Akmal Ismail'kalau nak rasa,nikmat beristeri,jangn tngok perempuan lain',mengingatkan aku tntang kisah seorang ustaz,yg pngsan d malam pertama...besar atau kecil rasa sesuatu nikmat,bgantg kpada besar atau kcilnya syukur kta kpada Allah... [via Celcom SMS]
yup..dh kwin laie la..jgn pndang pempuan lain which is SYAITAN bergantungan di setiap pelusuk tubuh mereka.. wanita sekrg ramai yg berpakaian tetapi telanjang..(nampak susuk tubuh)...huhuhu...dh kwin,leh terkam bini, yg belum cmne??? 2yg ber...laku ZINA+ROGOL...msg2 umat ISLAM ade tggjwb bg mengawal perkara ini dr melarat ke anak cucu...See More
Akmal Ismail slama ni aku ingat perasaan perempuan nak tayang bodi n berhias2 adalah slah,,,dan dosa,,,rupanya x,,,Allah kurniakan nafsu nak berhias tu,,,semata2 untuk SUAMI,,,so yang namanya istri tu,,,wajib berhias untuk suami,,,(berhias tu luas maknanya),,,,yang mana belum bergelar isteri tu,,,simpan dalam2 perasaan tu,,,jangan biaq syaithooon bergantungan di tubuh anda,,,
Md Khairulfadli Mestoryup...gal+guy same jer..if pakai baju ketat, guy geram kat gal...sebaliknya bg gal..ble nampak guy xberbaju, dorg pun akn still bernafsu..ms bln poser pun xleh nk kwl nafsu, inikan pula bukan bln poser..syaitan just gelak je ble MANUSIA leka akan suruhan+melanggar arahanNYA...huhuhu...nikmat di dunia tetapi seksa di akhirat..bg yg belum TAUBAT NASUHA, bertaubatlah bersama isteri, bg yg belum berkahwin, always do something if xbleh kawal nafsu..
hai akmal..shat.1st of all thaniah yer.. boleh ker guys x toleh tgok pompuan lain? tue kan naluri korang yg bernama lelaki kannn......... :) husband x kasi pakai seksi kat luar but mata dok jeling pompuan pakai skirt...cam no tu? sakit ati tau.......... :0See More
21 hours ago ·
Akmal Ismail Tq..naluri laki,mcm tu,naluri pompuan plak nak berhias,dan memang naluri2 tu harus...tp kna ikut saluran btul..cnth: lelaki boleh je jeling,pompuan pakai skirt,sexy,boleh je renung,paha,n lurah dada,bentuk tubuh wanita,yg sexy dan pandai menggoda,boleh aih halal lagi,tp pastikan wanita tu istrinya,sedang menggoda suami,semasa dalam rumah..digalakkan lagi...pokoknya,ikutlah islam..
cantik itu hari2..bukan hanya pada hari perkahwinan,,,
saling memeluk suami isteri itu hari2..bukan hanya pada hari perkahwinan..
