerani seterusnya akan memproses supaya pemotongan gaji untuk KWSP dihentikan, liaise dengan Bahagian Kewangan.

a.       InsyaAllah pada bulan berikutnya, Pemotongan Gaji untuk KWSP dihentikan (duit lebih dalam saku)

5.       STEP 5-
  
      Anda bawa salinan Pengesahan Masuk Skim Pencen, ke Pejabat KWSP, bawa beserta,
a.       salinan buku bank atau penyata akaun,
b.      salinan ic,
c.       dan salinan surat tawaran/pengesahan ke jawatan,

 semua dokumen ini disahkan, di bahagian kewangan, atau pihak yang boleh sahkan.

6.       STEP 6-

      Selepas anda proses dokumen-dokumen  di no. 5 di Pejabat KWSP, insyaAllah duit anda kumpul di KWSP akan masuk ke akaun anda dalam  satu jangka waktu, mungkin 5 hari bekerja, 2 minggu ke…. (duit melebih2 dalam saku)


sekian terima kasih.


Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA



Thursday, December 15, 2011

CUEPACS VS JPA

Agak2 siapa menang?...(boleh agak kot)


CUEPACS


TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011
Oleh G Manimaran
December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

sumber......


JPA

PUTRAJAYA: Tempoh untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula esok sehingga 30 Disember ini tidak akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah saja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.
Menurutnya, jika tempoh itu dilanjutkan, ia tidak adil kepada penjawat awam yang menerima kenaikan gaji pada Januari atau yang mencapai gaji mati, katanya.
Abu Bakar berkata, tempoh masa yang diberikan untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya.

"Saya rasa singkat atau tidak tempoh itu adalah atas tuan punya diri untuk membuat keputusan. Individu boleh membuat keputusan atas budi bicara sendiri.

Jika puas hati mereka boleh terima. Jika tidak, mereka boleh tolak," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam akan membuat keputusan secara individu yang akan memberikan faedah kepada diri sendiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Abu Bakar berkata, mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama dan tidak akan menerima sebarang penambahbaikan kepada skim tersebut.

Beliau juga berkata, individu yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari depan secara automatik akan menyertai SBPA.

Sementara itu, beliau berkata penjawat awam yang masih kurang faham mengenai SBPA diminta menghubungi talian Hotline SBPA dari 8.30 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja bermula hari ini.

Mereka boleh menghubungi talian 03-8885 3293 untuk pertanyaan mengenai pencen dan persaraan, pembangunan organisasi perjawatan dan skim Perkhidmatan (03-8885 3072); dasar Perkhidmatan prestasi dan prospek (03-8885 3201/03-8885 3227); elaun, gaji dan kemudahan cuti/perubatan (03-8885 3232), manakala untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan lain mereka boleh menghubungi 03-8885 3283.

Selain itu, Abu Bakar berkata, mereka boleh mengemukakan pertanyaan mengenai SBPA kepada bahagian sumber manusia di agensi dan kementerian masing-masing.

"JPA juga sudah membuat kunjungan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri untuk memberi penerangan kepada penjawat awam. Hari ini pula kita ada buat taklimat di Sabah," katanya. - BERNAMA

sumber,,,,,,,,,,,,,






Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA


Wednesday, December 14, 2011

Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

Penjelasan KPPA JPA:

1.Premier buat sementara waktu ada kontrak 3 tahun

2.Pengurusan tertinggi guna LNPT untuk gaji

3.PNP n Pelaksana guna Skil Gaji SBPA

4. Boleh letak jawatan dengan mudah dan diberikan ganjaran berpatutan

5. Boleh kembali menjadi Penjawat awam tetapi bergantung kepada kemampuan diri...

6. Markah LNPT kurang 70% pada tahun 2012 akan di beri kaunseling/uji semula/ penguji lain dsbnya...

7. Kalau taun 2011 dan 2010 pun markah rendah 'konfirm memang berprestasi rendah'

8. Skim Perkhidmatan macam N masih dalam kajian, dan mungkin ada perubahan lagi untuk peningkatan.

9. Bagi yang tidak menerima SSM dan SBPA sekaligus, maka akan di'sara'kan...

10. Semua perubahan gaji contoh:ATM adalah berdasarkan kajian dan audit yang JPA buat, dan jangan bezakan antara skim sebab sememangnya berbeza..juga berdasarkan kumpulan yang penting bagi kerajaan pada satu2 masa...