Sayang antara suami isteri itu hari2,,bukan hanya pada hari perkahwinan…
Panggilan ‘sayang’ itu sentiasa…bukan hanya pada hari perkahwinan…
Berhias isteri untuk suami, itu hari2…bukan hanya pada hari perkahwinan…
Jaga badan isteri dan suami itu hari2,,,,,bukan hanya pada hari perkahwinan…
Kerana itu KITA kahwin hari2….bukan hanya pada hari perkahwinan…
Dan lain2lah hari2,,,,sebab kita bergelar suami isteri itu hari2,,,
Dan bila orang mendoakan
‘moga bahagia ke akhir hayat’
‘moga kekal bahagia ke anak cucu’
‘moga bahagia sehingga akhir nafas’
DLL lah…
Maka aku jawab
‘ kami nak kekal bahagia hingga ke syurga’
Bila didoakan
‘moga kekal bahagia hingga hujung nyawa’
Maka aku jawab
‘kami nak kekal bahagia hingga tiada penghujungnya(syurga)’
Bukan berseloroh…bukan membetulkan,,,tapi lebih kepada niat dan doa kepada Allah Yang Maha Menguasai Segala Sesuatu,,,,dan semoga semua sedar,,,yang kita hidup didunia dan diakhirat…
YA ALLAH KURNIAKAN AKMAL DAN ISTERINYA SAFINAS..KEBAHAGIAAN, KASIH SAYANG, KETENANGAN, DAN BERTERUSAN HINGGA SYURGA NANTI, DANKURNIAKANLAH AKMAL DAN ISTERINYA ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH, HINGGA MAMPU MEMBAWA AYAH DAN IBUNYA SENANG KE SYURGA,,,,AMIN…AMINN,,,YA ROBBALA’LAMINNN,,,
apa yang anda berharap berlaku pada orang lain,,,akan lebih mudah berlaku pada diri anda,,,,jadi aku doakan anda semua...baik2 belaka...dan selamat sampai ke syurga,,,
pemikiran manusia x sama.perasaan manusia berbeza.kaca bagi kita.permata bagi depa,jadi mudahkan hidup anda dengan ayat ' maafkan aku ' sesungguhnya tangan yang memberi 'peluang untuk hubungan sesama manusia' itu lebih mulia dari tangan yang menerima 'peluang untuk hubungan sesama manusia '.x ada siapa yang salah,,,bil...a x ada manusia yang betul...yang ada cuma USAHA diri sendiri..jangan mengharap kepada selain Allah.
"Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."-azzumar 53 <>
'ILMU PERNIAGAAN yang kononnya terbuku diminda...ibarat WANG KERTAS..akan susut nilainya mengikut masa...jika tidak DIGUNAKAN/DIPRAKTIKKAN' 'orang yang berniaga, berniaga......orang yang bercakap mengenai perniagaan....bercakap...mengingatkan aku kepada tin kosong'
bila engkau TURUN...tuhan naikkan engkau supaya engkau ingat Dia...bila engkau NAIK..tuhan turunkan engkau supaya engkau ingat Dia...tuhan sentiasa mengingatkan Dia kepada diri kita,,,Allah Maha Penyayang..mahukan kita masuk syurga,dengan mengingati Dia,..jadi dimanakah usaha kita mengingati Dia?..jangan sampai dapat bahana istidraj...
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hambaMu yang tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang kemampuanku. Aku kembali kepada-Mu dengan kenikmatan dan kembali kepada-Mu dengan dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada pengampun dosa-dosa kecuali Engkau.”
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mengucapkan doa itu dengan penuh keyakinan pada siang hari dan ternyata wafat pada hari itu sebelum senja maka dia tergolong penghuni surga. Barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dengan penuh keyakinan dan wafat sebelum subuh maka dia tergolong penghuni surga pula.” (HR. Bukhari)
'sebab utama aku meniaga,,,sebab aku nak meniaga...untung perkara kedua,,,kalau hang meniaga sebab nak meniaga,,,hang akan kaya sebelum hang kaya.,,ini konsep aku meniaga,,fahamkan,,,kalau nak kaya macamana aku kaya..kalau x faham,,,bermakna kita xda jodoh berniaga bersama....; ) '......
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” al-baqarah 216- hmba Allah bla bc ayat ini,hrus snyum,pndang ke dpan,usaha jdi hmba yng trbaik,,,redha, syukur, dn berharap,sntiasa ...brsngka baik dngn Allah,,Yang Memberi sgala-galanya...dn hkikatnya,,,, sgala-galanya Dia beri..
Setelah PENAT, SAKIT, LELAH, SESAK, rasa HINA dan LEMAH, rasa BODOH dan KURANG, apabila kita berpeleseran didunia ini, x kira siang atau malam.........Tidak ada jalan yang lebih TENANG untuk kita kembali...melainkan jalan Allah,,,,,........
'berJuang memang PAHIT...kerana Syurga itu MANIS'
jika alasan anda 'x sempat', 'x ada masa'..sedangkan anda masih berpeluang membicarakannya,,,serta merungut2...bermakna anda menipu...dan waktu anda meNYATAkan ketidakSEMPATan itu,,,adalah masa yang sepatutnya anda gunakan untuk merebut PELUANG...
kalau selalu merungut....'sakit sikit', 'susah sikit', dan sebagainya.....jadi..apakah 'YANG banyak' ??
'berhti2lah dalam mengumpat hina shbt2 sendiri...ingt,sgala klemahan,kbodohan,dn keaibn,dr sndri,yg anda sndri bukakn...swaktu anda mminta ptolngn drnya...tp syukur..sbb dia bkan pngumpat hina,sperti anda..'
"Happines is a voyage,,,,not a destination.." "Usaha itu kerja manusia...Hasil itu pemberian tuhan"
"jika kita bersangka baik kepada SEMUA perkara...maka SEMUA yang akan datang pada kita adalah baik2 belaka"..kerana jika kita islam, kita faham hakikat SEMUAnya berasal dari Allah...dan ada hadis qudsi “Aku adalah seperti apa yg hambaKu sangkakan terhadap Diriku”..............................bahkan golongan pengkaji2 y...ang bukan islam juga menyedari konsep SANGKA BAIK ini,,,dan mereka menamakannya LAW OF ATTRACTION...
FOCUS mngeluarkan glombang minda...dn alam dnia ini mnerima glombang itu lalu BERTINDAK BALAS…krana itu, apa yg anda UCAP dn/lalu fikir adlah DOA,bhenti focus kpada Masalah, Kekurangan dn Kesakitan,tpi focus tentang Penyelesaian, Kelebihan dn Kenikmatan.Apa yng anda focus BERTAMBAH berkadar dngan frekuensi dn istiqamah... focus anda itu.HAKIKATnya anda sdang bdoa kpada Allah Yg ciptakan mkanisma ASBAB alam dnia ini.
orang kaya yang lokek, xkan dirahmati Allah,,,kerana orang kaya yang dirahmati Allah tidak akan lokek...cara menjadi kaya yang dirahmati Allah: samada anda menjadi kaya dahulu sebelum bersedekah,,,,atau bersedekah dahulu sebelum menjadi kaya,,,
peRASAan anda terhadap keadaan yang BAKAL Allah bagi,,,itulah yang anda BAKAL rasa terhadap apa yang anda BAKAL dapat,,, kalau nak kaya,,,syukur selalu,,,dan sedekah selalu, dengan rasa yakin Allah Maha Pemurah,,,dan rezeki anda dijamin Allah,,, ; )
Bila bukti2 menunjukkan A,bla tanda2 menunjukkan A,kita nampak pun A,kta dngar pun A,malah bla kta rasa pun A,dan walau smua orang didunia ini pertahankan ianya A...bila Allah tentukan ianya B...maka B lah ia..
aku slalu bagitau budak2(anak2 murid) 'kurang pandai itu, bukanlah BODOH, tapi x mahu belajar itulah BODOH'.. dan,,,'manusia, MULA menjadi BODOH...apabila MULA merasakan dirinya PANDAI',,, .... kalau nak tingkatkan PR..kurangkan perkataan 'aku'...lebihkan perkataan 'kita' dan 'anda',,,dan jangan sesekali menghukum..ba...nyakkan bertanya tentang DIRI ORANG LAIN,,,kurangkan bercakap mengenai DIRI SENDIRI...
'senyumlah kepada semua orang, walaupun di dalam hati anda, anda mencelakakannya' kerana 'orang yang bijaksana tidak akan berubah air mukanya walaupun di dalam apa2 keadaan dan situasi,menggembirakan, menyedihkan dan sebagainya'................
Dalam kubur pun ada tekanan...hidup = tekanan... Siapa yang menekan? hakikatnya Dia tekan hangpa ke arah syurga... Sebab Dia sayang hangpa,,,, tinggal lagi untuk hangpa teruskan hidup..redha,syukur, dan mengharap,,, sabaaaaaaaaq.....
Pada masa2 tertentu, orang2 kebanyakan,'nampak'(bermakna ingat) Allah,apabila lihat orang yg alim...manaka orang yg alim itu 'nampak' Allah,pada setiap perkara yang dia lihat...pada setiap masa orang kebanyakan akan berkata: dengan adanya dunia inilah membuktikan adanya tuhan >>>>orang yang alim pula berkata : dengan adanya tuhanlah membuktikan adanya dunia ini
knowing is being...being is doing...