11. Hanya boleh sambung belajar bagi Pelaksana, untuk menambah Skill sampingan di bawah Myskill...

12. GLC dan PA boleh saling bertukar tempat perkhidmatan,selama 2 tahun,,,

13. Kepakaran rakyat malaysia yang bekerja di luar, hanya diterima masuk ke PA sekiranya PA semasa memang tidak mempunyai kepakaran tertentu yang diingini...

14.Pilih Opsyen bersara 60 tahun, boleh bersara seawalnya 55 tahun,,,dan pencen berdasarkan umur bersar...

15. PA boleh bertukar ke jabatan lain, dan tahun berkhidmat dijabatan asal diambil kira, semasa pertukaran,,,,tidak seperti SSM, tidak diambil kira.

16. Elaun Wilayah, Kritikal, dan satu lagi x ingat, ditambat buat masa sekarang....(tambat tu kalau x silap = dikekalkannilainya seperti tahun 2011)

dan lain2x.. lah....





Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA






Sunday, December 11, 2011

Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...



Kawan Kita
    • akmal
    • ce explain aku
    • ssm sbpa?
    • p2 psl kenaikan gaji?
    • soalannya ?
    • specific le,..
    •  
·                            Kawan Kita
    • ok
    • skrg tgga gaji aku p1t8
    • anjakan januari
    • kalu ssm, naik bape?
    • tahun 2011 t8?
    •  
·         Kawan Kita
    • yup, jan 2012 naik t9
    • kalu ssm cmne?
    • bagi aku gaji pokok t8 n t9 kat aku...
 Kawan Kita
    • siot laa
    • aku konfius
    • ye la,,,,bagi kat aku jap..nilai t8 n t9 dg,,,,,skil gaji dg untuk sbpa hang ada kan?
    • meh aku tolong kirakan mengikut kefahaman aku...n aku akan bg beza kalau hang stay ngan ssm
Kawan Kita
    • ok
    • kalu ssm dgn sbpa bape beza?
    • tlg kira boh
    • pening aku
    • ye la,,,,bagi aku data dulu..peningkatan tu berbeza...cek skil gaji ssm...berapa nilai t8 n t9
    • bagitau aku jap
Kawan Kita
    • aku xingat la plk
    • jap
    •  
    • diploma pendidikan hang diambil kira kan? so hang start ngan t6 tul x?
Kawan Kita
    • btol
    • la ni t8
    • thn dpn t9
    • so cmne?
    • aku kt kdai mkn ni
    • haha...ha, cr le data aku minta tadi
Kawan Kita
    • ssm t8 $2329, t9 $2419.45
Kawan Kita
    • tlg kira jap
    • kalu ssm bape? sbpa bape plk?
    • ok,,,,,hang ada skil gaji dg untuk SBPA punya x?
Kawan Kita
    • tarak
    • ok, xpe, aku cekkan japgi

Kawan Kita
    • jap sbpa t8 $3535, t9 $3765
    • yg sbpa baru ni x tmasuk elaun2 kan?
    • if choose SBPA:

      1. Hang akan dihadiahkan 1 KGT SSM, so t8 naik t9 : 2419

      2. Nilai T9 akan dibawa ke skil gaji SBPA, dan nilai yang SAMA atau jika tiada maka pilih NILAI YANG LEBIH. so aku check mengikut data kat internet(xtau betul ke tak) : SBPA DG41 1-1 T4: 2615

      3. Untuk tahun 2012 dapat pula satu KGT SBPA: T5 : 2845

      if choose SSM forever n ever:

      1. Gaji hang cuma DG41 P1T9: 2419
      ...

      BEZA: 2845- 2419 : RM 426

      Tahun 2013: SBPA =RM3075.00...SSM = RM 2509.90

      BEZA: Kira sendiri...


      Apapapun tunggu mesyuarat CUEPACS dulu..depa kata nak kaji,,,,

      ada banyak perkara akan berubah jika masuk SBPA...
    • fahem?

      aku nak kongsi perbualan kita ngan orang ramai ni...



Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA




Saturday, December 10, 2011

Kebaikan SBPA pada Penjawat Awam : Ulasan KPPA JPA

Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak.

2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan.

3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai.

4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan dibawah SSM.

5. Dibawah SSM syarat lantikan minimum skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred F17, 22, 26 adalah SPM manakala calon lulusan Sijil Politeknik diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Dibawah SBPA Juruteknik Komputer diletakkan dibawah kelompok berkelayakan SPM dengan gred FT4-1, 4-2, 4-3. Manakala calon yang berkelulusan Sijil Politeknik menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu T4. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan Juruteknik Komputer diperingkat SPM masih lagi relevan. Semakan dengan SPA mendapati calon yang dilantik antara tahun 2008-2010 dibawah skim ini adalah:
Tahun SPM Sijil Politeknik
2008 705 743
2009 988 997
2010 279 292

6. Prinsip ini samalah juga turut digunapakai bagi skim-skim perkhidmatan lain seperti PT(Kew), Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Akauntan dan lain-lain.

7. Berbeza dengan skim perkhidmatan Juruteknik gred J17, 22, 26 dimana syarat lantikannya adalah Sijil Politeknik. Ini adalah anamoli yang dimaksudkan. Oleh itu dibawah SBPA anamoli ini diperbetulkan dan perkhidmatan Juruteknik digredkan semula sebagai J3-1, 3-2, 3-3 dengan syarat lantikan minimum Sijil Politeknik dan penetapan gaji permulaan T1.

8. Berhubung dengan PA yang memasuki perkhidmatan dengan kelayakan minimum SPM, Sijil Politeknik, STPM dan Diploma yang kini memiliki ijazah dan memohon untuk ditukarlantik sebagai P&P kajian terperinci sedang dijalankan kerana jawatan P&P sedia ada amatlah terhad. Kaedah seperti pencatuman dan peningkatan bidang tugas jawatan yang syarat lantikannya Diploma/STPM adalah diantara langkah untuk menambah bilangan jawatan P&P bagi membolehkan mereka yang berkenaan ditukarlantik.

Saya berharap Penjawat Awam yang terlibat memahami prinsip-prinsip perkhidmatan yang saya nyatakan ini.

Selamat majujaya untuk masadepan kerjaya PA.
__________________
 
 


Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA


Friday, December 9, 2011

Tindakan terhadap Pekerja Perkhidmatan Awam LNPT bawah 70 markah SBPA



FACEBOOK

By Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:


1. Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013

2. Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.

3. Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.

4. Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.

Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.




Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA




Thursday, December 8, 2011

Slide Pemindahan Gaji SSM ke SBPA










Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA




KAEDAH BAGAIMANA GAJI ANDA BERPINDAH DARI SSM KE SBPA (IKUT OTAK AKU PAHAM)





BAGAIMANA GAJI ANDA BERPINDAH DARI SSM KE SBPA (IKUT OTAK AKU PAHAM)

Prinsip Pemindahan Gaji
32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
(so ini bermakna sekurang2nya sesiapa yang memilih SBPA, gajinya akan naik sekurang2nya 1 kenaikan tahunan Gaji SSM)

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012(ini tarikh pemindahan/pergerakan gaji dari SSM ke sbpa), pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal (nilah maksudnya sekurang2nya 1 kenaikan Gaji SSM tu)dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran(so sekurang2nya ada kenaikan 1 kenaikan tahunan gaji SSM sebelum ditambah x kiralah 50 sen pun di SBPA).

pastu + pulak dengan kenaikan tahunan 2012 bagi SBPA

CONTOH BAGI GURU:

1. dg 41..SSM= p1t8 2011 = 2329.00

untuk pindah ke SBPA

2. so naik 1 kenaikan SSM = p1t9 (2011 juga)= 2419.45

3. pindah ke SBPA terdekat = SBPA dg 1-1 t4 2615.00

ini proses pemindahan...