'jika anda ada ilmu,untuk mendapat sesuatu,tetapi anda masih tidak beroleh sesuatu itu,ini bermakna,anda masih belum cukup ilmu,atau paling teruk,ilmu anda itu salah,dan paling sdih,anda sedang menipu'
'zalim, jika> sentiasa merungut..sentiasa kasihankan diri sendiri..dan sentiasa memikirkan TENTANG masalah...Benar, jika> sentiasa bersyukur...sentiasa ingat akan tuhan Yang memberi yang terbaik,,,dan sentiasa memikirkan PENYELESAIAN bagi masalah...'
bila dah terasa diri hebat,,dan nak kembali ke pangkal jalan,,, cuba ukur diameter lubang
hidung,,
sesuatu BISNES yang menJAMIN keuntungan = HARAM
kawan = kalau x membantu di akhirat = sia2
'mereka tidak akan ambil peduli apa yang anda tahu, sehinggalah mereka tahu yang anda ambil
pedulikan diri mereka'- the ugly truth...
itu salah manusia sendiri,,,sebab x jujur,,,x telus,,x mahu menyatakan kemahuan diri,,,sebelum
musibah datang,,,sebelum ujian datang,,sebelum kesakitan datang,,,,walhal segala kesakitan yang Allah kurniakan,,adalah berupa kifarah kepada dosa kita sendiri,,,kerana Allah sayang kamu,,, ; )
mengakui kesalahan dan kelemahan diri,,,adalah bukan jalan atau alasan, untuk tidak mahu berusaha membetulkan serta menguatkan diri sendiri..
dalam dunia ni...banyak perkara yang 'cantik'....dalam pada masa yang sama,,,,ramai manusia yang 'buta'..
nothing changes,,if nothing changes...
kadang2,,,'sesuatu' yang ditunjukkan 'petunjuk'...adalah bukan 'penyelesaian'...TAPI 'petunjuk'
itu menunjukkan yang 'sesuatu' itu,,,adalah satu perkara yang ANDA perlu selesaikan'...SEBELUM anda mendapat 'petunjuk' kepada 'peneyelasaian' yang SEBENAR.... kadang2 untuk sayang perlu sedikit kekejaman...yang hakikatnya ...ketulusan dan keikhlasan... terimalah kenyataan,,,and move on forward...
Jangan bergantung harap kepada manusia,,,tetapi tetaplah berterima kasih pada
mereka,,,kerana,,,tidak bersyukur seseorang hamba kepada Allah..melainkan dia terlebih dahulu
bersyukur kepada manusia..
Bak kata2 orang putey,,,,seeing is believing,,,'melihat itu mempercayai' apabila kita translate dalam bahasa MELAYU..bahkan ramai manusia yang guna konsep ni dalam kehidupan,,'bila Nampak,,,maka baru aku percaya',,,tu kata depa…
Tapi masalahnya….anda itu 'nampak' atau tidak,,,mana tahu anda buta..
Buta mata?....buta telinga?...buta hidung?...buta kulit?....buta lidah?....paling teruk,,,jika anda buta hati,,,,(buta perut pun ada, haha)
Jangn pandang diri tinggi sangat,,,bila tuhan nak butakan kita..nak tuli kan kita,,,maka siapa yang boleh halang?
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang…so jangan takut,,,malah berharap pada tuhan,,,supaya kita 'nampak' dengan sejelas2nya,,,
Tapi bila 'seeing is believing' yang dicanang2kan sesetengah orang,,,maka,,,Tanya dia…'engkau buta ke x?'
…………………
Bila manusia melihat…x semestinya dia Nampak,,
Jika pemikirannya itu berpaksikan dirinya sendiri,,,berpaksikan hawa nafsu dan kepentingan dirinya sahaja….maka apa yang dia Nampak hanyalah memori dirinya yang lalu…
Apa yang dia Nampak hanya pemikiran,,,dan kefahaman dirinya yang lalu,,,ilmunya yang lalu,,,dan segala2nya yang lalu2 belaka,,,
Dia akan takut akan perkara baru..pemikiran baru…kefahaman baru..tabiat baru,,,dunia baru,,dan sering berkata..