4. kemudian tahun 2012 1 kenaikan tahunan macam biasa = SBPA dg 1-1 t5 2845.00
      ( 1 lagi pendapat,= tahun 2013 baru ada kenaikan tahunan, bukan 2012)



SUMBER dan PERBINCANGAN LANJUT : LINK




Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA


Wednesday, December 7, 2011

Pekeliling SBPA

Download Pekeliling SBPA

antara isi pekeliling:

STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Gaji Minimum - Maksimum

28. Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.

30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.

30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.

31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:

38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.

39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:

39.1
Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap.
-
Lampiran C4

39.2
Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat).
-
Lampiran C5

39.3
Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).
-
Lampiran C6

39.4
Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat).
-
Lampiran C7

39.5
Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).
-
Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.

42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.

43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:

43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.

43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
13

43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.
Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.

45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.

46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.




Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA




Sunday, December 4, 2011

Maklumat tentang SBPA, Link Pekeliling SBPA, dsbgnya,,,

LINK PEKELILING SBPA JPA:


SBPA UMUM : KLIK


SBPA GURU : KLIK

SBPA PDRM : KLIK
 


Link2 Pekeliling SBPA mengikut setiap Jabatan Kerajaan :

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar    NRE   

Kementerian Pertahanan     MINDEF   

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan    KPDNKK   

Kementerian Kerja Raya    KKR   

Kementerian Pelancongan Malaysia    KPL (BM) / MOTOUR (EN)   

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air    KeTTHA   

Kementerian Kesihatan Malaysia    KKM   

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi    MOSTI   

Kementerian Pengajian Tinggi    KPT 

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia    MAMPU

Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah    KKLW  

Kementerian Kewangan    MOF    

Kementerian Sumber Manusia    KSM   

Kementerian Pelajaran Malaysia    KPM   

Kementerian Luar Negeri      KLN   

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani    MOA   

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri    MITI   

Kementerian Pengangkutan Malaysia    MOT   

Jabatan Perdana Menteri    JPM





Isi Taklimat/ Bahan Taklimat  SBPA JPN Perak:

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:

Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan 


Link:Isi taklimat SBPA JPN Perak

 

Lagi Update dari KPPA kita:

Facebook beliau

Tangga gaji SBPA skim J...


Maklumat dari Facebook KPPA:

FB KPPA (cari kat status, ada 1 set tangga gaji gred N sebagai contoh, ada juga maklumat lanjut di status beliau yang lain)





Sifir kiraan gaji DG41 'mengikut' seorang guru matematik:

KONSPIRASI SBPA #3 : GAJI CIKGU DALAM SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)





Dikatakan akan pekeliling sbpa/sbpa circular akan dikeluarkan secara serentak paling awal 5/12/11



Maklumat dari (kalau x silap aku) orang yang manage server/buat web bagi Link2 pekeliling SBPA:


EN Hariadi








Perbincangan Forum2 Terkenal mengenai SBPA:

1. Carigold


2. MyForum.cari




Link2 berkaitan:


KLIK UNTUK PERBINCANGAN HANGAT SBPA 

1. Link-Link Download Pekeliling SBPA Penjawat Awam Setiap Jabatan dan Link-Link Penting  Mengenainya 

2. Isi Penting Pekeliling SBPA Penjawat Awam

3. Kaedah Pemindahan Gaji Penjawat Awam dari SSM ke SBPA

4. Slide menunjukkan Kaedah SSM ke SBPA dan Mengenai KGT

5. Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Penjawat Awam LNPT kurang 70 markah dari KPPA JPA