'aku memang x tahu, x faham, x pandai, memang macamni, memang malas, memang lemah sikit, memang xda masa, memang hampeh, memang xda duit, memang dan segalanya2 yang memang'
Memang…memang itu memori silam,,dan manusia boleh mengubah segalanya,,,
Ingat firman Allah
'aku x kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehinggalah mereka berubah terlebih dahulu'…
Jadi manusia..ada beberapa jenis,,,takut RISIKO..stail 'seeing is believing'
Atau jenis x takut apa2 kecuali Allah Yang Maha Menjamin 'I can see what ever I want to believe in',,,,,(sungguh bila sampai satu tahap keimanan, maka sampai tahap kewalian)
……..
Tapi bila mata hatinya buka…maka mindanya juga buka,,,maka segala ilmu2 akan mencurah masuk ke dalam dirinya,,,
Bila ilmu itu masuk…maka masuk bersama reality,,,kerana hakikatnya..bila ada ilmu…maka faham..bila faham..maka 'nampak'…
Bila kita membayangkan sesuatu,,,sesuatu itu mula wujud kea lam nyata= bila kita 'nampak' sesuatu,,,melalui mata fizikal, mata hati, mata deria2 yang lain…juga mata minda,,,bila kita 'nampak' maka itulah yang ada dan wujud..
Jadi apa yang anda 'nampak' sekarang???
Adakah kelemahan atau kekuatan?
Adakah kekurangan atau kelebihan?
Adakah kesakitan atau kenikmatan?
Adakah ketakutan atau kberanian?
Adakah kebencian atau kasih?
ANDA PILIH, APA YANG ANDA MAHU NAMPAK DAN PERCAYA
Memang segalanya2 dalam kekuasaan tuhan,,,tapi tidakkah anda Nampak..anda bebas dalam kekuasaanNya,,,Bebas membuat pilihan,,,
So..you choose….you choose…
Seeing is believing,,,only when ur not blind,,,
So open ur eyes,,,,choose to open ur eyes,.
Because…u choose what u want to believe in..and what u believe in will come true(not exactly 'will come' it already is,,,what u believe in is what u see,,,what u see is the reality………………..for u)
Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;
1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.
Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;
1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.
2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.
1...mestilah.... kerana kita ini hamba dan Dia Allah,,,,
2...kerana Dia Allah maka segala perkara berlaku dari Dia, bersama Dia dan untuk Dia..
3..kerana itu jika kita khusyu' adalah kerana perkara dua...
4..hang nak ka,,,hang tak nak ka....segala2nya Dia Yang Kuasai,..
Bagaimana untuk khusyu'?
1...sedar diri dunia ini Dia yang 'pegang' 2...Bila Dia Yang 'pegang' kerna itu kita WAJIB khusyu' 3...kerana apa lagi yang nak takut(waktu solat)...melainkan DIA....Dia yang 'pegang' dunia... 4...kerana apa lagi nak fikir(waktu solat),,,melainkan DIA...kerana selain Dia..Dia Yang 'pegang',, 5..apalagi nak risau(waktu solat)...melainkan DIA....kerana dunia Dia Yang 'pegang'
6...jadi bila kita 'nampak' satu perkara melainkan Allah Yang Esa..waktu solat,,,cepat2lah zikir 'Dia menguasai perkara itu,,Dunia ini dan akhirat,,,dan segala2nya'
semasa di dunia kita hidup menggunakan asbab...semasa solat kita zikirkan hakikat,,,
Sepanjang hidupnya, Irsyad tidak pernah merasa kasih yang sedalam ini..Irsyad seorang lelaki yang jarang sekali mengalirkan air mata, tapi pada hari ini, setitis, dan hanya setitis air mata yang keluar dari matanya..hatinya seakan pedih cuba dihiris pisau yang tumpul,,semenjak Irsyad kenal dunia…tidak pernah emosinya terkesan dengan keadaan di luar jasadnya,,,tapi pada hari ini, apabila kamil, pelajarnya yang lembap dan dungu itu datang menemuinya dengan permintaan
“cikgu..ajar saya..saya nak jadi pandai macam Burhan”
Burhan sudah arwah, baru minggu lepas dia meninggalkan dunia ini..Kamil teman rapat arwah , dan arwahlah yang selalu melindunginya dari kekasaran rakan-rakan kelasnya yang memandang hina Kamil yang dungu dan lembap itu. Tapi Allah lebih menyayangi arwah…Burhan meninggal kerana penyakit yang dirahsiakannya,,Lukemia.
“Apa yang kau nak belajar, kau x sedar ke diri kau tu, mengeja pun x mahir” jawab Irsyad.
“ Sebab saya x mahirlah saya mahu belajar cikgu, ajarlah saya mengeja cikgu” jawab Kamil dengan senyumannya yang lebar…
“x pilukah dalam hati engkau, baru minggu lepas si burhan tinggalkan kau” monolog hati Irsyad..
kemudian Irsyad meneliti wajah Kamil…Jelas bengkak sekeliling matanya…Jelas kamil sudah kehabisan air mata untuk dititiskan lagi,,,
Irsyad selama ini, bersikap kasar, hatinya kering, wajahnya tiada emosi,,,tapi pada hari ini, selepas mengajar Kamil membaca satu muka surat buku teks sejarah tingkatan 3 yang dibawa oleh Kamil sendiri…Irsyad termenung panjang…Irsyad selalu mengakui dirinya kasar…dan tidak menghiraukan perasaan orang lain…tapi hari ini, emosinya meronta-ronta ingin diluahkan badan fizikalnya… “begitu lemahnya jiwa aku ini” monolog hati Irsyad lagi….
Selama ini Kamil si dungu itu..jarang sekali senyum, selalu menangis dibuli rakan sekelas…selalu dilindungi arwah…pernah sekali dua terkencing apabila dimarahinya,,,bila dipanggil ke hadapan untuk menjawab soalan….menggelabah tidak tentu arah,,mata bergelinang, sedia untuk menangis…kaku dan terdiam,,,menggeletar seperti dilempar kedalam peti sejuk…
Tapi hari ini, Irsyad seperti tidak nampak, sifat-sifat Kamil itu,,,seperti kamil ini, adalah orang yang lain…semasa Irsyad mengajarnya membaca…Kamil tenang dan senang memproses ilmu yang diajar Irsyad..sepanjang pembelajarannya itu,,,irsyad senyum dan ceria,,,tenang dan tidak menggelabah lagi,,,tidak menggeletar dan takut walau dimarahi Irsyad…
Kamil seperti insan yang lain,,seperti pelajarnya yang lain,,,
Serta merta Irsyad teringatkan arwah Burhan,,,
Dan pada ketika itulah,,setitis air matanya menitis,,,dan segera diusapnya,,,
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman:
Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
'segalanya di dunia ini berbentuk gelombang atau getaran, solid state matter pun bergetar...jika getaran makin kuat maka akan brubah ke state fluid…sebenarnya matter adalah tenaga…tenaga bunyi..cahaya..kimia…mekanikal…adalah perkara yang sama..Cuma getaran atau gelombangnya berbeza frekuensi….kita x nampak syaitan kerana frekuensi getarannya amat tinggi,,,seperti ultra violet…atau sesetengah decibel dalam getaran bunyi…perubahan2 getaran atau gelombang tenaga ini, kita dapat kesan guna deria rasa kita,,,bila tenaga dalam bentuk solit, kita guna sentuhan kulit..bila tenaga dalam bentuk cahaya kita guna mata..bila tenaga dalam bentuk bunyi kita guna telinga….ada satu lagi deria rasa kita= perasaan,,,ia merasa nikmat atau sakit,,,ini dipanggil deria rasa keenam
Gelombang minda kita,,,adalah tenaga yang paling kita patut utamakan,,,bila kita fikir,,,ia akan keluar gelombang,,,,dan apa yang kita rasa selepas kita fikir…adalah tindakbalas gelombang yang kita pancarkan yang kita terima dari alam…(sixth sense)