6. Ulasan Kebaikan SBPA terhadap Penjawat Awam dari KPPA JPA

7. Contoh Kiraan Gaji dari SSM DG41 P1T8 ke SBPA DG41 1-1 T4. Penjawat Awam...


8. Rumusan Penjelasan KPPA JPA mengenai SBPA DIALOG TV1

9. CUEPACS vs JPA.. 


10. PM stuju Tangguhkan SBPA




Tuesday, September 20, 2011

Tips 41 ke 50: Maklumat, tips dan persediaan aku untuk temuduga/interview perlantikan tetap DH41 PPPT SLTP DPLI KPT oleh SPP....bulan januari nanti....(khusus untuk

41. peka dengan status penemuduga( kadang2 datuk2..datin2)...
42. senyum dengan senyuman yang paling manis...
43. soalan yang selalu diatanya ”kenapa nak jadik pensyarah/cikgu/pendidik”
44. jawapannya ”sebab saya betul2 ingin jadi pendidik kerana........minat, rasa nikmat dan dot2(pk sniri le)” buat le persiapan...buat dialog sket...
45. kalau boleh anda kena ikhlas dengan 44...menjiwai,,,,
46. tegas dengan no 44 walau didesak dan dimaki hamun...
47. tegas..senyum..bersemangat,,,dan,,,ber...cakap...pendidik gemar membuka mulut...
48. bila sesi temuduga dah berakhir...ucapkan terima kasih pada penemuduga....dan senyum dengan senyuman yang paling manis...
49. x payah nak menggatal pegi salam dan cium tangan datuk tersebut...
50. ada satu g tips..dan persediaan aku,,,,tapi aku xmau bagitau,,,rahsie....ddang mukke mu,,, hehe



Tips 31 ke 40: Maklumat, tips dan persediaan aku untuk temuduga/interview perlantikan tetap DH41 PPPT SLTP DPLI KPT oleh SPP....bulan januari nanti....(khusus untuk

31. jangan sombong dengan penemuduga
32. jangan berpolitik dalam temuduga
33. bila disuruh ber bahasa ingris....bantai je...yang penting anda
34. nampak confident....dan ada usaha untuk maju...
35. yang penting anda jangan malu keluarkan emas dalam mulut tu( cam no 33)
36. senyum semanis mungkin.,,,
37. jangan gelabah,,,rileks dan tonjolkan sikap optimistic
38. bila ditanya tentang kelemahan,,,sebutkan kelemahan yang boleh mengukuhkan personaliti anda yang baik...contohnya...”saya kurang lancar kerana itu saya cuba berbahasa inggeris di rumah dengan keluarga saya, saya percaya latihan akan membuahkan hasil yang baik”..maknanya,,,bila sebut kelemahan,,,sebutkan sekali langkah anda untuk mengatasi kelemahan itu...
39. tegas dengan pendirian/jawapan anda....dan berikan hujah yang bernas tetapi tidak menyakitkan hati...
40. tetapi bila dinasihati apa yang perlu anda ubah untuk menjadi pendidik yang mantap,,,,dengar dengan penuh penghayatan(tonjolkan)...dan ikhlaskan diri menerima nasihat daripada penemuduga,,,,kadang2 anda dah dapat keje tu...so diarang nasihat,,,supaya anda lebih baik,,,





Tips 21 ke 30: Maklumat, tips dan persediaan aku untuk temuduga/interview perlantikan tetap DH41 PPPT SLTP DPLI KPT oleh SPP....bulan januari nanti....(khusus untuk

21. stadi satu bab dalam bidang anda...mungkin kena mock teaching...
22. Update perkembangan/technology terkini dalam bidang anda..
23. bila dipanggil untuk masuk bilik temuduga...pergi kat pintu..ketuk dan bagi salam sejelasnya,,,
24. bila dipanggil masuk...berjalan dan berdiri di tepi kerusi...(mula2 bagi file kat penemuduga dulu..baru p tepi kerusi)
25. jangan duduk selagi x diarahkan...
26. senyum dengan senyuman yang paling manis...
27. cuba keluarkan segala perkara yang kamu hafal/sediakan sebelum temuduga, semasa temuduga..supaya anda kelihatan semakin mantap berilmu....(dan mengambil tahu perkara yang patut anda ambil tahu, kena kreatif sket nih)
28. pendidik suka bercakap...
29. dan percakapannya penuh dengan ilmu dan pemikiran...inovatif, kreatif, dan kritis...reaktif pun ok...
30. jangan malu keluarkan emas dalam mulut anda tu...
he



Tips 11 ke 20: Maklumat, tips dan persediaan aku untuk temuduga/interview perlantikan tetap DH41 PPPT SLTP DPLI KPT oleh SPP....bulan januari nanti....