Kerana itu berfikiran positif itu..akan membawa perkara2 yang positif ke dalam hidup kita,,,ingat… segala perkara di dunia ini berbentuk gelombang tenaga yang berbeza frekuensi,,,rasa bahagia itu adalah hasil tindak balas gelombang minda kita terhadap perkara yang kita tarik,,
Kerana itu..doa,,yang baik,,,ucapan yang baik itu adalah paling penting,,,apabila kita bercakap kita akan berfikir tentang apa yang kita cakapkan,,,apa yang kita rasa adalah tindakbalas alam kepada gelombang minda kita,,,contoh:
Apa yang anda rasa setelah melihat dan memiliki kereta idaman/kekasih idaman/harta idaman/duit yang banyak/perkara yang cantik,,,perasaan anda itulah tindakbalas alam(matter yang anda fikirkan,atau matter yang sama frekuensi dengannya) terhadap frekuensi gelombang minda anda,,,
Jadi,,,setiap kali anda rasa dengan perasaan yang tidak baik,,,bermakna anda sedang menarik perkara yang tidak baik ke dalam kehidupan anda….setiap kali anda merasa tidak baik…apa yang patut anda lakukan ialah, berubah fikiran ke fikiran yang positif..atau ingat kembali suasana ketika anda berasa bahagia/nikmat/ suka/ kuat dan sebagainya,,,bila anda ingat,,,anda fikir,,,bila anda fikir…anda rasa,,,dan dengan izin Allah,,anda sedang menarik perkara2 yang buat anda rasa positif itu kepada diri anda,,,
Bila anda ucap,,,anda fikir,,bila anda fikir anda rasa, ini juga dipanggil doa.,
Ia jug dipanggil Progam Minda,,,
Fikir perkara yang baik2 dan perkara yang baik2 akan dating kedalam hidup anda melimpah ruah,,,
Jangan risau tentang masalah,..risau itu juga adalah pemikiran..tetapi fikirlah penyelesaian,…atau fikirkan tentang nikmat sesudah masalah atau kesakitan selesai…dengan izin Allah juga,,,hidup anda akan dilimpahi dengan nikmat2 belaka..
Bagaimana ia menarik?...bagaimana pemikiran boleh menarik perkara yang baik atau buruk ke dalam hidup anda….ingat….
Bila anda fikir…tindakbalas dari alam adalah perasaan anda…
Sama juga,,,apabila anda guna deria rasa,,,,seperti kulit di jari anda…bukankahapa bila anda menyentuh atau di sentuh,,,barulah ada rasa di kulit,..menyentuh dan disentuh itu hanya berlaku apabila kulit kita bergerak kearah alam,,,atau alam bergerak kearah kulit,,,bila dekat dan bersentuhlah baru kulit kita berfungsi sebagai deria rasa,,,
Tetapi minda, atau sixth sense ini menguasai semua deria2 yang lain…bila anda selalu fikirkan mengenai kereta idaman,,dan anda boleh membayangkan(fikir) nikmat melihat..menyentuh..dan sebagainya,,,bermakna anda sedang menarik kereta idaman itu kearah dria2 rasa yang lain,,,hasilnya anda sedang berperasaan nikmat ketika memikirkannya,,,anda sedang bergerak kea rah kereta idaman anda n vice versa,,,
Segalanya dari Allah,,dan Allah menciptakan asbab untuk kita belajar hidup di dunia ini,,,
Akhir sekali ingatlah hadis qudsi ini:
“Aku adalah seperti apa yg hambaKu sangkakan terhadap Diriku”
Jika seseorang hamba Allah itu,,,tingkatan imannya tinggi,,,x ada sesuatu pun yang dia ‘nampak’..melainkan tuhannya,,,
Manakala orang kebanyakan,,,selalu ‘nampak’ dunia…dan cuma setakat dunia dan tidak sampai kepada kesedaran yang sepatutnya,,,