11. senyum dengan senyuman yang paling manis...
12. hafal nama agong
13. hafal dan fahami rukunergara
14. hafal dan fahami falsafah pendidikan kebangsaan
15. hafal dan fahami pelan strategik kpt...ada tujuh teras,,,,
16. pipp(tambahan,penting bagi dg41)
17. hafal dan fahami tugas2 dh 41,,,
18. baca sotkabaq tiap hari mula dari harini, mengenai isu hangat, dalam dan luaq negara, paling penting mengenai pendidikan
19. stadi bidang anda....dan cuba cari satu idola dalam bidang anda dan pencapaian/usaha/sumbangan dia...

Friday, July 8, 2011

“Ha!!,,,pesepa kata pakcik anak tok!!”



Aku baru balik dari kursus cpcm,,,relaks2….mak, pak, dan firdaus, menjadi peneman puan safinas selama 3 hari lebih kurang,,,jadi aku pun nak berehat2…semua ada di ruang tamu rumah aku…q1-403…..
Malam tu aku ngan adosh(firdaus) bertarung, aku buka buah silat, adosh buka teknik ultraman…gedebuk gedebak dia pukul aku…
Atas sebab perbezaan umur dan fizikal,,,maka aku Cuma dapat tangkis serangan dia,,,tapi serangannya amat laju dan pantas,,,sekali teknik pukulannya singgah di tulang belakang aku,,,GEDEBUK!!
X sakit….sebab aku biasa dengan pukulan orang lain,,,apatah lagi pukulan anak sedara sendiri,,
tapi aku agak khuatir,,,takut pukulannya itu dimasukkan bersama aura batinnya lalu menjejaskan system reproduksi diri ku ini,,,Alhamdulillah lepas aku check..tidak ada masalah,,
Tapi bunyi buah pukulannya yang terakhir itu amat kuat..sehingga membuatkan cikgu mael dan cikgu aliah terkesima lalu menegur adosh..
Cikgu mael menegur “adooooosh,,,,jangan la buat macamtu/pakcik”
Cikgu aliah pulak menyampuk “awat adosh buat anak tok, adosh tau x pakcik tu anak tok..”
Cikgu aliah mengulang dengan nada bergurau,,”adosh tau x pakcik tu anak tok?”
Mata aku terkebil2 melihat adosh,,,
Mata cikgu mael,cikgu aliah dan puan safinas juga melihat adosh…menunggu reaksi anak sedara aku
ituh,,,

tapi mata adosh pulak merenung aku,..matanya agak merah dan berkaca…tangannya seperti mengumpul tenaga batin untuk melepaskan pada aku…tapi aku berwaspada dan bersedia…
lalu adosh berkata dengan penuh perasaan dan beremosi
“Ha!!,,,pesepa kata pakcik anak tok!!”
Fikiran dan emosi adosh terganggu..
…….
Semua orang terdiam…cikgu aliah pun x berani nak bergurau lagi..
..
Kemudian cikgu mael cepat2 mengalihkan topik perbualan,,membuka topik mengenai patung mainan ultramannya..,supaya adosh tidak risau lagi,,,supaya adosh tidak marah lagi…
Kemudian…kami membuka soalan kepada adosh…
Cikgu mael kata..”testing2x”….lalu menyambung “adosh, tokwan nak Tanya, adosh anak sapa?”
Adosh jawab ” ha…adosh anak atok la”
Cikgu mael Tanya lagi “Pakcik anak sapa pulak?”
Adosh jawab “ ha..pakcik anak tokwan”
Cikgu mael kata lagi..”mama tu sapa pulak?”
Adosh jawab ” ha…mama tu ibu adosh…”
Cikgu mael tanya lagi..”adik faris tu anak sapa pulak?”
Adosh jawab” ha…adik faris anak mama la”
Adosh ditanya lagi “mama anak sapa?”
Adosh jawab “ha…ibu mama,…atoook”
Dan ditanya lagi “kakda anak sapa?”
Adosh jawab “ha…kakda anak tok’ah”
Dan ditanya lagi “paksu anak sapa?”
Adosh jawab “ha…paksu anak atok”
Dan aku Tanya lagi “ pakngah anak sapa?”
Adosh jawab,,,” ha..pakngah anak tok ‘ah”
…………………..
Lalu ditanya sekali lagi…” pakcik anak sapa?”
Sambil mengeraskan suaranya..”ha!! pakcik anak tokwan la”
Lalu kamipun berbincang hal2 lain yang berbangkit..
Jadi berpeganglah kami dengan fakta di bawah:
Adosh anak atok…pakcik bukan anak atok…
Sebenarnya,,,semasa adosh terganggu, dirinya terasa terancam akan aku, yang sebenarnya anak cikgu aliah aka atok secara zahirnya,,,
Sesungguhnya mengikut pegangan dan hakikat roh si firdaus…sebenarnya dialah,,,anak atok,,,
Atok dan adosh,,,roh mereka begitu terikat…sehinggakan,,,diriku yang zahir ini, adalah yang merupakan anak cikgu aliah,,,tetapi hakikat kasih roh adosh lebih sempurna sebagai anak cikgu aliah,,,roh aku sudah keras,,,sering bergantung dengan dunia,,,dan selalu syirik kepada Allah,,,
Tapi roh adosh..roh yang masih suci,,,dimana ikatan kasih antara adosh dan atok,,adalah hakikat ikatan yang sejati,,,
Mereka berdua saling merindui,,,
Sehingga selalu terucap dek bibir adosh “kalau malam atok xdak, adosh akan telefon atok, suruh atok mai rumah adosh,,,adosh nak, bila adosh bukak mata, adosh nampak atok (fenomina waktu pagi hari), adosh rindu atok”
Bila memikirkan keadaan ini…aku yang selalu lupa pada ayah dan ibu…roh aku yang keras,,,mula lembut…hatiku yang agak kering…mula beremosi,,,mataku yang jarang menakung air mata, mula bergenang,,,tapi aku Berjaya menutupnya dengan kemachoanku yang fana,,malulah diriku,,,jika cikgu mael, cikgu aliah, dan puan safinas mengetahui keaiban diriku itu,…aku memikirkan…bagaimanalah agaknya,,,masa depan mereka berdua…..apakah yang akan terjadi kepada adosh,,,,bila ‘mak’ nya terpisah sementara waktu,,,samada akibat perbuatan manusia,,,atau pun samada sebab peralihan alam….yang nyata dan hakikatnya,,Allah akan Melindungi mereka…..Allah Maha Menguruskan urusan makhluk-makhlukNya..
Kepada yang mengenal adosh dan atok..fahamilah,,,dan cuba menyokongilah hubungan mereka,,,sesungguhnya adosh dengan kenaifannya,,,dan walau atok dengan kematangannya,,,
tetapi..sesungguhnya usaha manusia boleh mengubah takdir….samada niat mereka hak atau batil….tetapi sesungguhnya Allah akan menghukum mereka dengan sekerasnya,,,,mereka2 yang cuba memutuskan tali silaturrahim….antara manusia…yang ikatan kasih mereka adalah suci,,,sesungguhnya doa orang2 yang dizalimi, yang hatinya hanya bergantung kepada Allah adalah makbul,,,akan hancur berkecailah manusia2 yang cuba menzalimi mereka….
Allah Maha Melindungi hamba-hambaNya…..
Fahamilah makna ayat pelindung yang paling utama ini,,,,Ayat Qursi…
“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)
moga mereka tidak akan dipisahkan di dunia atau diakhirat secara hakikat…..
Amiiiin…

Masukkan Email disini, supaya anda dapat UPDATE!!!:

Delivered by FeedBurner

Custom Search